HomeBMBMW Malaysia Menerajui Perubahan Menerusi BMW 5 Series Baharu

BMW Malaysia Menerajui Perubahan Menerusi BMW 5 Series Baharu

Pengeluar kenderaan premium, BMW Malaysia hari ini memperkenalkan dua varian BMW 5 Series pemasangan tempatan (CKD) – BMW 530e M Sport dan BMW 530i M Sport. Pendaftaran untuk kedua-dua varian ini kini dibuka di platform BMW Shop Online. Pengenalan dua varian ini dalam pasaran tempatan secara tidak langsung memperlihatkan penambahan ahli baharu dalam portfolio sedan eksekutif premium pemasangan tempatan di Malaysia.

Menurut Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, kedua-dua varian yang diperkenalkan ini membuktikan komitmen BMW untuk mendorong dan menerajui perubahan dalam industri automotif tempatan khususnya dalam segmen kenderaan elektrik, dan dalam masa yang sama menyebarluaskan portfolio kenderaan pemasangan tempatan di seluruh rantau khususnya di Malaysia.

BMW 5 Series baharu ini hadir dalam varian hibrid plug-in dan petrol yang secara tidak langsung memacu momentum kejayaan BMW Group dalam dunia sedan eksekutif premium. Selain itu, momentum ini turut diserlahkan di peringkat tempatan yang menyaksikan varian baharu ini membawakan sistem bantuan pemandu generasi terkini dengan reka bentuk yang diperkemas, dijangka bakal menjadi salah satu portfolio kereta milik pengeluar kenderaan premium terbaik yang dipasang di Malaysia.

Menerajui Perubahan BMW 530e M Sport dan BMW 530i M Sport

Model eksekutif premium ini tampil dalam dua varian baharu sekali gus melengkapkan generasi ketujuh BMW 5 Series dengan kejuruteraan dan reka bentuk yang lebih komprehensif. Lengkap dengan pakej M Aerodynamics, varian terbaharu ini turut menampilkan gril kidney yang lebih besar dan lampu hadapan yang lebih kecil dengan reka bentuk lampu pencahayaan siang (daytime running light) baharu. BMW 530e M Sport baharu turut menampilkan lampu hadapan Adaptive LED Matrix selain lampu hadapan LED standard sedia ada. Manakala BMW 530i M Sport baharu pula menampilkan BMW Laserlight.

Kedua-dua varian baharu ini turut dilengkapi dengan bantuan lampu tinggi BMW Selective Beam dengan ciri antisilau dengan lampu membelok dan fungsi membelok adaptif. BMW Individual Shadow Line berglos tinggi melengkapkan rupa luaran BMW 530e M Sport, manakala BMW 530i M Sport menampilkan BMW Individual Exterior Line Aluminium Satinated. Bampar hadapan dan belakang kedua-dua varian ini direka semula dengan salur masuk udara (air intakes) yang lebih besar beserta elemen lampu belakang LED baharu dalam bentuk L yang menjadi keunikan BMW. Malah, buat pertama kalinya, sumber cahaya diintegrasikan secara terus ke dalam lapisan paling luar lampu belakang yang sekali gus memaksimumkan kesan 3D.

Selain itu, dinamik model ini turut diserlahkan dengan rim aloi ringan M 19 inci Y-Spoke 845 M Bi-Colour Jet Black dengan tayar campuran dan tayar run-flat, suspensi adaptif (adaptive suspension) serta brek M Sport dengan brake calliper M Sport berwarna biru menyerlahkan lagi sisi sporty kereta ini. Bahagian belakang kedua-dua varian ini pula diserlahkan dengan ekzos belakang di kedua-dua bahagian kiri dan kanan dengan reka bentuk trapezium.

Keupayaan Elektrik dan Keefisienan Bertaraf Tinggi

BMW 530e M Sport dan BMW 530i M Sport dikuasakan oleh enjin petrol BMW TwinPower Turbo 2 liter 4 silinder dengan transmisi 8 kelajuan. BMW 530e M Sport turut menampilkan motor elektrik BMW eDrive generasi terkini. Ia turut menawarkan gabungan output maksimum sebanyak 292 hp dan 420 Nm tork (termasuk 109 hp output daripada motor elektrik). Varian elektrik ini juga berupaya untuk memecut dalam masa 5.9 saat dengan kelajuan maksimum direkodkan mencecah 235 km/j. BMW 530e M Sport baharu juga mencatatkan penggunaan bahan api sebanyak 2.3 liter/100 km dengan kadar pelepasan CO2 sebanyak 53g/km.

Selain itu, motor elektriknya juga turut berupaya menghasilkan jarak pemanduan sehingga 67 kilometer (dengan korelasi NEDC) sekali gus memungkinkan keupayaan pemanduan dalam bandar dan jarak pendek. Motor elektrik ini mengambil masa sekitar 3 jam 35 minit untuk pengecasan penuh menggunakan BMW i Wallbox atau bawah 6 jam dengan soket konvensional menggunakan kabel pengecasan standard. Malah, mod pemanduan untuk varian elektrik ini boleh disesuaikan mengikut pilihan menggunakan butang eDrive yang tersedia pada bahagian konsol tengah:

  • AUTO eDrive – kelajuan pemanduan elektrik sehingga 110 km/j;
  • MAX eDrive – kelajuan pemanduan elektrik sehingga 140 km/j;
  • BMW Xtra Boost – menawarkan kuasa tambahan sehingga 40 hp ketika pemecutan.

Bagi BMW 530i M Sport pula, jentera ini mencatatkan output sistem keseluruhan sebanyak 252 hp dengan 350 Nm tork. Ia sekali gus membolehkan jentera ini memecut dari kelajuan 0 hingga 100 km/j dalam masa 6.4 saat. Malah, jentera ini juga turut mencatatkan kelajuan tertinggi sehingga 250 km/j. BMW 530i M Sport merekodkan penggunaan bahan api sekitar 6.7 liter/100 km dengan kadar pelepasan CO2 sebanyak 154 g/km. Kedua-dua varian ini turut dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti berikut:

  • Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC);
  • Kawalan Cengkaman Dinamik (DTC);
  • Sistem Brek Antikunci (ABS) dengan Bantuan Brek (BA);
  • Kawalan Brek Membelok (CBC);
  • Kawalan Brek Dinamik (DBC).

Selain itu, BMW 530e M Sport turut menawarkan ciri keselamatan unik melalui bunyi khas. Sistem amaran bunyi ini akan dikeluarkan melalui pembesar suara untuk memberi amaran kehadiran kepada pejalan kaki atau penunggang basikal berhampiran kenderaan. Sistem ini akan diaktifkan semasa kenderaan berada dalam mod elektrik sepenuhnya pada kelajuan 30 km/j.

Reka Bentuk, Teknologi Sofistikated

Bahagian dalaman BMW 530e M Sport dan BMW 530i M Sport baharu menampilkan reka bentuk dalaman atau interior yang elegan dan mempesonakan. Kedua-dua varian menampilkan stereng kulit M beserta kerusi sport yang stylish untuk kedua-dua tempat duduk pemandu dan penumpang. Selain itu, ia turut dikemaskan dengan kemasan trim Aluminium Rhombicle, upholsteri Dakota Leather dan material bumbung antrasit BMW Individual dan diserlahkan dengan pencahayaan ambien. Pemilik BMW 530i M Sport juga dapat menikmati kemudahan bumbung kaca elektrik.

Ciri Standard BMW 530i M Sport dan BMW 530i M Sport

    1. BMW Live Cockpit Professional – lengkap dengan navigasi, BMW Intelligent Personal Assistant, dua port USB, sambungan 4G LTE;
    2. Fungsi-fungsi lain turut disediakan seperti Kemas Kini Perisian Jarak Jauh, pengemaskinian peta sistem navigasi tanpa sambungan wayar;
    3. BMW Intelligent Personal Assistant – akses dan kawalan panggilan telefon, pelarasan suhu, navigasi, pemanasan cermin hadapan, pengaktifan bidai serta pengoperasian tingkap secara automatik;
    4. Sistem Operasi 7 BMW terkini;
    5. Kluster instrumen 12.3 inci boleh konfigurasi;
    6. Paparan Kawalan dengan skrin sentuh;
    7. Papan pemuka (dashboard) dengan sulaman kontra dalam warna lembut sehingga ke trim pintu;
    8. Butang kawalan di konsol tengah dalam warna hitam berglos;
    9. Comfort Access – membolehkan pintu kenderaan dibuka dan ditutup dengan mudah termasuk operasi pintu but tanpa sentuh;
    10. Penyaman udara automatik dengan fungsi kawalan 4 zon;
    11. Bidai elektrik automatik untuk tingkap belakang;
    12. Kemudahan pengecasan telefon bimbit.

Ciri Eksklusif BMW 530i M Sport

    1. Sistem Pembesar Suara HiFi.

Ciri Eksklusif BMW 530i M Sport

    1. BMW Gesture Control;
    2. Head-Up Display;
    3. BMW Display Key;
    4. Sistem bunyi Harman Kardon.

Bantuan Pemanduan BMW 530i M Sport dan BMW 530i M Sport

    1. Lane Departure, Lane Change Warning;
    2. Amaran perlanggaran hadapan dengan brake intervention;
    3. Sistem pencegahan perlanggaran belakang;
    4. Amaran lintasan trafik;
    5. Parking Assistant Plus – menawarkan kemudahan parkir parallel dan perpendicular dengan sentuhan pada butang

Bantuan Pemanduan BMW 530i M Sport

    1. Kawalan Pemanduan Adaptif dengan fungsi Stop & Go.

Pilihan Warna BMW 530i M Sport dan BMW 530i M Sport

    1. Alpine White atau Carbon Black dipadankan dengan upholsteri Black Leather Dakota atau Cognac Leather Dakota;
    2. Phytonic Blue, Sophisto Grey atau Bluestone dipadankan dengan upholsteri Black Leather Dakota.

Program Pembiayaan Dinamik

Dengan Balloon Financing Plan yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, BMW 530e M Sport dan BMW 530i M Sport kini boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan. Kedua-dua varian ini kini boleh dimiliki dengan harga masing-masing bermula serendah RM 3,808.00 dan RM 4,398.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh lima tahun).

Anggaran Harga Jualan BMW 5 Series Baharu Termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan

      • BMW 530e M Sport Baharu – RM343,000.00*
      • BMW 530i M Sport Baharu – RM396,000.00*
      • (Harga atas jalan tanpa insurans)

Bagi pelanggan yang berminat untuk memiliki BMW 530e M Sport dan BMW 530i M Sport, anda boleh membuat pendaftaran di platform BMW Shop Online. Malah, pelanggan yang berminat untuk memiliki mana-mana varian ini juga berpeluang menikmati pengalaman pemilikan premium lengkap. Premium Ownership Experience ini merangkumi:

      • Waranti Perbatuan Tanpa Had selama 5 Tahun dengan Program Servis Berjadual Percuma
      • BMW Roadside Assistance dan Accident Hotline
      • Aplikasi Telefon Pintar BMW Group Loyalty+ (Kad Keistimewaan BMW)
      • Perkhidmatan BMW Secara Online

Selain itu, jika anda berminat untuk mendapatkan mana-mana model BMW terpakai, anda boleh layari laman web Carsome untuk info lanjut. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai yang menawarkan tawaran harga terbaik dengan cara yang mudah dan pantas.

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular