HomeBMPinjaman Kereta Ditolak? Inilah Punca & Cara Anda Boleh Membeli Kereta sebagai...

Pinjaman Kereta Ditolak? Inilah Punca & Cara Anda Boleh Membeli Kereta sebagai Graduan Baru

fresh graduate car loan

Tahniah, anda telah berjaya! Sekarang anda secara rasminya seorang graduan, dan masa depan anda bermula di sini. Sebagai graduan, anda mungkin telah mendapat pekerjaan dan sekarang mahu membeli kereta pertama anda.

Walau bagaimanapun, sebagai seorang graduan baharu, mendapatkan kelulusan pinjaman mungkin sukar disebabkan oleh kriteria bank yang ketat. Berikut ialah lima sebab yang biasa mengapa bank mungkin menolak permohonan pinjaman anda.  

1. Anda Tiada Skor Kredit

Apabila anda memohon pinjaman kereta, anda pasti akan mendengar istilah  Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau Credit Tip-Off Service (CTOS).  CCRIS diuruskan oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia,manakala CTOS pula merupakan sebuah agensi swasta. Kebanyakan institusi kewangan di Malaysia menggunakan kedua-dua laporan CTOS dan CCRIS untuk menilai kedudukan kredit anda. 

Walau bagaimanapun, CCRIS tidak mengira skor kredit, sebaliknya sistem ini menyenaraikan maklumat kredit anda daripada pembekal perkhidmatan kewangan termasuk broker insurans, syarikat telekomunikasi dan sudah pastinya bank. Ini bermakna mereka boleh melihat setiap komitmen kewangan anda. 

CTOS sebaliknya menjana skor kredit sebagai satu nombor dengan tiga digit. Skor kredit anda dihasilkan dengan mengira peratusan yang berikut:

  •  sejarah pembayaran anda;
  •  amaun pinjaman lain;
  •  tempoh sejarah kredit;
  •  permohonan kredit baharu; dan
  •  rekod prestasi undang-undang anda.

Lebih tinggi skor, lebih baik kedudukan anda – sebarang nombor bawah 651 dianggap sebagai kurang daripada purata dan mungkin menjejaskan permohonan anda secara keseluruhan. Anda boleh melihat kad skor kredit CTOS di sini

fresh graduate car loan

Sebagai graduan baharu, anda mungkin tidak mempunyai skor kredit disebabkan anda tidak memiliki sebarang pinjaman bawah nama anda. Pada skala CTOS, skor kredit anda berada dalam “Tiada skor”. Oleh yang demikian, bank tidak dapat menentukan status kewangan anda dan juga membuat keputusan sama ada anda mampu membayar balik pinjaman atau tidak. Bank akan lebih berhati-hati untuk memberi pinjaman kepada anda disebabkan mereka tiada jaminan bahawa anda boleh membayar balik jumlah pinjaman. 

2. Anda Baru Mendapat Kerja & Tidak Boleh Menyediakan Dokumen yang Diperlukan

Semasa memohon pinjaman kereta, anda perlu menunjukkan dokumen kewangan termasuk slip gaji untuk individu yang bekerja. Kebanyakan bank memerlukan sejarah pekerjaan selama sekurang-kurangnya enam bulan untuk memastikan anda mempunyai pendapatan yang stabil untuk membiayai pinjaman. 

Malangnya sebagai graduan baharu, anda mungkin baru mendapat pekerjaan yang pertama. Ini bermakna anda perlu menunggu sekurang-kurangnya enam bulan sebelum boleh memohon pinjaman. Dokumen sokongan yang diperlukan termasuklah penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang anda tidak akan miliki melainkan anda sudah bekerja sebelum ini. 

3. Debt Service Ratio (DSR) Terlalu Tinggi

Katakanlah anda telah bekerja sekurang-kurang selama enam bulan tetapi dalam bulan-bulan sebelum itu, anda telah mengambil kad kredit. Ini akan ditunjukkan dalam laporan CCRIS dan CTOS anda. Daripada laporan tersebut, bank akan merujuk kepada kewajipan kredit ini sebagai komitmen kewangan bulanan anda. Mereka kemudiannya akan mengira DSR anda untuk mengetahui sama ada anda mampu membayar pinjaman yang lain (pinjaman kereta yang anda mohon). 

fresh graduate car loan

DSR ini penting disebabkan ia boleh menentukan keputusan permohonan anda. Secara asasnya, nisbah ini mengukur sama ada anda mempunyai wang tunai dalam tangan yang cukup untuk mengekalkan gaya hidup selepas menolak komitmen bulanan anda. Setiap had DSR adalah berbeza mengikut bank. Sebagai contoh, jika had DSR bank ialah 70 peratus, sebarang peratusan DSR melebihi 70 berkemungkinan besar akan ditolak atau tertakluk pada semakan yang lebih ketat. DSR yang sihat adalah antara 30 dan 40 peratus. 

DSR dikira dengan membahagikan komitmen kewangan bulanan anda (pinjaman, kad kredit dan sebagainya) dengan jumlah pendapatan bulanan anda. 

4. Dokumen Penjamin Anda Tidak Cukup Kukuh

Salah satu cara untuk mengukuhkan permohonan pinjaman anda adalah dengan menggunakan penjamin. Penjamin ialah seseorang yang akan terikat secara undang-undang untuk menjelaskan sebarang amaun yang tertunggak jika peminjam utama (pemohon pinjaman) gagal membayar hutang. 

Bank lebih cenderung untuk meluluskan permohonan anda sekiranya anda mempunyai penjamin yang kuat. Ini disebabkan sekiranya berlaku sesuatu, penjamin berkewajipan untuk menyelesaikan sebarang bahagian pinjaman yang belum dibayar. Oleh itu, jika anda telah berusaha untuk memohon dengan penjamin tetapi pinjaman anda masih ditolak, ini mungkin berpunca daripada penjamin anda yang tidak cukup kuat. 

“Kuat” merujuk kepada status kewangan penjamin anda serta kemampuan mereka memberikan komitmen sekiranya anda (pemohon pinjaman) tidak mematuhi syarat pembayaran balik. Penjamin perlu menyerahkan dokumen pendapatan mereka selain bank akan memastikan kedudukan kewangan mereka dapat diterima. 

5. Kelulusan Pinjaman Kereta Lebih Sukar Semasa Wabak

Atas sebab-sebab di atas, kelulusan pinjaman kereta oleh bank menjadi semakin ketat. Presiden Malaysian Automotive Association (MAA) Datuk Aishah Ahmad berkata pemohon menghadapi tempoh mendapatkan kelulusan yang lebih panjang disebabkan pemberi pinjaman menambah kriteria yang diperlukan untuk kelulusan. Ini termasuklah sama ada bakal peminjam bekerja dari rumah dan jenis industri yang diceburi oleh mereka. 

Situasi ini menyukarkan lagi para graduan untuk membiayai kereta. Mereka yang baru mendapat pekerjaan yang pertama mungkin terpaksa melupakan rancangan mereka untuk memiliki kereta. Mujurlah Carsome melancarkan produk yang khusus untuk graduan membiayai kereta dengan mudah. 

Anda Masih Boleh Membeli Kereta Pertama Anda dengan Carsome Capital

Oleh sebab penolakan permohonan pinjaman untuk graduan, Carsome Capital telah melancarkan penyelesaian yang mudah dan bebas dari masalah di mana graduan baru, atau mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah dalam tempoh lima tahun selepas tamat pengajian, kini dapat membeli kereta pertama mereka. 

fresh graduate car loan

Ini disebabkan Carsome Capital menerima pemohon graduan yang berumur hingga 35 tahun untuk memohon hanya dengan Surat Tawaran Pekerjaan mereka! 

Anda juga boleh memohon tempoh pinjaman sehingga sembilan tahun. Ini bermakna bayaran bulanan merupakan jumlah yang anda mampu bayar. Berikut adalah syarat-syarat lengkap:

  • Memohon dengan Surat Tawaran Pekerjaan: Anda hanya perlu menunjukkan surat tawaran anda. Ini bagi membuktikan bahawa anda akan mempunyai pendapatan untuk menyokong pembayaran balik pinjaman. Kaedah ini sesuai untuk graduan yang baru sahaja mendapat pekerjaan pertama, atau baru-baru ini memperoleh pekerjaan baru, kerana anda tidak perlu menyediakan dokumentasi pendapatan sehingga enam bulan seperti yang anda lakukan dengan bank konvensional. 
  • Memiliki sekurang-kurangnya sijil Ijazah: Anda layak selagi permohonan dalam masa lima tahun selepas tarikh tamat pengajian. 
  • Anda hanya memerlukan seorang penjamin keselesaan: Anda boleh memohon dengan ibu bapa anda sebagai penjamin keselesaan. Ini berbeza dengan penjamin konvensional yang diperlukan oleh bank biasa. Untuk Carsome Capital, anda boleh memberikan sebarang bentuk pendapatan dari penjamin keselesaan anda tanpa syarat minimum. 
  • Lesen dan Kad Pengenalan Pemandu (KP): Anda perlu menyediakan KP dan lesen memandu anda. Ibu bapa anda juga perlu menyediakan KP mereka sebagai penjamin keselesaan. 

Seterusnya, anda boleh membayar balik jumlah pinjaman anda dengan mudah melalui Jompay. Walau bagaimanapun, anda hanya boleh memohon pilihan pembiayaan automatik ini apabila anda membeli kereta dengan Sijil Carsome. 

Beli Kereta dengan Carsome Certified untuk Jaminan Mutu 

Semua kereta Carsome Certified telah melepasi pemeriksaan 175 poin kami yang ketat untuk memastikan kenderaan bebas daripada kemalangan besar atau kerosakan kerangka atau kerosakan banjir. Selain itu, kereta dengan Carsome Certified diperbaiki dan dilengkapi dengan Carsome Promise. Carsome Promise ialah jaminan kami untuk anda memiliki ketenangan fikiran dalam pembelian anda.

Ini adalah Carsome Promise kami kepada anda: 

  • Jaminan wang dikembalikan dalam masa lima hari: Sekiranya anda membeli kereta terpakai dari Carsome dan anda tidak menyukainya, anda boleh mengembalikannya kepada kami dalam masa lima hari untuk mendapatkan jumlah penuh anda. Tanpa sebarang soalan! 
  • Pemeriksaan secara profesional: Semua kereta Carsome akan melalui pemeriksaan yang merangkumi 175 poin untuk memastikan ia bebas daripada kemalangan besar dan kerosakan rangka, kebakaran dan banjir. 
  • Jaminan Satu Tahun: Perjalanan anda bersama kami tidak berhenti selepas anda membeli kereta. Kami memberikan anda jaminan perlindungan untuk tahun pertama. 
  • Harga yang merangkumi segalanya: Harga yang anda lihat pada senarai di laman web kami ialah harga penuh sebenar kereta tanpa sebarang yuran yang tersembunyi. Kami mengamalkan ketelusan kos yang sepenuhnya untuk memastikan anda tahu apa yang anda akan dapat. 

Oleh itu, sekiranya anda berminat untuk membeli kereta pertama anda dengan Carsome, layarilah carsome.my/buy untuk memilih kereta yang anda berkenan. 

Selepas itu, anda boleh membuat janji temu untuk melihat kereta (kami turut menawarkan janji temu secara maya semasa tempoh kawalan pergerakan), dan jika anda menyukainya, belilah dengan pilihan pembiayaan kereta Carsome Capital. Caranya sungguh mudah.  

Kami mengucapkan anda selamat memandu untuk masa depan anda! 

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular