Memiliki kereta merupakan antara matlamat penting bagi ramai rakyat Malaysia. Sama ada untuk ulang-alik ke tempat kerja, menguruskan urusan keluarga atau memudahkan pergerakan harian, memiliki kenderaan sendiri mampu menjadikan kehidupan lebih selesa dan praktikal.
Namun begitu, masih ramai yang menangguhkan hasrat untuk membeli kereta kerana harga terlalu mahal atau beranggapan mereka tidak layak memohon pembiayaan. Hakikatnya, memahami cara pembiayaan kereta berfungsi boleh membuka lebih banyak pilihan yang sesuai dengan bajet dan keperluan anda.
Memahami Pembiayaan Sewa Beli (Hire Purchase) di Malaysia
Pembiayaan sewa beli atau hire purchase (HP) merupakan antara kaedah paling popular untuk memiliki kereta di Malaysia. Melalui pembiayaan ini, institusi kewangan akan membiayai pembelian kenderaan terlebih dahulu, manakala peminjam akan membayar semula jumlah pembiayaan tersebut menerusi ansuran bulanan tetap dalam tempoh yang dipersetujui.
Di Malaysia, pembiayaan sewa beli dikawal selia di bawah Akta Sewa Beli 1967 yang menetapkan hak serta tanggungjawab kedua-dua pihak sepanjang tempoh pembiayaan.
Jadi, bagaimana pembiayaan sewa beli berfungsi? Setelah semua ansuran bulanan dijelaskan sepenuhnya, hak milik kenderaan akan dipindahkan kepada anda.
Walau bagaimanapun, pembiayaan sewa beli konvensional turut mempunyai beberapa syarat dan batasan tertentu, antaranya:
- Tempoh pembiayaan biasanya dihadkan sehingga 9 tahun (108 bulan)
- Pembiayaan mungkin terhad kepada kenderaan yang memenuhi syarat umur tertentu
- Tertakluk kepada syarat pendapatan minimum yang mungkin tidak sesuai untuk semua pemohon
- Pilihan yang terhad bagi permohonan menggunakan pendapatan bersama
Keadaan ini boleh menyukarkan sesetengah individu untuk mendapatkan pembiayaan, terutamanya mereka yang mempunyai pendapatan sederhana, bekerja sendiri, menjalankan perniagaan kecil atau mempunyai pekerjaan yang tidak mengikut aturan pekerjaan tradisional.
Salah Faham Yang Biasa Tentang Pembiayaan Kereta
a) “Kena Ada Gaji Tinggi Baru Boleh Mohon”
Ramai beranggapan mereka perlu mempunyai pendapatan bulanan yang tinggi sebelum boleh memiliki kereta. Sebenarnya, pilihan pembiayaan berbeza mengikut penyedia, dan ada yang menawarkan pembiayaan kepada pemohon dengan pendapatan yang lebih sederhana.
b) “Fresh Graduate Tak Layak Mohon”
Tanggapan ini juga tidak semestinya benar. Terdapat pilihan pembiayaan yang disediakan untuk mereka yang baru memulakan kerjaya, termasuk individu yang mempunyai pendapatan berubah-ubah atau bekerja sendiri, tertakluk kepada penilaian kredit oleh pihak pembiaya.
c) “Hanya Pasangan Suami Isteri Boleh Buat Permohonan Bersama”
Permohonan menggunakan pendapatan bersama boleh membantu meningkatkan kelayakan pembiayaan. Namun, ramai menyangka hanya pasangan suami isteri boleh memohon bersama. Bergantung kepada penyedia pembiayaan, ahli keluarga lain juga mungkin dibenarkan untuk membuat permohonan bersama.
Pembiayaan Kereta Lebih Mudah Bersama CARSOME Capital
Di CARSOME Capital, kami memahami bahawa setiap individu mempunyai keperluan dan kemampuan kewangan yang berbeza. Sebab itu, kami menawarkan pelbagai pilihan pembiayaan yang direka untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia memiliki kereta dengan lebih mudah dan mampu milik.
Semua permohonan pembiayaan adalah tertakluk kepada penilaian kredit, kelayakan kenderaan serta kriteria kelulusan yang ditetapkan oleh CARSOME Capital.
Antara kelebihan yang boleh anda nikmati melalui pembiayaan CARSOME Capital termasuk:
a) Tempoh Pembiayaan yang Lebih Fleksibel
CARSOME Capital menawarkan pembiayaan untuk kenderaan yang layak dengan gabungan umur kenderaan dan tempoh pembiayaan sehingga 20 tahun. Ini memberi lebih fleksibiliti berbanding kebanyakan pilihan pembiayaan di pasaran, sekali gus membolehkan lebih banyak model kereta terpakai layak dibiayai dengan tempoh pembiayaan sehingga 9 tahun.
Jumlah ansuran bulanan adalah bergantung pada amaun pembiayaan, tempoh pembiayaan dan kadar keuntungan yang dikenakan.
b) Keperluan Pendapatan Minimum Serendah RM1,500
CARSOME Capital menawarkan pilihan pembiayaan kepada pemohon dengan pendapatan minimum serendah RM1,500. Bagi individu yang bekerja sendiri atau dalam sektor gig, kelayakan pendapatan akan dinilai berdasarkan dokumen sokongan seperti penyata KWSP, penyata bank atau bukti pendapatan lain, tertakluk kepada penilaian kredit.
c) Pilihan Permohonan Pendapatan Bersama yang Lebih Inklusif
Selain pasangan dan ibu bapa, CARSOME Capital turut membenarkan adik-beradik serta anak untuk membuat permohonan menggunakan pendapatan bersama. Ini memberi peluang kepada lebih ramai pelanggan untuk memenuhi syarat kelayakan pembiayaan.
d) Kelayakan Pembiayaan yang Lebih Luas
CARSOME Capital menawarkan tempoh bayaran balik sehingga 108 bulan (9 tahun) kepada pemohon yang berumur 18 hingga 60 tahun. Pembiayaan juga disediakan untuk kenderaan CARSOME yang layak, tertakluk kepada penilaian kredit serta kriteria kelayakan kenderaan.
Miliki Kereta dengan Lebih Mudah Bersama CARSOME Capital
Dengan pilihan pembiayaan yang lebih fleksibel daripada CARSOME Capital, lebih ramai rakyat Malaysia kini berpeluang memiliki kereta mengikut keperluan dan kemampuan masing-masing. Digandingkan dengan kenderaan CARSOME yang telah melalui proses pemeriksaan dan baik pulih menyeluruh, anda boleh menikmati pengalaman pemilikan kereta dengan lebih yakin dan tenang.
Untuk maklumat lanjut mengenai pembiayaan, anda boleh merujuk di sini.
Semak Kelayakan Pembiayaan Anda Hari Ini
Buat semakan kelayakan hari ini dan ketahui bagaimana CARSOME Capital boleh membantu anda memiliki kereta dengan lebih mudah dengan klik di sini.
Semua permohonan pembiayaan adalah tertakluk kepada penilaian kredit dan kelulusan. Memenuhi syarat kelayakan, termasuk pendapatan minimum, tidak menjamin permohonan pembiayaan akan diluluskan.

Jika anda sedang mencari kereta, CARSOME menawarkan pengalaman pembelian yang lebih mudah dan diyakini dengan pelbagai manfaat seperti:
- Waranti tanpa risau
- Bebas banjir atau kemalangan besar
- Pusat servis di seluruh negara
- Jaminan pulangan wang 14 hari
- Bantuan pembiayaan dalaman
Usha lebih 3,000 pilihan kereta di carsome.my
Tertakluk kepada Terma dan Syarat.