HomeBMImpikan Volkswagen Jetta Terpakai? Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Impikan Volkswagen Jetta Terpakai? Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Volkswagen Jetta (VW Jetta) terpakai merupakan alternatif yang terbaik untuk menjimatkan wang anda daripada membayar ansuran bulanan yang tinggi. VW Jetta menawarkan pemanduan penuh trendy yang menggabungkan elemen sporty, elegan, keselamatan dan penggunaan bahan api yang efisien. Malah, reka bentuk VW Jetta yang menarik dan klasik, dipadankan dengan elemen moden seperti rim aloi bersaiz 16 inci, gril krom dan ekzos berkembar menambahkan lagi ciri sporty model ini.

Volkswagen Jetta Terpakai

Namun begitu, tanpa pengetahuan dan ilmu yang betul mengenai kereta terpakai, anda mungkin terbeli ‘masalah’ yang mungkin membebankan anda. Kereta yang sepatutnya menjadi penyelesaian kepada masalah pengangkutan anda mungkin menjadi beban tambahan yang memeningkan kepala anda.

Panduan Pembelian Kereta Volkswagen Jetta Terpakai

Sebelum membuat keputusan untuk membeli model Volkswagen Jetta terpakai, anda disarankan untuk mempertimbangkan perkara-perkara berikut. CARSOME menyenaraikan 13 garis panduan berikut untuk anda yang mungkin berminat untuk memiliki kereta VW Jetta terpakai dan perkara yang perlu diberi perhatian semasa memandu uji model kereta ini.

#1 Pandu Uji Pada Waktu Siang

Anda disarankan untuk melakukan pandu uji pada waktu siang. Anda disyorkan untuk melakukan pemeriksaan kereta pada waktu siang supaya lebih senang untuk anda mengesan sebarang kerosakan, kesan kemik, calar dan sebagainya pada kereta yang mungkin sukar untuk dilihat pada waktu malam. Peruntukkan masa yang bersesuaian untuk memandu uji kereta anda untuk mengelakkan anda daripada tergesa-gesa.

#2 Pemeriksaan Berkala

Sebelum membeli mana-mana kereta terpakai, pastikan terdapat rekod servis yang lengkap dan jadual penyelenggaraan yang diikuti dengan baik oleh pengguna sebelumnya. Hal ini kerana, terdapat sesetengah pemilik kenderaan yang tidak mengikuti jadual penyelenggaraan yang disarankan oleh pengeluar kereta.

#3 Penukaran Minyak Berkualiti

Penukaran minyak hitam yang berkualiti penting bagi model VW Jetta dengan caj turbo (turbocharge). Secara amnya, penggunaan minyak yang berkualiti dan selang penukaran minyak yang sesuai berupaya memanjangkan jangka hayat cas turbo. Periksa rekod servis kereta oleh pemilik sebelumnya untuk info lanjut.

#4 Periksa Enjin

Periksa sama ada terdapat karat atau hakisan pada bahagian enjin atau mana-mana komponennya. Selain itu, pastikan tali sawat berada dalam keadaan baik, tidak haus dan longgar.

#5 Prestasi Transmisi Automatik

Periksa sama ada transmisi automatik beralih dengan lancar atau tidak. Selain itu, dengar sama ada terdapat bunyi kuat yang luar biasa terhasil daripada enjin kereta.

Volkswagen Jetta Terpakai

#6 Prestasi GLI atau 2.0T Turbo Charged

Untuk model VW Jetta dengan enjin gas, tiada pemeriksaan visual untuk mengenal pasti kerosakan yang berlaku tanpa membuka enjinnya. Walau bagaimanapun, anda boleh mengesan sebarang kerosakan pada kereta dengan melihat petunjuk kerosakan yang menyala pada papan pemuka. Selain itu, anda juga boleh mengesan kod ralat semasa menggunakan pembaca OBD kerana adakalanya kerosakan tidak memicu petunjuk kerosakan.

#7 Periksa Sistem Minyak

Pastikan anda memeriksa sistem minyak untuk mengesan sama ada terdapat kebocoran minyak atau tidak. Langkah ini penting untuk mengelakkan anda daripada mengeluarkan belanja yang besar untuk membaiki sistem minyak pada masa akan datang.

#8 Bunyi Luar Biasa

Tutup kipas, radio dan peranti lain yang ada semasa memandu uji kenderaan yang ingin dibeli untuk mengesan sebarang bunyi luar biasa dan pelik yang terhasil pada kelajuan yang berbeza: semasa berhenti, semasa memecut dan semasa menghidupkan enjin. Kemudian, hidupkan kipas dan ulang langkah yang sama. Kebiasaannya, bunyi yang terhasil menunjukkan terdapat kemungkinan kerosakan pada kereta anda.

#9 Periksa Sunroof

Kereta dengan sunroof boleh dikatakan sebuah ciri yang sangat ‘cool’ terutamanya buat golongan muda. Sunroof secara tidak langsung menjadikan kereta anda tampil lebih berkarisma dan seksi! Namun begitu, perlu diingatkan bahawa jika anda ingin mendapatkan mana-mana kereta terpakai yang mempunyai sunroof, pastikan anda buka dan tutup sunroof berulang kali dan periksa sama ada terdapat bunyi geseran besi atau plastik. Jika ada, ia menandakan terdapat serpihan pada trek laluan yang boleh menjejaskan prestasi motor sunroof.

#10 Uji Pengelap Cermin Depan (Wiper)

Pengelap cermin depan sangat penting jika anda tinggal di Malaysia yang terkenal dengan cuaca panas dan lembap sepanjang tahun. Oleh itu, semasa memandu uji kereta anda, hidupkan pengelap cermin depan dengan kelajuan yang berbeza. Adakalanya, pengelap cermin depan tidak berfungsi disebabkan oleh sistem pendawaian elektrik dan motor pengelap cermin depan yang sudah rosak. Anda mungkin tidak mahu mengetahui tentang kerosakannya semasa memandu dalam musim hujan, bukan?

Volkswagen Jetta Terpakai

#11 Periksa Tayar dan Rim Aloi

Bunga tayar yang telah haus perlu digantikan untuk mengelakkan risiko berlaku kemalangan yang lebih serius. Pastikan juga kesan haus pada tayar adalah sekata. Jika kesan haus tidak sekata, ini bermaksud terdapat masalah pada bahagian suspension kenderaan anda. Selain itu, periksa juga sama ada terdapat kerosakan, karat dan sebagainya pada bahagian rim kereta. Periksa dengan pengedar sama ada kereta yang ingin dibeli masih dilindungi oleh waranti karat daripada Volkswagen untuk penggantian.

#12 Kempen Panggil Balik (Recall Campaigns)

Minta pengedar anda untuk menyemak nombor VIN melalui sistem komputer untuk mengenal pasti sama anda terdapat kempen panggil balik yang tertunggak bagi model yang ingin dibeli ini. Kempen panggil balik merupakan perkara biasa yang dilakukan oleh mana-mana pengeluar kereta di seluruh dunia sekiranya ia melibatkan risiko keselamatan kenderaan, pemandu dan penumpang.

#13 Waranti Kilang

Semasa membeli VW Jetta terpakai, sahkan status dan pembatasan (limitation) waranti kilang bagi model kereta yang ingin dibeli tersebut.

Volkswagen Jetta Terpakai

Dengan pengetahuan yang betul mengenai kereta terpakai, kita boleh menjimatkan banyak wang berbanding mendapatkan kereta baharu. Namun begitu, jika anda merasakan proses yang perlu dilakukan terlalu banyak dan terlalu rumit untuk difikirkan, anda boleh mendapatkan model Volkswagen Jetta terpakai idaman anda tanpa memeningkan kepala di CARSOME – dijamin bebas banjir dan bebas kemalangan serius! Malah, kereta terpakai yang dijual di CARSOME menjalani pemeriksaan menyeluruh dengan 175 titik pemeriksaan dijalankan oleh pemeriksa profesional dan bertauliah. Menarik, bukan?

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular