HomeBMSubaru Forester Terpakai: 5 Perkara yang Anda Perlu Tahu

Subaru Forester Terpakai: 5 Perkara yang Anda Perlu Tahu

Jika anda seorang peminat Subaru, anda semestinya akan mengakui bahawa Subaru Forester mempunyai cirinya yang tersendiri yang menjadi penarik kepada ramai peminat-peminat jenama ini. Malah, pembabitan Subaru dalam arena lumba kereta juga sememangnya membuktikan bahawa jenama ini berada dalam kelompoknya yang tersendiri dengan pretasi yang mengagumkan. Ia sekali gus memberikan persaingan yang lebih hebat buat beberapa SUV daripada kelas yang sama seperti Honda CR-V, Mazda CX-5 dan Proton X-70. Jika anda berminat untuk mendapatkan Subaru Forester terpakai, CARSOME menyenaraikan 5 fakta ringkas berkaitan Subaru Forester (2019) yang perlu anda tahu:

subaru forester terpakai

1. Enjin

Subaru Forester dikuasakan oleh enjin 2.0L Boxer berkuasa 154 kuasa kuda (hp) dan tork 196 newton meter (Nm) dengan teknologi suntikan langsung yang membantu meningkatkan prestasi dan kecekapan bahan api. Keseronokan memandu juga dipertingkatkan dengan transmisi CVT dengan mod manual 7 kelajuan baharu. Ia turut dilengkapi dengan ciri Symmetrical AWD yang mengagihkan kuasa dengan lancar ke setiap roda, menawarkan kestabilan dan keseimbangan respon stereng semasa selekoh dan kawalan cengkaman di atas permukaan jalan raya yang basah. Ia juga membantu pemandu meredah apa jua keadaan permukaan jalan dengan mudah.

2. Varian

Model global menawarkan empat pilihan varian bagi model Subaru Forester. Namun di Malaysia, Subaru Forester serba baharu ditawarkan dalam tiga varian dan ditawarkan pada harga RM139,788 untuk model Subaru Forester 2.0 i-L dan RM149,788 bagi model Subaru Forester 2.0 i-S. Model Subaru Forester 2.0 i-S dengan sistem teknologi EyeSight® pula dijual pada harga RM159,788. Harga pasaran bagi model Subaru Forester terpakai pula adalah bergantung pada keadaan kereta dan tahun pembuatannya.

subaru forester terpakai dengan teknologi eyesight

3. Teknologi Bantuan Pemandu EyeSight®

Teknologi Bantuan Pemandu EyeSight® ialah teknologi yang dicipta untuk menambahkan keyakinan pemandu sepanjang perjalanan, memantau pergerakan lalu lintas, mengoptimumkan kawalan pemanduan dan memberi amaran kepada pemandu sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diduga sepanjang perjalanan anda. EyeSight® dapat mengurangkan kadar kemalangan dengan kecederaan sehingga 82%. Teknologi yang diperkenalkan pada model Subaru Forester ini menjadikannya sebagai model Subaru kedua di Malaysia yang menerima teknologi ini selepas Subaru Outback.

Kawalan Pemanduan Adaptif (Adaptive Cruise Control)

EyeSight®  akan melaraskan jarak kenderaan anda dengan kenderaan lain di hadapan anda secara automatik. Teknologi ini membantu mengekalkan jarak selamat dengan kenderaan di hadapan anda.

Bantuan Pengekalan Lorong dan Amaran Keluar Lorong (Lane Keep Assist and Sway Warning)

EyeSight® memantau kedudukan anda sepanjang pemanduan anda di atas jalan raya. Sistem ini akan memberikan amaran kepada anda sekiranya pemanduan anda tersasar daripada laluan.

Sistem Brek Prapelanggaran (Pre-Collision Braking)

EyeSight® membantu mengelakkan dan mengurangkan impak pelanggaran hadapan dengan memberikan amaran kepada anda dan menekan brek (jika perlu) dalam situasi kecemasan. Jika terdapat risiko perlanggaran, sistem akan mengaktifkan brek secara automatik untuk memperlahankan atau menghentikan kereta apabila mengesan tiada respon segera daripada pemandu.

Pengendalian Pendikit Prapelanggaran (Pre-Collision Throttle Management)

Jika terdapat risiko kemalangan, EyeSight® akan menyekat atau mengurangkan kuasa daripada enjin supaya kereta bergerak perlahan untuk membantu anda meminimumkan kuasa impak dan kerosakan impak hadapan setelah mengesan objek di hadapan kenderaan anda.

#4 Bahagian Dalaman dan Luaran

Kenderaan utiliti sukan (SUV) ini telah direka semula untuk tampil lebih sporty, kemas dan menarik. Ruang konsol di bahagian tengah kini menawarkan lebih banyak ruang berbanding sebelumnya disebabkan oleh penggantian brek tangan kepada brek parkir elektronik (electronic parking brake). Tidak ketinggalan, panel instrumen menampilkan paparan pelbagai fungsi berkualiti tinggi dan turut menawarkan tambahan ruang kaki belakang dan ruang kargo dengan bukaan pintu but yang lebih luas. Kemas kini bahagian luaran Forester pula boleh dilihat pada gril, lampu depan dan belakang menyerlahkan lagi sisi elegan model ini.

subaru forester terpakai

#5 Ciri Keselamatan Standard

Subaru Forester mementingkan kepuasan pemanduan dan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang sangat tinggi. SUV ini menawarkan pelbagai spesifikasi keselamatan yang agak baik:

  • 7 beg udara SRS – di bahagian hadapan, sisi, belakang dan bahagian lutut pemandu
  • Tali pinggang keledar dengan ketinggian boleh laras (kerusi hadapan)
  • Tali pinggang keledar tempat duduk hadapan dengan penyekat dan pengehad beban
  • Penyandar kepala tempat duduk belakang
  • Tali pinggang keledar tempat duduk belakang
  • 4 sensor/4 saluran Sistem Brek Antikunci (Anti-lock Braking System, ABS) dengan Pengagihan Brek Elektronik (Electronic Brake-force Distribution, EBD)
  • Sistem bantuan brek
  • Brake Override
  • Sauh kerusi kanak-kanak terbina dalam ISO-FIX (ISO-FIX Adapted Child Seat Anchors)
  • Kunci keselamatan kanak-kanak
  • Pemegun enjin (Engine Immobiliser)
  • Pengesanan Kenderaan Belakang Subaru (Subaru Rear Vehicle Detection, SRVD) – Varian terpilih
  • Teknologi Bantuan Pemandu EyeSight® – Varian terpilih

Secara keseluruhannya, Subaru Forester menjanjikan kepuasan dan keselesaan dalam pemanduan. Ia menjanjikan keupayaan pemanduan off-road yang baik serta bahagian luaran dan dalaman yang mencukupi bagi sebuah SUV tahan lasak sepertinya. Apa yang boleh dikatakan, Subaru Forester terpakai semestinya sebuah SUV yang berbaloi untuk dimiliki. Apa pandangan anda? Selain itu, jika anda ingin mendapatkan Subaru Forester terpakai, anda boleh layari laman web CARSOME untuk info lanjut. CAARSOME merupakan platform jual beli kereta terpakai terbesar dan terbaik di Asia Tenggara.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular