Beli Kereta

Perodua

Semua Negeri
Pilih lokasi anda di sini
691 result

Hubungi Saya

Apabila kereta pilihan saya berada berdasarkan

Perodua Edit

Kereta Perodua di Malaysia

Kereta Perodua Baru 2022

Pada tahun 2022, Perodua melancarkan model Alza facelift (generasi kedua) dengan ciri-ciri baharu dan penambahbaikan. Tiga varian ditawarkan, iaitu 1.5L X, 1.5L H dan 1.5L AV.

Kereta Perodua Baru 2023

Selain itu, selepas sembilan tahun di pasaran, Perodua Axia akhirnya telah menerima kemas kini model lengkap. Dengan pengenalan Perodua Axia 2023 serba baharu pada bulan Januari, pemandu menikmati lebih banyak naik taraf, daripada reka bentuk yang anggun hingga teknologi canggih. 

Kereta Perodua Second Hand

Perodua, juga dikenali sebagai Perusahaan Otomobil Kedua, adalah salah satu pengeluar automotif terbesar di Malaysia. Perodua menghasilkan keretanya di kilang mereka di Rawang sejak ia mula beroperasi. Sebagai pengeluar Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) pertama dan terbesar di Malaysia, Perodua telah menjual lebih sejuta EEV. 

Di mana saya boleh membeli kereta Perodua second hand? 

Anda boleh membeli kereta Perodua second hand di mana-mana pusat jualan kereta terpakai atau di pusat jualan Perodua. Tetapi, anda juga boleh membeli kereta Perodua second hand di CARSOME kerana kualiti kereta yang lebih terjamin beserta dengan pelbagai promosi yang boleh menjimatkan perbelanjaan anda.

Harga kereta Perodua terpakai

Loan Calculator Perodua untuk Kiraan Bayaran Bulanan 

Untuk membantu anda memahami kos yang terlibat, anda boleh menggunakan kalkulator loan kereta kami untuk Perodua. Kalkulator ini boleh memberikan anda anggaran bayaran bulanan, supaya anda boleh membuat bajet yang lebih baik untuk kiraan loan kereta baharu anda.

Kereta Perodua Second Hand Popular

Populariti jenama ini dapat dilihat dalam angka jualan beberapa modelnya yang paling popular: 

  • Perodua Myvi (2022)

  • Perodua Axia (2023)

  • Perodua Bezza (2022)

  • Perodua Aruz (2022)

  • Perodua Alza (2022)

Harga Servis Perodua dan Kos Pemilikan Perodua Second Hand

Kos pemilikan Perodua terpakai bergantung kepada beberapa faktor, seperti penyelenggaraan, kecekapan bahan api, dan pembaikan.

Di manakah anda boleh servis atau baiki kereta Perodua di Malaysia? 

Anda boleh menghantarkan kereta Perodua anda untuk diservis atau dibaiki di Pusat Servis Perodua di seluruh Malaysia. 

Jika waranti kereta Perodua anda telah tamat, anda boleh hantarkan kereta anda ke Pusat Servis CARSOME untuk diservis atau dibaiki bagi apa-apa kerosakan enjin dan mekanikal. 

Adakah harga insurans kereta terpakai Perodua mahal? 

Penting untuk diingatkan bahawa harga insurans kereta terpakai bergantung kepada beberapa faktor seperti model dan tahun keluaran kereta, nilai pasaran semasa, lokasi dan sejarah pemandu. 

Sebagai contoh, anggaran harga insurans bagi Perodua Myvi 1.5 AV (1496cc) di Semenanjung Malaysia tanpa NCD adalah kira-kira RM1,293.47 setahun, berbanding model baharu pada RM1,649.62.**

*Berdasarkan anggaran harga kereta baharu.

Berapakah kadar road tax kereta Perodua?

Perodua Axia 1.0 road tax 

  • Semenanjung Malaysia - RM20

  • Sabah & Sarawak - RM20

Perodua Bezza 1.0 road tax

  • Semenanjung Malaysia - RM20

  • Sabah & Sarawak - RM20

Perodua Bezza 1.3 road tax

  • Semenanjung Malaysia - RM70

  • Sabah & Sarawak - RM56

Perodua Myvi 1.3 road tax

  • Semenanjung Malaysia - RM70

  • Sabah & Sarawak - RM56

Perodua Myvi 1.5 road tax

  • Semenanjung Malaysia - RM90

  • Sabah & Sarawak - RM56

Perodua Kancil road tax

  • Semenanjung Malaysia - RM20

  • Sabah & Sarawak - RM20

Perodua Alza 1.5 road tax

  • Semenanjung Malaysia - RM100

  • Sabah & Sarawak - RM50

Perodua Aruz 1.5 road tax

  • Semenanjung Malaysia - RM100

  • Sabah & Sarawak - RM50

Perodua Kembara 1.3 road tax

  • Semenanjung Malaysia - RM70

  • Sabah & Sarawak - RM56

Berbaloi Ke Beli Kereta Perodua Second Hand?

Kereta Perodua merupakan salah satu jenama dengan kadar susut nilai paling perlahan di pasaran – Myvi terkenal dengan nilai yang tinggi walaupun selepas usia lima tahun. Walaupun kadar susut nilai boleh berkisar antara 20-40%, bergantung pada keadaan dan jarak tempuh kereta, kereta Perodua terpakai boleh menjadi pelaburan yang baik dari masa ke masa.

Tambahan pula, kereta Perodua terkenal sebagai kereta yang boleh diharap – kereta Perodua menduduki ranking tertinggi dari segi kualiti dan keselamatan, menurut J.D Power 2017 Malaysia Initial Quality Study. Sama ada kereta Axia, Myvi, Viva, atau Bezza second hand, pilih Perodua jika anda mencari kereta terpakai murah dan berkualiti.

Apakah ciri keselamatan kereta Perodua?

Perodua Smart Drive Assist (PSDA) adalah sama seperti Advanced Driver-Assistance System (ADAS); ia adalah sistem keselamatan aktif untuk melindungi pemandu dan orang di sekelilingnya. Perodua Myvi 2018 adalah kereta pertama dari Perodua yang disertakan ADAS atau dalam istilah pemasaran Perodua – Advanced Safety Assist (A.S.A), yang merangkumi Pre-Collision Warning (PCW), Pre-Collision Braking (PCB), Front Departure Alert (FDA), dan Pedal Misoperation Control (PMC).

Model Perodua mana yang paling jimat minyak?

Perodua Bezza boleh dianggap sebagai sedan paling cekap menggunakan bahan api dengan anggaran penggunaan bahan api 4.3 l/100 km. Ia adalah kereta Perodua yang boleh anda pertimbangkan jika anda sedang mencari kereta baharu untuk keluarga anda atau untuk e-hailing seperti Grabcar.

Apakah sistem 'Eco Idle' dan kereta Perodua mana yang ada padanya?

Sistem Eco Idle, atau sistem start-stop, merujuk kepada ketika enjin dimatikan seketika apabila kereta tidak bergerak untuk mengurangkan penggunaan petrol. Apabila kereta berhenti, enjin akan menghentikan operasi palam percikan dan penghantaran bahan api, yang menghentikan pembakaran. Ia akan dihidupkan semula apabila pemandu mengangkat kaki mereka dari brek. Sistem ini terdapat pada Perodua Myvi (generasi ketiga facelift) 1.3L X dan ke atas, serta Perodua Bezza (Advance).

Kenapa CARSOME Merupakan Pilihan Yang Bagus Untuk Mendapatkan Perodua Second Hand

Kesemua kereta CARSOME Certified terjamin kualitinya kerana telah melalui pemeriksaan ketat 175-titik serta dibaik pulih secara profesional. Selain itu, setiap kereta Perodua second hand juga mempunyai harga tetap tanpa bayaran tambahan, jaminan pulangan tunai 5 hari, dan juga waranti satu tahun.