HomeBMHonda City 2020 atau Perodua Bezza 2020? Mana Satu Pilihan Anda?

Honda City 2020 atau Perodua Bezza 2020? Mana Satu Pilihan Anda?

Membuat pilihan sebelum membeli kereta idaman sememangnya memeningkan apatah lagi jika senarai kereta yang dipertimbangkan memberikan tawaran nilai wang yang berbaloi dan hadir dengan spesifikasi yang diidamkan – varian, harga, waranti, penjimatan bahan api, bilangan tempat duduk, dan sebagainya.

Dalam artikel ini, kami membandingkan antara Honda City 2020 dengan Perodua Bezza 2020 untuk membantu anda mendapatkan kereta idaman yang sesuai mengikut keperluan, bajet, dan minat anda.

Perbandingan Honda City 2020 dengan Perodua Bezza 2020

CARSOME menyenaraikan perbandingan lengkap antara model Honda City dengan Perodua Bezza berdasarkan harga, spesifikasi dan ciri-ciri lain seperti berikut:

1. Kapasiti Enjin & Kadar Penggunaan Minyak

Honda City merupakan salah satu model kereta sedan paling popular di Malaysia. Model ini berjaya mengekalkan kedudukan nombor satu di dalam segmen bukan nasional untuk enam tahun berturut-turut.

honda city engine

Honda merupakan antara jenama kereta yang boleh dipercayai dengan prestasi yang mengagumkan dan model Honda City dikuasakan oleh enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang berupaya menjana kuasa sehingga 119 hp dan tork sehingga 145 Nm serta dipadankan dengan transmisi CVT. Kadar penggunaan minyak untuk Honda City pula dianggarkan sebanyak 5.4 liter per 100 km, atau 18.5 km untuk setiap liter.

perodua bezza engine

Perodua Bezza pula menawarkan dua pilihan enjin – enjin petrol 1.0 liter dan 1.3 liter pemasaan injap bervariasi VVT-i (sebelum ini dikenali sebagai DVVT). Enjin ini mampu menjana kuasa sehingga 67 hp pada 6,000 rpm dan tork sehingga 91 Nm pada 4,400 rpm. Selain itu, enjin jenis ini menjanjikan nisbah mampatan yang lebih tinggi, geseran yang lebih rendah dan pembakaran bahan api yang lebih baik. Ia sekali gus memberikan penjimatan penggunaan bahan api yang lebih efisien dan memberikan lebih kilometer bagi setiap liter petrol.

Penggunaan bahan api bagi varian manual adalah sekitar 21.7 km/l dan 22.0 km/l bagi varian automatik empat kelajuan. Malah, varian automatik juga dikatakan lebih menjimatkan minyak kerana didatangkan dengan sistem Eco Idle (sistem henti melahu).

2. Harga

Honda City 2020 varian 1.5 S, 1.5 V, 1.5L V dan 1.5 V dijual pada harga antara RM74,191 hingga RM86,561. Manakala, Perodua Bezza 2020 bagi varian 1.0 Standard G MT, 1.0 Standard G AT, 1.3 Premium X AT dan 1.3 Advance AT dijual pada harga antara RM34,580 sehingga RM49,980.

Varian Harga Bayaran Bulanan (Anggaran)
Perodua Bezza 2020 1.0 Standard G MT RM34,580 RM366
1.0 Standard G AT RM36,580 RM387
1.3 Premium X AT RM43,980 RM465
1.3 Advance AT RM49,980 RM529
Honda City 2020 1.5 S RM74,191 RM785
1.5 E RM81,665 RM864
1.5L V RM86,561 RM916
1.5 V RM86,561 RM916

3. Warna

Honda City 2020 boleh didapati dalam lima pilihan warna iaitu Lunar Silver Metallic, White Orchid Pearl, Modern Steel Metallic, Crystal Black Pearl dan satu warna baharu iaitu Passion Red Pearl yang menggantikan warna merah Dark Ruby Red Pearl sebelum ini.

Manakala, Perodua Bezza 2020 menampilkan dua pilihan warna baharu iaitu Garnet Red (bagi varian 1.3 liter saja) dan Granite Grey menyertai empat warna yang sedia ada iaitu Ivory White, Glittering Silver, Ocean Blue dan Sugar Brown.

Perodua Bezza 2020 Honda City 2020
Warna Ocean Blue

Ivory White Solid

Sugar Brown

Glittering Silver Metallic

Granite Grey

Garnet Red Metallic

Crystal Black Pearl

Modern Steel Metallic

Luna Silver Metallic

Platinum White Pearl

Passion Red Pearl

4. Keselesaan

Selama bertahun-tahun, Honda City kekal menjadi penanda aras dengan menawarkan keselesaan dan ruang kabin yang luas serta teknologi canggih yang sentiasa menjangkau jangkaan pelanggan berbanding kereta sedan daripada jenama lain.

honda city boot

Honda City biasanya memberi fokus kepada keselesaan dengan menawarkan ruang kabin dan ruang kaki yang lebih besar dan luas sekaligus memberi keselesaan yang optimum bukan sahaja kepada pemandu dan penumpang hadapan, malah turut menjanjikan keselesaan kepada penumpang di bahagian belakang. Malah, Honda City turut menawarkan kapasiti but yang paling luas dalam kelasnya – dengan kapasiti sehingga 536L.

Meskipun ia merupakan sedan kompak aras permulaan, Perodua Bezza juga tidak ketinggalan dalam menjanjikan keselesaan kepada penggunanya. Perodua Bezza menawarkan ruang dalaman yang besar, setanding dengan model-model sedan yang seangkatan dengannya.

perodua bezza boot

Tempat duduknya juga yang lebih besar dan luas dengan ruang kaki, ruang lutut, dan ruang bahu yang mencukupi untuk memberi keselesaan yang sangat baik untuk tiga penumpang dewasa di bahagian belakang. Malah, ruang but yang ditawarkan oleh Perodua Bezza juga adalah antara yang terbaik dalam segmennya.

Perodua Bezza 2020 Honda City 2020
Dimensi & Berat Panjang (mm) 4150 4553
Lebar (mm) 1620 1748
Tinggi (mm) 1510 1467
Jarak Roda (mm) 2455 2600
Berat Badan (kg) 880 1125

Dengan kapasiti ruang but sebanyak 508L – hampir 100L melebihi ruang but Proton Saga (413L) dan dua liter lebih besar berbanding Toyota Vios, Perodua Bezza adalah pilihan sedan mampu milik yang sesuai untuk mereka yang berkeluarga!

5. Keselamatan

Honda City turut menawarkan ciri keselamatan terbaik. Dua varian teratas Honda City 2020 dilengkapi dengan enam beg udara yang sememangnya mendahului kelas. Manakala, dua varian seterusnya dilengkapi dengan empat beg udara dan model ini turut menerima penarafan lima bintang bagi ujian ASEAN NCAP.

best second hand car for sale in malaysia Honda City

Sama seperti Honda, Perodua juga tidak berkompromi dalam aspek keselamatan. Perodua Bezza telah menjalani ujian pelanggaran dan menerima penarafan lima bintang daripada dari ASEAN NCAP untuk model 1.3L Advance. Varian lain pula menerima penarafan empat bintang atau markah penuh untuk model kenderaan yang tidak dilengkapi VSC.

best used car malaysia Perodua Bezza

Kedua-dua Honda City 2020 dan Perodua Bezza 2020 dilengkapi dengan Sistem Brek Antikunci (Anti-lock Braking System, ABS) dengan Pengagihan Brek Elektronik (Electronic Brake-force Distribution, EBD) dan Bantuan Brek (Brake Assist, BA), Kawalan Kestabilan Kenderaan (Vehicle Stability Control, VSC) dan ISOFIX.

Jenama Tempatan atau Jenama Luar Negara?

Secara keseluruhannya, Honda City merupakan pilihan terbaik jika anda inginkan sebuah kereta yang lebih luas dan selesa. Ruang dalaman yang luas dan praktikal dengan dilengkapi pelbagai teknologi pintar terkini pada harga yang berbaloi sememangnya sebuah pelaburan jangka panjang yang menguntungkan sesuai untuk keluarga kecil anda.

Namun begitu, jika anda menginginkan sebuah kereta idaman dengan spesifikasi yang hampir sama dengan bajet yang terhad – Perodua Bezza adalah jawapannya. Meskipun ditawarkan dengan tawaran harga yang lebih murah, model ini turut menawarkan sistem keselamatan dan kawalan kestabilan yang setanding, penggunaan bahan api yang menjimatkan serta ruang kabin yang selesa.

Jika anda mempunyai bajet yang terhad dan mahu membeli kereta Honda City second hand atau Perodua Bezza second hand yang berkualiti, layari carsome.my atau muat turun aplikasi kami untuk dapatkan kereta terpakai yang telah dibaik pulih secara profesional untuk menjamin keselamatan, keselesaan, dan estetik yang telah dibaik pulih.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular