HomeBMSOP Pandu Uji & Jual Beli Kereta Terpakai Secara Online Sepanjang Perintah...

SOP Pandu Uji & Jual Beli Kereta Terpakai Secara Online Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

Bagi mengekang penularan wabak Covid-19 dalam kalangan komuniti, kerajaan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia bermula 18 Mac 2020. Bertitik tolak daripada itu, kebanyakan sektor ekonomi dan perkhidmatan di Malaysia kini beralih kepada kaedah pengoperasian dan perkhidmatan secara digital dan dalam talian sebagai alternatif kepada kaedah tradisional sebelum ini. Selain itu, CARSOME juga telah menggariskan prosedur operasi standard berikut di kesemua premis di seluruh negara sebagai langkah berjaga-jaga dalam usaha membendung penularan wabak ini.

Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

Janji Temu Pandu Uji Secara Maya Melalui Panggilan Video

CARSOME menawarkan kaedah beli kereta terpakai secara online dengan penetapan janji temu secara maya. Janji temu yang dilakukan melalui panggilan video ini dapat membantu pembeli untuk mendapatkan kereta terpakai idaman secara selamat tanpa perlu keluar dari rumah. Dalam situasi sekarang yang menggalakkan anda untuk kekal berada di rumah, anda boleh menetapkan janji temu pada bila-bila masa mengikut kesesuaian anda.

Penasihat Jualan yang terlatih akan membantu anda menilai sendiri kereta yang sedang dalam pertimbangan anda dan menjawab segala persoalan, permintaan atau kemusykilan anda, jika ada.

Artikel Berkaitan: Beli Kereta Terpakai Secara Online Tanpa Pandu Uji Kereta?

Pandu Uji Kereta Idaman di CARSOME Experience Center atau Secara Terus dari Rumah

Namun begitu, perkhidmatan pandu uji secara fizikal masih lagi berjalan seperti biasa. Anda disarankan untuk menetapkan janji temu mengikut kesesuaian masa dan tarikh anda terlebih dahulu untuk mengelakkan kesesakan di premis kami. Selain itu, anda juga disarankan untuk mematuhi amalan standard berikut untuk mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini.

i. Radius Pemanduan

Semasa memandu uji kereta idaman, radius pemanduan anda mestilah tidak melebihi 35 kilometer dari CARSOME Experience Center. Malah, kawasan pemanduan mestilah tidak termasuk dalam kawasan Zon Merah Covid-19.

ii. Kakitangan Pengiring

Penasihat Jualan akan bersama-sama anda sepanjang pandu uji kereta dilakukan yang akan duduk di kerusi belakang selari dengan amalan penjarakan fizikal yang disyorkan.

iii. Dokumen Sokongan

Bawa bersama kad pengenalan dan lesen memandu yang sah. Anda juga disarankan untu menyediakan salinan dokumen-dokumen ini sebelum pandu uji. Anda juga boleh memilih untuk menghantar salinan ini melalui e-mel kepada Penasihat Jualan terlebih dahulu. Selain itu, anda juga akan diminta untuk mengisi Borang Pandu Uji Kenderaan.

Tempah Slot Pandu Uji di CARSOME Hari Ini

Sekiranya anda sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan kereta terpakai, salah satu perkara yang perlu dipertimbangkan ialah melakukan pandu uji kereta untuk memastikan anda berpuas hati dengan kualiti kereta yang ingin dibeli. CARSOME menyenaraikan langkah untuk menempah pandu uji seperti berikut untuk rujukan anda:

  1. Terokai pelbagai pilihan kereta terpakai yang tersedia di laman web kami.
  2. Pilih kereta idaman anda dan klik Book a Test Drive atau Tempah Pandu Uji.
  3. Isikan maklumat yang diperlukan termasuk nombor telefon bimbit anda.
  4. Tunggu sehingga konsultan kami menghubungi anda. Anda boleh memilih kaedah pilihan berikut – panggilan video, pandu uji secara terus dari rumah anda atau pandu uji di pusat jualan kami.
  5. Pandu uji kereta idaman anda dan sahkan pembelian sekiranya anda berpuas hati dengan kualiti yang ditawarkan!

Beli dan Jual Kereta dengan Selamat: Prosedur Operasi Standard Perintah Kawalan Pergerakan

Kami di CARSOME mementingkan aspek keselamatan dan keselesaan anda terutama semasa anda berada di premis kami sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan ini. Oleh itu, kami sentiasa berusaha untuk memastikan premis kami selamat untuk dikunjungi. Berikut merupakan garis panduan yang perlu dipatuhi sekiranya anda sedang mempertimbangkan untuk menjual atau membeli kereta terpakai anda sepanjang tempoh ini:

1. Pemeriksaan Suhu

Setiap kakitangan yang bertugas diwajibkan menjalani pemeriksaan suhu dan saringan gejala setiap hari. Malah, pelanggan yang mengunjungi premis juga akan disaring sebelum dibenarkan masuk ke dalam premis.Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat: Jaga jarak dan periksa suhu

2. Penjarakan Sosial/Fizikal

Amalan penjarakan sosial dan fizikal sekurang-kurangnya satu meter antara satu sama lain atau semasa melayan pelanggan yang berkunjung ke premis. Pelekat jarak satu meter turut ditandakan pada lantai ruang pejabat dan bahagian operasi CARSOME.

3. Urus Niaga Tanpa Sentuhan (Contactless Payment)

Semua urus niaga, proses pemeriksaan, pemindahan hak milik kereta atau urusan lain dijalankan secara dalam talian tanpa melibatkan sebarang sentuhan fizikal. Urus niaga sebegini lebih selamat dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan perjumpaan secara bersemuka.

4. Cecair Pensanitasi Tangan (Hand Sanitizer)

Cecair pensanitasi tangan turut disediakan di bahagian pintu masuk dan ruang pejabat untuk kegunaan kakitangan dan pelanggan. CARSOME sentiasa menggalakkan amalan kebersihan diri yang baik sepanjang berada di dalam premis.

basuh tangan dan sentiasa pakai pelitup muka

5. Penggunaan Sarung Tangan dan Pelitup Muka (Face Mask)

Penggunaan pelitup muka sepanjang berada di premis turut digalakkan selaras dengan saranan kerajaan. Pelitup muka akan digantikan setiap 4 jam dan pelitup muka yang telah digunakan akan dilupuskan dalam tong sampah tertutup. Selain itu, penggunaan sarung tangan pakai buang juga turut dipraktikkan.

6. Penghantaran ke Rumah

Selain itu, CARSOME turut menyediakan perkhidmatan penghantaran kereta terpakai yang dibeli terus ke rumah anda. Semua kenderaan pelanggan yang dijadualkan untuk penghantaran juga akan dibersihkan dan disanitasi terlebih dahulu. Bahagian-bahagian berisiko yang sering disentuh seperti stereng, pemegang pintu, tombol gear dan sebagainya akan disanitasi untuk mengurangkan risiko jangkitan.

Garis Panduan Pelanggan Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Untuk pelanggan-pelanggan yang ingin berurusan di pusat jualan CARSOME sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan, kami turut mengesyorkan anda untuk mematuhi garis panduan berikut:

SOP untuk pelanggan sepanjang perintah kawalan pergerakan bersyarat

  1. Kami mengesyorkan penggunaan aplikasi MySejahtera atau SELangkah untuk merekodkan pergerakan keluar masuk pelanggan ke premis kami. Ia juga membolehkan pihak Kementerian Kesihatan melakukan pengesanan kontak atau contact tracing jika berlaku perkara yang tidak diingini.
  2. Kami menggalakkan anda untuk mengehadkan bilangan orang yang akan menemani anda ke premis kami. Jumlah pelanggan yang minimum dapat membantu kami mengurangkan kesesakan di dalam premis kami.
  3. Amalkan amalan kebersihan yang baik seperti cuci tangan dengan sabun atau cecair pensanitasi kuman sebelum memasuki premis dan selepas keluar daripada premis. Kami juga mengalakkan anda untuk sentiasa menjaga jarak selamat satu meter.
  4. Jika anda berasa tidak sihat, hubungi kami untuk menjadualkan semula janji temu anda kepada tarikh lain yang sesuai.
  5. Amalkan juga pemakaian pelitup muka sepanjang berada di dalam premis. Elakkan menyentuh muka, hidung dan mulut untuk mengurangkan sebarang risiko jangkitan.
  6. Anda juga disarankan untuk sentiasa peka dengan sebarang arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Amalkan penjarakan fizikal, kerap cuci tangan dengan sabun dan pakai pelitup muka jika ada urusan penting di luar. Elakkan kawasan sesak, sempit dan sembang dekat, dan sentiasa amalkan norma baharu dan kawalan kendiri pada setiap masa untuk kekal selamat.

Nota: Jika anda mempertimbangkan untuk membeli kereta terpakai atau menjual kereta lama anda, layari laman web CARSOME untuk info lanjut. CARSOME merupakan platform jual beli kereta terpakai terbaik di Malaysia.

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular