HomeBMBoleh Dapat Untung RM900 Dalam 8 Hari Je Bila Sewakan Kereta di...

Boleh Dapat Untung RM900 Dalam 8 Hari Je Bila Sewakan Kereta di Trevo? Macam Mana Nak Buat?

Zaman sekarang ini, ada macam-macam cara yang boleh dilakukan untuk menjana pendapatan tambahan. Anda boleh berniaga secara kecil-kecilan, menghantar makanan secara sambilan, bekerja bebas (freelance), dan banyak lagi.

Selain daripada buat semua kerja tambahan yang disenaraikan di atas, tahukah anda yang anda juga boleh menggunakan kereta anda untuk menghasilkan duit poket dengan hanya menyertai Trevo!

Apa Itu Trevo?

Kalau anda jarang memandu kereta anda atau ada kereta yang tidak digunakan di rumah, sewakan sahaja kereta tersebut melalui Trevo, sebuah platform perkongsian kereta dalam talian yang membolehkan pemilik kereta menyewakan kenderaan mereka untuk menjana keuntungan dengan mudah.

trevo malaysia sewa kereta
Gambar oleh Fritz dela Cruz.

Apabila menyertai Trevo, anda juga tidak perlu risau tentang keadaan kereta anda. Trevo menggunakan sistem pembayaran yang selamat, proses verifikasi penyewa yang menyeluruh, penjejakan lokasi, dan pelbagai langkah lain bagi memastikan keselamatan kereta anda terjamin sepanjang ia disewakan.

Daftar Sebagai Host di Trevo Melalui CARSOME & Jana Pendapatan Tambahan Sehingga RM900 dalam 8 Hari!*

Daripada 1 Mac hingga 30 Jun 2024, jika anda mendaftar sebagai Host Trevo melalui CARSOME, anda boleh dapatkan pendapatan tambahan sehingga RM800 apabila kereta yang anda senaraikan di Trevo disewa.

Usah biarkan kereta anda terbiar sahaja di rumah. Ambil peluang ini untuk jadikan ia sebagai sumber pendapatan yang menguntungkan. Manalah tahu, hasil daripada sewaan kereta anda mungkin mencukupi untuk menyelesaikan bayaran bulanan bagi kereta tersebut! 

Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Hanya imbas kod QR atau klik pada pautan yang disediakan untuk memulakan proses pendaftaran dan anda sudah boleh menikmati tawaran terhad yang kami sediakan ini.

Klik pada pautan ini untuk mendaftar – https://host.trevo.my/trevoxcarsome.

Eksklusif untuk Pelanggan CARSOME, Dapatkan Sehingga RM400 Apabila Kereta Anda Disewa!

Jika anda senaraikan kereta yang anda beli daripada CARSOME untuk disewa melalui Trevo, anda boleh dapatkan pulangan tunai sehingga RM400 untuk enam bulan setiap kali kereta anda disewa! Dengan cara ini, anda boleh jana pendapatan tambahan untuk selesaikan bayaran bulanan kereta anda tanpa perlu bergantung pada gaji anda.

Berminat? Ikuti Langkah Ini untuk Menjadi Host di Trevo

Langkah 1: Muat Turun & Daftarkan Akaun di Aplikasi Trevo

Sebelum anda boleh menyenaraikan kereta anda untuk disewa di Trevo, anda perlu mendaftarkan serta mengesahkan akaun anda di aplikasi mereka terlebih dahulu. Untuk membuat pengesahan, anda perlu menghantar gambar MyKad, gambar swafoto dengan MyKad anda, dan juga gambar lesen memandu yang sah. Pihak Trevo akan mengambil masa sehingga 48 jam untuk membuat pengesahan.

Langkah 2: Senaraikan Kereta Anda

Setelah akaun anda disahkan, anda boleh mula menyenaraikan kereta anda untuk disewa. Caranya mudah saja, anda cuma perlu hantar permohonan melalui aplikasi Trevo dan sertakan sekali gambar bahagian luaran dan dalaman kereta anda.

Jangan lupa untuk senaraikan sekali butiran mengenai kereta anda seperti spesifikasi kereta dan ciri-ciri tambahan yang ada untuk menarik perhatian bakal penyewa. Bila semuanya dah selesai, anda boleh tetapkan harga sewaan sama ada mengikut jam atau mengikut hari dan kereta anda kini sudah sedia untuk disewa!

Langkah 3: Terima Bayaran Bila Kereta Anda Disewa!

Anda akan menerima bayaran daripada pihak Trevo apabila penyewa mengesahkan tempahan kereta anda.  

Sertai Trevo hari ini dan jadikan kereta anda sebagai sebuah aset yang boleh mendatangkan keuntungan. Jangan lepaskan peluang untuk buat kereta anda bekerja untuk anda, dan bukan sebaliknya!

*Tertakluk pada Terma & Syarat.

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular