Bunyi enjin bergema, suasana semakin meriah dan Penang Autoshow 2026 kini secara rasmi sudah pun bermula! Kalau anda belum sempat ke Penang Waterfront Convention Centre (PWCC), inilah masa terbaik untuk hadir ke salah satu autoshow paling dinanti tahun ini.
Sama ada anda sedang mencari kereta baharu atau sekadar ingin merasai kemeriahan autoshow, tiga sebab utama kenapa booth CARSOME wajib jadi pit stop anda sebelum acara ini berakhir pada 3 Mei.
1. Promosi Gempak & Upgrade Besar-Besaran

Setiap autoshow yang hebat bukan sekadar tentang kereta yang memukau tetapi juga pengalaman memilikinya. Di CARSOME, fokus utama kami adalah untuk memudahkan urusan anda memiliki kereta dengan lebih nilai dan ganjaran.
Sebagai official trade-in partner untuk Penang Autoshow 2026, kami bawakan tawaran eksklusif yang menjadi rebutan pengunjung sejak hari pertama. Kalau anda sedang mencari untuk beli, jual atau trade in kereta, Konsultan CARSOME kami sedia membantu di booth untuk sebarang pertanyaan.
Dan, bila anda buat pembelian terus di acara ini, anda akan menikmati:
- Rebat trade in sehingga RM2,500*
- Baucar petrol sehingga RM1,000
- Waranti 2 tahun
- Dashcam PERCUMA
Bukan itu sahaja! Kami juga mempunyai tawaran istimewa hasil kerjasama dengan Jetour. Jika anda menempah kereta baharu Jetour dan trade in kereta lama anda kepada CARSOME, anda akan menerima ekstra tunai RM1,000.
Paling menarik, anda juga berpeluang untuk membawa pulang pembesar suara (speaker) Marshall yang ikonik!

2. Permainan Interaktif & Hadiah Percuma
Sepanjang Penang Autoshow 2026, stesen permainan interaktif CARSOME menjadi antara tarikan utama pengunjung. Setiap aktiviti bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga memberi gambaran lebih jelas tentang standard tinggi di CARSOME Certified Lab.
Pengunjung juga berpeluang membawa pulang pelbagai goodie bag percuma sepanjang autoshow ini berlangsung.
Test Your Memory, Match And Win!

Jom uji tahap ingatan anda melalui permainan padanan kad tersembunyi. Setiap padanan mendedahkan proses teliti yang memastikan setiap kereta CARSOME berada dalam keadaan terbaik sebelum dijual. Pada masa yang sama, anda juga berpeluang memenangi barangan eksklusif CARSOME.
Win The Steady Hands Challenge
Cabaran ini menguji fokus dan kestabilan tangan anda. Gerakkan buzzer stick di laluan wayar yang mencabar tanpa menyentuhnya dan elakkan buzzer berbunyi. Jika berjaya, anda akan membawa pulang hadiah menarik yang disediakan khas untuk pengunjung di autoshow ini.
3. Monster Truck Sebenar & Hadiah VIP Eksklusif

Salah satu tarikan utama di Penang Autoshow 2026 ialah Monster Truck sebenar yang dipamerkan di booth CARSOME. Saiznya yang luar biasa menjadikannya antara highlight utama dan spot bergambar wajib sepanjang autoshow ini.
Kami bukan sahaja mahu anda melihatnya dari jauh, malah kami mahu anda merasai sendiri gegaran adrenalinnya. Bagi anda yang inginkan pengalaman yang luar biasa, setiap transaksi sama ada beli, jual, atau trade in kereta anda dengan CARSOME di Penang Autoshow 2026, secara automatik anda berpeluang memenangi tiket VIP Eksklusif ke pertunjukan Monster Truck yang akan datang!
Jumpa anda di sana!

Masih belum terlambat untuk sertai kemeriahan Penang Autoshow 2026, upgrade kereta anda dan rebut peluang menang pelbagai hadiah menarik. Sambil itu, terokai juga ekosistem rakan strategik kami seperti CARSOME Academy, CARSOME Capital, Carlist.my dan KAF Digital Bank di sepanjang acara ini.
📍 Maklumat Acara:
Lokasi: Penang Waterfront Convention Centre (PWCC)
Tarikh: 1 hingga 3 Mei 2026
Waktu: 10:00 pagi – 10:00 malam setiap hari
Navigasi: Gunakan Waze atau Google Maps untuk ke PWCC, Pulau Pinang
Jumpa anda di booth CARSOME!
*Tertakluk kepada jenama kereta, segmen dan promosi semasa.
Tertakluk pada Terma dan Syarat.
