HomeBMTayar Pancit Tengah Jalan? Ini Apa Yang Anda Wajib Buat

Tayar Pancit Tengah Jalan? Ini Apa Yang Anda Wajib Buat

Stereng tiba-tiba terasa berat, kedengaran bunyi geseran yang kuat dan kereta mula ‘tertarik’ ke satu arah? Ya, itu petanda jelas tayar kereta anda pancit.

Dalam situasi cemas ini, jangan tekan brek secara mengejut.

Kesilapan kecil ini boleh merosakkan rim tayar anda sepenuhnya atau lebih teruk, menyebabkan kemalangan. Berikut adalah panduan selamat untuk mengendalikan tayar pancit dan langkah kecemasan yang perlu diambil sebelum menghubungi perkhidmatan bantuan tepi jalan.

1. Kekalkan Kawalan 

Menekan brek secara mengejut ketika tayar kehilangan angin adalah sangat berbahaya. Sebaliknya, alihkan kaki anda daripada pedal minyak dan pegang stereng dengan kemas menggunakan kedua-dua belah tangan. Biarkan kelajuan kereta menurun dengan sendirinya akibat seretan tayar yang kempis.

2. Beri Isyarat dan Berhenti di Tepi

Setelah anda berjaya mengawal stereng dan kelajuan mula menurun, terus hidupkan lampu kecemasan. Periksa cermin sisi dan pandu dengan berhati-hati ke lorong kecemasan paling kiri. Cuba untuk berhenti di kawasan bahu jalan yang lurus dan rata supaya pemandu dari arah belakang boleh melihat anda dengan jelas.

3. Pastikan Keadaan Sekeliling Selamat

Setelah kenderaan berhenti sepenuhnya, tarik brek tangan. Sebelum membuka pintu kereta, pastikan tiada kenderaan yang sedang memandu laju berhampiran anda. Keluar dari kereta dan letakkan segi tiga amaran pemantul cahaya sekurang-kurangnya 45 meter di belakang kenderaan.

4. Nilai Situasi Anda

Berada di lebuh raya yang sibuk (seperti lebuh raya PLUS) bermakna kenderaan lain bergerak dengan sangat pantas. Jika tayar yang pancit itu berada di bahagian kanan (bersebelahan laluan trafik utama), jangan sesekali mengambil risiko untuk menukarnya sendiri. Keselamatan anda adalah keutamaan. Jadi, berundur ke belakang penghadang jalan jika perlu dan ini adalah masa yang tepat untuk mendapatkan bantuan pakar.

Biar CARSOME Roadside Assistance Bantu Anda

Daripada anda berpeluh ketakutan di bahu jalan dan kelam-kabut mencari nombor servis tukar tayar di Google, serahkan sahaja urusan ini kepada pakar.

Perkhidmatan CARSOME Roadside Assistance sedia membantu anda 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Berita baiknya? Perkhidmatan CARSOME Roadside Assistance ini beroperasi di seluruh negara dan terbuka kepada semua bermakna sesiapa sahaja boleh menggunakannya!

CARSOME Roadside Assistance

1800-82-3388

Sama ada anda perlukan bantuan pertukaran tayar di lokasi, bantuan jump-start untuk bateri yang mati, penghantaran petrol, mahupun khidmat tunda untuk membawa kenderaan ke tempat yang lebih selamat, semuanya tersedia untuk anda.

Antara perkhidmatan komprehensif yang ditawarkan termasuk: 

  • Tunda Kecemasan 24 Jam
  • Bantuan Tuntutan 24 Jam
  • Pusat Servis di Seluruh Negara
  • Perkhidmatan Isi Minyak di Tepi Jalan
  • Perkhidmatan Jump-Start atau Penukaran Bateri

Memandangkan kerosakan kereta boleh berlaku tanpa diduga, pastikan segi tiga amaran sentiasa ada di dalam but kereta. Jangan lupa juga untuk simpan nombor hotline CARSOME di dalam telefon anda hari ini supaya anda sentiasa boleh pandu dengan yakin ke mana sahaja.

Alif Yunus
Alif Yunus
Running on sweet drinks and high octane!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular