HomeBMElakkan Disaman, Ini Prosedur Tukar Enjin Kereta Yang Perlu Anda Ikuti

Elakkan Disaman, Ini Prosedur Tukar Enjin Kereta Yang Perlu Anda Ikuti

Kenderaan yang telah menjalani pengubahsuaian bahagian tertentu seperti enjin kereta perlu menjalani pemeriksaan khas di Puspakom dan mendapat kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengelakkan daripada dikenakan sebarang tindakan undang-undang. Secara amnya, pemeriksaan khas Puspakom atau Pemeriksaan B2 Puspakom adalah wajib untuk:

  1. Kenderaan persendirian dengan cukai jalan kenderaan yang telah tamat tempoh melebihi tiga (3) tahun;
  2. Kenderaan yang telah diubah suai (pengubahsuaian spesifikasi enjin kereta, casis atau badan kenderaan);
  3. Kereta import baharu atau terpakai yang perlu didaftarkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ);
  4. Penukaran nombor plat kereta;
  5. Keperluan-keperluan lain seperti yang diminta oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Seksyen (12) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah menetapkan keperluan undang-undang mengenai sebarang pengubahsuaian kepada kenderaan sebelum dan selepas pendaftarannya iaitu Pemeriksaan Kenderaan Motor Dan Pemberian Maklumat Kepada Ketua Pengarah.

Syarat-syarat Tukar Enjin Kereta

Carsome menyenaraikan syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh pemilik sebelum membuat permohonan pertukaran enjin kereta seperti berikut:

  • Penukaran enjin bagi kategori kenaikan kapasiti enjin melebihi 30% daripada enjin asal hanya melibatkan kenderaan jenis badan motokar sahaja;
  • Penukaran enjin motosikal hanya dibenarkan untuk buatan dan kapasiti yang sama sahaja;
  • Pemohon perlu mengemukakan Borang Kastam K1 apabila melibatkan pembelian enjin import;
  • Sekiranya enjin diperoleh atau dibeli daripada pemilik kenderaan lain, pemohon hendaklah mengemukakan surat rasmi pengesahan jual beli beserta Kad Perakuan Pendaftaran JPJK2/Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC);
  • Surat Amanah Raya atau Perintah Mahkamah hendaklah disertakan bagi kes tuntutan harta pusaka;
  • Kenderaan yang melakukan penukaran enjin kereta lebih daripada sekali perlu mengambil kira perbezaan keupayaan enjin daripada kapasiti enjin pada pendaftaran asal;
  • Struktur keseluruhan pada rangka casis hendaklah dalam keadaan baik;
  • Tiada pengubahsuaian dan kimpalan dilakukan pada front cross member, steering linkage, steering box, base engine mounting dan engine mounting;
  • Kadar pelepasan asap kenderaan mestilah tidak melebihi 50 peratus kelegapan atau opacity – kenderaan enjin diesel sahaja;
  • Tahap kecekapan brek kenderaan ditingkatkan kepada 60 peratus mengikut piawaian ujian brek dan had kestabilan sistem gantungan bagi penukaran enjin dengan kapasiti melebihi 30 peratus daripada enjin asal;
  • Status enjin diesel hijau akan terbatal setelah enjin kereta ditukar;
  • Pertukaran hak milik tidak dibenarkan bagi kategori pertukaran enjin yang melibatkan buatan yang berbeza dari enjin asal.

pemeriksaan khas b2 puspakom

Pemeriksaan B2 Puspakom, Prosedur Ringkas Tukar Enjin Kereta

Carsome menyediakan garis panduan Pemeriksaan Khas B2 Puspakom serta proses tukar enjin yang perlu dipatuhi. Secara amnya, sebarang pengubahsuaian pada kenderaan perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan dan permohonan perlu dikemukakan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri untuk kelulusan.

1. Hadir Pemeriksaan di Puspakom

Bagi urusan penukaran enjin kereta, pemilik perlu membawa kenderaan untuk menjalani pemeriksaan khas di Puspakom. Pemilik disarankan untuk menyediakan dokumen-dokumen berikut untuk mengelakkan sebarang kesulitan:

      1. Kad Pendaftaran Kenderaan (Asal)/ Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)
      2. Borang Kastam Eksais K1

Artikel Berkaitan: Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Pemeriksaan PUSPAKOM

Jika penggantian enjin baharu ini melibatkan urusan transaksi pembelian antara ahli keluarga, rakan atau kenalan terdekat, surat akuan sumpah diperlukan bagi menggantikan Borang Kastam 1. Sesebuah kenderaan yang menjalani penukaran enjin perlu melalui dua peringkat pemeriksaan di Puspakom iaitu ujian pemeriksaan brek dan pemeriksaan keseluruhan.

      1. Ujian Brek Memeriksa prestasi brek termasuk kecekapan brek dan ketidakseimbangan brek. Pemilik akan menerima laporan VR1 selepas pemeriksaan dan bayaran sebanyak RM35 akan dikenakan.
      2. Ujian Keseluruhan Pemeriksaan keseluruhan melibatkan pengenalpastian nombor pendaftaran, casis dan enjin dan sebagainya. Pemilik akan menerima laporan B2 dan bayaran sebanyak RM25 akan dikenakan.
Proses tukar enjin kereta di Puspakom
Kredit: Puspakom

Selain itu, pemilik juga perlu memastikan kenderaan lulus kedua-dua ujian pemeriksaan ini Jika tidak, pemilik perlu menjalani pemeriksaan ulangan dan bayaran tambahan akan dikenakan.

2. Sesi Perbincangan di JPJ

Selain itu, dalam kes atau situasi tertentu, pemilik dikehendaki untuk berjumpa dengan Pegawai di Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ Negeri untuk mendapatkan kelulusan sebelum menjalani ujian pemeriksaan di Puspakom. Kategori permohonan tukar enjin kenderaan yang perlu mendapatkan kelulusan adalah seperti berikut:

      1. Kenaikan keupayaan kapasiti (CC) enjin melebihi 30% daripada enjin asal;
      2. Penukaran enjin melibatkan kategori bahan bakar yang berbeza kereta dengan enjin petrol kepada enjin diesel;
      3. Melibatkan penukaran enjin daripada dua model atau buatan enjin yang berlainan enjin model Proton kepada model Perodua;
      4. Penukaran enjin melibatkan kenderaan perdagangan dan perkhidmatan awam;
      5. Penukaran enjin motosikal.

Bagi urusan permohonan ini, pemilik perlu membuat permohonan melalui portal JPJ atau berurusan di kaunter Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ Negeri dengan mengemukakan salinan dokumen seperti berikut :-

      1. Borang Permohonan Tukar Enjin (JPJTE);
      2. Kad Perakuan Pendaftaran JPJK2/Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC);
      3. Laporan Kastam K1 dengan maklumat nombor enjin baharu;
      4. Surat pengesahan jual beli antara pemilik berserta JPJK2/VOC enjin yang dibeli (jika berkaitan);
      5. Surat Amanah Raya/Perintah Mahkamah (jika berkaitan).

Setelah mendapat kebenaran atau kelulusan daripada Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ Negeri, pemilik boleh menjalani pemeriksaan khas Puspakom dan membuat pengesahan maklumat kenderaan di JPJ.

3. Pindaan Maklumat di JPJ

Setelah lulus ujian pemeriksaan khas Puspakom, pemilik perlu hadir ke Pejabat JPJ untuk meminda maklumat kenderaan (info pertukaran enjin lama kepada maklumat enjin baharu). Bagi urusan pindaan maklumat ini, pemilik perlu mengisi dan melengkapkan borang K8. Selain itu, pemilik perlu menyediakan dokumen berikut untuk memudahkan urusan:

      1. Bawa bersama kad pengenalan (MyKad), bawa bersama salinan kad pengenalan pemilik kenderaan jika urusan dilakukan oleh wakil;
      2. Laporan Pemeriksaan Khas B2 Puspakom;
      3. Surat Pemilikan Kenderaan (VOC);
      4. Pindaan maklumat adalah percuma dan tidak dikenakan sebarang bayaran.

Artikel Berkaitan: Proses dan Cara Tukar Nama Kereta dan Hak Milik Kenderaan

Selain itu, jika anda sedang mempertimbangkan untuk menjual kereta lama dan berminat untuk mendapatkan kereta terpakai baharu, layari laman web Carsome untuk info lanjut. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai yang menawarkan tawaran harga terbaik dengan perkhidmatan yang mudah, cekap dan pantas.

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular