HomeBMNombor Plat KFC Terima Bidaan Lebih RM2 Juta

Nombor Plat KFC Terima Bidaan Lebih RM2 Juta

Nombor plat KFC yang dibuka untuk bidaan melalui aplikasi JPJebid tamat 17 Februari lalu berjaya mengutip hasil sebanyak RM2,018,364. Proses bidaan nombor pendaftaran kenderaan tersebut yang dibuka selama lima hari bermula 13 Februari lalu menyaksikan seramai 3,118 individu telah melakukan bidaan. Nombor pendaftaran KFC 7 menerima bidaan tertinggi iaitu sebanyak RM52,000, diikuti dengan KFC 9 sebanyak RM48,000.

Bidaan nombor plat kenderaan
Kredit: Facebook JPJ Negeri Kedah

JPJeBid merupakan pelaksanaan inisiatif pembangunan Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia. Ia merupakan langkah strategik JPJ dalam memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat. Pelaksanaan ini secara tidak langsung berjaya memudahkan urusan pembidaan, meningkatkan dan memperkemaskan sistem urus niaga secara dalam talian. Akronim KFC cukup sinonim dengan jenama restoran makanan segera popular. Ia sekali gus secara tidak langsung menyebabkan siri nombor pendaftaran kenderaan ini mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan peminatnya.

Sebelum ini, JPJ Kedah berjaya memperoleh RM714,217 bagi nombor plat KFB. Proses bidaan yang dilakukan secara online (3-7 Disember) berjaya merekodkan bidaan tertinggi untuk KFB 1 iaitu sebanyak RM92,222. Selain itu, JPJ Kedah juga turut merekodkan perolehan melebihi RM1.2 juta bagi siri bidaan nombor plat KFA yang sinonim dengan Persatuan Bola Sepak Kedah. Untuk rekod, bidaan tertinggi pernah dicatatkan oleh JPJ Kedah adalah untuk siri bidaan nombor plat KEN dengan kutipan hasil sebanyak RM4.8 juta pada tahun 2016.

Selain itu, jika anda ingin membeli kereta terpakai atau menjual kereta lama anda, layari laman web Carsome untuk info lanjut. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai dengan tawaran harga yang menarik, mampu milik dan berbaloi.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular