{"id":36406,"date":"2023-11-10T14:57:40","date_gmt":"2023-11-10T06:57:40","guid":{"rendered":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/?p=36406"},"modified":"2024-07-11T17:12:09","modified_gmt":"2024-07-11T09:12:09","slug":"apa-itu-forgotten-baby-syndrome","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/apa-itu-forgotten-baby-syndrome","title":{"rendered":"Apa Itu Sindrom Lupa Anak (Forgotten Baby Syndrome) &#038; Cara Untuk Mencegahnya"},"content":{"rendered":"\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">\u201cSeorang bayi perempuan meninggal dunia selepas ibunya membiarkannya selama 8 jam di dalam kereta\u2026\u201d&nbsp;<\/span><\/p>\n\n\n\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kebelakangan ini, semakin banyak <strong><a href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/apa-itu-forgotten-baby-syndrome\">kes anak kecil meninggal dunia<\/a><\/strong> di dalam kereta. Puncanya? Ibu bapa sendiri yang terlupa yang anak mereka yang masih berada di dalam kereta. Otak mereka hanya terfikir tentang kerja yang ingin disambung semula sejurus sampai ke tempat kerja.&nbsp;<\/span><\/p>\n\n\n\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Fokus yang berlebihan terhadap kerja menyebabkan mereka terlupa perkara lain termasuklah anak mereka yang masih berada di dalam kereta.&nbsp;<\/span><\/p>\n\n\n\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Ada juga kes yang si ibu menyangkakan si bapa telah menghantarkan anak mereka ke tempat pengasuh walhal anak masih lagi berada di dalam kereta, ditinggalkan oleh ibunya sendiri.&nbsp;<\/span><\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" width=\"1200\" height=\"754\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/hm198lupo_1650259378.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-36418\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/hm198lupo_1650259378.jpg 1200w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/hm198lupo_1650259378-300x189.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/hm198lupo_1650259378-1024x643.jpg 1024w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/hm198lupo_1650259378-768x483.jpg 768w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/hm198lupo_1650259378-150x94.jpg 150w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/hm198lupo_1650259378-696x437.jpg 696w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/hm198lupo_1650259378-1068x671.jpg 1068w\" sizes=\"(max-width: 1200px) 100vw, 1200px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-center\">Sumber: Harian Metro<\/p>\n\n\n\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kejadian anak yang tertinggal di dalam kereta ini kita gelarkan sebagai <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">forgotten baby syndrome<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> atau sindrom lupa anak.&nbsp;<\/span><\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\"><b>Punca <\/b><b><i>Forgotten Baby Syndrome<\/i><\/b><b>&nbsp;<\/b><\/h2>\n\n\n\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Punca utama kenapa <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">forgotten baby syndrome <\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">ini terjadi masih tidak diketahui secara tepat tetapi ini merupakan antara punca yang telah dikenalpasti :&nbsp;<\/span><\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><b>1. Ibu Bapa yang Letih &amp; Lesu&nbsp;<\/b><\/h3>\n\n\n\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Zaman sekarang, tak pelik kalau kedua-dua ibu dan juga bapa bekerja mencari rezeki untuk menampung keperluan hidup. Lagi-lagi dengan adanya anak kecil, keperluan kewangan itu makin bertambah. Ada yang sampai terpaksa melakukan sehingga lebih daripada dua kerja!&nbsp;<\/span><\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" width=\"844\" height=\"563\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/pexels-ron-lach-8682778-1.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-36411\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/pexels-ron-lach-8682778-1.jpg 844w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/pexels-ron-lach-8682778-1-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/pexels-ron-lach-8682778-1-768x512.jpg 768w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/pexels-ron-lach-8682778-1-150x100.jpg 150w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/pexels-ron-lach-8682778-1-696x464.jpg 696w\" sizes=\"(max-width: 844px) 100vw, 844px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Keletihan bekerja boleh menyebabkan badan menjadi lesu. Badan yang lesu pula adalah antara punca minda manusia boleh kehilangan fokus terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Inilah yang menjadi punca ibu bapa menjadi lupa yang anak mereka masih berada di dalam kereta.&nbsp;<\/span><\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><b>2. Perubahan Rutin&nbsp;<\/b><\/h3>\n\n\n\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Setiap keluarga kebiasaannya mempunyai rutin harian yang tetap. Bermula daripada bangun pagi, bersiap, hinggalah anak dihantar ke tempat pengasuh. Biasanya, sama ada ibu atau bapa yang akan menghantarkan anak mereka ke tempat pengasuh.&nbsp;<\/span><\/p>\n\n\n\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Katakanlah si bapa yang biasanya menghantarkan anak ke tempat pengasuh. Tetapi tiba-tiba si bapa ada urusan lain yang menyebabkan si ibu yang terpaksa menghantarkan anak mereka.&nbsp;<\/span><\/p>\n\n\n\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Walau bagaimanapun, si ibu terlupa yang dia sepatutnya menghantar anak ke tempat pengasuh.&nbsp;<\/span><\/p>\n\n\n\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Si ibu pula terus masuk ke dalam tempat kerja tanpa memeriksa dalam kereta kerana sudah menjadi rutinnya. Badan si ibu berada dalam mod \u2018autopilot\u2019 menyebabkan dia lupa yang anaknya masih lagi berada di dalam kereta.&nbsp;<\/span><\/p>\n\n\n\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Perubahan kecil dalam rutin harian menyebabkan ibu bapa terlupa untuk menghantarkan anak mereka ke tempat jagaan harian kerana ia bukanlah benda yang biasa mereka lakukan.&nbsp;<\/span><\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\"><b>Kesan Sindrom Terlupa Anak&nbsp;<\/b><\/h2>\n\n\n\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Bayangkan kalau anda dikunci dalam kereta yang diparkir di tengah panas, berapa lama anda boleh tahan? Dengan panas, pengap, dan kekurangan udara lagi. Anda tidak akan menunggu lama sebelum anda cuba untuk pecahkan cermin kereta. Itu pun kalau berjaya pecahkan.&nbsp;<\/span><\/p>\n\n\n\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Bayangkan kalau anak kecil yang terkunci di dalam kereta. Sedangkan anda pun tak boleh nak pecahkan cermin kereta, apatah lagi mereka?&nbsp;<\/span><\/p>\n\n\n\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Ini kesan jika ada anak kecil dan bayi yang ditinggalkan dalam kereta yang berkunci:&nbsp;<\/span><\/p>\n\n\n\n<ol>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\"> Kerosakan otak&nbsp;<\/span><\/li>\n\n\n\n<li><span style=\"font-weight: 400;\"> Sawan&nbsp;<\/span><\/li>\n\n\n\n<li><span style=\"font-weight: 400;\"> Tak sedarkan diri dan koma<\/span><\/li>\n\n\n\n<li><span style=\"font-weight: 400;\"> Kematian&nbsp;<\/span><\/li>\n<\/ol>\n\n\n\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sekalipun jika anak kecil atau bayi berjaya diselamatkan dalam keadaan nyawa-nyawa ikan sekalipun, mereka berkemungkinan besar akan menghadapi kesan jangka panjang seperti berikut:&nbsp;<\/span><\/p>\n\n\n\n<ol>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\"> Hilang upaya intelektual (lembam)<\/span><\/li>\n\n\n\n<li><span style=\"font-weight: 400;\"> Palsi serebrum&nbsp;<\/span><\/li>\n\n\n\n<li><span style=\"font-weight: 400;\"> Hilang deria penglihatan&nbsp;<\/span><\/li>\n\n\n\n<li><span style=\"font-weight: 400;\"> Hilang deria pendengaran&nbsp;<\/span><\/li>\n<\/ol>\n\n\n\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kesan ini bukan hanya pada anak yang menjadi mangsa tetapi juga kepada ibu bapa. Kemalangan ini boleh memberi kesan kepada ibu bapa melalui:&nbsp;<\/span><\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><b>1. Hubungan Keluarga Yang Renggang&nbsp;<\/b><\/h3>\n\n\n\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Tidak kiralah sama ada si ibu atau si bapa yang yang meninggalkan anak, dialah yang akan dipersalahkan dan diherdik. Pergaduhan akan menular hingga boleh menyebabkan hubungan menjadi dingin dan mengambil masa yang lama untuk surut.&nbsp;<\/span><\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><b>2. Ibu Bapa Hilang Keyakinan Diri&nbsp;<\/b><\/h3>\n\n\n\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Antara kesannya ialah ibu bapa boleh terkena penyakit mental seperti <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">Major Depressive Disorder<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> (MDD), <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">Post-Traumatic Stress Disorder<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> (PTSD), dan juga serangan gemuruh. Penyakit mental seperti ini boleh menjejaskan ibu bapa itu sendiri dan meragut keyakinan ibu bapa untuk menjaga anak mereka sendiri.&nbsp;<\/span><\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><b>3. Kewangan Keluarga Terjejas&nbsp;<\/b><\/h3>\n\n\n\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jika anak mengalami kesan kesihatan jangka panjang akibat sindrom terlupa anak ini seperti palsi serebrum, sudah semestinya ia akan memerlukan pemeriksaan kesihatan berkala dan ubat-ubatan serta makanan khas yang harganya tidak murah.&nbsp;<\/span><\/p>\n\n\n\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Disebabkan ini, komitmen keluarga akan makin bertambah dan ini boleh menjejaskan keadaan kewangan keluarga.&nbsp;<\/span><\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\"><b>Cara untuk Elakkan Sindrom Terlupa Anak Terjadi pada Diri Anda&nbsp;<\/b><\/h2>\n\n\n\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Menjaga dan membesarkan anak bukanlah tugas yang mudah terutama sekali bagi ibu bapa baharu yang tidak mempunyai banyak pengalaman. Disebabkan itu, ibu bapa yang bakal melalui fasa ini perlulah mendapatkan sebanyak mana ilmu dan kemahiran keibubapaan terutama sekali bagi mengelakkan insiden terlupa anak ini berlaku terhadap diri mereka.&nbsp;<\/span><\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" width=\"704\" height=\"469\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/pexels-ketut-subiyanto-4473498-1.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-36362\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/pexels-ketut-subiyanto-4473498-1.jpg 704w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/pexels-ketut-subiyanto-4473498-1-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/pexels-ketut-subiyanto-4473498-1-150x100.jpg 150w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/pexels-ketut-subiyanto-4473498-1-696x464.jpg 696w\" sizes=\"(max-width: 704px) 100vw, 704px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p><b>Artikel berkaitan: <\/b><a href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/jangan-tinggalkan-anak-dalam-kereta\"><b>Tip Keselamatan Kanak-Kanak: Jangan Tinggalkan Mereka Dalam Kereta!<\/b><\/a><\/p>\n\n\n\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Daripada kami, ini apa yang kami boleh kongsikan kepada ibu bapa baharu bagi mengelakkan insiden terlupa anak ini terjadi:&nbsp;<\/span><\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><b>1. Mulakan Tabiat Periksa Tempat Duduk Belakang&nbsp;<\/b><\/h3>\n\n\n\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Anda boleh memulakan tabiat memeriksa tempat duduk belakang sebelum keluar dari kereta. Walaupun anda memandu berseorangan tanpa anak, tetaplah anda periksa tempat duduk belakang sebelum keluar dari kereta.&nbsp;<\/span><\/p>\n\n\n\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Tak susah pun, cuma perlu pusingkan badan dan periksa bahagian belakang. Apabila anda sudah terbiasa dengan tabiat ini, anda sendiri akan buat tanpa sedar. Nampak macam remeh tapi sebenarnya ini boleh menyelamatkan nyawa anak anda.&nbsp;<\/span><\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><b>2. Letakkan Beg Anak di Kerusi Hadapan&nbsp;<\/b><\/h3>\n\n\n\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sebagai peringatan tambahan yang anda sedang membawa anak anda sekali, letakkan barangan anak anda seperti beg bayi di kerusi hadapan. Jika beg anak anda masih ada di kerusi hadapan, ini bermakna anak anda masih lagi bersama anda dalam kereta dan belum dihantar ke tempat pengasuh.&nbsp;<\/span><\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" width=\"883\" height=\"883\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/Bird-Pink-Baby-Bag-1.webp\" alt=\"\" class=\"wp-image-36419\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/Bird-Pink-Baby-Bag-1.webp 883w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/Bird-Pink-Baby-Bag-1-300x300.webp 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/Bird-Pink-Baby-Bag-1-150x150.webp 150w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/Bird-Pink-Baby-Bag-1-768x768.webp 768w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/Bird-Pink-Baby-Bag-1-696x696.webp 696w\" sizes=\"(max-width: 883px) 100vw, 883px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-center\">Sumber: The Baby Store<\/p>\n\n\n\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Untuk kesan yang lebih efektif, letakkan sekali beg kerja anda bersekali dengan beg anak anda. Barulah anda tidak akan terlepas pandang lagi selepas ini. Selain daripada beg keperluan anak, anda juga boleh letakkan patung atau mainan anak.&nbsp;<\/span><\/p>\n\n\n\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Selain itu, anda juga boleh meletakkan beg kerja anda di bahagian kerusi belakang berdekatan dengan kerusi anak anda.&nbsp;<\/span><\/p>\n\n\n\n<p><b>Artikel berkaitan: <\/b><a href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/tips-servis-kereta-road-trip\"><b>Jangan Pergi Road Trip Untuk Healing Kalau Tak Lakukan 6 Perkara Ini!<\/b><\/a><\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><b>3. Jangan Main <\/b><b><i>Phone<\/i><\/b><b>!&nbsp;<\/b><\/h3>\n\n\n\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Selain daripada membahayakan nyawa, menggunakan telefon semasa memandu juga boleh menyebabkan anda hilang fokus terhadap anak yang berada di dalam kereta bersama anda. Anda akan ralit dengan membalas mesej hingga terlupa yang anda perlu hantar anak anda ke tempat pengasuh.&nbsp;<\/span><\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" width=\"914\" height=\"610\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/alexandre-boucher-CoUogz3Udak-unsplash-1.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-36412\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/alexandre-boucher-CoUogz3Udak-unsplash-1.jpg 914w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/alexandre-boucher-CoUogz3Udak-unsplash-1-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/alexandre-boucher-CoUogz3Udak-unsplash-1-768x513.jpg 768w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/alexandre-boucher-CoUogz3Udak-unsplash-1-150x100.jpg 150w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/alexandre-boucher-CoUogz3Udak-unsplash-1-696x465.jpg 696w\" sizes=\"(max-width: 914px) 100vw, 914px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Tahan diri daripada menggunakan telefon bimbit seketika sehinggalah anak anda selamat dihantar ke tempat pengasuh.&nbsp;<\/span><\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><b>4. Minta Tolong Pengasuh&nbsp;<\/b><\/h3>\n\n\n\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Anda juga boleh meminta pertolongan pengasuh untuk hubungi anda sekiranya anak anda belum sampai di sana. Jika bukan giliran anda untuk menghantar anak ke pengasuh, mungkin pasangan anda yang terlupa. Jika anda yang terlupa, cepat-cepat pergi ke kereta!&nbsp;<\/span><\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" width=\"640\" height=\"427\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/XyV0LslB-image.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-36413\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/XyV0LslB-image.jpg 640w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/XyV0LslB-image-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/XyV0LslB-image-150x100.jpg 150w\" sizes=\"(max-width: 640px) 100vw, 640px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-center\">Sumber: Xtra<\/p>\n\n\n\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sesuailah dengan peribahasa Afrika, \u2018it takes a village to raise a child\u2019. Semua pertolongan yang ada diperlukan bagi memastikan anak anda kekal selamat.&nbsp;<\/span><\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><b>5. Letakkan Kerusi Anak di Tengah Tempat Duduk Belakang&nbsp;<\/b><\/h3>\n\n\n\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Untuk memudahkan anda melihat anak anda di tempat duduk belakang, anda boleh letakkan kerusi anak di tengah-tengah kerusi belakang. Ini bagi memastikan anda boleh memantau dan mengetahui bahawa anda sedang membawa anak anda.&nbsp;<\/span><\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" width=\"1200\" height=\"628\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/45352dd9551c41b8a5d1578e30bdc624_1200.webp\" alt=\"\" class=\"wp-image-36414\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/45352dd9551c41b8a5d1578e30bdc624_1200.webp 1200w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/45352dd9551c41b8a5d1578e30bdc624_1200-300x157.webp 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/45352dd9551c41b8a5d1578e30bdc624_1200-1024x536.webp 1024w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/45352dd9551c41b8a5d1578e30bdc624_1200-768x402.webp 768w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/45352dd9551c41b8a5d1578e30bdc624_1200-150x79.webp 150w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/45352dd9551c41b8a5d1578e30bdc624_1200-696x364.webp 696w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/45352dd9551c41b8a5d1578e30bdc624_1200-1068x559.webp 1068w\" sizes=\"(max-width: 1200px) 100vw, 1200px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Selain itu, ia akan terletak lebih dekat dengan anda dan anda pula tidak akan lupa akan anak anda yang turut bersama anda dalam perjalanan pagi itu.&nbsp;<\/span><\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><b>6. Gajet untuk Pantau Anak&nbsp;<\/b><\/h3>\n\n\n\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kalau anda ada sedikit wang untuk dilaburkan, anda boleh membeli beberapa gajet yang boleh membantu anda untuk mengatasi masalah terlupa anak ini. Gajet-gajet ini boleh dipasangkan di dalam kereta dan diaktifkan apabila anda dan anak berada di dalam kereta.&nbsp;<\/span><\/p>\n\n\n\n<h4 class=\"wp-block-heading\"><b>a. Kamera Bayi<\/b><\/h4>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" width=\"800\" height=\"800\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2024\/07\/product-image-52.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-38213\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2024\/07\/product-image-52.jpg 800w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2024\/07\/product-image-52-300x300.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2024\/07\/product-image-52-150x150.jpg 150w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2024\/07\/product-image-52-768x768.jpg 768w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2024\/07\/product-image-52-696x696.jpg 696w\" sizes=\"(max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Gajet ini boleh bantu anda melihat bayi anda menggunakan kamera pada setiap masa. Anda boleh pasangkan kamera pada kerusi bayi dan hidupkan kamera apabila anda memulakan perjalanan. <a href=\"https:\/\/c.lazada.com.my\/t\/c.cGJ22o\">Anda boleh beli kamera bayi di sini<\/a><\/span><span style=\"font-weight: 400;\">.<\/span><\/p>\n\n\n\n<h4 class=\"wp-block-heading\"><b>b. Sistem Peringatan Tempat Duduk Belakang (<\/b><b><i>Backseat Reminder System<\/i><\/b><b>)<\/b><\/h4>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" width=\"1500\" height=\"1001\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/71yL4uL4eWL._SL1500_.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-36416\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/71yL4uL4eWL._SL1500_.jpg 1500w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/71yL4uL4eWL._SL1500_-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/71yL4uL4eWL._SL1500_-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/71yL4uL4eWL._SL1500_-768x513.jpg 768w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/71yL4uL4eWL._SL1500_-150x100.jpg 150w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/71yL4uL4eWL._SL1500_-696x464.jpg 696w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/71yL4uL4eWL._SL1500_-1068x713.jpg 1068w\" sizes=\"(max-width: 1500px) 100vw, 1500px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Dengan adanya gajet ini, anda tidak akan lupa lagi tentang keberadaan anak anda dalam kereta. Gajet ini berfungsi dengan memberi peringatan terus kepada anda melalui amaran bunyi apabila anda bergerak jauh dari kereta. Antara model yang didapati adalah <\/span><a href=\"https:\/\/www.ubuy.com.my\/en\/product\/EPHT6AA-car-seat-copilot-automatic-alert-system-backseat-baby-reminder?campaign_source=google&amp;campaign_medium=PLA&amp;campaign_name=PLA_1_GGL_2_JO_3_EN_5_Ubuy_India_New_17_WORLD_NEU&amp;campaignid=20282944695&amp;campaign_source=google&amp;campaign_medium=PLA&amp;campaign_name=PLA_1_GGL_2_JO_3_EN_5_Ubuy_India_New_17_WORLD_NEU&amp;campaignid=20282944695&amp;gclid=CjwKCAiA3aeqBhBzEiwAxFiOBkNt9vDukzaHpANK3GtdsAKudx8XrrAKxlCuBEeRMwGwObqsS4qavxoCd2cQAvD_BwE&amp;utm_source=website&amp;utm_medium=homepage&amp;utm_campaign=country_navigation_popup\"><b>SEPERTI INI<\/b><\/a><span style=\"font-weight: 400;\">.&nbsp;<\/span><\/p>\n\n\n\n<p><b>Artikel berkaitan: <\/b><a href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/ada-aksesori-kereta-ni-travel-dengan-anak-kecil-jadi-mudah\"><b>Ada Aksesori Kereta Ni, Travel Dengan Anak Kecil Jadi Mudah!<\/b><\/a><\/p>\n\n\n\n<h4 class=\"wp-block-heading\"><strong>c. Cermin Pandang Tempat Duduk Belakang<\/strong><\/h4>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" width=\"1000\" height=\"1000\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2024\/07\/product-image-51.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-38214\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2024\/07\/product-image-51.jpg 1000w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2024\/07\/product-image-51-300x300.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2024\/07\/product-image-51-150x150.jpg 150w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2024\/07\/product-image-51-768x768.jpg 768w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2024\/07\/product-image-51-696x696.jpg 696w\" sizes=\"(max-width: 1000px) 100vw, 1000px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Aksesori ini memang sangat membantu jika anda mahu mengingatkan diri anda tentang bayi anda yang berada di tempat duduk belakang semasa anda memandu. Ia boleh dipasang pada cermin hadapan dan anda boleh sesuaikan sudut pandangan cermin agar anak anda kelihatan pada cermin sepanjang perjalanan. <a href=\"https:\/\/c.lazada.com.my\/t\/c.cGJ22O\">Dapatkan cermin pandang tempat duduk belakang ini di sini<\/a>.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\"><b>Kalau Anda Sayangkan Anak, Ini Apa yang Anda Kena Buat Sekarang!&nbsp;<\/b><\/h2>\n\n\n\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Malang tidak berbau. Kemalangan yang meragut nyawa boleh berlaku walaupun di dalam kereta yang tidak bergerak. <\/span><strong><a href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/apa-itu-forgotten-baby-syndrome\"><i>Forgotten baby Syndrome<\/i><\/a><\/strong><span style=\"font-weight: 400;\"> atau Sindrom Terlupa Anak ini boleh menyebabkan banyak kesan buruk kepada ibu bapa dan anak itu sendiri.&nbsp;<\/span><\/p>\n\n\n\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Langkah terbaik untuk mengelakkan kemalangan akibat sindrom ini adalah dengan ibu bapa mendidik diri mereka dan cuba mengambil langkah proaktif untuk mengelakkan diri mereka terlibat dalam kemalangan sebegini.&nbsp;<\/span><\/p>\n\n\n\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Diharapkan apa yang kami kongsikan ini boleh memberi manfaat kepada anda terutamanya kepada ibu bapa yang mempunyai anak kecil ataupun yang sedang menanti cahaya mata.&nbsp;<\/span><\/p>\n\n\n\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Anda ada tips lagi untuk dikongsikan? Cuba kongsikan di ruangan komen! <\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u201cSeorang bayi perempuan meninggal dunia selepas ibunya membiarkannya selama 8 jam di dalam kereta\u2026\u201d&nbsp; Kebelakangan ini, semakin banyak kes anak kecil meninggal dunia di dalam kereta. Puncanya? Ibu bapa sendiri yang terlupa yang anak mereka yang masih berada di dalam kereta. Otak mereka hanya terfikir tentang kerja yang ingin disambung semula sejurus sampai ke tempat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":36410,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[116,46],"tags":[],"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v21.7 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>Tertinggal Anak Dalam Kereta? Ini Cara Nak Atasinya!<\/title>\n<meta name=\"description\" content=\"Apa itu Forgotten Baby Syndrome? Macam mana nak elakkan tertinggal anak dalam kereta terjadi? Ada tak gajet yang boleh dibeli untuk atasi?\" \/>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/apa-itu-forgotten-baby-syndrome\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"en_US\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Makin Ramai Yang Tertinggal Anak Dalam Kereta Ni!\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"Korang pernah dengar tak pasal forgotten baby syndrome? Rupanya ada penjelasan kenapa mak ayah boleh lupa kat anak sendiri \ud83d\ude31!\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/apa-itu-forgotten-baby-syndrome\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"Carsome Malaysia\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2023-11-10T06:57:40+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2024-07-11T09:12:09+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/lupa-anak-fb-image.jpg\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"1200\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"630\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:type\" content=\"image\/jpeg\" \/>\n<meta name=\"author\" content=\"Written by Carsome Editorial\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"Written by Carsome Editorial\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"9 minutes\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\/\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"Article\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/apa-itu-forgotten-baby-syndrome#article\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/apa-itu-forgotten-baby-syndrome\"},\"author\":{\"name\":\"Written by Carsome Editorial\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/a316c99ca4a4926413124454df7615ea\"},\"headline\":\"Apa Itu Sindrom Lupa Anak (Forgotten Baby Syndrome) &#038; Cara Untuk Mencegahnya\",\"datePublished\":\"2023-11-10T06:57:40+00:00\",\"dateModified\":\"2024-07-11T09:12:09+00:00\",\"mainEntityOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/apa-itu-forgotten-baby-syndrome\"},\"wordCount\":1501,\"commentCount\":0,\"publisher\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization\"},\"articleSection\":[\"BM\",\"Lifestyle\"],\"inLanguage\":\"en-US\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"CommentAction\",\"name\":\"Comment\",\"target\":[\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/apa-itu-forgotten-baby-syndrome#respond\"]}]},{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/apa-itu-forgotten-baby-syndrome\",\"url\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/apa-itu-forgotten-baby-syndrome\",\"name\":\"Tertinggal Anak Dalam Kereta? Ini Cara Nak Atasinya!\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#website\"},\"datePublished\":\"2023-11-10T06:57:40+00:00\",\"dateModified\":\"2024-07-11T09:12:09+00:00\",\"description\":\"Apa itu Forgotten Baby Syndrome? Macam mana nak elakkan tertinggal anak dalam kereta terjadi? Ada tak gajet yang boleh dibeli untuk atasi?\",\"breadcrumb\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/apa-itu-forgotten-baby-syndrome#breadcrumb\"},\"inLanguage\":\"en-US\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"ReadAction\",\"target\":[\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/apa-itu-forgotten-baby-syndrome\"]}]},{\"@type\":\"BreadcrumbList\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/apa-itu-forgotten-baby-syndrome#breadcrumb\",\"itemListElement\":[{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":1,\"name\":\"Home\",\"item\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":2,\"name\":\"Apa Itu Sindrom Lupa Anak (Forgotten Baby Syndrome) &#038; Cara Untuk Mencegahnya\"}]},{\"@type\":\"WebSite\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#website\",\"url\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/\",\"name\":\"Carsome Malaysia\",\"description\":\"\",\"publisher\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization\"},\"potentialAction\":[{\"@type\":\"SearchAction\",\"target\":{\"@type\":\"EntryPoint\",\"urlTemplate\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/?s={search_term_string}\"},\"query-input\":\"required name=search_term_string\"}],\"inLanguage\":\"en-US\"},{\"@type\":\"Organization\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization\",\"name\":\"Carsome\",\"url\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/\",\"logo\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/logo\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/Carsome-New-Logo1.jpg\",\"contentUrl\":\"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/Carsome-New-Logo1.jpg\",\"width\":980,\"height\":815,\"caption\":\"Carsome\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/logo\/image\/\"}},{\"@type\":\"Person\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/a316c99ca4a4926413124454df7615ea\",\"name\":\"Written by Carsome Editorial\",\"image\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/41987a3ef628d63133aea1a9f9f7f715?s=96&d=mm&r=g\",\"contentUrl\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/41987a3ef628d63133aea1a9f9f7f715?s=96&d=mm&r=g\",\"caption\":\"Written by Carsome Editorial\"}}]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"Tertinggal Anak Dalam Kereta? Ini Cara Nak Atasinya!","description":"Apa itu Forgotten Baby Syndrome? Macam mana nak elakkan tertinggal anak dalam kereta terjadi? Ada tak gajet yang boleh dibeli untuk atasi?","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"canonical":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/apa-itu-forgotten-baby-syndrome","og_locale":"en_US","og_type":"article","og_title":"Makin Ramai Yang Tertinggal Anak Dalam Kereta Ni!","og_description":"Korang pernah dengar tak pasal forgotten baby syndrome? Rupanya ada penjelasan kenapa mak ayah boleh lupa kat anak sendiri \ud83d\ude31!","og_url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/apa-itu-forgotten-baby-syndrome","og_site_name":"Carsome Malaysia","article_published_time":"2023-11-10T06:57:40+00:00","article_modified_time":"2024-07-11T09:12:09+00:00","og_image":[{"width":1200,"height":630,"url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/lupa-anak-fb-image.jpg","type":"image\/jpeg"}],"author":"Written by Carsome Editorial","twitter_card":"summary_large_image","twitter_misc":{"Written by":"Written by Carsome Editorial","Est. reading time":"9 minutes"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"Article","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/apa-itu-forgotten-baby-syndrome#article","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/apa-itu-forgotten-baby-syndrome"},"author":{"name":"Written by Carsome Editorial","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/a316c99ca4a4926413124454df7615ea"},"headline":"Apa Itu Sindrom Lupa Anak (Forgotten Baby Syndrome) &#038; Cara Untuk Mencegahnya","datePublished":"2023-11-10T06:57:40+00:00","dateModified":"2024-07-11T09:12:09+00:00","mainEntityOfPage":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/apa-itu-forgotten-baby-syndrome"},"wordCount":1501,"commentCount":0,"publisher":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization"},"articleSection":["BM","Lifestyle"],"inLanguage":"en-US","potentialAction":[{"@type":"CommentAction","name":"Comment","target":["https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/apa-itu-forgotten-baby-syndrome#respond"]}]},{"@type":"WebPage","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/apa-itu-forgotten-baby-syndrome","url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/apa-itu-forgotten-baby-syndrome","name":"Tertinggal Anak Dalam Kereta? Ini Cara Nak Atasinya!","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#website"},"datePublished":"2023-11-10T06:57:40+00:00","dateModified":"2024-07-11T09:12:09+00:00","description":"Apa itu Forgotten Baby Syndrome? Macam mana nak elakkan tertinggal anak dalam kereta terjadi? Ada tak gajet yang boleh dibeli untuk atasi?","breadcrumb":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/apa-itu-forgotten-baby-syndrome#breadcrumb"},"inLanguage":"en-US","potentialAction":[{"@type":"ReadAction","target":["https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/apa-itu-forgotten-baby-syndrome"]}]},{"@type":"BreadcrumbList","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/apa-itu-forgotten-baby-syndrome#breadcrumb","itemListElement":[{"@type":"ListItem","position":1,"name":"Home","item":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/"},{"@type":"ListItem","position":2,"name":"Apa Itu Sindrom Lupa Anak (Forgotten Baby Syndrome) &#038; Cara Untuk Mencegahnya"}]},{"@type":"WebSite","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#website","url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/","name":"Carsome Malaysia","description":"","publisher":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization"},"potentialAction":[{"@type":"SearchAction","target":{"@type":"EntryPoint","urlTemplate":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/?s={search_term_string}"},"query-input":"required name=search_term_string"}],"inLanguage":"en-US"},{"@type":"Organization","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization","name":"Carsome","url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/","logo":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/logo\/image\/","url":"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/Carsome-New-Logo1.jpg","contentUrl":"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/Carsome-New-Logo1.jpg","width":980,"height":815,"caption":"Carsome"},"image":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/logo\/image\/"}},{"@type":"Person","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/a316c99ca4a4926413124454df7615ea","name":"Written by Carsome Editorial","image":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/image\/","url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/41987a3ef628d63133aea1a9f9f7f715?s=96&d=mm&r=g","contentUrl":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/41987a3ef628d63133aea1a9f9f7f715?s=96&d=mm&r=g","caption":"Written by Carsome Editorial"}}]}},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36406"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=36406"}],"version-history":[{"count":7,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36406\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":38215,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36406\/revisions\/38215"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media\/36410"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=36406"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=36406"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=36406"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}