{"id":35569,"date":"2023-09-26T11:58:54","date_gmt":"2023-09-26T03:58:54","guid":{"rendered":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/?p=35569"},"modified":"2023-09-26T11:58:54","modified_gmt":"2023-09-26T03:58:54","slug":"scam-jalan-raya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/scam-jalan-raya","title":{"rendered":"Scam Jalan Raya Malaysia Yang Patut Anda Tahu Untuk Kekal Selamat"},"content":{"rendered":"<p><span style=\"font-weight: 400;\">Apabila anda memandu di jalan raya, bukan hanya anda terdedah dengan risiko kemalangan jalan raya tetapi juga kita berisiko untuk ditipu oleh pengguna jalan raya lain yang cuba mengambil kesempatan terhadap anda.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Orang kita sangat kreatif tetapi malangnya kreatifnya itu tak kena tempat dan digunakan untuk mengambil kesempatan daripada orang yang tak berdosa seperti anda dan juga saya. Macam-macam jenis <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">scam<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> jalan raya yang dibuat oleh mereka ini untuk dapatkan duit mudah!\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Apa kata kita kenal satu persatu kes <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">scam<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> dan penipuan jalan raya yang pernah dan biasa berlaku di Malaysia:\u00a0<\/span><\/p>\n<h2><b>1. Longkai\u00a0<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Anda baru saja mengalami kemalangan dan kereta anda dah rosak dan tidak boleh dipandu lagi. Tiba-tiba, ada orang datang kepada anda dengan cepat, kononnya boleh tolong anda selesaikan masalah ini.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Mereka ini datang siap dengan lori tunda. Siapa mereka? Merekalah yang dipanggil longkai, gelaran untuk pemandu trak tunda. Selalu juga mereka ini bekerja atas arahan <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">callman<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">. Asalnya, tugas mereka hanya menunda kereta yang rosak ke bengkel tempat mereka bekerja supaya kereta yang rosak boleh dibaiki.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"wp-image-35570 size-full aligncenter\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/longkai-tipu_BHfield_image_listing_featured.webp\" alt=\"\" width=\"616\" height=\"366\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/longkai-tipu_BHfield_image_listing_featured.webp 616w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/longkai-tipu_BHfield_image_listing_featured-300x178.webp 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/longkai-tipu_BHfield_image_listing_featured-150x89.webp 150w\" sizes=\"(max-width: 616px) 100vw, 616px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\">Sumber: Berita Harian<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Walau bagaimanapun, ada juga longkai yang cuba mengambil kesempatan. Ada banyak kes melaporkan yang longkai membawa kereta yang rosak ke bengkel kereta untuk dibaiki terus dengan harga yang tak masuk akal. Jika anda tak mahu membayar kos pembaikan, kereta anda akan ditahan dan anda akan diugut.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Carilah cerita tentang longkai ini di media sosial, anda akan terjumpa puluhan perkongsian daripada pengguna jalan raya yang lain tentang penipuan yang mereka lakukan. Ada antara mereka ini yang sanggup menuang minyak dan menabur paku ke atas jalan raya supaya mereka ini sentiasa ada <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">job<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">!\u00a0<\/span><\/p>\n<h2><b>2. <\/b><b><i>Scam<\/i><\/b><b> Kemalangan\u00a0<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Ini paling biasa kita nampak. Sama ada anda dengar cerita daripada orang lain ataupun anda sendiri yang mengalaminya. <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">Scam<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> kemalangan ini ada beberapa taktik yang sering dibuat oleh penipu durjana ini. Ini merupakan antaranya:\u00a0<\/span><\/p>\n<h3><b>I. Pejalan kaki buat-buat kena langgar\u00a0<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Penipuan ini sering dibuat oleh mereka yang mahukan duit cepat. Penipu akan menyasarkan di jalan-jalan bandar yang kurang sesak. Mereka akan bergerak menyusur jalan, memilih kereta, dan terus melompat ke arah kereta yang bergerak perlahan.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kadang-kadang, kereta anda cuma tersentuh sedikit dengan badan penipu tetapi mereka bertindak balas seolah-olah dia telah dirempuh dengan kuat. Siap aksi bergolek dan berguling atas jalan disusuli dengan bunyi mengaduh seolah hampir mati.<\/span><\/p>\n<p><iframe loading=\"lazy\" title=\"VIDEO Lelaki Acah2 \u2018Berlakon\u2019 Kena Langgar Kereta, Kejadian Di Klang\" width=\"696\" height=\"392\" src=\"https:\/\/www.youtube.com\/embed\/WMpI0Q0tKJQ?feature=oembed\" frameborder=\"0\" allow=\"accelerometer; autoplay; clipboard-write; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture; web-share\" allowfullscreen><\/iframe><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kemudian si penipu ini akan mula membuat kecoh menyalahkan anda kerana telah melanggar dia. Apa yang mereka mahukan sebenarnya? Duit anda. Mereka akan meminta duit dari anda kononnya untuk merawat kecederaan yang mereka alami setelah \u2018dilanggar\u2019 oleh anda. Jika tidak, mereka akan menimbulkan kekecohan untuk menarik perhatian orang ramai. Lagi menakutkan, kadang-kadang tiba-tiba ada saja orang (rakan sejenayah) yang jadi saksi kononnya anda yang melanggar motor tersebut.\u00a0<\/span><\/p>\n<h3><b>II. Motosikal\u00a0<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Ini pun antara yang pernah terjadi. Biasanya penipuan ini berlaku di lampu isyarat di mana kebiasaannya penunggang motosikal akan parkir di hadapan kereta sementara menunggu lampu hijau.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Apa yang berlaku? Penunggang penipu ini kononnya akan memandang ke arah kereta anda dan memandang ke arah belakang motornya berkali-kali seperti anda melanggar motosikalnya.\u00a0<\/span><\/p>\n<blockquote class=\"tiktok-embed\" cite=\"https:\/\/www.tiktok.com\/@nicolasgoldhoffer\/video\/7172180236464065818\" data-video-id=\"7172180236464065818\" data-embed-from=\"oembed\" style=\"max-width: 605px;min-width: 325px;\" >\n<section> <a target=\"_blank\" title=\"@nicolasgoldhoffer\" href=\"https:\/\/www.tiktok.com\/@nicolasgoldhoffer?refer=embed\">@nicolasgoldhoffer<\/a> <\/p>\n<p>kegagalan seekor scammer <a title=\"foryoupage\" target=\"_blank\" href=\"https:\/\/www.tiktok.com\/tag\/foryoupage?refer=embed\">#foryoupage<\/a> <a title=\"fyp\u30b7\" target=\"_blank\" href=\"https:\/\/www.tiktok.com\/tag\/fyp%E3%82%B7?refer=embed\">#fyp\u30b7<\/a> <a title=\"malaysiaboleh\" target=\"_blank\" href=\"https:\/\/www.tiktok.com\/tag\/malaysiaboleh?refer=embed\">#malaysiaboleh<\/a> <\/p>\n<p> <a target=\"_blank\" title=\"\u266c Horror atmosphere piano &#038; SE. - Kohrogi\" href=\"https:\/\/www.tiktok.com\/music\/Horror-atmosphere-piano-SE-6817164426995566593?refer=embed\">\u266c Horror atmosphere piano &#038; SE. &#8211; Kohrogi<\/a> <\/section>\n<\/blockquote>\n<p> <script async src=\"https:\/\/www.tiktok.com\/embed.js\"><\/script><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Seterusnya, apabila lampu dan bertukar hijau, penunggang motor ini akan buat-buat jatuh seolah-olah anda yang melanggarnya dari belakang.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sudah tentu si penipu akan menuduh anda yang sengaja melanggar belakang motornya dan dia akan meminta ganti rugi, biasanya dalam bentuk wang tunai. Jika anda tidak mahu, mereka akan mula bertindak agresif untuk menarik perhatian pengguna jalan raya yang lain.\u00a0<\/span><\/p>\n<h2><b>3. Penutup Minyak Tidak Dikatup\u00a0<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kalau anda sedang memandu dan ternampak ada orang tunjukkan ke arah tangki minyak kereta anda, tak kisah apa yang anda nak buat tapi yang penting JANGAN BERHENTI! Ini merupakan antara taktik penjenayah untuk mencari mangsa.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Apa yang akan jadi jika anda berhenti pada masa itu juga? Berkemungkinan besar anda akan menjadi mangsa rompakan. Penjenayah menunjukkan ke arah tangki minyak kereta anda hanya semata-mata untuk anda berhenti ke tepi jalan. Apabila anda turun untuk memeriksa, penjenayah akan datang dari belakang dan merompak anda!<\/span><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"alignnone wp-image-35571 size-full\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/5e14b051993e4c5e929acaa9058e40de_800.jpg\" alt=\"\" width=\"750\" height=\"500\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/5e14b051993e4c5e929acaa9058e40de_800.jpg 750w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/5e14b051993e4c5e929acaa9058e40de_800-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/5e14b051993e4c5e929acaa9058e40de_800-150x100.jpg 150w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/5e14b051993e4c5e929acaa9058e40de_800-696x464.jpg 696w\" sizes=\"(max-width: 750px) 100vw, 750px\" \/><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Ini biasanya terjadi jika anda melalui jalan-jalan yang sunyi kerana tiada orang yang akan mengesyaki tindakan penjenayah.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kalau anda ditegur oleh pengguna jalan raya lain yang menunjukkan ke arah tangki minyak kereta anda, jangan berhenti pada ketika itu juga! Berhenti di kawasan yang ada ramai orang seperti di stesen minyak atau kawasan kedai.\u00a0<\/span><\/p>\n<h2><b>4. Kereta Rosak Tepi Jalan<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Orang Malaysia ini memang sangat baik. Asal ada orang susah, kita akan sentiasa cuba untuk membantu mereka. Tetapi, kadang-kadang sikap pemurah ini boleh membawa padah kepada diri sendiri.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kadang-kadang, apabila melalui jalan raya anda akan ternampak kereta rosak dan ada orang yang cuba menahan apa-apa kenderaan untuk membantu mereka. Nasihat kami? JANGAN BERHENTI UNTUK BANTU MEREKA!\u00a0<\/span><\/p>\n<blockquote class=\"twitter-tweet\">\n<p dir=\"ltr\" lang=\"in\">hati hati guys ni trick samun <a href=\"https:\/\/t.co\/S52cV5vA1l\">pic.twitter.com\/S52cV5vA1l<\/a><\/p>\n<p>\u2014 \ud83e\udee7\ud835\udcb9\ud835\udc52\ud835\udc52\ud83e\udee7 (@deannarsyd) <a href=\"https:\/\/twitter.com\/deannarsyd\/status\/1493823223699427328?ref_src=twsrc%5Etfw\">February 16, 2022<\/a><\/p><\/blockquote>\n<p><script async src=\"https:\/\/platform.twitter.com\/widgets.js\" charset=\"utf-8\"><\/script><br \/>\n<span style=\"font-weight: 400;\">Sudah ada beberapa kes di mana pengguna jalan raya dirompak oleh mereka yang menyamar sebagai pemandu yang keretanya rosak dan tersadai di tepi jalan. Ini sebabnya mengapa anda wajib sentiasa berhati-hati apabila ingin membantu orang lain di atas jalan raya.\u00a0<\/span><\/p>\n<h2><b>5. Tayar Berasap Atau Pancit\u00a0<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Ingat tak poin penutup tangki tak dikatup tadi? Kali ini, modus operasinya lebih kurang sama tetapi penjenayah menunjukkan ke arah tayar belakang. Kononnya tayar belakang kereta anda bermasalah seperti pancit atau berasap.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"alignnone wp-image-35573 size-full\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/e8b41af7929c40f4a4bc0b543d3794e5_800.jpg\" alt=\"\" width=\"650\" height=\"430\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/e8b41af7929c40f4a4bc0b543d3794e5_800.jpg 650w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/e8b41af7929c40f4a4bc0b543d3794e5_800-300x198.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/e8b41af7929c40f4a4bc0b543d3794e5_800-150x99.jpg 150w\" sizes=\"(max-width: 650px) 100vw, 650px\" \/><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Apabila anda memberhentikan kereta untuk memeriksa bahagian yang kononnya rosak, pada ketika itulah penjenayah akan mengambil kesempatan dengan merompak anda. Biasanya kegiatan ini boleh terjadi jika anda melalui kawasan atau jalan yang sunyi jauh daripada orang ramai.<\/span><\/p>\n<h2><b>6. Brek Kecemasan\u00a0<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Taktik membrek kecemasan ini merupakan antara cara yang digunakan oleh segelintir pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan wang mudah dan cepat dengan mengambil kesempatan daripada orang lain.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Macam mana penipuan brek kecemasan ini dibuat? Kebiasaannya, akan ada sebuah kereta yang akan memotong anda terlebih dahulu. Setelah memotong, kereta ini akan menekan brek banyak kali sampai ke satu tahap, kereta anda akan \u2018tercium\u2019 dengan kereta yang di hadapan.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"alignnone wp-image-35574 size-full\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/EEF282A8-6453-464B-918C-D1695D6168ED_cleanup.png\" alt=\"\" width=\"720\" height=\"405\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/EEF282A8-6453-464B-918C-D1695D6168ED_cleanup.png 720w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/EEF282A8-6453-464B-918C-D1695D6168ED_cleanup-300x169.png 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/EEF282A8-6453-464B-918C-D1695D6168ED_cleanup-150x84.png 150w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/EEF282A8-6453-464B-918C-D1695D6168ED_cleanup-696x392.png 696w\" sizes=\"(max-width: 720px) 100vw, 720px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\">Sumber: Oh Media<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Apabila dah \u2018tercium\u2019 ini, biasalah mesti akan ada kerosakan. Maka, yang dilanggar tadi akan keluar kereta dan mendakwa anda sengaja melanggar kereta mereka walhal mereka yang menekan brek dengan sengaja yang menyebabkan anda terlanggar kenderaan mereka.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Seterusnya, mereka akan <\/span><span style=\"font-weight: 400;\">menuntut<\/span><span style=\"font-weight: 400;\"> ganti rugi dengan jumlah yang langsung tak masuk akal. Kalau anda tak nak membayar, mereka akan buat kecoh. Apabila diajak buat laporan polis pun mereka tak mahu. Mereka cuma ingin memeras anda untuk mendapatkan wang mudah.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Nasihat kami? Tak perlu layan. Cuba (paksa) untuk bawa hal ini ke balai polis untuk untuk insurans kereta anda. Jika masih berdegil, hubungi saja polis atau petugas lebuh raya.\u00a0<\/span><\/p>\n<h2><b>7. Bangkai Monyet\u00a0<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Ini merupakan sesuatu yang baru saja terjadi. Ceritanya agak panjang tapi ini merupakan ringkasan daripada pengalaman mangsa.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Semasa mangsa sedang memandu, dia terlanggar seekor monyet yang menyebabkan keretanya rosak dan tidak boleh dipandu lagi. Mangsa kemudiannya menghubungi petugas lebuh raya yang datang tak lama kemudian untuk membantu mangsa.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Tak lama kemudian, mangsa didatangi oleh seorang lelaki yang mengaku sebagai \u2018mekanik\u2019 yang kononnya boleh membantu membaiki kereta. Mangsa menolak dengan baik dan mekanik tersebut terus beransur. Tak lama kemudian, lelaki tersebut datang kembali dan mendakwa monyet yang dilanggar mangsa merupakan milik kawannya dan meminta ganti rugi. Mangsa mahu bercakap dengan \u2018kawannya\u2019 dan berkeras tidak mahu membayar ganti rugi.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"wp-image-35575  aligncenter\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/di-tengah-lockdown-india-monyet-monyet-bebas-berkeliaran-di-jalan.jpg\" alt=\"\" width=\"562\" height=\"281\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/di-tengah-lockdown-india-monyet-monyet-bebas-berkeliaran-di-jalan.jpg 540w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/di-tengah-lockdown-india-monyet-monyet-bebas-berkeliaran-di-jalan-300x150.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/di-tengah-lockdown-india-monyet-monyet-bebas-berkeliaran-di-jalan-150x75.jpg 150w\" sizes=\"(max-width: 562px) 100vw, 562px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\">Sumber: Merdeka.com<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Mangsa cuba merakam semua yang telah berlaku tetapi dikasari oleh lelaki tersebut. Telefon bimbitnya juga telah dirampas dan lelaki tersebut cuba untuk memindahkan baki dalam aplikasi Touch n\u2019 Go ke akaun lain namun gagal.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Petugas lebuh raya datang untuk meleraikan kekecohan dan memulangkan kembali telefon milik mangsa. Lelaki tersebut beredar daripada situ. Beberapa ketika kemudian, petugas lebuh raya beredar dan lelaki itu kembali buat kali ketiga. Petugas lebih raya dihubungi kembali. Kali ini, mangsa dibawa oleh ahli keluarga lain keluar daripada situ.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Anda boleh baca kisah lebih lanjut <\/span><a href=\"https:\/\/inreallife.my\/i-was-targeted-by-the-dead-monkey-highway-scam-in-perak\/\"><b>DI SINI<\/b><\/a><span style=\"font-weight: 400;\">.\u00a0<\/span><\/p>\n<h2><b>Apa Yang Boleh Anda Buat Jika Anda Terjumpa Dengan Scam Jalan Raya?\u00a0<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kita selalu membaca kisah-kisah bagaimana orang boleh terkena dengan penipu dan scam jalan raya ini dan tak mustahil anda pun boleh menjadi salah seorang mangsa!\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Tapi anda jangan risau, ini apa yang anda boleh buat seandainya anda terlibat dalam situasi seperti ini:\u00a0<\/span><\/p>\n<h3><b>1. Bertenang\u00a0<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Ini yang paling susah sekali untuk dibuat tetapi ini merupakan antara langkah yang paling penting kalau nak selesaikan apa-apa isu dan masalah iaitu kekal tenang. Apabila terlibat dalam situasi yang tegang, kita cenderung untuk terus gelabah dan gabra. Apabila si penipu nampak anda gelabah, ia adalah peluang untuk mereka mengambil kesempatan dengan mudah.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Walau seteruk mana pun anda digertak, anda harus kekal tenang. Jangan sesekali termakan dengan provokasi si penipu. Anda gelabah, anda kalah. Tarik nafas dalam-dalam, dan fikirkan solusi terbaik untuk anda.\u00a0<\/span><\/p>\n<h3><b>2. Kekal Dalam Kereta\u00a0<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kereta anda adalah tempat berlindung terbaik seandainya terjadi apa-apa. Pastikan pintu kereta telah dikunci sebagai langkah keselamatan. Jika anda berlindung di dalam kereta, sekurang-kurangnya anda boleh selamat sekiranya penjenayah bertindak agresif.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"alignnone wp-image-34923 size-full\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/pesara-beli-kereta-3.webp\" alt=\"pinjaman untuk pesara, the elderly gang goes for a ride\" width=\"1000\" height=\"667\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/pesara-beli-kereta-3.webp 1000w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/pesara-beli-kereta-3-300x200.webp 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/pesara-beli-kereta-3-768x512.webp 768w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/pesara-beli-kereta-3-150x100.webp 150w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/pesara-beli-kereta-3-696x464.webp 696w\" sizes=\"(max-width: 1000px) 100vw, 1000px\" \/><\/p>\n<h3><b>3. Pasang Kamera Papan Pemuka (<\/b><b><i>Dash Cam<\/i><\/b><b>)\u00a0<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Boleh dikatakan ini merupakan antara aksesori wajib pasang untuk semua kereta pada zaman sekarang. Tak kisahlah kereta baharu ataupun kereta lama, kamera papan pemuka ini boleh selamatkan anda satu hari nanti.