HomeBMMoratorium Pinjaman Kereta: Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Moratorium Pinjaman Kereta: Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Diterbitkan: 28 Sept 2020, 10:00am|Dikemas Kini: 18 Jan 2021, 05:42pm

Perintah Kawalan Pergerakan 2.0: Bantuan Moratorium dan Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Diteruskan

Bantuan moratorium termasuk lanjutan moratorium dan pengurangan ansurans pinjaman yang ditawarkan oleh pihak bank seperti diumumkan sebelum ini akan diteruskan untuk individu yang terjejas ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 ini. Namun begitu, lanjutan ini merupakan skim bantuan pembayaran balik bersasar sama seperti yang diumumkan sebelum ini.

  1. Individu yang hilang pekerjaan dan masih belum mendapat pekerjaan pada tahun 2020 atau 2021. Individu terjejas boleh memohon pengecualian pembayaran untuk tempoh tiga bulan pada bila-bila masa pada atau sebelum 30 Jun 2021.
  2. Pemohon atau peminjam yang masih bekerja namun mengalami pengurangan pendapatan berbanding biasa. individu yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan sumber pendapatan boleh memohon untuk mengurangkan jumlah ansurans bulanan selari dengan pengurangan pendapatan.

Selain itu, peminjam atau pelanggan yang menghadapi kesukaran untuk membuat pembayaran balik pinjaman dinasihatkan untuk menghubungi pihak bank untuk berbincang mengenai pakej bantuan pembayaran balik yang sesuai mengikut keadaan yang dihadapi.

Perintah Kawalan Pergerakan: Moratorium Pinjaman Kereta

Tahun 2020 merupakan tahun yang sukar buat kita semua. Banyak insiden-insiden besar berlaku seperti letusan Gunung Berapi Taal di Filipina, kebakaran hutan di Australia, banjir besar di Indonesia dan banyak lagi. Namun, insiden yang paling memberi kesan kepada kita semestinya pandemik Covid-19. Virus ini yang pertama kali dikesan di Wuhan telah merebak ke beberapa negara lain dalam masa yang singkat. Ia bukan sahaja memberi impak kepada kesihatan rakyat malah turut menjejaskan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Ramai rakyat hilang pekerjaan dan hilang mata pencarian, malah ada perniagaan yang gulung tikar.

Bertitik tolak daripada itu, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan moratorium pinjaman untuk membantu meringankan beban kewangan rakyat Malaysia. Ia sekali gus dapat membantu individu serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas teruk ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mei lalu.

Moratorium 101: Apa Itu Moratorium?

moratorium bank

Menurut Bank Negara Malaysia, moratorium merujuk kepada penangguhan sementara bayaran balik pinjaman (pokok dan faedah/keuntungan) untuk jangka masa yang terhad. Peminjam yang mempunyai pinjaman yang memenuhi syarat tidak perlu membuat apa-apa bayaran balik dan tiada caj bayaran lewat akan dikenakan. Bayaran balik yang tertangguh akan disambung semula selepas tempoh penangguhan berakhir 30 September ini.

Moratorium pinjaman bank dijalankan di Malaysia susulan wabak pandemik Covid-19 yang telah melanda dunia pada ketika ini. Pandemik Covid-19 ini secara tidak langsung menjejaskan sumber pendapatan isi rumah dan memberi impak kepada sektor ekonomi. Untuk rekod, hampir 2.4 juta pekerjaan atau 15.7 peratus daripada keseluruhan sektor tenaga kerja terjejas dan memerlukan bantuan daripada kerajaan. Malah menurut Kajian Khas Kesan COVID-19 Terhadap Individu dan Ekonomi oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, hampir separuh daripada 168,182 responden hilang pekerjaan kesan daripada wabak itu.

Kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperkenalkan moratorium yang memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman selama enam bulan kepada peminjam terjejas. Dalam tempoh ini, anda tidak perlu membayar mana-mana hutang pinjaman anda tanpa dikenakan sebarang penalti oleh pihak bank. Selain itu, kerajaan juga telah melanjutkan tempoh moratorium dan bantuan bank bersasar selama tiga bulan yang lebih bertumpu kepada beberapa kumpulan sasar:

  1. Individu yang hilang pekerjaan dan masih belum mendapat pekerjaan
  2. Individu yang masih bekerja namun mengalami pengurangan pendapatan berbanding biasa

moratorium pinjaman kereta

Adakah Pembiayaan Pinjaman Kereta Terjejas?

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz menyatakan bahawa tiada caj tambahan akan dikenakan untuk pembayaran ansuran yang tertangguh selama enam bulan dalam tempoh moratorium. Anda hanya perlu membayar jumlah ansuran yang sama, cuma tempoh pinjaman anda akan dilanjutkan selama enam bulan lagi.

Tempoh moratorium bayaran balik pinjaman yang diputuskan selama enam bulan sebelum ini akan berakhir September ini. Apakah yang perlu anda lakukan? Jika anda tidak memohon lanjutan moratorium untuk tempoh tiga bulan akan datang, anda boleh mempertimbangkan dua pilihan tersebut:

#1 Bayar tunggakan pinjaman enam bulan sekali gus

Jika sumber pendapatan anda tidak terjejas teruk, anda boleh menjelaskan tunggakan pinjaman sekali gus. Anda bukan sahaja dapat melangsaikan hutang anda dengan lebih cepat, malah dapat membantu membekalkan aliran tunai dan modal kepada pihak bank demi kelangsungan ekonomi negara. Caj terakru tidak akan dikenakan walaupun anda memutuskan untuk melunaskan sepenuhnya bayaran tertunggak atau meneruskan bayaran jumlah ansuran seperti biasa.

#2 Panjangkan tempoh pinjaman anda selama enam bulan

Rancang aliran tunai dengan berhati-hati jika aliran tunai anda terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 ini. Teruskan pembayaran seperti biasa selepas tempoh moratorium berakhir September ini tanpa perlu risau akan sebarang faedah tambahan. Contohnya, bayaran ansuran bulanan anda ialah RM364 sebulan termasuk faedah (dan menganggarkan anda memiliki Perodua Axia). Oleh sebab penangguhan bayaran ini, bayaran awal yang sepatutnya berakhir September 2027 dilanjutkan selama enam bulan sehingga Mac 2028. Anda hanya perlu membayar jumlah bayaran yang sama tanpa sebarang penambahan caj atau faedah.

moratorium bank

Jika anda merancang untuk menjual kereta lama anda untuk mendapatkan wang tambahan atau anda sedang merancang untuk membeli kereta terpakai, anda boleh layari laman web CARSOME untuk info lanjut. CARSOME merupakan platform jual beli kereta terpakai yang menawarkan tawaran harga terbaik, perkhidmatan pantas, telus dan semestinya dipercayai.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular