HomeBMCARSOME dan MY Classic Cars Kongsi Keceriaan Merdeka Bersama Anak Yatim di...

CARSOME dan MY Classic Cars Kongsi Keceriaan Merdeka Bersama Anak Yatim di Lembah Klang

Selain sinonim dengan urusan jual beli kereta, sempena Merdeka baru-baru ini CARSOME dan MY Classic Cars berkolaborasi untuk mengukir senyuman dan mencipta pengalaman manis buat anak-anak yatim tempatan.

Naik Kereta Vintaj dan Ukir Senyuman Manis

Konvoi kereta klasik

Suasana pagi di Carfe, Petaling Jaya cukup meriah. Kira-kira 65 buah kereta klasik dan vintaj berbaris bagi membawa anak-anak dari lapan buah rumah anak yatim sekitar Lembah Klang dalam satu konvoi istimewa.

Mereka bukan sekadar melihat dari jauh. Anak-anak ini juga teruja apabila diberi peluang menaiki sendiri kenderaan bersejarah tersebut menuju ke Kelab Golf Negara Subang (KGNS).

Sepanjang perjalanan, memang terserlah senyuman di wajah mereka. Masing-masing rancak berbual dengan pemilik kereta sambil mengagumi keunikan reka bentuk kenderaan lama itu.

Permainan, Persembahan dan Pelbagai Hadiah Menarik

Sumbangan CARSOME

Setibanya di kelab golf, pelbagai aktiviti telah disusun untuk menceriakan suasana. Riuh-rendah jadinya apabila anak-anak ini bermain ‘Simon Says’ dan ‘Batu, Gunting, Kertas’.

Beberapa pemenang bertuah melompat gembira apabila berjaya membawa pulang hadiah seperti pensel warna dan patung beruang.

Semua yang hadir kemudiannya menikmati jamuan makan tengah hari sambil dihiburkan dengan persembahan tarian daripada rakan-rakan mereka sendiri, disusuli dengan sesi nyanyian beramai-ramai.

Kemuncak keseronokan tiba apabila anak-anak ini menerima cenderahati tajaan berserta beg istimewa CARSOME yang padat dengan set seni pasir (sand art) dan pensel warna. 

Sokongan Komuniti yang Bermakna

Sumbangan CARSOME

Di sebalik keseronokan acara, CARSOME juga tidak melupakan aspek kebajikan dengan menghulurkan bantuan kewangan. Antara sumbangan yang disalurkan pada hari tersebut termasuk:

  • Dana tunai sebanyak RM34,400 hasil sumbangan peserta dan penaja (setiap rumah anak yatim menerima sumbangan bernilai RM4,300). 
  • Sumbangan tunai tambahan sebanyak RM2,000 secara terus daripada pihak CARSOME.
  • Barangan keperluan asas termasuk bekalan makanan dan keperluan harian yang diserahkan terus kepada rumah-rumah kebajikan terlibat. 

Menyemarakkan Semangat Merdeka

Sambutan Merdeka

Hakikatnya, kepuasan sebenar acara ini adalah apabila melihat anak-anak ini tersenyum gembira. Senyuman lebar dan kegembiraan di wajah anak-anak ini sudah cukup untuk menjadi cara paling bermakna dalam menyambut kemerdekaan.

Alif Yunus
Alif Yunus
Running on sweet drinks and high octane!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular