Beli Kereta

Honda

Semua Negeri
Pilih lokasi anda di sini
325 result

Hubungi Saya

Apabila kereta pilihan saya berada berdasarkan

Honda Edit

Kereta Honda di Malaysia

Honda ialah sebuah syarikat multinasional Jepun yang telah membuat dan mengeluarkan kereta sejak 1948. Dengan teknologi dan kejuruteraan yang inovatif, Honda telah menjadi salah satu jenama kereta paling popular di Malaysia .

Honda menawarkan pelbagai jenis kereta untuk memenuhi setiap gaya hidup dan bajet. Daripada Civic yang bergaya dan sporty kepada Accord yang mewah, ada kereta Honda second hand untuk semua orang. Bagi mereka yang mencari kereta keluarga yang boleh dipercayai, Honda Odyssey sesuai untuk perjalanan jauh dan urusan harian. 

Kereta Honda Baru di Malaysia

Jika anda mencari kereta Honda baru di Malaysia, jangan lepaskan peluang untuk memiliki model terkini yang menarik seperti Honda City, Honda Civic, Honda CR-V dan honda WR-V. Dengan prestasi yang cemerlang, rekaan yang bergaya, dan teknologi terkini, kereta Honda baru menawarkan pengalaman memandu yang luar biasa.

Kereta Honda Second Hand

Honda menawarkan pelbagai model kereta yang menarik seperti Honda Civic second hand untuk pengalaman memandu yang berprestasi tinggi, Honda City second hand untuk penjimatan minyak dan pemanduan bandar yang selesa, atau Honda CR-V second hand untuk perjalanan jarak jauh. Setiap model Honda terpakai memberikan keunikan dan kepuasan tersendiri. Dengan memilih Honda terpakai, anda boleh mendapatkan kereta dengan harga yang lebih berpatutan berbanding membeli kereta baru. 

Di manakah anda boleh beli kereta Honda second hand di Malaysia? 

Anda boleh membelinya daripada pengedar kereta Honda second hand, atau anda boleh layari pelbagai pilihan kereta Honda second hand yang ada di CARSOME, lihat spesifikasi kereta yang anda mahu, baca laporan pemeriksaan dan tempah pandu uji dalam talian.

Harga Honda Second Hand di Malaysia

Berikut adalah anggaran harga bagi kereta Honda second hand di Malaysia

  • Honda City (Sedan dan Hatchback): RM38,000 – RM83,000

  • Honda HR-V: RM59,000 – RM107,000

  • Honda Jazz: RM42,000 – RM74,000

  • Honda Civic: RM47,000 – RM126,000

  • Honda CR-V: RM59,000 – RM149,000

  • Honda BR-V: RM53,200 – RM82,000

  • Honda Accord: RM62,000 – RM154,000

Bayaran Bulanan Kereta Honda Second Hand

Anda boleh menggunakan kalkulator ini untuk menganggarkan kos pemilikan kereta Honda jika anda ingin membeli apa-apa kereta Honda second hand. Dengan ini, anda boleh merancang kewangan anda jika anda bercadang untuk membeli kereta Honda second hand.

Model Kereta Honda Second Hand Yang Popular 2023

Bagi mereka yang inginkan kereta yang boleh dipercayai dan cekap, Honda City adalah pilihan paling popular dengan enjin yang jimat bahan api. Honda CR-V ialah SUV popular bagi mereka yang inginkan sesuatu yang praktikal, selesa, dan mampu memenuhi keperluan keluarga. Bagi mereka yang mahukan nilai terbaik untuk wang yang dibelanjakan, Honda Civic adalah pilihan yang paling sesuai kerana ia menawarkan kombinasi prestasi yang cemerlang, rekabentuk yang menarik, dan teknologi yang terkini.

Senarai kereta Honda popular di Malaysia

  • Honda City Hatchback

  • Honda Stepwagon

  • Honda Hrv

  • Honda Civic 2022

  • Honda Jazz

  • Honda Accord

Kos Servis & Penyelenggaraan Kereta Honda Second Hand 

Di manakah anda boleh menghantar kereta Honda di Malaysia untuk diservis atau dibaiki?

Anda boleh menghantar kereta Honda anda ke mana-mana pusat Honda 3S yang berhampiran anda. Honda 3S merujuk kepada pusat servis eksklusif yang disediakan oleh Honda untuk pemilik kereta Honda.

Jika waranti bagi kereta Honda anda telah tamat tempoh, anda boleh menghantarnya ke Pusat Servis CARSOME untuk diservis dan dibaiki.

Berapakah harga servis kereta Honda second hand?

Kereta anda perlu diservis untuk memastikan ia sentiasa berfungsi dengan baik, anda boleh semak pusat servis Honda berhampiran anda dan jadual servis kereta Honda laman web Honda. Jika waranti untuk kereta Honda second hand anda telah tamat tempoh, anda boleh menghantarnya ke Pusat Servis CARSOME untuk perkhidmatan servis kereta yang berkualiti pada harga berpatutan, bermula daripada RM98.

Berapakah harga roadtax kereta Honda?

Berikut adalah senarai harga road tax bagi model-model kereta Honda yang ditawarkan di Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak:

HR-V 1.5:

  • Semenanjung Malaysia: RM90

  • Sabah & Sarawak: RM72

WR-V 1.5:

  • Semenanjung Malaysia: RM90

  • Sabah & Sarawak: RM72

HR-V 1.8:

  • Semenanjung Malaysia: RM279

  • Sabah & Sarawak: RM224

Accord 2.0:

  • Semenanjung Malaysia: RM378

  • Sabah & Sarawak: RM273

Accord 2.2:

  • Semenanjung Malaysia: RM546

  • Sabah & Sarawak: RM352

City 1.5:

  • Semenanjung Malaysia: RM90

  • Sabah & Sarawak: RM56

CR-V 1.5:

  • Semenanjung Malaysia: RM90

  • Sabah & Sarawak: RM56

BR-V 1.5:

  • Semenanjung Malaysia: RM90

  • Sabah & Sarawak: RM56

Civic 1.6:

  • Semenanjung Malaysia: RM90

  • Sabah & Sarawak: RM56

Civic FD 2.0:

  • Semenanjung Malaysia: RM379

  • Sabah & Sarawak: RM273

Adakah harga insurans kereta Honda yang terpakai mahal?

Kadar insurans dikira berdasarkan harga pasaran kereta anda, jenis perlindungan, lokasi, kapasiti enjin, dan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) anda. Sebagai contoh, anggaran harga insurans bagi Honda Civic 1.5L E (1496cc) di Semenanjung Malaysia dengan kadar NCD 55% berharga kira-kira RM1150* setahun.

*Berdasarkan anggaran harga kereta baru dan terpakai.

Berbaloi Ke Beli Kereta Nissan Second Hand?

Apa ciri keselamatan yang ada pada kereta Honda?

Keselamatan adalah keutamaan utama dalam setiap kereta Honda. Dengan komitmen untuk melindungi penumpang dan pengguna jalan, Honda telah memperkenalkan Honda Sensing - satu set teknologi keselamatan pintar yang memberikan perlindungan tambahan dan membantu mengurangkan risiko kemalangan.

Honda Sensing menggabungkan pelbagai teknologi dan sensor pintar untuk membantu mengelakkan kemalangan dan melindungi penumpang di dalam kereta. Honda Sensing menggunakan radar, kamera, dan sistem pengawasan untuk mengesan halangan, mengawal kelajuan, dan memberikan notifikasi kepada pemandu untuk bertindak mengelakkan kemalangan.

Apa itu VTEC & kereta Honda apa yang ada enjin VTEC? 

VTEC, atau Variable Valve Timing and Lift Electronic Control, adalah teknologi enjin yang dikembangkan oleh Honda untuk meningkatkan prestasi dan kecekapan enjin. Ia merupakan sistem yang mengawal bukaan dan penutupan injap masuk dan injap ekzos secara fleksibel dan dinamik, mengubah ciri-ciri prestasi enjin mengikut keperluan semasa memandu. 

Dengan VTEC, enjin Honda dapat memberikan daya pacu yang hebat dalam keadaan RPM (putaran per minit) tinggi dan memberikan kecekapan bahan api yang baik dalam keadaan RPM rendah.

Beberapa model kereta Honda yang dilengkapi dengan VTEC adalah:

  • Honda Civic

  • Honda Accord

  • Honda CR-V

  • Honda City

  • Honda Jazz

  • Honda WR-V

Kereta-kereta Honda ini memanfaatkan teknologi VTEC untuk memberikan prestasi yang bertenaga dan responsif. Sistem VTEC yang pintar membolehkan kereta Honda memecut dengan lancar dan memberi pengalaman memandu yang menyeronokkan.

Model kereta Honda apa yang jimat minyak?

Honda Jazz, atau dikenali sebagai Honda Fit negara lain, adalah sebuah kereta hatchback serbaguna dan praktikal yang dikenali ramai sebagai sebuah kereta yang jimat minyak. Model ini dilengkapi dengan enjin yang jimat minyak. Selain itu, reka bentuk luaran yang aerodinamik menjadikan Honda Jazz salah satu model Honda yang paling berbaloi dari segi penggunaan bahan api di Malaysia.

Dengan ciri-ciri ini, Honda Jazz adalah pilihan yang baik untuk mereka yang mengutamakan penggunaan bahan api yang berkesan tanpa mengorbankan prestasi enjin dan keupayaan memecut. Honda Jazz juga ditawarkan dengan sistem hibrid, yang membantu meningkatkan lagi prestasi kecekapan penggunaan minyak.

Kenapa anda perlu beli kereta Honda second hand daripada CARSOME? 

Kesemua kereta CARSOME Certified terjamin kualitinya kerana telah melalui pemeriksaan ketat 175-titik serta dibaik pulih secara profesional. Selain itu, setiap kereta Honda second hand juga mempunyai harga tetap tanpa bayaran tambahan, jaminan pulangan tunai 5 hari, dan juga waranti satu tahun.