HomeBMPemeriksaan Tukar Hak Milik (M.V.15) Kini Lebih Mudah Dengan CARSOME Academy

Pemeriksaan Tukar Hak Milik (M.V.15) Kini Lebih Mudah Dengan CARSOME Academy

Proses jual kereta di Malaysia memang mewajibkan pemeriksaan kenderaan dan selalunya bab inilah yang paling memakan masa. Tetapi kini, anda tidak perlu lagi bersesak atau menunggu lama. Anda boleh uruskan pemeriksaan tukar hak milik kereta anda dengan mudah dan pantas di CARSOME Dealer Hub Sungai Buloh, diterajui oleh CARSOME Academy.

Apa Sebenarnya Pemeriksaan M.V.15 Ini?

Secara ringkasnya, pemeriksaan M.V.15 bertujuan untuk mengesahkan identiti dan keadaan fizikal kenderaan anda agar ia padan dengan rekod rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Ia merupakan syarat wajib untuk proses pindah milik kenderaan sama ada antara pembeli, penjual mahupun wakil yang sah. Pendek kata, nama pemilik baharu tidak boleh didaftarkan secara sah selagi kereta tidak lulus pemeriksaan pematuhan ini.

CARSOME Academy Sebagai Rakan Pemeriksaan Pilihan Anda

Untuk memudahkan urusan anda, pemeriksaan M.V.15 kini boleh dibuat melalui CARSOME Academy, iaitu pusat pemeriksaan berlesen yang dilantik secara rasmi oleh JPJ.

Antara kelebihan apabila anda menempah slot dengan kami:

  • Pusat Pemeriksaan Sah: CARSOME Academy berlesen sepenuhnya di bawah JPJ untuk menawarkan servis ini.
  • Mematuhi Piawaian: Setiap pemeriksaan dijalankan mengikut prosedur dan garis panduan ketat yang ditetapkan pihak berkuasa.
  • Proses Pantas dan Cekap: Urusan jual beli kenderaan anda boleh diteruskan tanpa membuang masa.
  • Pemeriksa Profesional: Pemeriksa CARSOME Academy yang bertauliah dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) memberikan hasil pemeriksaan yang tepat dan profesional.

Harga Perkhidmatan Dan Apa Yang Anda Akan Dapat

Pakej standard untuk pemeriksaan tukar hak milik ini cuma RM30.00 (tidak termasuk SST).

(Nota: Mungkin terdapat sedikit caj tambahan semasa proses tempahan dilakukan).

Pakej ini merangkumi:

  • Pemeriksaan kenderaan yang mematuhi 100% piawaian JPJ.
  • Keputusan diselaraskan terus dengan sistem pangkalan data kerajaan.
  • Keputusan rasmi dikeluarkan sama ada LULUS atau GAGAL.
  • Rekod dalam bentuk digital untuk proses dokumentasi seterusnya yang lebih lancar.

Proses Pemeriksaan Yang Ringkas

Urusan pemeriksaan kini jauh lebih mudah dengan langkah-langkah ini:

  • Tempah secara online: Pilih slot masa yang sesuai dan buat bayaran melalui portal kami.
  • Hadir ke Hab CARSOME: Bawa kereta dan dokumen yang diperlukan ke pusat pemeriksaan kami mengikut slot yang telah ditempah. 
  • Pemeriksaan Pantas & Teliti: Berehat sebentar di ruang menunggu kami sementara pemeriksa bertauliah menjalankan ujian visual dan teknikal secara profesional. 
  • Terima Keputusan Secara Digital: Dapatkan laporan rasmi ujian M.V.15 terus ke emel anda pada hari yang sama. Urusan tukar hak milik kini sedia untuk diselesaikan. 

Sila ambil maklum bahawa keputusan LULUS/GAGAL bergantung sepenuhnya kepada keadaan fizikal kereta pada hari pemeriksaan dan ketepatan maklumat yang anda berikan.

Dokumen Yang Wajib Dibawa

Tempahan boleh dibuat oleh pemilik kenderaan sendiri ataupun melalui wakil (runner atau proksi syarikat). Sila pastikan dokumen-dokumen ini dibawa bersama pada hari pemeriksaan.

  • Dokumen pengenalan diri ASAL pemilik kenderaan (MyKad, MyTentera, MyPR atau Pasport).
  • Surat kebenaran/wakil rasmi daripada pemilik (jika anda hadir bagi pihak mereka).
  • Surat kebenaran syarikat dan butiran salinan SSM (khas untuk kenderaan di bawah nama syarikat.

Sedang Mencari Kereta Seterusnya?

Pemeriksaan Tukar Hak Milik Kereta

Selepas kereta lama berjaya dijual, sudah tentu anda merancang untuk upgrade atau mencari kenderaan yang baru. Dari proses jualan sehinggalah ke pembelian, CARSOME sentiasa bersedia menawarkan pengalaman beli kereta yang lebih mudah, telus dan profesional.

Selain proses yang lancar, anda juga boleh menikmati pelbagai manfaat apabila memilih CARSOME:

  • Kereta Berkualiti Serendah RM199/Bulan
  • Lebih Daripada 3,000 Pilihan Kereta
  • Servis Seluruh Negara
  • Perkhidmatan Bantuan Tepi Jalan 24/7 Di Talian 1800-82-3388
  • Kelulusan Pembiayaan Segera

Beli kereta anda yang seterusnya dengan yakin di carsome.my

Tertakluk pada Terma dan Syarat.

Alif Yunus
Alif Yunus
Running on sweet drinks and high octane!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular