HomeBMCARSOME MARii Lagi! Apa Yang Best Dekat Malaysia Autoshow 2025 Nanti?

CARSOME MARii Lagi! Apa Yang Best Dekat Malaysia Autoshow 2025 Nanti?

Karnival automotif terbesar Malaysia kembali lagi! Malaysia Autoshow 2025 bakal menghangatkan suasana di MAEPS Serdang dari 9 hingga 15 Mei. Macam biasa, CARSOME akan turut serta sebagai Official Trade-In Partner dengan pelbagai promosi menarik, giveaway eksklusif dan aktiviti gempak di booth kami. So, nak tahu apa yang best dekat Malaysia Autoshow 2025 nanti?

Autoshow paling gempak tahun 2025

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Malaysia Autoshow (@autoshow_my)

Macam biasa, event ni tak pernah mengecewakan dengan booth-booth yang best dan meriah giler! Dekat Malaysia Autoshow 2025 nanti, anda boleh:

  • Saksikan pelancaran kereta baru oleh banyak jenama lokal dan antarabangsa
  • Layan kereta custom dan aksesori khas untuk komuniti mod kereta
  • Throwback dengan koleksi kereta klasik yang rare dan penuh nostalgia

Collab CARSOME dengan FAM

CARSOME - FAM Partnership

Buat pertama kalinya, CARSOME akan bergabung dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam collab paling padu yang bakal gegarkan Autoshow! Jom ke booth kami dan:

  • Rebut peluang menang barangan edisi terhad rasmi CARSOME | FAM
  • Menang tiket perlawanan Malaysia vs Vietnam pada 10 Jun (Kelayakan Piala Asia AFC)
  • Jumpa pemain bola sepak kebangsaan secara live di sesi meet & greet pada 10 & 13 Mei ini

Artikel berkaitan: Siaran Akhbar: CARSOME Pacu Kejayaan Harimau Malaya Sebagai Rakan Automotif Rasmi FAM

Jimat giler dengan CARSOME

Malaysia Autoshow CARSOME Booth

Sebagai Official Trade-In Partner untuk Autoshow kali ni, CARSOME akan tawarkan pengunjung dengan diskaun eksklusif yang berikut:

  • Daftar di booth kami dan dapatkan diskaun ekstra RM500 bila beli kereta + RM200 ekstra dan free inspection bila anda jual kereta di cawangan CARSOME sekitar Lembah Klang dari 9 – 18 Mei
  • Rebat trade in sehingga RM1,500

Nak cari kereta baru dan juga jual kereta lama? Sekaranglah masanya.

Dengan rebat trade in sehingga RM1,500 dan ekstra RM200 atas harga jualan, ini lah masa paling ngam untuk cari kereta baru dan jual kereta lama anda tau. Jom singgah terus ke booth CARSOME di Malaysia Autoshow 2025. 

Jom pergi ke MAEPS Serdang guna Waze atau Google Maps | 9 – 15 Mei | 10AM – 10PM

Tertakluk pada Terma dan Syarat.

Iqbal Adli
Iqbal Adli
Somos libres siempre solamente por tu vas

5 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular