HomeBMSekatan Pergerakan Penuh 'Total Lockdown' Fasa Pertama di Malaysia

Sekatan Pergerakan Penuh ‘Total Lockdown’ Fasa Pertama di Malaysia

Kerajaan Malaysia hari ini mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau Sekatan Pergerakan Penuh Total Lockdown Fasa Pertama di seluruh negara selama 14 hari bermula Selasa, 1 Jun 2021 hingga 14 Jun depan. Dalam tempoh sekatan pergerakan ini, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira situasi semasa penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Malaysia dengan jumlah kes harian melebihi 8,000 kes dengan kes aktif melebihi 70,000 kes setakat hari ini.

Prosedur Operasi Standard (SOP) Sekatan Pergerakan Penuh di Malaysia

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob telah menggariskan Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk Sekatan Pergerakan Penuh yang akan berkuat kuasa bermula 1 Jun 2021, Selasa ini. Penutupan hampir keseluruhan sektor ekonomi dan sosial kecuali sektor dan perkhidmatan penting ini bertujuan untuk mengelakkan pergerakan orang ramai sekali gus menggagalkan usaha kerajaan untuk mengekang penularan wabak ini dalam kalangan komuniti.

  • Hanya dua (2) orang daripada isi rumah yang sama dibenarkan keluar untuk mendapatkan bekalan makanan, perubatan dan keperluan asas lain dalam lingkungan radius 10km.
  • Maksimum 3 orang termasuk pesakit dibenarkan keluar mendapatkan rawatan kesihatan, perubatan, keselamatan atau kecemasan.
  • Bilangan penumpang dalam teksi dan perkhidmatan e-hailing terhad kepada dua (2) orang termasuk pemandu.
  • Pergerakan rentas daerah dibenarkan untuk individu yang mempunyai janji temu vaksinasi.
  • Perkhidmatan awam seperti bas, LRT, MRT, ERL, Monorel, feri dan lain-lain dibenarkan beroperasi, terhad kepada 50 peratus kapasiti sahaja.
  • Sektor perkhidmatan perlu dibenarkan terhad kepada 20 peratus kapasiti – tidak termasuk petugas barisan hadapan, pertahanan dan keselamatan.
  • Sektor perkhidmatan tidak perlu 100 peratus bekerja dari rumah
  • Perkhidmatan perlu termasuk operasi dan pengurusan di sektor awam terhad kepada 60 peratus kapasiti.
  • Pasar harian dibenarkan beroperasi 6 pagi hingga 2 petang.
  • Stesen minyak – 6 pagi hingga 8 malam, Stesen minyak di lebuh raya – 24 jam
  • Solat berjemaah di masjid dan surau terhad kepada 12 ahli jawatankuasa masjid, aktiviti lain tidak dibenarkan.
  • Majlis perkahwinan (akad nikah) dibenarkan di Jabatan Agama Islam dengan kapasiti kehadiran ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Agama masing-masing.
  • Aktiviti rumah keagamaan bukan Islam terhad kepada 12 ahli jawatankuasa sahaja, aktiviti lain tidak dibenarkan.
  • Sukan dan rekreasi dibenarkan, terhad kepada aktiviti joging dan senaman sahaja dalam lingkungan radius 10km daripada kawasan kediaman dengan mematuhi penjarakan fizikal.

promo jual kereta

Aktiviti Dibenarkan untuk Sektor Ekonomi

Carsome menyenaraikan Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti berikut untuk panduan dan rujukan anda:

    1. Barangan keperluan harian seperti makanan dan minuman termasuk makanan haiwan.
    2. Penjagaan kesihatan dan perubatan, termasuk makanan tambahan, penjagaan haiwan dan veterinar.
    3. Air, Tenaga, Sekuriti dan Keselamatan termasuk perkhidmatan pertahanan, kecemasan, aktiviti amal dan kemanusiaan.
    4. Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.
    5. Pengangkutan – darat, laut dan udara.
    6. Perkhidmatan dan operasi pelabuhan, perkapalan dan lapangan terbang, termasuk pengendalian kargo, penyimpanan atau pengursan komoditi.
    7. Komunikasi termasuk media, telekomunikasi, dan internet, pos dan penghantaran serta penyiaran (hanya untuk tujuan penyampaian maklumat, berita dan berkaitan dengannya).
    8. Perbankan, insurans, takaful, dan pasaran modal.
    9. Kredit komuniti termasuk pajak gadai dan Ar-Rahnu.
    10. E-dagang dan teknologi maklumat.
    11. Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, bekalan serta pengedaran bahan bakar dan pelincir.
    12. Hotel dan penginapan (untuk tujuan kuarantin, pemisahan, pengasingan pekerja untuk perkhidmatan penting dan bukan untuk tujuan pelancongan).
    13. Pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan kritikal.
    14. Perkhidmatan perhutanan (terhad kepada penguatkuasaan dan hidupan liar).
    15. Logistik terhad kepada penghantaran barangan perkhidmatan penting.

amalan norma baharu | pemakaian pelitup muka di tempat awam

Aktiviti Tidak Dibenarkan Sepanjang Sekatan Pergerakan Penuh

Carsome menyenaraikan Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti berikut untuk panduan dan rujukan anda:

    1. Pergerakan rentas negeri dan daerah termasuk pasangan PJJ tidak dibenarkan. Lawatan perniagaan jangka pendek dibenarkan dengan kebenaran PDRM
    2. Semua Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Institut Latihan Kemahiran, sekolah selain di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pusat tahfiz dan institusi-institusi pendidikan lain.
    3. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kecuali kepada pelajar yang berkeperluan.
    4. Dine-in dan park & dine tidak dibenarkan.
    5. Pasar tani, pasar minggu, pasar malam dan pasar tamu tidak dibenarkan.
    6. Operasi kafe siber dan pusat siber.
    7. Aktiviti fotografi.
    8. Agensi nombor ramalan, lumba kuda dan kasino.
    9. Operasi spa, refleksologi, pusat urut, salun kecantikan, kedai gunting rambut tidak dibenarkan.
    10. Kedai perabot, pusat cuci kenderaan, kedai barangan kemas, alat tulis dan buku, aksesori kenderaan, kedai pakaian, fesyen dan aksesori, alatan sukan, alat permainan tidak dibenarkan.
    11. Sektor swasta yang tidak disenaraikan dalam perkhidmatan perlu, mesyuarat bersemuka tidak dibenarkan.
    12. Pengoperasian semua fasiliti atau premis sukan dan rekreasi.
    13. Aktiviti sukan dan rekreasi yang dijalankan di luar atau merentas kawasan arahan kawalan pergerakan yang sedang berkuat kuasa.
    14. Pawagam dan pawagam pandu masuk.
    15. Aktiviti indoor dan outdoor busking.
    16. Seminar, bengkel, kursus, latihan, persidangan, pameran, ceramah dan aktiviti berkaitan dengan Meetings, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE) secara bersemuka.
    17. Aktiviti di kelab malam atau pub.
    18. Majlis sosial seperti kenduri-kendara, majlis sambutan perayaan, majlis meraikan pernikahan atau pertunangan, majlis perkahwinan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan lain-lain majlis sosial.
    19. Produk tarikan pelancong awam seperti zoo, akuarium, pusat edutainment, extreme, adventure, nature parks dan lain-lain.
    20. Taman Tema, Pusat Hiburan Keluarga, indoor playground dan karaoke termasuk karaoke keluarga.
    21. Aktiviti pelancongan ke luar daerah dan negeri.

SOP Carsome | Perintah Kawalan Pergerakan

Prosedur Operasi Standard Pemeriksaan Kereta di Carsome

Di Carsome, aspek keselamatan dan kesihatan pelanggan dititikberatkan terutamanya semasa pelanggan berada di premis sekali gus memastikan pengalaman beli atau jual kereta terpakai menjadi lebih lancar. Berikut merupakan prosedur operasi standard di Carsome berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

1. Pemeriksaan Suhu Semasa Memasuki Premis

Semua pelanggan termasuk kakitangan kami diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan suhu dan saringan gejala secara berkala setiap hari sebelum dibenarkan masuk ke dalam premis. Pelanggan akan diberikan tag yang akan memaparkan suhu badan pelanggan.

2. Cecair Sanitasi Tangan Disediakan di Premis

Permukaan yang biasa disentuh seperti pemegang pintu, meja dan kerusi akan disanitasi sekurang-kurangnya sebanyak 6 kali sehari. Cecair pembasmi kuman atau hand sanitizer akan disediakan di kawasan umum untuk kegunaan pelanggan.

3. Pemakaian Pelitup Muka dan Sarung Tangan

Semua kakitangan Carsome diwajikan untuk memakai pelitup muka dan sarung tangan pakai buang sepanjang masa. Pelitup muka akan dibuang dalam tong sampah khas yang disediakan dan digantikan setiap 4 jam.

4. Urus Niaga Tanpa Sentuhan

Kami turut mengalakkan pelanggan kami untuk melakukan semua urus niaga, proses pemeriksaan, pemindahan hak milik kereta atau urusan lain dijalankan tanpa sentuhan untuk mengelakkan sebarang sentuhan fizikal.

5. Penjarakan Fizikal 1 Meter

Semua kawasan terutamanya pada lantai ruang pejabat dan bahagian operasi Carsome akan ditandakan dengan pelekat jarak satu meter. Pelanggan yang berkunjung ke premis dinasihatkan untuk mematuhi arahan penjarakan fizikal ini.

6. Pembersihan dan Pembasmian Kuman Percuma

Bahagian-bahagian yang sering disentuh yang berisiko seperti stereng, pemegang pintu, tombol gear dan sebagainya akan disanitasi sebelum dan selepas proses pemeriksaan untuk mengelakkan sebarang risiko jangkitan. Pemeriksa juga akan menggunakan plastik penutup tempat duduk semasa prosedur pemeriksaan dijalankan untuk meminimumkan risiko penularan.

Selain itu, jika anda sedang mempertimbangkan untuk menjual kereta lama dan berminat untuk mendapatkan kereta terpakai baharu, layari laman web Carsome untuk info lanjut. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai yang menawarkan tawaran harga terbaik dengan perkhidmatan yang mudah, cekap dan pantas.

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular