HomeBMDulu Perodua Rusa, Kini Perodua Ruza? Versi Digital Berasaskan Daihatsu Gran Max

Dulu Perodua Rusa, Kini Perodua Ruza? Versi Digital Berasaskan Daihatsu Gran Max

Perodua Rusa bukanlah sebuah model asing dalam kalangan sebahagian rakyat Malaysia. Model ini suatu ketika dahulu boleh dilihat di mana-mana dan biasanya digunakan oleh golongan peniaga kecil untuk menjaja di tepi jalan atau meniaga di pasar malam. Van kompak ini merupakan hasil pembuatan semula versi tempatan yang dipasarkan untuk penggunaan komersial dan persendirian, dan boleh memuatkan antara 2 hingga 7 orang bergantung pada jenis varian.

Perodua Rusa Van Malaysia Pertama

Perodua Rusa: Mikrovan Pertama Keluaran Automotif Tempatan

Perodua Rusa direka berdasarkan model Daihatsu Zebra dan Daihatsu Hijet Maxx. Mula dilancarkan pada 6 Mac 1996, Perodua Rusa ialah model van pertama yang dihasilkan oleh syarikat pengeluar automotif tempatan Malaysia, Perodua. Model pertama Rusa menampilkan enjin 1.3 liter, diikuti oleh model enjin 1.6 liter pada 14 Mei 1997. Perodua Rusa menampilkan tiga pilihan varian:

  1. CX – 1.3 liter, versi dua tempat duduk;
  2. EX – 1.3 liter, versi lima tempat duduk;
  3. GX – 1.6 liter, versi tujuh tempat duduk.

Kebiasaannya, varian CX digunakan sebagai kenderaan barangan, manakala varian EX dan GX digunakan sebagai kenderaan persendirian. Pada mulanya, logo asal van ini ialah seekor rusa sebelum ia digantikan dengan logo rasmi Perodua.

Spesifikasi Perodua Rusa

Perodua Rusa merupakan hasil rebadge daripada model kereta jenama Jepun yang merupakan hasil kerjasama antara Perodua dan Daihatsu. Ia menampilkan ciri-ciri yang hasil sama seperti Daihatsu Zebra dan perbezaan yang ketara dapat dilihat antaranya pada bahagian lampu depan. Dari segi prestasi dan keupayaan enjin pula, Carsome menyenaraikan spesifkasi lengkap Perodua Rusa seperti berikut untuk panduan anda:

Perodua Rusa CX EX GX
Kapasiti Tempat Duduk 2 5 7
Jenis Enjin Enjin petrol HD-C, in-line 4 silinder
Output Maksimum 54 kW (73 PS) pada 6,000 rpm 60 kW (82 PS) at 5,600 rpm
Tork Maksimum 92 Nm at 3200 rpm 115 Nm at 3200 rpm
Transmisi 5 MT
Kapasiti Tangki Minyak (liter) 47
Kelajuan Maksimum (km/j) 133 143
Penggunaan Bahan Bakar (liter) – Kelajuan seragam 90 km/j 12.7 13.2

Perodua Ruza – Gambaran Ilustrasi Digital Perodua Rusa Generasi Terbaharu?

Meskipun kebanyakan pengguna hari ini beralih kepada penggunaan MPV atau SUV yang lebih moden dan besar seperti seperti Toyota Avanza, Proton Exora dan Perodua Alza, model ini masih lagi popular dan digunakan sehingga ke hari ini. Perodua Rusa cukup sinonim dalam kalangan peniaga pasar malam, ia menampilkan ruang belakang yang luas yang boleh menempatkan dan memuatkan bermacam-macam jenis barangan pelbagai saiz. Malah, pelancaran mikrovan Daihatsu Gran Max generasi baharu di Jepan secara tidak langsung mencetuskan khabar angin mengenai kemunculan semula Perodua Rusa dalam pasaran tempatan.

Berdasarkan ilustrasi digital Theophilus Chin, Rusa baharu dibina berdasarkan Daihatsu Gran Max 2020 yang memasuki pasaran Jepun pada 4 September 2020. Menariknya, model ini dipasang di kilang milik P.T. Astra Daihatsu Motor di Indonesia. Daihatsu Gran Max 2020 baharu dibina berdasarkan model Daihatsu Hijet dan Zebra (model pertama Rusa dibina berdasarkan kedua-dua model ini).

Daihatsu Gran Max Malaysia
Kredit: Instagram

Ilustrasi Digital Theophilus Chin, Pereka Kenderaan Maya Tempatan

Selain itu, beliau turut menggantikan huruf ‘s’ kepada ‘z’, sama seperti anagram Perodua Aruz. Perodua Ruza baharu ini menampilkan ciri-ciri SUV moden dengan rekaan yang lebih unik. Model ini dijanakan oleh enjin 2NR-VE 1.5 liter, enjin yang sama turut digunakan oleh model Perodua Aruz dan Myvi. Ia turut digandingkan dengan pilihan transmisi manual lima kelajuan dan automatik empat kelajuan. Selain itu, ia juga menawarkan pilihan pacuan roda hadapan dan pacuan semua roda bergantung pada jenis varian yang dipilih.

Perodua Ruza
Kredit: dsf.my

Bahagian bampar hadapan diperkemas dengan menampilkan rupa hadapan yang lebih ranggi, gril panel hitam yang lebih besar serta logo Perodua untuk menyuntik gaya kenderaan komersial ringan. Selain itu, pemegang pintu depan dan belakang pula disesuaikan dengan warna badan kenderaan, tidak mengunakan kemasan hitam seperti Daihatsu Gran Max. Di bahagian sisi pula, Perodua Ruza dilengkapi dengan rim sport dengan kemasan dwitona, skirt sisi dan pelapik pada sisi pintu.

Bahagian belakang pula tidak banyak beza dengan model asal – ada perbezaan pada bahagian logo, emblem serta kemasan berwarna hitam pada bar belakang. Lampu belakang juga tampil lebih garang dengan bentuk yang tajam. Tidak dinafikan, pelancaran Perodua Ruza merupakan suatu berita gembira terutamanya dalam kalangan peniaga-peniaga kecil. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan sehingga saat ini masih belum ada mikrovan tempatan yang mampu milik dijual di pasaran.

Selain itu, jika anda sedang mempertimbangkan untuk menjual kereta lama dan berminat untuk mendapatkan kereta terpakai baharu, layari laman web Carsome untuk info lanjut. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai yang menawarkan tawaran harga terbaik dengan perkhidmatan yang mudah, cekap dan pantas.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular