{"id":40522,"date":"2026-09-14T10:16:22","date_gmt":"2026-09-14T02:16:22","guid":{"rendered":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/?p=40522"},"modified":"2026-09-14T10:16:22","modified_gmt":"2026-09-14T02:16:22","slug":"2026-apa-yang-anda-perlu-tahu-mengenai-akta-sewa-beli-baharu-malaysia-pada-2026","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/2026-apa-yang-anda-perlu-tahu-mengenai-akta-sewa-beli-baharu-malaysia-pada-2026","title":{"rendered":"Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Akta Sewa Beli Baharu Malaysia Pada 2026"},"content":{"rendered":"<p><b>Cara pembelian kereta <\/b><span style=\"font-weight: 400;\">di Malaysia kini sudah dikemas kini. Bermula 1 Jun 2026, undang-undang baharu iaitu <\/span><b>Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> telah berkuat kuasa. Pindaan ini memperkenalkan perubahan kepada struktur pengiraan dan prosedur pinjaman kenderaan di seluruh industri. Jika anda merancang untuk membeli kereta atau sedang membayar <\/span><b>pinjaman kereta<\/b><span style=\"font-weight: 400;\">, berikut adalah ringkasan mengenai peruntukan baharu di bawah akta tersebut.\u00a0<\/span><span style=\"font-weight: 400;\"><br \/>\n<\/span><\/p>\n<h3><b>Peralihan Sistem: Kadar Rata kepada Baki Berkurangan<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Perubahan paling besar ialah cara bank mengira faedah (<\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">interest<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">) pinjaman anda. Sistem lama yang menggunakan &#8220;kadar rata&#8221; (<\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">flat rate<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">) tidak lagi digunakan. Kini, bank menggunakan <\/span><b>kaedah baki berkurangan<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> (<\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">reducing balance method<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">) dan <\/span><b>Kadar Faedah Efektif<\/b><span style=\"font-weight: 400;\">\/<\/span><b><i>Effective Interest Rate<\/i><\/b> <span style=\"font-weight: 400;\">(EIR).\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Untuk memahami kenapa perkara ini penting, bayangkan pinjaman kereta anda seperti bongkah ais yang sedang mencair:<\/span><\/p>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><b>Sistem Lama (Kadar Rata \/ <\/b><b><i>Flat Rate<\/i><\/b><b>):<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> Jika anda meminjam RM80,000, bank mengira faedah anda berdasarkan jumlah penuh RM80,000 itu pada setiap bulan. Walaupun anda sudah membayar separuh daripada pinjaman tersebut, anda masih membayar faedah ke atas jumlah asal yang anda pinjam pada hari pertama.<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><b>Sistem Baharu (Baki Berkurangan \/ <\/b><b><i>Reducing Balance<\/i><\/b><b>):<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> Sekarang, anda cuma perlu membayar faedah ke atas baki hutang yang tinggal sahaja. Semakin sedikit hutang kereta anda, semakin sedikit jumlah faedah yang anda perlu bayar.<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<table style=\"height: 296px;\" width=\"623\">\n<tbody>\n<tr>\n<td style=\"text-align: left;\"><strong>Ciri-ciri<\/strong><\/td>\n<td style=\"text-align: left;\"><strong>Sistem Lama<\/strong><\/td>\n<td style=\"text-align: left;\"><strong>Sistem Baharu (Akta 2026)<\/strong><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td style=\"text-align: center;\">\n<p style=\"text-align: left;\">Pengiraan Faedah<\/p>\n<\/td>\n<td style=\"text-align: center;\">\n<p style=\"text-align: left;\"><span style=\"font-weight: 400;\">Dikira daripada jumlah penuh pinjaman asal sehingga pembayaran selesai<\/span><\/p>\n<\/td>\n<td style=\"text-align: center;\">\n<p style=\"text-align: left;\"><span style=\"font-weight: 400;\">Dikira hanya atas baki hutang yang tinggal sahaja<\/span><\/p>\n<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td style=\"text-align: left;\">Ketelusan kos<\/td>\n<td style=\"text-align: left;\"><span style=\"font-weight: 400;\">Dipaparkan sebagai kadar rata\/<\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">flat rate<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> berdasarkan jumlah pinjaman asal<\/span><\/td>\n<td style=\"text-align: left;\"><span style=\"font-weight: 400;\">Diiklankan sebagai Kadar Faedah Efektif\/<\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">Effective Interest Rate <\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">\u00a0(EIR) untuk menunjukkan kos sebenar\u00a0<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td style=\"text-align: left;\">Penyelesaian Awal<\/td>\n<td style=\"text-align: left;\"><span style=\"font-weight: 400;\">Diskaun yang sedikit\u00a0 kerana faedah telah dicaj lebih awal pada permulaan (<\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">frontloaded<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">)<\/span><\/td>\n<td style=\"text-align: center;\">\n<p style=\"text-align: left;\"><span style=\"font-weight: 400;\">Caj faedah terus berhenti sebaik sahaja hutang dibayar habis.<\/span><\/p>\n<\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n<h3><b>3 Perkara Penting Lain Yang Anda Perlu Tahu<\/b><\/h3>\n<p><b>1. Kos Lebih Jelas dengan EIR dan Jadual Pembayaran Pinjaman<br \/>\n<\/b>Bank kini diwajibkan untuk menunjukkan Kadar Faedah Efektif (EIR) bersama-sama jadual pembayaran pinjaman.<\/p>\n<p><b>Apakah itu EIR?<br \/>\n<\/b>Sebelum ini, institusi kewangan memaparkan kadar rata atau<i> flat rate<\/i> (contohnya 3%) yang dikira berdasarkan jumlah pinjaman asal. Kadar Faedah Efektif (EIR) pula merupakan kadar faedah tahunan yang dikira berdasarkan baki tertunggak semasa peminjam.<\/p>\n<p><b>Contoh:<\/b><b><br \/>\n<\/b><b>3% kadar rata = 5.5% EIR (untuk tempoh pembiayaan 9 tahun)<br \/>\n<\/b><b>3% kadar rata = 5.64% EIR (untuk tempoh pembiayaan 5 tahun)<\/b><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Penggunaan indikator EIR ini membolehkan pembeli membuat perbandingan kos pembiayaan secara terus antara institusi kewangan.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><b>Apakah itu Jadual Pembayaran Pinjaman?<br \/>\n<\/b>Ini adalah jadual bayaran bulanan anda. Kalau anda bayar RM1,000 sebulan, jadual ini menunjukkan berapa banyak duit itu pergi ke hutang kereta dan berapa banyak pergi kepada keuntungan bank. Anda boleh melihat hutang sebenar anda makin susut setiap bulan.<\/p>\n<p><b><\/b><b>2. Kadar Faedah Maksimum Ditetapkan<br \/>\n<\/b><b><\/b>Kerajaan telah menetapkan had maksimum yang ketat mengenai berapa banyak faedah yang boleh dikenakan oleh pemberi pinjaman. Walaupun kedua-dua pilihan kini menggunakan kaedah baki berkurangan, ia berfungsi secara berbeza berdasarkan pilihan risiko anda:<\/p>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><b>Pinjaman Kadar Tetap:<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> Kadar faedah kekal sama dari awal sampai habis bayar. Had paling tinggi yang bank boleh caj ialah 17% EIR setahun (untuk pinjaman sehingga 5 tahun) dan 16% EIR untuk pinjaman yang lebih panjang. Bayaran bulanan anda akan sama setiap bulan tanpa sebarang kejutan.<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><b>Pinjaman Kadar Boleh Ubah:<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> Kadar faedah pinjaman ini mengikuti Kadar Rujukan (<\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">Reference Rate<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">) yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia dan boleh berubah dari semasa ke semasa sepanjang tempoh pinjaman anda. Walau bagaimanapun, kadar ini tidak akan melebihi had maksimum 17% EIR setahun, tidak kira tempoh pinjaman. Ini bermakna bayaran bulanan anda boleh naik atau turun mengikut pergerakan Kadar Rujukan tanpa sebarang jaminan ke arah mana ia akan bergerak tetapi dilindungi daripada melebihi siling yang ditetapkan.<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<p><strong>3. <b><\/b><\/strong><b>Tandatangan Digital dan Urusan Kertas Kerja yang Lebih Pantas<br \/>\n<\/b><b><\/b><span style=\"font-weight: 400;\">Bergantung kepada penyedia pembiayaan pilihan anda, perjanjian sewa beli kini mungkin boleh ditandatangani secara digital atau elektronik. Bagi institusi kewangan yang menyediakan kemudahan ini berserta pilihan penerimaan dokumen melalui e-mel, ia dapat mengurangkan penggunaan dokumen fizikal dan mempercepatkan urusan di pusat jualan kereta.<\/span><span style=\"font-weight: 400;\"><br \/>\n<\/span><\/p>\n<h3><b>Berbaloi Tak Kalau Buat <\/b><b><i>Early Settlement<\/i><\/b><b> Sekarang?<\/b><\/h3>\n<p><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"alignnone wp-image-40524\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/closeup-shot-malaysian-riggit-bills-300x200.jpg\" alt=\"Malaysian RM50 Ringgit\" width=\"699\" height=\"466\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/closeup-shot-malaysian-riggit-bills-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/closeup-shot-malaysian-riggit-bills-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/closeup-shot-malaysian-riggit-bills-768x512.jpg 768w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/closeup-shot-malaysian-riggit-bills-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/closeup-shot-malaysian-riggit-bills-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/closeup-shot-malaysian-riggit-bills-150x100.jpg 150w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/closeup-shot-malaysian-riggit-bills-696x464.jpg 696w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/closeup-shot-malaysian-riggit-bills-1068x712.jpg 1068w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/closeup-shot-malaysian-riggit-bills-1920x1280.jpg 1920w\" sizes=\"(max-width: 699px) 100vw, 699px\" \/><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Dengan sistem sebelum ini, penjimatan daripada<\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\"> early settlement<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> agak terhad kerana sebahagian besar caj faedah telah dikenakan pada tahun-tahun terawal pinjaman. Di bawah sistem baki berkurangan yang baharu, penyelesaian awal boleh memberikan faedah kewangan yang jauh lebih besar.<\/span><\/p>\n<p><strong>Kelebihan EIR Berbanding Rule 78<\/strong><\/p>\n<p><b>Rebat Faedah Lebih Saksama: <\/b><span style=\"font-weight: 400;\">Dalam kaedah EIR, faedah dikira mengikut baki pinjaman sebenar. Jika anda selesaikan awal, rebat faedah yang anda terima mencerminkan baki sebenar. Keadaan ini berbeza dengan Rule 78 yang memberi rebat lebih kecil kerana faedah diagih lebih banyak pada awal tempoh.<\/span><\/p>\n<p><b>Kos Faedah Lebih Telus<\/b><span style=\"font-weight: 400;\">: EIR adalah kaedah pendedahan piawai yang membolehkan anda membandingkan tawaran pinjaman antara bank secara adil, berbanding kadar rata (flat rate) di bawah Rule 78 yang menyukarkan perbandingan kos sebenar.<\/span><\/p>\n<p><b>Tiada Kesan Penalti Formula: <\/b><span style=\"font-weight: 400;\">Kerana faedah terikat terus dengan baki hutang, anda tidak akan &#8220;didenda&#8221; oleh struktur pengiraan seperti yang berlaku di bawah Rule 78 jika anda memilih untuk menyelesaikan pinjaman lebih awal.<\/span><\/p>\n<p><b>Kekurangan EIR Berbanding Rule 78<\/b><\/p>\n<p><b>Nombor Kadar Nampak Lebih Tinggi:<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> Angka EIR secara matematik lebih tinggi berbanding kadar rata yang digunakan dahulu, walaupun jumlah bayaran bulanan sebenar tidak berubah. Hal ini boleh menyebabkan tanggapan salah bahawa pinjaman jadi lebih mahal.<\/span><\/p>\n<p><b>Keperluan Memahami Kaedah Baru: <\/b><span style=\"font-weight: 400;\">Pengguna perlu membiasakan diri membandingkan tawaran menggunakan peratusan EIR, kerana ia tidak lagi boleh dibandingkan terus dengan kadar rata yang biasa digunakan di bawah Rule 78.<\/span><\/p>\n<h3><b>Bagaimana Jika Anda Sudah Mempunyai Pinjaman?<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jika anda telah menandatangani perjanjian pinjaman kereta anda sebelum 1 Jun 2026, undang-undang baharu ini tidak terpakai kepada anda secara automatik. Pinjaman sedia ada anda akan diteruskan di bawah sistem kadar rata yang lama.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Satu inisiatif oleh persatuan perbankan utama (ABM, AIBIM dan ADFIM) telah bersetuju untuk menawarkan <\/span><b>diskaun ehsan (<\/b><b><i>goodwill discounts<\/i><\/b><b>)<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> kepada peminjam sedia ada yang ingin menyelesaikan pinjaman lama mereka lebih awal. Pemberian diskaun ehsan ini bertujuan untuk mengimbangi baki akhir pinjaman anda supaya ia lebih selari dengan struktur pengiraan sistem baki berkurangan. Walau bagaimanapun, pemberian diskaun ehsan ini adalah tertakluk sepenuhnya kepada budi bicara mutlak pihak pembiaya. Anda boleh menghubungi penyedia pembiayaan anda untuk pengesahan lanjut dan sebut harga.<\/span><\/p>\n<h3><b>Tip Mudah Untuk Pembeli Kereta pada 2026<\/b><\/h3>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><b>Tanya tentang EIR:<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> Jangan hanya bertanya tentang ansuran bulanan. Pastikan anda minta pengedar kereta atau bank untuk berikan peratusan EIR sebenar supaya anda tak tertipu dan boleh bandingkan dengan betul.<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><b>Semak Peralihan Sistem:<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> Kerajaan menetapkan tempoh peralihan sehingga 31 Mac 2027 untuk penyedia pembiayaan mengemas kini sistem mereka. Menjelang 1 April 2027, semua penyedia pembiayaan, termasuk institusi kewangan bank dan bukan bank, diwajibkan untuk menggunakan sistem Kadar Faedah Efektif sepenuhnya bagi sewa beli. Buat masa ini, ketersediaan sistem baharu ini bergantung kepada kesediaan pihak pembiaya masing-masing. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk menyemak sama ada penyedia pilihan anda telah membuat peralihan sistem ini sebelum menandatangani perjanjian.<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<h3><b>Sebab Anda Perlu Memilih CARSOME Untuk Pembelian Kereta Seterusnya<\/b><\/h3>\n<p><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"alignnone wp-image-40525\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/SHA07644-300x200.jpg\" alt=\"Pelanggan beli kereta\" width=\"699\" height=\"466\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/SHA07644-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/SHA07644-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/SHA07644-768x512.jpg 768w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/SHA07644-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/SHA07644-2048x1366.jpg 2048w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/SHA07644-150x100.jpg 150w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/SHA07644-696x464.jpg 696w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/SHA07644-1068x712.jpg 1068w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/SHA07644-1920x1280.jpg 1920w\" sizes=\"(max-width: 699px) 100vw, 699px\" \/><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Memahami terma pembiayaan baharu adalah satu langkah penting, tetapi mencari kenderaan terpakai yang berkualiti tinggi juga memerlukan ketelitian. Jika anda merancang untuk <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">upgrade<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> kereta, CARSOME ialah platform dipercayai yang menawarkan pengalaman membeli kereta yang lebih meyakinkan:\u00a0<\/span><\/p>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Waranti Tanpa Risau<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Bebas Banjir Atau Kemalangan Besar<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Servis Seluruh Negara<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Jaminan Pulangan Wang 14 Hari<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Bantuan Pembiayaan Dalaman<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Usha lebih 3,500 pilihan dengan yakin di <\/span><a href=\"https:\/\/www.carsome.my\/ms\/beli-kereta-terpakai\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><span style=\"font-weight: 400;\">carsome.my<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\">. <\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Tertakluk pada Terma dan Syarat.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Cara pembelian kereta di Malaysia kini sudah dikemas kini. Bermula 1 Jun 2026, undang-undang baharu iaitu Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 telah berkuat kuasa. Pindaan ini memperkenalkan perubahan kepada struktur pengiraan dan prosedur pinjaman kenderaan di seluruh industri. Jika anda merancang untuk membeli kereta atau sedang membayar pinjaman kereta, berikut adalah ringkasan mengenai peruntukan baharu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":68,"featured_media":40526,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[116,55,1],"tags":[],"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v21.7 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>Akta Sewa Beli 2026: Apa Pembeli Kereta Perlu Tahu<\/title>\n<meta name=\"description\" content=\"Panduan lengkap Akta Sewa Beli 2026 untuk peminjam kereta. Fahami sistem baki berkurangan, kadar EIR, dan kesan penyelesaian awal.\" \/>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/2026-apa-yang-anda-perlu-tahu-mengenai-akta-sewa-beli-baharu-malaysia-pada-2026\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"en_US\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Akta Sewa Beli 2026: Apa Pembeli Kereta Perlu Tahu\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"Panduan lengkap Akta Sewa Beli 2026 untuk peminjam kereta. Fahami sistem baki berkurangan, kadar EIR, dan kesan penyelesaian awal.\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/2026-apa-yang-anda-perlu-tahu-mengenai-akta-sewa-beli-baharu-malaysia-pada-2026\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"Carsome Malaysia\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2026-09-14T02:16:22+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/asian-business-woman-signing-contract-document-making-deal-xd-scaled.jpg\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"2560\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"1707\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:type\" content=\"image\/jpeg\" \/>\n<meta name=\"author\" content=\"Alif Yunus\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"Alif Yunus\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"6 minutes\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\/\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"Article\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/2026-apa-yang-anda-perlu-tahu-mengenai-akta-sewa-beli-baharu-malaysia-pada-2026#article\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/2026-apa-yang-anda-perlu-tahu-mengenai-akta-sewa-beli-baharu-malaysia-pada-2026\"},\"author\":{\"name\":\"Alif Yunus\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/2bf53d4563b61d8ebb59d3f39e655861\"},\"headline\":\"Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Akta Sewa Beli Baharu Malaysia Pada 2026\",\"datePublished\":\"2026-09-14T02:16:22+00:00\",\"dateModified\":\"2026-09-14T02:16:22+00:00\",\"mainEntityOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/2026-apa-yang-anda-perlu-tahu-mengenai-akta-sewa-beli-baharu-malaysia-pada-2026\"},\"wordCount\":1148,\"commentCount\":0,\"publisher\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization\"},\"articleSection\":[\"BM\",\"Buying A Car\"],\"inLanguage\":\"en-US\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"CommentAction\",\"name\":\"Comment\",\"target\":[\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/2026-apa-yang-anda-perlu-tahu-mengenai-akta-sewa-beli-baharu-malaysia-pada-2026#respond\"]}]},{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/2026-apa-yang-anda-perlu-tahu-mengenai-akta-sewa-beli-baharu-malaysia-pada-2026\",\"url\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/2026-apa-yang-anda-perlu-tahu-mengenai-akta-sewa-beli-baharu-malaysia-pada-2026\",\"name\":\"Akta Sewa Beli 2026: Apa Pembeli Kereta Perlu Tahu\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#website\"},\"datePublished\":\"2026-09-14T02:16:22+00:00\",\"dateModified\":\"2026-09-14T02:16:22+00:00\",\"description\":\"Panduan lengkap Akta Sewa Beli 2026 untuk peminjam kereta. Fahami sistem baki berkurangan, kadar EIR, dan kesan penyelesaian awal.\",\"breadcrumb\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/2026-apa-yang-anda-perlu-tahu-mengenai-akta-sewa-beli-baharu-malaysia-pada-2026#breadcrumb\"},\"inLanguage\":\"en-US\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"ReadAction\",\"target\":[\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/2026-apa-yang-anda-perlu-tahu-mengenai-akta-sewa-beli-baharu-malaysia-pada-2026\"]}]},{\"@type\":\"BreadcrumbList\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/2026-apa-yang-anda-perlu-tahu-mengenai-akta-sewa-beli-baharu-malaysia-pada-2026#breadcrumb\",\"itemListElement\":[{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":1,\"name\":\"Home\",\"item\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":2,\"name\":\"Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Akta Sewa Beli Baharu Malaysia Pada 2026\"}]},{\"@type\":\"WebSite\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#website\",\"url\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/\",\"name\":\"Carsome Malaysia\",\"description\":\"\",\"publisher\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization\"},\"potentialAction\":[{\"@type\":\"SearchAction\",\"target\":{\"@type\":\"EntryPoint\",\"urlTemplate\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/?s={search_term_string}\"},\"query-input\":\"required name=search_term_string\"}],\"inLanguage\":\"en-US\"},{\"@type\":\"Organization\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization\",\"name\":\"Carsome\",\"url\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/\",\"logo\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/logo\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/Carsome-New-Logo1.jpg\",\"contentUrl\":\"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/Carsome-New-Logo1.jpg\",\"width\":980,\"height\":815,\"caption\":\"Carsome\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/logo\/image\/\"}},{\"@type\":\"Person\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/2bf53d4563b61d8ebb59d3f39e655861\",\"name\":\"Alif Yunus\",\"image\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/WhatsApp-Image-2026-07-09-at-10.03.24.jpeg\",\"contentUrl\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/WhatsApp-Image-2026-07-09-at-10.03.24.jpeg\",\"caption\":\"Alif Yunus\"},\"description\":\"Running on sweet drinks and high octane!\"}]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"Akta Sewa Beli 2026: Apa Pembeli Kereta Perlu Tahu","description":"Panduan lengkap Akta Sewa Beli 2026 untuk peminjam kereta. Fahami sistem baki berkurangan, kadar EIR, dan kesan penyelesaian awal.","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"canonical":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/2026-apa-yang-anda-perlu-tahu-mengenai-akta-sewa-beli-baharu-malaysia-pada-2026","og_locale":"en_US","og_type":"article","og_title":"Akta Sewa Beli 2026: Apa Pembeli Kereta Perlu Tahu","og_description":"Panduan lengkap Akta Sewa Beli 2026 untuk peminjam kereta. Fahami sistem baki berkurangan, kadar EIR, dan kesan penyelesaian awal.","og_url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/2026-apa-yang-anda-perlu-tahu-mengenai-akta-sewa-beli-baharu-malaysia-pada-2026","og_site_name":"Carsome Malaysia","article_published_time":"2026-09-14T02:16:22+00:00","og_image":[{"width":2560,"height":1707,"url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/asian-business-woman-signing-contract-document-making-deal-xd-scaled.jpg","type":"image\/jpeg"}],"author":"Alif Yunus","twitter_card":"summary_large_image","twitter_misc":{"Written by":"Alif Yunus","Est. reading time":"6 minutes"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"Article","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/2026-apa-yang-anda-perlu-tahu-mengenai-akta-sewa-beli-baharu-malaysia-pada-2026#article","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/2026-apa-yang-anda-perlu-tahu-mengenai-akta-sewa-beli-baharu-malaysia-pada-2026"},"author":{"name":"Alif Yunus","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/2bf53d4563b61d8ebb59d3f39e655861"},"headline":"Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Akta Sewa Beli Baharu Malaysia Pada 2026","datePublished":"2026-09-14T02:16:22+00:00","dateModified":"2026-09-14T02:16:22+00:00","mainEntityOfPage":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/2026-apa-yang-anda-perlu-tahu-mengenai-akta-sewa-beli-baharu-malaysia-pada-2026"},"wordCount":1148,"commentCount":0,"publisher":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization"},"articleSection":["BM","Buying A Car"],"inLanguage":"en-US","potentialAction":[{"@type":"CommentAction","name":"Comment","target":["https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/2026-apa-yang-anda-perlu-tahu-mengenai-akta-sewa-beli-baharu-malaysia-pada-2026#respond"]}]},{"@type":"WebPage","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/2026-apa-yang-anda-perlu-tahu-mengenai-akta-sewa-beli-baharu-malaysia-pada-2026","url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/2026-apa-yang-anda-perlu-tahu-mengenai-akta-sewa-beli-baharu-malaysia-pada-2026","name":"Akta Sewa Beli 2026: Apa Pembeli Kereta Perlu Tahu","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#website"},"datePublished":"2026-09-14T02:16:22+00:00","dateModified":"2026-09-14T02:16:22+00:00","description":"Panduan lengkap Akta Sewa Beli 2026 untuk peminjam kereta. Fahami sistem baki berkurangan, kadar EIR, dan kesan penyelesaian awal.","breadcrumb":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/2026-apa-yang-anda-perlu-tahu-mengenai-akta-sewa-beli-baharu-malaysia-pada-2026#breadcrumb"},"inLanguage":"en-US","potentialAction":[{"@type":"ReadAction","target":["https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/2026-apa-yang-anda-perlu-tahu-mengenai-akta-sewa-beli-baharu-malaysia-pada-2026"]}]},{"@type":"BreadcrumbList","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/2026-apa-yang-anda-perlu-tahu-mengenai-akta-sewa-beli-baharu-malaysia-pada-2026#breadcrumb","itemListElement":[{"@type":"ListItem","position":1,"name":"Home","item":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/"},{"@type":"ListItem","position":2,"name":"Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Akta Sewa Beli Baharu Malaysia Pada 2026"}]},{"@type":"WebSite","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#website","url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/","name":"Carsome Malaysia","description":"","publisher":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization"},"potentialAction":[{"@type":"SearchAction","target":{"@type":"EntryPoint","urlTemplate":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/?s={search_term_string}"},"query-input":"required name=search_term_string"}],"inLanguage":"en-US"},{"@type":"Organization","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization","name":"Carsome","url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/","logo":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/logo\/image\/","url":"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/Carsome-New-Logo1.jpg","contentUrl":"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/Carsome-New-Logo1.jpg","width":980,"height":815,"caption":"Carsome"},"image":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/logo\/image\/"}},{"@type":"Person","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/2bf53d4563b61d8ebb59d3f39e655861","name":"Alif Yunus","image":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/image\/","url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/WhatsApp-Image-2026-07-09-at-10.03.24.jpeg","contentUrl":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/WhatsApp-Image-2026-07-09-at-10.03.24.jpeg","caption":"Alif Yunus"},"description":"Running on sweet drinks and high octane!"}]}},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40522"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/users\/68"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40522"}],"version-history":[{"count":31,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40522\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40556,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40522\/revisions\/40556"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40526"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40522"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40522"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40522"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}