Beli Kereta

Toyota

Semua Negeri
Pilih lokasi anda di sini
200 result

Hubungi Saya

Apabila kereta pilihan saya berada berdasarkan

Toyota Edit

Toyota Second Hand

Toyota Motor Corporation yang berasal dari Jepun, telah beroperasi selama lebih daripada 80 tahun dan memainkan peranan penting dalam memacu industri automotif global. Toyota dikenali dengan penekanan mereka terhadap keunggulan teknikal, kualiti yang baik, dan kelestarian alam sekitar.

Toyota mempunyai pelbagai model kereta yang sesuai untuk pelbagai keperluan seperti kereta kompak, sedan, kereta keluarga, SUV, dan juga hibrid. Yang paling menarik, setiap model kereta Toyota dijamin memberikan prestasi terbaik, jimat minyak, keselesaan, dan yang paling penting, keselamatan bagi pemandu dan penumpang. Setiap model termasuk kereta Toyota terpakai mempunyai ciri-ciri dan spesifikasi yang berbeza, membolehkan pembeli memilih kereta yang paling sesuai dengan keperluan mereka.

Kereta Toyota Baru di Malaysia

Dengan pelbagai model terbaru yang menarik, Toyota memberikan pilihan terbaik untuk mereka yang mencari kereta baru yang berkualiti, berkuasa, dan canggih.

Kereta Toyota 2023

Antara model kereta baru yang dilancarkan oleh Toyota pada tahun 2023 adalah Toyota Yaris, Toyota Vios, Toyota Prius, dan banyak lagi.

Kereta Toyota Second Hand di Malaysia

Kereta Toyota second hand di Malaysia merupakan pilihan yang bijak bagi mereka yang mencari kereta dengan prestasi yang terjamin dan nilai yang hebat. Model kereta Toyota diminati ramai kerana ketahanan dan kualitinya, inilah sebabnya kereta Toyota second hand menjadi pilihan utama pembeli dalam pasaran kereta terpakai.

Anda boleh dapat nilai yang hebat jika membeli kereta toyota terpakai di Malaysia. Harganya lebih rendah berbanding model baru dan anda juga akan dapat kereta yang dijamin berkualiti. Dengan penjagaan yang baik dan penyelenggaraan yang berterusan, kereta Toyota terpakai dapat memberikan kepuasan jangka panjang kepada pembeli.

Di manakah anda boleh beli kereta Toyota second hand di Malaysia? 

Anda boleh membelinya daripada pengedar kereta Toyota second hand, atau anda boleh layari pelbagai pilihan kereta Toyota second hand yang ada di CARSOME, lihat spesifikasi kereta yang anda mahu, baca laporan pemeriksaan dan tempah pandu uji dalam talian.

Harga Kereta Toyota Second Hand di Malaysia

Berikut adalah anggaran harga kereta Toyota second hand di Malaysia:

  • Toyota Yaris: Antara RM83,300 hingga RM87,600

  • Toyota Vios: Antara RM89,600 hingga RM95,500

  • Toyota Corolla Cross: Antara RM130,400 hingga RM142,000

  • Toyota Veloz: Sekitar RM95,000

  • Toyota Innova: Antara RM133,880 hingga RM141,880

  • Toyota Corolla: Antara RM134,888 hingga RM145,888

  • Toyota Camry: Sekitar RM219,800

  • Toyota GR Supra: Sekitar RM645,000

  • Toyota GR86: Sekitar RM295,000

  • Toyota Rush: Antara RM93,000 hingga RM97,000

  • Toyota Hilux: Antara RM103,880 hingga RM158,880

  • Toyota Harrier: Antara RM274,000 hingga RM277,000

Toyota menawarkan harga yang berpatutan untuk pelbagai model kereta yang sesuai dengan bajet dan keperluan anda. Dari Toyota Vios yang ideal untuk kegunaan harian di bandar hingga Toyota Veloz yang sesuai untuk pengembaraan jauh dan Toyota Hilux yang menawarkan kuasa untuk menempuhi pelbagai jenis muka bumi dan permukaan jalan, anda akan menemui pilihan yang sesuai dengan citarasa dan keperluan anda.

Loan Calculator Pinjaman dan Bayaran Bulanan Toyota

Untuk membantu anda memahami kos pemilikan kereta Toyota, anda boleh gunakan kalkulator pinjaman kami. Dengan menggunakan kalkulator ini, anda boleh dapat cara terbaik untuk kira loan kereta Toyota yang anda mahu beli.

Kereta anda perlu diservis untuk memastikan ia sentiasa berfungsi dengan baik, anda boleh semak pusat servis Toyota berhampiran anda dan jadual servis kereta Toyota di sini. Jika waranti untuk kereta Toyota second hand anda telah tamat tempoh, anda boleh menghantarnya ke Pusat Servis CARSOME untuk perkhidmatan servis kereta yang berkualiti pada harga berpatutan, bermula daripada RM98.

Kereta Toyota Popular di Malaysia 2023

Kereta SUV Toyota Popular

Kereta MPV Toyota Popular

Kereta Sedan Toyota Popular

Trak Pikap Toyota Popular

Kereta Sport Toyota Popular

  • Toyota Supra

  • Toyota 86

Harga Servis dan Kos Pemilikan Toyota Second Hand

Berapakah harga roadtax kereta Toyota?

Berikut adalah senarai harga roadtax kereta Toyota untuk Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak:

Toyota 86:

  • Semenanjung Malaysia: RM379

  • Sabah & Sarawak: RM273.50

Toyota Alphard 2.4:

  • Semenanjung Malaysia: RM729.60

  • Sabah & Sarawak: RM402.28

Toyota Alphard 2.5:

  • Semenanjung Malaysia: RM834.40

  • Sabah & Sarawak: RM459.92

Toyota Alphard 3.0:

  • Semenanjung Malaysia: RM1,632.00

  • Sabah & Sarawak: RM898.60

Toyota Alphard 3.5:

  • Semenanjung Malaysia: RM2,369

  • Sabah & Sarawak: RM1,450.20

Toyota Altis 1.8:

  • Semenanjung Malaysia: RM279.20

  • Sabah & Sarawak: RM223.36

Toyota Avanza 1.3:

  • Semenanjung Malaysia: RM100

  • Sabah & Sarawak: RM50

Toyota Avanza 1.5:

  • Semenanjung Malaysia: RM120

  • Sabah & Sarawak: RM60

Toyota Camry 2.0:

  • Semenanjung Malaysia: RM379

  • Sabah & Sarawak: RM273.50

Toyota Camry 2.2:

  • Semenanjung Malaysia: RM543

  • Sabah & Sarawak: RM355.50

Toyota Camry 2.4:

  • Semenanjung Malaysia: RM742

  • Sabah & Sarawak: RM455

Toyota Camry 2.5:

  • Semenanjung Malaysia: RM874

  • Sabah & Sarawak: RM521

Toyota CH-R 1.8:

  • Semenanjung Malaysia: RM279.20

  • Sabah & Sarawak: RM223.36

Toyota Corolla Altis 1.8:

  • Semenanjung Malaysia: RM279.20

  • Sabah & Sarawak: RM223.36

Toyota Fortuner 2.4:

  • Semenanjung Malaysia: RM773

  • Sabah & Sarawak: RM470.50

Toyota Fortuner 2.7:

  • Semenanjung Malaysia: RM1365

  • Sabah & Sarawak: RM718

Toyota Harrier 2.0:

  • Semenanjung Malaysia: RM379

  • Sabah & Sarawak: RM273.50

Toyota GR Supra:

  • Semenanjung Malaysia: RM2,125

  • Sabah & Sarawak: RM1,022

Toyota Harrier 2.3:

  • Semenanjung Malaysia: RM740

  • Sabah & Sarawak: RM454

Toyota Harrier V6 3.0:

  • Semenanjung Malaysia: RM2,115

  • Sabah & Sarawak: RM1,018

Toyota Hiace 2.0:

  • Semenanjung Malaysia: RM378.50

  • Sabah & Sarawak: RM273.25

Toyota Hiace 2.5:

  • Semenanjung Malaysia: RM874

  • Sabah & Sarawak: RM521

Toyota Hiace 2.7:

  • Semenanjung Malaysia: RM1,365

  • Sabah & Sarawak: RM718

Toyota Hilux 2.4:

  • Semenanjung Malaysia: RM773

  • Sabah & Sarawak: RM470.50

Toyota Hilux 2.5:

  • Semenanjung Malaysia: RM874

  • Sabah & Sarawak: RM521

Toyota Innova 2.0:

  • Semenanjung Malaysia: RM379

  • Sabah & Sarawak: RM273.50

Toyota Prius 1.5:

  • Semenanjung Malaysia: RM90

  • Sabah & Sarawak: RM56

Toyota Prius 1.8:

  • Semenanjung Malaysia: RM279.20

  • Sabah & Sarawak: RM223.36

Toyota Rush 1.5:

  • Semenanjung Malaysia: RM90

  • Sabah & Sarawak: RM56

Toyota Unser 1.8:

  • Semenanjung Malaysia: RM272.40

  • Sabah & Sarawak: RM217.92

Toyota Vellfire 2.5:

  • Semenanjung Malaysia: RM874

  • Sabah & Sarawak: RM521

Toyota Vios 1.5:

  • Semenanjung Malaysia: RM90

  • Sabah & Sarawak: RM56

Toyota Wish 1.8:

  • Semenanjung Malaysia: RM278.80

  • Sabah & Sarawak: RM223.04

Toyota Wish 2.0:

  • Semenanjung Malaysia: RM379

  • Sabah & Sarawak: RM273.50

Toyota Yaris 1.5:

  • Semenanjung Malaysia: RM90

  • Sabah & Sarawak: RM56

Toyota Yaris GR 1.6:

  • Semenanjung Malaysia: RM207

  • Sabah & Sarawak: RM165

Adakah harga insurans kereta Toyota yang terpakai mahal?

Kadar insurans dikira berdasarkan harga pasaran kereta anda, jenis perlindungan, lokasi, kapasiti enjin, dan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) anda. Sebagai contoh, anggaran harga insurans bagi Toyota Hilux 2.8 (2755cc) di Semenanjung Malaysia dengan kadar NCD 55% berharga kira-kira RM2,014* setahun.

*Berdasarkan anggaran harga kereta baru dan terpakai.

Di manakah anda boleh menghantar kereta Toyota di Malaysia untuk diservis atau dibaiki?

Anda boleh menghantar kereta Toyota anda ke mana-mana pusat servis Toyota yang berhampiran anda.

Jika waranti bagi kereta Toyota anda telah tamat tempoh, anda boleh menghantarnya ke Pusat Servis CARSOME untuk diservis dan dibaiki.

Adakah Kereta Toyota Second Hand Boleh Diharap?

Apa ciri keselamatan yang ada pada kereta Toyota?

Keselamatan adalah keutamaan utama dalam setiap kereta Toyota. Toyota Safety Sense adalah satu set ciri keselamatan inovatif yang terdapat pada kereta Toyota. Ciri-ciri ini direka untuk melindungi penumpang dan membantu mengurangkan risiko kemalangan.

Ia menggunakan teknologi canggih untuk memberikan perlindungan tambahan semasa memandu. Ia menggabungkan pelbagai sensor dan sistem untuk mengawasi persekitaran jalan, mengesan ancaman, dan memberikan notifikasi kepada pemandu sebagai amaran.

Model kereta Toyota apa yang jimat minyak?

Selain daripada sistem keselamatan yang canggih, Toyota juga dikenali sebagai jenama yang menghasilkan kereta yang cekap dalam penggunaan bahan api. Berikut adalah beberapa model kereta Toyota yang jimat minyak:

  • Toyota Vios

  • Toyota Yaris

Adakah terdapat kereta Toyota hibrid?

Dengan memilih kereta Toyota yang jimat minyak atau menggunakan teknologi hybrid atau elektrik seperti Toyota Prius, Toyota Corolla Cross Hybrid, Toyota Zenix Hybrid, dan Toyota bZ4X, anda dapat mengurangkan perbelanjaan untuk mengisi minyak di samping memelihara alam sekitar.

Kenapa membeli kereta Toyota terpakai daripada CARSOME?

Kesemua kereta CARSOME Certified terjamin kualitinya kerana telah melalui pemeriksaan ketat 175-titik serta dibaik pulih secara profesional. Selain itu, setiap kereta Toyota second hand juga mempunyai harga tetap tanpa bayaran tambahan, jaminan pulangan tunai 5 hari, dan juga waranti satu tahun.