HomeBMBetul Ke Simpan Kereta Lama Lebih Jimat? Ini Kos Yang Ramai Tak...

Betul Ke Simpan Kereta Lama Lebih Jimat? Ini Kos Yang Ramai Tak Sedar Mereka Sedang Tanggung

Ramai beranggapan selagi kereta masih boleh dipandu, lebih baik terus digunakan. Lagipun, beli kereta baharu bukanlah satu keputusan kecil. Semakin lama anda menunggu, semakin besar kemungkinan nilai kereta terus susut, manakala komitmen pemilikan pula tetap berjalan seperti biasa.

Jika anda sedang mencari cara jual kereta yang paling menguntungkan, ada beberapa perkara yang patut anda pertimbangkan sebelum membuat keputusan.

Kenapa Sekarang Adalah Waktu Paling Sesuai Untuk Jual?

Kami faham memang sayang hendak melepaskan kereta yang sudah banyak berjasa. Tetapi sebagai pengguna yang bijak, kita perlu peka dengan kitaran kewangan kenderaan. Kami kongsikan tiga situasi yang boleh bantu anda menentukan sama ada sekarang masa yang sesuai atau tidak untuk jual kereta.

1. Jual Sebelum Waranti Tamat

Kebanyakan kereta baharu didatangkan dengan waranti pengeluar selama lima tahun. Sebaik sahaja tempoh waranti ini tamat, nilai pasaran kereta biasanya mula menurun secara mendadak kerana pembeli lebih berhati-hati terhadap kemungkinan kos baik pulih yang lebih tinggi. Oleh itu, menjual kereta sebelum waranti tamat boleh membantu anda mendapatkan nilai jualan yang lebih baik.

2. Bila Servis Major Hampir Tiba

Apabila mileage kereta anda mula mencapai 80,000 hingga 100,000 kilometer, tibalah masanya untuk jadual servis major. Komponen penting seperti timing belt dan absorber perlu ditukar dan ini memerlukan bajet yang agak besar. Daripada anda mengeluarkan modal sendiri untuk kereta yang memang anda rancang untuk tukar, lebih baik semak harga kereta lebih awal supaya anda boleh membuat keputusan sebelum kos penyelenggaraan yang besar perlu ditanggung.

3. Menunggu Pun Ada Kosnya

Ramai yang memilih untuk tunggu sehingga jumpa masa yang “sesuai” untuk menjual kereta. Namun sepanjang tempoh itu, ansuran bulanan, insurans dan cukai jalan masih perlu dibayar, sedangkan nilai kereta terus menyusut.

Jika anda memang bercadang untuk menukar kereta, inilah masanya untuk semak harga kereta dan mengetahui nilai semasa. Lebih awal anda merancang, lebih mudah untuk membuat keputusan sebelum terus menanggung komitmen yang sama setiap bulan.

Tak Perlu Lagi Bersusah Payah Jual Kereta Sendiri

Dulu, menjual kereta kepada syarikat kereta terpakai sering dianggap rumit dan memakan masa. Kini, proses tersebut jauh lebih mudah dengan adanya platform jual kereta secara dalam talian.

Jika anda ingin jual kereta dengan mudah, telus dan profesional, CARSOME menawarkan pemeriksaan kereta secara percuma serta membantu menguruskan semua urusan dokumentasi untuk anda.

4 Langkah Mudah Jual Kereta kepada CARSOME 

Langkah 1: Tempah Slot Pemeriksaan Dalam Talian
Anda boleh tempah slot pemeriksaan di carsome.my ataupun melalui aplikasi CARSOME. Wakil pemeriksa kami juga boleh datang terus ke lokasi anda supaya anda boleh menjual dari mana-mana dengan selesa.

Langkah 2: Sediakan Dokumen Yang Diperlukan
– Kad Pengenalan (Identification Card)
– Geran Kereta
– Dokumen pinjaman bank (jika kereta masih belum habis bayar)

Langkah 3: Hadir ke Pusat Pemeriksaan Pada Hari Janji Temu
Bawa sekali dokumen untuk diserahkan kepada Konsultan CARSOME.

Langkah 4: Dapatkan Tawaran Harga Tinggi
Selepas pemeriksaan yang teliti, pemeriksa kami akan berikan tawaran harga yang sangat kompetitif dan adil pada hari yang sama.

Langkah 5: Terima Bayaran Dalam 24 Jam
Selepas semua urusan selesai, bayaran akan diproses terus ke akaun bank anda pada hari yang sama.

Simpan kereta lebih lama tidak semestinya lebih menjimatkan. Jika kos penyelenggaraan semakin meningkat, nilai kereta terus menyusut dan komitmen bulanan masih berjalan, mungkin sekarang masa yang sesuai untuk mempertimbangkan langkah seterusnya.

Jika anda bercadang untuk menukar kereta dalam masa terdekat, mulakan dengan membuat semakan harga dan ketahui nilai semasa kereta anda. Dengan mengetahui nilai semasa kereta, lebih mudah untuk anda merancang sama ada mahu menjual atau trade in kepada kereta yang lebih sesuai. Untuk semak harga kereta anda, layari carsome.my

jual kereta

Kenapa anda boleh jual dengan yakin kepada CARSOME: 

  • Rebat trade in sehingga RM1,500
  • Harga tawaran tinggi
  • Pemeriksa profesional
  • Pembayaran pantas
  • Tiada bebanan kertas kerja
  • Jual di mana saja

Tertakluk pada Terma dan Syarat.

 

 

 

 

Aini Ahmad Murad
Aini Ahmad Murad
Copywriter by day, trail runner by weekend. Resilient in both.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular