HomeBMKekurangan Bekalan Kereta Baharu Yang Berterusan: Apakah Puncanya?

Kekurangan Bekalan Kereta Baharu Yang Berterusan: Apakah Puncanya?

Kita kini berada di penghujung pandemik COVID-19 dan keadaan sudah mula kembali normal. Walau bagaimanapun, masih terdapat kekurangan bekalan kereta baharu yang ketara di seluruh dunia. Ini telah menyebabkan banyak pengedar kereta seperti Perodua dan juga Honda tidak dapat memenuhi pesanan tertunggak mereka selama berbulan-bulan, hingga menyebabkan pengguna seperti kita tiada pilihan lain selain menunggu.

Jadi apa yang menyebabkan kekurangan bekalan kereta baharu ini berlaku dan apakah yang perlu anda lakukan jika anda perlukan kereta sekarang?

factory, new car supply

Kekurangan Cip Semikonduktor Mengganggu Bekalan Kereta Baharu

Faktor utama yang mengganggu bekalan kereta baharu global adalah kekurangan cip semikonduktor atau mikrocip. Memandangkan kereta moden dipenuhi dengan komponen elektronik, ia memerlukan banyak mikrocip untuk memastikan semuanya berfungsi dengan baik. Mikrocip berfungsi sebagai ‘otak’ pada komponen elektronik moden dan komponen seperti sistem infotainment, tingkap kuasa, kamera undur, dan peralatan keselamatan semuanya memerlukan mikrocip untuk berfungsi.

Mengapa Berlakunya Kekurangan Cip Semikonduktor?

Apabila pandemik COVID-19 bermula dan permintaan terhadap kereta baharu menurun, pengedar kereta menghentikan pesanan cip semikonduktor mereka daripada pembekal. Pada masa yang sama, syarikat lain, terutamanya firma elektronik pengguna pula memesan lebih banyak untuk memenuhi permintaan. Apabila negara dibuka dan ekonomi mula bertambah baik, pengedar kereta mendapati amat sukar untuk mendapatkan mikrocip baharu dan terpaksa menunggu agak lama untuk mendapatkan bekalan.

Lebih memburukkan keadaan, pengeluar cip semikonduktor memerlukan sehingga enam bulan untuk memulakan semula pengeluaran mikrocip dengan tambahan tiga hingga lima bulan lagi untuk menghasilkannya. Dengan permintaan tanpa henti daripada pelbagai industri, pengedar kereta dan juga pengguna kini tiada pilihan lain selain daripada menunggu.

Gangguan Bekalan Alat Ganti

Faktor lain yang menyumbang kepada kekurangan bekalan kereta baharu adalah gangguan dalam pengeluaran alat ganti kereta. Pengeluar dan vendor bahagian kereta juga agak terjejas kerana dibelenggu masalah akibat pandemik ini seperti isu bekalan dan juga jangkitan COVID-19 dalam kalangan pekerja.

Ini telah memperlahankan pengeluaran kereta dalam kalangan pengedar kereta, terutamanya di Malaysia. Walau bagaimanapun, bekalan alat ganti kereta kini semakin pulih pada 2022 dan ini menjadikan kekurangan cip semikonduktor sebagai isu utama yang menyebabkan kelewatan dalam penghasilan kereta baharu.

Artikel berkaitan: Tip Pembelian Kereta untuk Keluarga dan Ciri Keselamatan Yang Perlu Dipertimbangkan

Apa Yang Boleh Anda Lakukan Jika Anda Perlu Membeli Kereta 

Jika anda ingin membeli kereta baharu, anda perlu menunggu beberapa bulan untuk mendapatkannya. Bagi model popular seperti Perodua MyVi, anda mungkin perlu menunggu hingga enam ke dua belas bulan untuk mendapatkan kereta anda. Jadi jika anda sudah bersedia untuk mendapatkan kereta baharu, bincang dahulu dengan ejen jualan anda untuk mendapatkan gambaran umum tentang masa menunggu untuk kereta anda sebelum membuat tempahan.

buying new car

Beli Kereta Pramilik

Sebagai alternatif, anda boleh membeli kereta pramilik dan mendapatkannya dalam masa beberapa hari. Walaupun kereta pramilik tidaklah begitu glamor seperti kereta baharu, membeli kereta pramilik dapat membantu anda menjimatkan banyak wang kerana ianya telahpun susut nilainya. Ia juga tidak bermakna anda akan membeli kereta yang telah rosak.

Memandangkan kereta lazimnya kehilangan 20 peratus daripada nilainya pada tahun pertama dan sehingga 60 peratus pada tahun kelima, agak mudah untuk mencari kereta pramilik yang bagus dengan jarak perbatuan yang rendah pada harga yang berpatutan. Selain itu, CARSOME mempunyai kereta pramilik CARSOME Certified dengan kualiti yang dijamin kerana setiap kereta telah lulus pemeriksaan 175-titik yang ketat serta telah dibaik pulih untuk memastikan ia dapat berfungsi dengan baik.

Baiki & Selenggara Kereta Yang Anda Miliki

Jika anda ingin mencari kereta baharu kerana kereta lama anda mempunyai masalah mekanikal yang kecil, anda boleh membaiki dan menyelenggara kereta itu dan menggunakannya terlebih dahulu sementara menunggu bekalan kereta baharu kembali pulih. Sudah tentu anda perlu mengambil kira keadaan kereta anda juga, jika ia akan menelan perbelanjaan yang terlalu tinggi untuk dibaiki atau ia tidak boleh dipandu dengan baik, adalah lebih baik untuk anda membeli kereta pramilik sekarang.

Artikel berkaitan: Cara Menjaga Kereta Anda dan Mengapa Ia Perlu Dijaga

Beli Kereta CARSOME Certified Tanpa Perlu Menunggu

Dengan pelbagai pilihan kereta CARSOME Certified kami yang sedia untuk dipandu, anda boleh membeli dan memandu kereta idaman anda dalam masa beberapa hari sahaja. Anda cuma perlu menempah kereta di carsome.my, pandu uji, dan kemudian hantarkan dokumen yang diperlukan agar kami dapat menguruskan kertas kerja untuk anda. Setelah pembayaran selesai atau pinjaman anda diluluskan, kami juga boleh menghantar kereta ke rumah anda untuk pengalaman membeli yang mudah dan lancar.

Selain daripada boleh mendapatkan kereta anda tanpa perlu menunggu lama, anda juga akan mendapat kualiti tanpa kompromi apabila anda membeli kereta CARSOME Certified. Tambahan pula, kami menawarkan janji berikut untuk ketenangan fikiran anda:

  • Jaminan kereta berkualiti: Semua kereta kami telah melalui pemeriksaan 175-titik yang teliti untuk memastikan ia bebas daripada kemalangan teruk dan kerosakan banjir. Setiap kereta CARSOME Certified juga telah melalui Proses Pembaikpulihan CARSOME Certified yang meliputi bahagian dalaman dan luaran untuk memastikan keselamatan melebihi taraf, keselesaan sepenuhnya, dan estetik yang dibaik pulih.
  • Jaminan pulangan wang lima hari: Jika anda membeli kereta daripada CARSOME dan berubah fikiran, anda boleh memulangkan kereta dalam masa lima hari untuk mendapatkan pulangan wang penuh, tanpa sebarang soalan!
  • Waranti satu tahun: Semua kereta CARSOME Certified juga didatangkan dengan lanjutan waranti satu tahun untuk ketenangan fikiran anda.
  • Harga tetap: Harga yang anda lihat di CARSOME merupakan harga sebenar yang perlu anda bayar tanpa sebarang bayaran tersembunyi, jadi anda tahu berapa banyak yang anda akan bayar.

Jadi apa yang anda tunggu lagi? Layari carsome.my untuk mendapatkan kereta idaman anda hari ini!

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular