HomeBMCara Menggunakan Baucar Diskaun CARSOME

Cara Menggunakan Baucar Diskaun CARSOME

Harga merupakan faktor penting dalam pembelian kereta dan sebab itulah CARSOME menawarkan kereta terpakai berkualiti pada harga yang berpatutan dalam pasaran. Sempena sambutan Hari Raya yang akan datang, CARSOME menyediakan pelbagai tawaran menarik, termasuk baucar diskaun kereta yang boleh anda gunakan untuk menikmati lebih penjimatan dengan pembelian kereta CARSOME Certified.

Untuk membantu anda mendapatkan diskaun, berikut ialah panduan ringkas tentang cara menggunakan kod diskaun apabila anda menempah kereta anda di CARSOME.

Cara Menggunakan Baucar Diskaun Kereta

Mulai sekarang hingga 30 April 2023, kami akan bekerjasama dengan beberapa influencer kegemaran anda yang akan berkongsi kod diskaun istimewa yang boleh anda gunakan apabila menempah kereta CARSOME Certified. Anda boleh menggunakan kod anda semasa menempah kereta di laman web dan aplikasi mudah alih CARSOME. 

Berikut ialah langkah-langkah untuk menggunakan kod diskaun anda.

Guna Baucar di Laman Web CARSOME

Menggunakan kod diskaun anda di laman web CARSOME adalah proses yang sangat mudah yang hanya memerlukan beberapa langkah sahaja:

1. Anda boleh melayari laman web untuk melihat kereta yang ada, atau mencari jenama dan model pilihan anda.

Apply CARSOME Car Discount Voucher 1

2. Anda boleh klik pada kereta yang anda suka untuk melihat butiran lengkap dan laporan pemeriksaan serta paparan 360 darjah kereta itu. Anda juga boleh menempah pandu uji atau berhubung dengan Konsultan CARSOME untuk mengetahui lebih lanjut.

Apply CARSOME Car Discount Voucher 2

3. Sebaik sahaja anda memutuskan kereta mana yang mahu dibeli, anda boleh menempahnya. Pada halaman penyenaraian kereta, pilih ‘Mula Sekarang’ dan klik pada ‘Tempah Kereta Ini Sekarang’.

Apply CARSOME Car Discount Voucher 3

4. Pada halaman Tempahan Secara Online, terdapat harga kereta dan jumlah bayaran tempahan yang diperlukan. Untuk menggunakan kod diskaun anda, klik pada ‘Pilih Promosi CARSOME’.

Apply CARSOME Car Discount Voucher 4

5. Seterusnya, masukkan kod diskaun anda, dan klik ‘Terapkan’. Kemudian klik ‘Disahkan’ dan diskaun akan ditolak daripada jumlah harga kereta, dan jumlah yuran tempahan yang baharu akan dipaparkan.

Apply CARSOME Car Discount Voucher 5

6. Akhir sekali, klik ‘Bayar’ untuk membuat bayaran, sekaligus menempah kereta anda. Mudah saja, kan?

Guna Baucar di App CARSOME

Anda juga boleh menggunakan kod diskaun anda pada aplikasi CARSOME yang boleh dimuat turun pada kedua-dua peranti iOS dan Android. 

1. Pada skrin utama aplikasi CARSOME, anda dapat lihat paparan senarai kereta yang ada, atau mencari jenama dan model pilihan anda.

CARSOME Car Discount Voucher on App 1

2. Jika anda menjumpai kereta yang anda suka, klik untuk melihat butiran lengkap, laporan pemeriksaan dan pandangan 360 darjah kereta itu. Seperti di laman web, anda boleh menempah pandu uji atau pilih untuk berhubung dengan Konsultan CARSOME terus daripada skrin penyenaraian kereta ini.

CARSOME Car Discount Voucher on App 2

3. Jika anda memutuskan untuk membeli kereta itu, pilih ‘Get Started’ dan klik pada ‘Book This Car Now’. 

CARSOME Car Discount Voucher on App 3

4. Pada skrin Tempahan Secara Online, anda boleh melihat harga kereta dan jumlah yuran tempahan yang diperlukan. Di sini, sentuh ‘Select CARSOME Promotions’.

CARSOME Car Discount Voucher on App 4

5. Seterusnya, masukkan kod diskaun anda, dan klik ‘Apply’. Kemudian klik ‘Confirm’ dan diskaun akan ditolak daripada jumlah harga kereta, dan jumlah yuran tempahan yang baharu akan dipaparkan.

CARSOME Car Discount Voucher on App 5

6. Klik ‘Pay’ untuk membuat bayaran, sekaligus menempah kereta anda.

Kami berharap dengan panduan ini, anda boleh menggunakan baucar diskaun anda tanpa sebarang halangan dan mendapatkan lebih banyak diskaun untuk kereta idaman anda.

Jika anda sedang mencari kereta berkualiti dengan harga yang berpatutan, pilihlah CARSOME. Selain kualiti yang anda perolehi pada kereta kami hasil pemeriksaan teliti 175-titik, anda mendapat nilai tambah dengan janji CARSOME kami.

Janji ini termasuk harga tetap tanpa bayaran tersembunyi, jaminan wang dikembalikan lima hari dan waranti satu tahun, semuanya untuk ketenangan minda anda.

Lawati CARSOME untuk mencari kereta idaman anda hari ini atau muat turun aplikasi mudah alih kami.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular