HomeBMPemeriksaan dan Pandu Uji Secara Terus di Rumah Anda

Pemeriksaan dan Pandu Uji Secara Terus di Rumah Anda

Carsome menitikberatkan aspek keselamatan dan kesihatan pelanggan dan pekerja terutamanya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang kini sedang dikuatkuasakan di beberapa buah negeri di Malaysia. Bertitik tolak daripada itu, Carsome memperkenalkan cara baharu beli dan jual kereta terpakai dengan menyediakan perkhidmatan pemeriksaan dan pandu uji secara terus dan percuma dari mana-mana lokasi anda di sekitar Lembah Klang. Cara ini bukan sahaja memudahkan pelanggan dan mengalakkan pelanggan untuk terus berada di rumah, malah ia turut menjamin keselamatan pelanggan dan pekerja sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan ini.

Jual Kereta Terpakai | Jual Kereta Lama | Beli Kereta Terpakai | Beli Kereta Second Hand

Pengalaman Baharu Jual Beli Kereta Terpakai #DudukRumahKamiKeTempatAnda

Carsome merupakan platform automotif pertama di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan jual beli kereta terpakai secara dalam talian. Carsome melangkah setapak ke hadapan dengan memperkenalkan pengalaman jual beli kereta terpakai baharu. Selari dengan amalan norma baharu yang dipraktikkan ketika ini, Carsome kini menawarkan perkhidmatan pandu uji dan pemeriksaan kereta secara percuma dari rumah anda.

Pemeriksaan Secara Terus di Rumah Anda

Bagi anda yang merancang untuk menjual kereta lama anda di Carsome, anda hanya perlu menempah slot janji temu di laman web Carsome. Setelah selesai, anda akan dihubungi oleh konsultan kami untuk melakukan pemeriksaan kenderaan anda secara percuma di rumah.

  1. Tempah slot pemeriksaan di laman web Carsome
  2. Konsultan kami akan menghubungi anda untuk maklumat lanjut
  3. Anda berpeluang merasai sendiri pengalaman pemeriksaan kereta secara percuma di rumah anda. Proses pemeriksaan oleh pemeriksa profesional hanya mengambil masa 30 minit sahaja!
  4. Terima tawaran harga yang ditawarkan secara on the spot. Anda juga boleh memilih untuk melakukan bidaan harga melalui rangkaian dealer kereta terpakai Carsome yang tersedia
  5. Terima bayaran dalam tempoh 1 jam*

Pemeriksaan Secara Terus di Rumah | Home Inspection

Jika anda bersetuju untuk menjual kereta lama anda selepas pemeriksaan, anda boleh menetapkan tarikh baharu untuk melakukan transaksi penjualan kereta lama anda. Anda boleh memilih sama ada:

  1. Hantar sendiri kereta lama anda kepada kami;
  2. Kami ambil kereta lama anda di rumah anda tanpa sebarang caj tambahan.

Dengan hanya 5 langkah mudah dan tanpa perlu memeningkan kepala anda, kereta lama anda kini boleh dijual dengan harga 20% lebih tinggi berbanding harga pasaran biasa. Malah, apa yang best, segala dokumen berkaitan dan urusan penjualan kereta anda akan diuruskan oleh pihak kami.

Pandu Uji Secara Percuma dari Rumah Anda

Selain pemeriksaan percuma di rumah, Carsome turut menawarkan perkhidmatan pandu uji secara terus dari rumah anda. Anda hanya perlu memilih rangkaian pilihan kereta terpakai yang tersedia melalui panggilan video. Kemudian, pilih option pandu uji secara terus dari rumah anda. Pilih masa dan tarikh yang sesuai mengikut keselesaan anda.

  1. Tempah slot pandu uji di laman web Carsome
  2. Konsultan kami akan menghubungi anda untuk maklumat lanjut
  3. Pilih rangkaian kereta yang tersedia melalui panggilan video yang dibuat. Anda boleh memilih untuk pandu uji kereta pilihan anda secara terus dari rumah anda
  4. Anda berpeluang merasai sendiri pengalaman pandu uji secara percuma mengikut masa dan tarikh pilihan anda – semestinya tanpa kos tersembunyi!

Jika tiada masalah dan anda memilih untuk membeli kereta terpakai yang dipandu uji, segala dokumen berkaitan urusan pembelian kereta terpakai anda akan diuruskan oleh pihak kami dan penghantaran kereta baharu anda akan dihantar anda secara terus ke rumah anda! Pengalaman baharu beli kereta terpakai secara terus dari rumah anda semestinya senang, mudah dan cepat!

Pandu Uji dari Rumah | Home Test-Drive

Berita baik untuk anda, pusat pemeriksaan kami masih beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Justeru itu, selain pilihan pemeriksaan dan pandu uji di rumah, anda masih boleh datang terus ke mana-mana pusat pemeriksaan berdekatan anda. Malah, kami turut mengamalkan amalan norma baharu dan SOP yang diperketatkan untuk keselamatan pekerja dan pelanggan yang berkunjung ke premis kami. Anda boleh layari laman web Carsome untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan pandu uji dan pemeriksaan secara terus di rumah ini. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai yang menawarkan perkhidmatan yang pantas, profesional dan dipercayai.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular