Beli Kereta

Nissan

Semua Negeri
Pilih lokasi anda di sini
75 result

Hubungi Saya

Apabila kereta pilihan saya berada berdasarkan

Nissan Edit

Kereta Nissan di Malaysia

Kereta Nissan telah lama menjadi pilihan yang popular di kalangan pengguna kereta di seluruh dunia. Dengan reputasi yang kukuh dalam inovasi dan kualiti, terdapat beberapa kelebihan yang menjadikan kereta Nissan sebagai pilihan utama bagi ramai pengguna. 

Model Baharu Nissan 2023 

Ini merupakan antara model baharu Nissan yang popular: 

  • Nissan Leaf 

  • Nissan Navara

  • Nissan Almera 

  • Nissan X-Trail

  • Nissan Kicks

Kereta Facelift Nissan 

Nissan turut melancarkan beberapa model facelift pada tahun 2023 iaitu Nissan Almera dan juga Nissan Leaf. 

Kereta Nissan Second Hand

Nissan bermula sebagai sebuah syarikat kecil di Jepun dengan nama "Jidosha-Seizo Kabushiki-Kaisha". Pada mulanya, mereka hanya menghasilkan kereta kecil dan trak komersial untuk pasaran domestik. Pada tahun 1960-an, Nissan muncul sebagai pemain utama dalam industri automotif global dengan pelancaran model seperti Datsun Bluebird dan Fairlady Z. Pada tahun 1980-an dan 1990-an, Nissan melancarkan kereta-kereta seperti Sentra, Maxima, Pathfinder dan banyak lagi. Mereka juga membuktikan kepakaran mereka dengan pengenalan model kereta elektrik Leaf.

Di manakah saya boleh membeli kereta second hand Nissan di Malaysia? 

Anda boleh beli kereta second hand Nissan di mana-mana pengedar kereta second hand yang ada menjual kereta Nissan. Anda juga boleh membeli kereta second hand Nissan di CARSOME. Anda boleh baca laporan servis dan spesifikasi kereta di laman web CARSOME. 

Harga Kereta Nissan Second Hand

Berikut merupakan harga bagi kereta Nissan second hand di Malaysia: 

Apabila mencari kereta Nissan, faktor harga menjadi perkara penting yang perlu dipertimbangkan. Harga kereta Nissan boleh berbeza-beza bergantung kepada model serta spesifikasi yang dipilih. 

Bayaran Bulanan Kereta Nissan Second Hand

Anda boleh menggunakan kalkulator ini untuk menganggarkan kos pemilikan kereta Nissan jika anda ingin membeli apa-apa kereta Nissan second hand. Dengan ini, anda boleh merancang kewangan anda jika anda bercadang untuk membeli kereta Nissan second hand

Model Kereta Nissan Second Hand Yang Popular 2023

Kereta Sedan Nissan Yang Popular 

  • Nissan Almera 

  • Nissan Teana

  • Nissan Sylphy 

Kereta MPV Nissan Yang Popular 

  • Nissan Serena 

Kereta SUV Nissan Yang Popular 

  • Nissan X-Trail 

Kereta 4x4 Nissan Yang Popular

  • Nissan Navara 

Kos Servis & Penyelenggaraan Kereta Nissan Second Hand 

Berapakah harga road tax kereta Nissan? 

  • Bayaran cukai jalan Nissan Almera 1.5 (1498cc) 

    • Semenanjung Malaysia: RM90

    • Sabah & Sarawak: RM56

  • Bayaran cukai jalan Nissan Elgrand 3.5 (3498cc) 

    • Semenanjung Malaysia: RM4,371

    • Sabah & Sarawak: RM1,696.30

  • Bayaran cukai jalan Nissan Grand Livina 1.6 (1598cc) 

    • Semenanjung Malaysia: RM90

    • Sabah & Sarawak: RM56

  • Bayaran cukai jalan Nissan Grand Livina 1.8 (1798cc) 

    • Semenanjung Malaysia: RM279.20

    • Sabah & Sarawak: RM223.36

  • Bayaran cukai jalan Nissan Leaf 

    • Semenanjung Malaysia: RM20

    • Sabah & Sarawak: RM20

  • Bayaran cukai jalan Nissan Murano 3.5 (3498cc) 

    • Semenanjung Malaysia: RM4,371

    • Sabah & Sarawak: RM1.696.30

  • Bayaran cukai jalan Nissan Murano 2.5 (2498cc) 

    • Semenanjung Malaysia: RN868

    • Sabah & Sarawak: RM518

  • Bayaran cukai jalan Nissan Navara 2.5 (2498cc) 

    • Semenanjung Malaysia: RM868

    • Sabah & Sarawak: RM518

  • Bayaran cukai jalan Nissan X-Trail 2.0 (1997cc) 

    • Semenanjung Malaysia: RM378.50

    • Sabah & Sarawak: RM272.25

  • Bayaran cukai jalan Nissan X-Trail 2.5 (2488cc) 

    • Semenanjung Malaysia: RM868

    • Sabah & Sarawak: RM518

Adakah harga insurans kereta terpakai Nissan mahal? 

Anggaran harga insurans bagi Nissan Almera 1.5(1498 cc) di Semenanjung Malaysia dengan kadar NCD 10% berharga kira-kira RM2.847.80* setahun. 

*Berdasarkan anggaran harga kereta baharu.

Di manakah anda boleh servis atau baiki kereta Nissan di Malaysia? 

Anda boleh menghantarkan kereta Nissan anda untuk diservis atau dibaiki di pusat servis bertauliah Nissan di seluruh Malaysia. 

Jika waranti kereta Nissan anda telah tamat, anda boleh hantarkan kereta anda ke Pusat Servis CARSOME untuk diservis atau dibaiki bagi apa-apa kerosakan enjin dan mekanikal. 

Berbaloi Ke Beli Kereta Nissan Second Hand?

Kereta Nissan terkenal dengan kualiti kereta yang dihasilkan beserta dengan teknologi pemanduan yang diperkenalkan dalam model terkini untuk memastikan penggunanya selamat sepanjang berada dalam kereta Nissan. 

Selain itu, kereta Nissan second hand juga mudah untuk dijaga memandangkan reka bentuknya yang tidak kompleks. Alat ganti bagi kereta Nissan juga mudah untuk didapati di Malaysia. 

Ada model kereta Nissan yang mudah susut nilai. Oleh itu, anda perlulah memilih model kereta Nissan yang bersesuaian untuk kebaikan anda pada jangka masa panjang. 

Apakah teknologi yang ada pada kereta Nissan? 

Nissan telah menggunakan beberapa teknologi bagi memastikan kereta mereka selamat untuk dipandu di atas jalan raya. Antara teknologi yang digunakan termasuklah: 

  • Nissan Intelligent Mobility

  • NissanConnect

  • Nissan e-Power

  • Nissan Safety Shield 360

Apakah beza antara Nissan Almera VL, VLP, dan VLT? 

Di Malaysia, ada 3 varian bagi model Nissan Almera iaitu VL, VLP, dan juga VLT. Yang membezakan antara ketiga-tiga varian ciri tambahan, aksesori yang disertakan, sistem bunyi, serta kit badan yang disertakan. 

Bagi varian VL, ia disertakan dengan sistem infotaiment 7 inci, sistem Apple CarPlay & Android, kamera belakang, lampu LED, dan juga lampu kabus. 

Bagi varian VLP, ia mempunyai aksesori dan fungsi yang sama seperti varian VL tetapi disertakan dengan skirting sisi, rim aloi 16 inci, tempat duduk kulit, dan butang untuk menghidupkan kereta. 

Untuk varian VLT, ia disertakan dengan lebih banyak fungsi, aksesori, serta ciri keselamatan seperti pemantauan titik buta, sunroof, dan didatangkan dengan sistem bunyi Bose. 

Apakah ciri-ciri keselamatan yang ada pada kereta Nissan? 

Nissan telah mengintegrasikan pelbagai ciri keselamatan dalam reka bentuk dan pembuatan kereta mereka. Ciri-ciri ini memastikan bahawa pengguna dapat menikmati perjalanan dengan keyakinan dan keamanan. Antara ciri keselamatan yang ada di dalam kereta Nissan seperti: 

  • Forward Collision Warning (FCW) dengan Automatic Emergency Braking (AEB) dan Pedestrian Detection

  • Blind Spot Warning (BSW) dengan Rear Cross Traffic Alert (RCTA)

  • Lane Departure Warning (LDW) dengan Lane Keeping Assist (LKA)

  • Intelligent Cruise Control (ICC) dan Traffic Sign Recognition (TSR)

  • Automatic High Beams (AHB) 

  • Tire Pressure Monitoring System (TPMS)

Model Nissan yang mana paling jimat minyak? 

Kereta Nissan yang jimat minyak

Kereta Nissan telah lama dikenali sebagai pilihan yang jimat minyak bagi pengguna di Malaysia. Dengan teknologi terkini dan inovasi yang berterusan, kereta-kereta Nissan menawarkan prestasi enjin yang cekap serta penggunaan bahan api yang rendah. Ini menjadikan kereta-kereta Nissan pilihan utama bagi mereka yang mengutamakan penjimatan minyak dalam kehidupan harian mereka. 

Antara kereta Nissan yang jimat minyak seperti Nissan Almera yang menggunakan 5.5 liter untuk perjalanan 100km. 

Adakah Nissan mengeluarkan model kereta elektrik? 

Nissan telah mengeluarkan model Nissan Leaf yang merupakan satu-satunya kereta elektrik yang dijual di Malaysia pada masa ini. Model ini boleh didapati pada harga RM168,888. 

Kenapa anda perlu beli kereta Nissan second hand daripada CARSOME? 

Kesemua kereta CARSOME Certified terjamin kualitinya kerana telah melalui pemeriksaan ketat 175-titik serta dibaik pulih secara profesional. Selain itu, setiap kereta Nissan second hand juga mempunyai harga tetap tanpa bayaran tambahan, jaminan pulangan tunai 5 hari, dan juga waranti satu tahun.