HomeBMSekumpulan Netizen Bantu Penumpang LRT Rosak!

Sekumpulan Netizen Bantu Penumpang LRT Rosak!

Ribuan warga Kuala Lumpur gempar apabila mereka mendapati laluan LRT Kelana Jaya ditutup kerana kerosakan sistem. Mereka yang menggunakan LRT untuk pergi dan pulang kerja buntu kerana satu-satunya kenderaan mereka tidak boleh digunakan! LRT rosak untuk kesekian kalinya!

Sebanyak 16 buah stesen di sepanjang laluan Kelana Jaya terpaksa ditutup. Antara stesen yang ditutup termasuklah stesen Masjid Jamek, KL Sentral, KLCC, dan Pasar Seni. Stesen-stesen ini merupakan antara stesen penting yang menjadi transit ke pengangkutan awam lain seperti MRT dan KTM serta menghubungkan warga ke pusat bandar. 

Sumber: New Straits Times

Apabila stesen-stesen ini ditutup, ramai yang jadi tak keruan dan buntu. Mereka tak tahu apa yang patut dibuat. Mereka tak tahu alternatif lain yang boleh diambil untuk pulang ke rumah. Ada yang terpaksa berjalan kaki jauh ke stesen LRT yang tidak ditutup. 

Misalnya lelaki ini yang terpaksa berjalan kaki sejauh 26 km untuk sampai ke rumah: 

@adameji7

LRT rosak but at least i have a healthy body! 🤩 #fyp #fypdongggggggg #lrtrosak #rapidkl #adameji7 #malaysiatiktok #africanmalaysian #kualalumpur #kelanajayaline

♬ original sound – Adam Eji – Adam Eji

Stesen-stesen ini ditutup untuk seminggu bagi kerja-kerja pembaikan. Jadi, sepanjang seminggu ini, apa yang boleh pengguna LRT boleh lakukan untuk sampai ke tempat kerja? Naik kereta sendiri? Sewa kereta? Atau naik kereta e-hailing yang tambangnya boleh mencecah puluhan ringgit? 

Apabila berlaku kejadian tak diduga seperti ini di Malaysia, sudah tentulah akan ada yang turun membantu! 

#LRTdown & #Carpool Trending Di Twitter! 

Kejadian ini berlaku di Malaysia. Kalau berlaku sesuatu bencana di sini, semua orang Malaysia akan bersatu. Tak kira apa bangsa dan agama. Akan diusahakan juga supaya ada sesuatu yang boleh dibuat untuk membantu mereka yang terkesan ini. 

Jadi, ada sekelompok warganet Malaysia yang cukup baik hati ini telah memulakan #LRTdown dan #CarpoolLRT untuk membantu dengan menumpangkan mereka yang terkandas dan terkesan dengan kejadian #LRTdown ini menggunakan kereta mereka.

Yang paling mengesankan, khidmat ini bukan hanya pada hari pertama stesen LRT ditutup. Malah ia berterusan hingga ke masa artikel ini ditulis (10/11/2022). Makin ramai yang menawarkan kereta mereka untuk ditumpangi hingga ke tempat kerja atau pulang ke rumah. 

Walaupun hujan lebat, tetapi warganet ini tetap bersungguh demi memastikan mereka yang terkandas ini dapat dihantar ke destinasi mereka dengan selamat. Letih baru pulang kerja itu diletakkan di tepi demi mereka yang memerlukan bantuan ini. 

Artikel berkaitan: Cara Pemanduan Selamat Ketika Musim Hujan

Abang Rider Pun Join Sekali! 

Bukan hanya pengguna kereta, malah abang-abang rider kita pun tak nak lepaskan peluang untuk membantu mereka yang terkandas dengan menumpangkan menggunakan motosikal mereka. 

Ada penunggang motosikal yang menunggu untuk di beberapa stesen LRT supaya mereka ini mudah dicari seperti di stesen LRT KLCC. 

Korporat Yang Turut Turun Membantu Mangsa LRT Rosak

Bukan hanya orang awam, ada beberapa badan korporat yang turut sama-sama turun membantu mereka yang terkandas ini. Antaranya seperti Media Prima Berhad yang menawarkan kereta rasmi radio Fly.fm untuk mengangkut penumpang yang terjejas.

Hotel Royal Chulan turut tidak ketinggalan membantu. Mereka menyediakan khidmat kereta shuttle. Mana-mana penumpang yang ingin ke Stesen LRT KLCC ke LRT Dang Wangi. Servis ini diberikan tanpa mengenakan waima RM1 pun bayaran!

Bersatu Kita Teguh! 

Warga Malaysia sekali lagi telah membuktikan bahawa walaupun kita ini berbeza kaum, agama, budaya, dan ideologi, tetapi kalau ada yang memerlukan bantuan, mesti ada yang akan menghulurkan apa yang termampu untuk meringankan beban mereka yang terjejas. 

Diharapkan usaha ini boleh berterusan supaya lebih ramai yang dapat membantu dan dibantu sepanjang tempoh ini. Ujian ini tidak akan boleh membuatkan kita semua berpecah tapi akan membuatkan kita lebih kuat mengharungi cabaran yang mendatang. 

Kepada mereka yang bersama dalam membantu menumpangkan mereka yang terkandas akibat LRT rosak dan #LRTdown, andalah wira sebenar Malaysia! Kerana anda, ramai yang dapat dibantu. Terima kasih daripada kami dan orang ramai yang telah mendapat manfaat daripada usaha anda! 

Juga, kepada mereka yang ingin membantu, masih belum terlambat untuk bersama-sama memudahkan mereka yang terjejas ini. Gunakan #LRTdown dan #Carpool untuk memudahkan mereka mencari anda. 

Jangan lupa jaga keselamatan jika anda ingin membantu mereka. Patuhi peraturan lalu lintas dan patuhi had laju. Jumlah kereta yang masuk ke pusat bandar makin bertambah dan jalan menjadi lebih sesak berbanding kebiasaannya. 

Artikel berkaitan: Kereta Rosak Tepi Jalan? Ini 4 Langkah Penting Yang Perlu Anda Tahu

Terima kasih kepada anda yang telah membantu. Marilah sama-sama berusaha untuk Malaysia yang lebih baik dan permai.

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular