Membeli kereta adalah satu pencapaian yang mengujakan. Namun, bagi ramai rakyat Malaysia, proses permohonan pembiayaan (atau pinjaman) kereta boleh menjadi satu pengalaman yang agak menakutkan. Ada yang risau usia mereka terlalu muda, manakala yang lain pula beranggapan bahawa jumlah pendapatan atau status pekerjaan akan menyebabkan permohonan mereka ditolak secara automatik.
Setiap institusi pembiayaan mempunyai kriteria kelayakan yang tersendiri. Memahami apa yang dinilai oleh pihak pembiaya serta mengetahui pilihan yang ada boleh membantu anda membuat keputusan yang lebih tepat sebelum menghantar permohonan.
Berikut adalah lapan persoalan lazim dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai pembiayaan kereta:
-
Bolehkah Saya Memohon Pembiayaan Kereta Jika Berumur Bawah Daripada 21 Tahun?
Ramai golongan belia beranggapan mereka perlu menunggu sehingga usia 21 tahun untuk memohon pembiayaan kereta. Walaupun sesetengah pihak pembiaya mungkin meminta penjamin bagi pemohon muda, ia bukanlah satu kewajipan untuk semua keadaan.
Di CARSOME Capital, pemohon warganegara Malaysia yang layak boleh memohon seawal usia 18 tahun tanpa memerlukan penjamin, tertakluk kepada penilaian dan kelulusan kredit. Ini membuka peluang kepada golongan belia yang sudah mula meraih pendapatan stabil untuk memiliki kenderaan sendiri.
Seperti mana-mana pembiayaan, kelulusan bergantung kepada keupayaan anda untuk menguruskan komitmen ansuran bulanan sedia ada. Oleh itu, pastikan anda memilih kereta dan jumlah pembiayaan yang sesuai dengan bajet anda. (Nota: Contoh ini adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan tidak menjamin kelulusan).
-
Adakah Status Lesen Memandu Mempengaruhi Permohonan Saya?
Segelintir pemohon bimbang status pemilikan Lesen Memandu Belajar (“L”) akan menghalang mereka daripada mendapatkan pembiayaan kereta.
Syarat pemilikan lesen memandu sebenarnya berbeza-beza mengikut institusi pembiayaan. Bergantung kepada profil keseluruhan pemohon, sesetengah pembiaya mungkin akan mempertimbangkan permohonan daripada pemegang lesen “L”. Namun, perlu diingat bahawa lesen “L” tidak membenarkan anda memandu bersendirian, dan kenderaan tersebut mesti dilindungi insurans sepanjang tempoh pembiayaan.
Jika anda kurang pasti, anda sentiasa dinasihatkan untuk menyemak syarat kelayakan penyedia pembiayaan terlebih dahulu.
-
Adakah Gaji Tinggi Diwajibkan Untuk Memohon?
Salah satu salah faham terbesar mengenai pembiayaan kereta ialah hanya golongan berpendapatan tinggi sahaja yang layak memohon.
Walaupun jumlah pendapatan adalah salah satu kriteria penting, kelulusan sebenarnya bergantung kepada pelbagai faktor, bukan pada gaji semata-mata.
Di CARSOME Capital, warganegara Malaysia yang mempunyai pendapatan kasar bulanan minimum RM1,500 boleh memohon pembiayaan kereta. Ini menyediakan akses pembiayaan yang lebih meluas untuk pelbagai peringkat pendapatan.
Seperti semua permohonan pembiayaan, kelulusan kekal tertakluk kepada penilaian kredit serta syarat-syarat kelayakan yang lain.
-
Bolehkah Individu Bekerja Sendiri Atau Pekerja Gig Memohon?
Bukan semua orang bekerja dalam persekitaran pejabat tradisional. Hari ini, ramai rakyat Malaysia menjana pendapatan melalui perniagaan kecil, pekerjaan berasaskan komisen, atau perkhidmatan e-hailing.
Golongan ini masih berpeluang untuk mendapatkan pembiayaan, asalkan mereka dapat membuktikan aliran pendapatan yang stabil melalui dokumen sokongan yang sah.
Sebagai panduan:
- Pekerja bergaji tetap: Secara amnya perlu menyediakan slip gaji 3 bulan terkini dan penyata bank gaji.
- Individu bekerja sendiri: Boleh mengemukakan dokumen pendaftaran perniagaan (SSM) bersama penyata bank syarikat atau peribadi selama 6 bulan yang menunjukkan aliran pendapatan perniagaan.
- Pekerja berasaskan komisen dan pekerja gig: Lazimnya diminta menyediakan rekod pendapatan serta penyata bank selama 6 bulan.
Menyediakan dokumen yang lengkap dan teratur dapat membantu melancarkan proses penilaian anda.
-
Bolehkah Saya Memohon Jika Gaji Dibayar Secara Tunai?
Ada pekerja yang menerima gaji secara tunai dan terus beranggapan mereka tidak layak untuk mendapatkan pembiayaan kereta.
Walau bagaimanapun, penerimaan gaji tunai tidak semestinya menjadi penghalang. Jika disokong dengan dokumen yang sah seperti slip gaji dan rekod caruman KWSP, pihak pembiaya masih boleh membuat penilaian terhadap kelayakan kewangan anda.
Jika kaedah pembayaran gaji anda berbeza daripada pindahan bank (bank transfer) biasa, sebaiknya semak dahulu senarai dokumen sokongan yang boleh diterima oleh pembiaya anda.
-
Bagaimana Pula Jika Saya Di Bawah Pemantauan AKPK?
Jika anda sedang mengikuti Program Pengurusan Kredit (PPK) di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), anda sangat dinasihatkan untuk melengkapkan program tersebut terlebih dahulu sebelum membuat sebarang komitmen kewangan baharu.
Selepas program tersebut tamat, sesetengah pembiaya mungkin mempertimbangkan permohonan anda berdasarkan penilaian kredit keseluruhan dan rekod tingkah laku pembayaran balik anda.
Setiap permohonan dinilai secara individu, jadi mengekalkan rekod pembayaran yang cemerlang adalah sangat penting. Jika anda ragu-ragu, dapatkan nasihat daripada pihak AKPK sebelum memohon pembiayaan baharu.
-
Bolehkah Saya Membuat Permohonan Bersama Ahli Keluarga?
Permohonan bersama mampu meningkatkan peluang kelulusan pembiayaan dengan menggabungkan pendapatan kedua-dua pemohon.
Di CARSOME Capital, pemohon bersama yang layak terdiri daripada pasangan (suami/isteri), ibu bapa, adik-beradik, dan anak yang telah dewasa (berusia 18 tahun ke atas). Ini memberikan lebih fleksibiliti kepada sesebuah keluarga untuk membeli kenderaan bersama. Setiap pemohon bersama akan memikul tanggungjawab sepenuhnya ke atas pembayaran balik pembiayaan tersebut.
-
Apakah Dokumen Yang Perlu Saya Sediakan Sebelum Memohon?
Menyiapkan dokumen dengan awal boleh memastikan proses permohonan anda berjalan dengan lebih lancar. Bergantung kepada jenis pekerjaan, anda mungkin diminta untuk menyediakan senarai dokumen berikut:
Untuk semua pemohon (Warganegara Malaysia sahaja)
- MyKad (IC Biru)
- Lesen Memandu yang sah atau Lesen Memandu Belajar (“L”)
Pekerja bergaji tetap
- Slip gaji tiga bulan terkini
- Penyata bank gaji tiga bulan terkini
Pekerja bergaji tunai
- Slip gaji enam bulan terkini
- Penyata KWSP terkini
Pemohon yang bekerja sendiri
- Dokumen pendaftaran penuh SSM
- Penyata bank 6 bulan terkini (akaun syarikat atau peribadi)
Pekerja berasaskan komisen dan pekerja gig
- Rekod komisen atau pendapatan enam bulan terkini
- Penyata bank enam bulan terkini
Mempunyai rekod dokumen yang lengkap dan tepat adalah kunci untuk mengelakkan kelewatan yang tidak diingini semasa proses kelulusan.
Mencari Penyelesaian Pembiayaan Yang Sesuai Dengan Keperluan Anda
Syarat pembiayaan kereta berbeza-beza antara institusi kewangan. Oleh itu, amat penting untuk anda meneroka pilihan yang ada di pasaran sebelum membuat kesimpulan bahawa anda tidak layak.
Di CARSOME Capital, penyelesaian pembiayaan kami direka untuk menyokong profil pemohon yang pelbagai termasuklah golongan pekerja muda, individu bekerja sendiri, pekerja gig, serta keluarga yang ingin membuat permohonan bersama. Terdapat syarat pendapatan kasar bulanan minimum yang ditetapkan iaitu RM1,500.
Jika anda merancang untuk membeli kereta, menyemak status kelayakan anda lebih awal dan menyediakan dokumen yang teratur pasti akan menjadikan perjalanan pemilikan kereta anda jauh lebih mudah.
Penafian: Semua permohonan pembiayaan adalah tertakluk kepada penilaian kredit dan kelulusan. Memenuhi kriteria kelayakan yang dinyatakan, termasuk syarat pendapatan minimum, tidak menjamin kelulusan pembiayaan. Kenderaan anda mungkin ditarik balik jika anda gagal melunaskan ansuran mengikut jadual yang ditetapkan. Sila buat pembiayaan secara bertanggungjawab.Pembiayaan ini disediakan oleh CARSOME Capital Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201801023496). Kriteria kelayakan dan dokumen yang diperlukan adalah tertakluk kepada pindaan tanpa sebarang notis. CARSOME Capital Sdn Bhd berhak mutlak untuk meluluskan atau menolak mana-mana permohonan.