Skip to content
Carsome Malaysia
  • About
    • About Us
    • Career with Us
  • Articles
    • All Articles
    • BM
    • News
    • Car Reviews
    • Electric Cars
    • Lifestyle
    • Car Tips
    • Promotions
    • Press Release
    • Reports
  • Contact Us
  • Buy Car
  • Sell Car
  • Sign In
    • Dealer
    • Seller
  • 14 October 2020

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat: Prosedur Operasi Standard Carsome

Pada 12 Oktober yang lalu, kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 14 Oktober 2020 sehingga 27 Oktober 2020. Ia dilakukan selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setelah mengambil kira peningkatan kes yang berlaku di Klang, Petaling dan Gombak.

Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Bagi menyekat penularan kes ini dalam kalangan komuniti, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menggariskan beberapa prosedur operasi standard (SOP) berikut untuk dipatuhi dan diamalkan:

  • Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, pekerja yang perlu merentas daerah perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan;
  • Hanya dua orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan;
  • Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi ditutup;
  • Masjid, surau dan rumah ibadat bukan Islam turut ditutup;
  • Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan;
  • Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan;
  • Kegiatan sektor ekonomi, industri dan perniagaan dibenarkan beroperasi seperti biasa namun masih perlu mematuhi SOP ketat yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN);
  • Waktu operasi pasar borong, pasar harian (6 pagi – 2 petang) manakala waktu operasi bagi kedai barangan keperluan dan kedai runcit (6 pagi – 6 petang);
  • Restoran, kedai makan, warung, kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan (6 pagi – 6 petang) namun terhad untuk pembelian secara pandu lalu, penghantaran atau bungkus (take away) sahaja;
  • Operasi stesen minyak dibenarkan beroperasi (6 pagi – 6 petang).

Prosedur Operasi Standard Carsome

Selari dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (Conditional Movement Control Order) yang diumumkan ini, Carsome juga turut menggariskan beberapa garis panduan melibatkan segmen perniagaan-ke-pengguna (B2C) yang perlu dipatuhi bagi melancarkan urusan:

1. Pemeriksaan Suhu

Setiap kakitangan yang bertugas diwajibkan menjalani pemeriksaan suhu dan saringan gejala setiap hari. Malah, pelanggan yang mengunjungi premis juga akan disaring sebelum dibenarkan masuk ke dalam premis.Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat: Jaga jarak dan periksa suhu

2. Penjarakan Sosial/Fizikal

Amalan penjarakan sosial dan fizikal sekurang-kurangnya satu meter antara satu sama lain atau semasa melayan pelanggan yang berkunjung ke premis. Pelekat jarak satu meter turut ditandakan pada lantai ruang pejabat dan bahagian operasi Carsome.

3. Urus Niaga Tanpa Sentuhan (Contactless Payment)

Semua urus niaga, proses pemeriksaan, pemindahan hak milik kereta atau urusan lain dijalankan secara dalam talian tanpa melibatkan sebarang sentuhan fizikal. Urus niaga sebegini lebih selamat dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan perjumpaan secara bersemuka.

4. Cecair Pensanitasi Tangan (Hand Sanitizer)

Cecair pensanitasi tangan turut disediakan di bahagian pintu masuk dan ruang pejabat untuk kegunaan kakitangan dan pelanggan. Carsome sentiasa menggalakkan amalan kebersihan diri yang baik sepanjang berada di dalam premis.

basuh tangan dan sentiasa pakai pelitup muka

5. Penggunaan Sarung Tangan dan Pelitup Muka (Face Mask)

Penggunaan pelitup muka sepanjang berada di premis turut digalakkan selaras dengan saranan kerajaan. Pelitup muka akan digantikan setiap 4 jam dan pelitup muka yang telah digunakan akan dilupuskan dalam tong sampah tertutup. Selain itu, penggunaan sarung tangan pakai buang juga turut dipraktikkan.

6. Penghantaran ke Rumah

Selain itu, Carsome turut menyediakan perkhidmatan penghantaran kereta terpakai yang dibeli terus ke rumah anda. Semua kenderaan pelanggan yang dijadualkan untuk penghantaran juga akan dibersihkan dan disanitasi terlebih dahulu. Bahagian-bahagian berisiko yang sering disentuh seperti stereng, pemegang pintu, tombol gear dan sebagainya akan disanitasi untuk mengurangkan risiko jangkitan.

Garis Panduan Pelanggan

Untuk pelanggan-pelanggan yang ingin berurusan di pusat jualan Carsome, kami turut mengesyorkan anda untuk mematuhi garis panduan berikut:

SOP untuk pelanggan sepanjang perintah kawalan pergerakan bersyarat

  1. Kami mengesyorkan penggunaan aplikasi MySejahtera atau SELangkah untuk merekodkan pergerakan keluar masuk pelanggan ke premis kami. Ia juga membolehkan pihak Kementerian Kesihatan melakukan pengesanan kontak atau contact tracing jika berlaku perkara yang tidak diingini.
  2. Kami menggalakkan anda untuk mengehadkan bilangan orang yang akan menemani anda ke premis kami. Jumlah pelanggan yang minimum dapat membantu kami mengurangkan kesesakan di dalam premis kami.
  3. Amalkan amalan kebersihan yang baik seperti cuci tangan dengan sabun atau cecair pensanitasi kuman sebelum memasuki premis dan selepas keluar daripada premis. Kami juga mengalakkan anda untuk sentiasa menjaga jarak selamat satu meter.
  4. Jika anda berasa tidak sihat, hubungi kami untuk menjadualkan semula janji temu anda kepada tarikh lain yang sesuai.
  5. Amalkan juga pemakaian pelitup muka sepanjang berada di dalam premis. Elakkan menyentuh muka, hidung dan mulut untuk mengurangkan sebarang risiko jangkitan.
  6. Anda juga disarankan untuk sentiasa peka dengan sebarang arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Elakkan kawasan sesak, sempit dan sembang dekat. Amalkan penjarakan fizikal, kerap cuci tangan dengan sabun dan pakai pelitup muka jika ada urusan penting di luar. Kekal selamat, duduk di rumah! Sentiasa amalkan norma baharu dan kawalan kendiri pada setiap masa untuk kekal selamat. Selain itu, jika anda sedang merancang untuk menjual kereta lama atau membeli kereta terpakai, anda boleh layari laman web Carsome untuk info lanjut. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai yang menawarkan perkhidmatan jual beli kereta terpakai yang profesional, mudah dan pantas!

Trending Now

  • Tips on cleaning and disinfecting your car’s cabin
    • Learning Centre
  • Delay your car loan payments for 6 months from 1 April 2020
    • News
  • Cars in Malaysia that hold the Highest Resale Value after 5 years
    • Learning Centre
  • The 2019 Perodua Axia is here – New Style, Better Safety
    • News
  • vios 2019
    Here’s why the latest 2019 Toyota Vios is the Best It’s Ever Been
    • News
Facebook
Instagram
  • About
  • FAQ
  • Contact
  • Terms of Use
  • Privacy Policy

© 2015-2018 Carsome Sdn. Bhd. All right reserved.