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Dengan adanya kamera papan pemuka ini, segala yang belaku di sekeliling kereta anda boleh dirakam. Rakaman inilah yang boleh membuktikan anda tak bersalah sebagai contoh dalam kes pejalan kaki yang berpura-pura dilanggar oleh kereta ataupun kejadian kereta yang membrek kecemasan.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"alignnone wp-image-28394 size-full\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/09\/GettyImages-1081664592-4.jpg\" alt=\"dashcam\" width=\"768\" height=\"512\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/09\/GettyImages-1081664592-4.jpg 768w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/09\/GettyImages-1081664592-4-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/09\/GettyImages-1081664592-4-150x100.jpg 150w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/09\/GettyImages-1081664592-4-696x464.jpg 696w\" sizes=\"(max-width: 768px) 100vw, 768px\" \/><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Bukan hanya menyelamatkan anda, rakaman daripada kereta anda juga mungkin boleh boleh menyelamatkan orang lain juga. Kamera papan pemuka ini bukannya mahal pun! Anda boleh rujuk <\/span><a href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/dashcam-terbaik-malaysia\"><b>DI SINI<\/b><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> untuk jenama yang kami sarankan. Harga pun \u2018mur-mur\u2019!\u00a0<\/span><\/p>\n<h3><b>4. \u2018Jom cerita kat balai!\u2019\u00a0<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kami pernah kongsikan apa yang perlu dibuat jika anda terlibat dalam pelanggaran dengan kereta lain <\/span><a href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/kereta-kena-langgar-belakang\"><b>DI SINI<\/b><\/a><span style=\"font-weight: 400;\">, antara langkah paling penting adalah bawa kedua-dua kereta terus ke balai polis untuk membuat laporan polis.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Dengan laporan polis ini, maka mudahlah untuk menuntut insurans daripada mana-mana pihak. Tetapi jika pemilik kenderaan yang anda telah langgar tadi tidak mahu pergi ke balai untuk membuat laporan, ada sesuatu yang tak kena di situ. Lagi-lagi jika ada bukti daripada rakaman kamera papan pemuka.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"alignnone wp-image-35576 size-full\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/HADAPAN_BALAI.jpg\" alt=\"\" width=\"1200\" height=\"900\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/HADAPAN_BALAI.jpg 1200w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/HADAPAN_BALAI-300x225.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/HADAPAN_BALAI-1024x768.jpg 1024w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/HADAPAN_BALAI-768x576.jpg 768w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/HADAPAN_BALAI-150x113.jpg 150w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/HADAPAN_BALAI-696x522.jpg 696w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/HADAPAN_BALAI-1068x801.jpg 1068w\" sizes=\"(max-width: 1200px) 100vw, 1200px\" \/><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jadi, apa-apa yang berlaku, terus \u2018cerita kat balai\u2019. Ini juga membolehkan anda dilindungi oleh sebarang bahaya yang boleh dicetuskan oleh penipu dan penjenayah.\u00a0<\/span><\/p>\n<h3><b>5. Hubungi Polis atau Penguat Kuasa Berkaitan\u00a0<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jika anda sendiri tidak boleh berunding dan si penipu pun tak mahu ke balai polis, anda hubungi saja polis terus atau jika anda berada di lebuh raya, peronda lebuh raya. Dengan kehadiran polis, si penipu ini tidak akan berani lagi untuk bertindak agresif.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"aligncenter wp-image-35577 \" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/sbk.gif\" alt=\"\" width=\"480\" height=\"264\" \/><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Apabila polis tiba di tempat anda, ceritakan apa yang terjadi beserta dengan sebarang bukti video atau gambar kepada pegawai tersebut. Anda mungkin perlu ke balai polis untuk membuat laporan bagi melindungi diri anda.\u00a0<\/span><\/p>\n<h3><b>6. Simpan Penyembur Lada dan Kunci Stereng\u00a0<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sebagai langkah keselamatan, anda boleh simpan beberapa peralatan dan <\/span><a href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/tips-keselamatan-wanita\"><b>gajet mempertahankan diri<\/b><\/a><span style=\"font-weight: 400;\">. Antara yang paling popular ialah penyembur lada. Sila rujuk balai polis terdekat untuk mengetahui tentang kebenaran membelinya.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Selain daripada penyembur lada, kunci stereng juga boleh digunakan bagi mempertahankan diri anda. Simpan kunci stereng di tempat yang mudah untuk anda capai seperti di bawah kerusi penumpang hadapan.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"alignnone wp-image-31717 size-full\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/04\/170683239_lel-1.jpg\" alt=\"\" width=\"1627\" height=\"1084\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/04\/170683239_lel-1.jpg 1627w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/04\/170683239_lel-1-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/04\/170683239_lel-1-1024x682.jpg 1024w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/04\/170683239_lel-1-768x512.jpg 768w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/04\/170683239_lel-1-1536x1023.jpg 1536w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/04\/170683239_lel-1-150x100.jpg 150w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/04\/170683239_lel-1-696x464.jpg 696w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/04\/170683239_lel-1-1068x712.jpg 1068w\" sizes=\"(max-width: 1627px) 100vw, 1627px\" \/><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Anda kena ingat, peralatan ini hanya boleh digunakan untuk MEMPERTAHANKAN DIRI anda atau menakutkan penjenayah\/penipu sahaja! Jangan gunakan untuk tujuan yang boleh memberi mudarat kepada orang lain yang tidak bersalah.\u00a0<\/span><\/p>\n<h3><b>7. Hubungi Trak Tunda Insurans<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Apa saja kemalangan yang terjadi hingga menyebabkan kereta anda tidak boleh dipandu, jangan sesekali percaya kepada <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">callman<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> atau longkai. Mereka ini hanya berniat untuk cari duit saja.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kalau perlukan khidmat trak tunda, hubungi saja insurans anda. Pihak insurans akan menghantarkan trak tunda untuk menunda kereta anda ke balai polis terdekat atau bengkel panel yang boleh dipercayai.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Buat apa mahal premium mahal-mahal tapi tidak digunakan, betul tak? Lagipun, ia lebih terjamin dan anda tak perlu risau anda dibawa ke mana-mana bengkel yang meragukan.\u00a0<\/span><\/p>\n<h2><b>Jaga Diri Semasa Memandu!<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Orang yang berniat jahat ini ada banyak di atas dunia. Hari ini anda membacanya dalam berita, esok lusa mungkin anda sendiri yang menjadi mangsa. Walau apapun yang terjadi, sentiasa ingat akan tips dan panduan yang telah kami kongsikan ini agar keselamatan anda sentiasa terjamin.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"alignnone wp-image-34920 size-full\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/pesara-beli-kereta-main.webp\" alt=\"pinjaman untuk pesara, happy elder man in car driving\" width=\"1198\" height=\"799\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/pesara-beli-kereta-main.webp 1198w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/pesara-beli-kereta-main-300x200.webp 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/pesara-beli-kereta-main-1024x683.webp 1024w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/pesara-beli-kereta-main-768x512.webp 768w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/pesara-beli-kereta-main-150x100.webp 150w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/pesara-beli-kereta-main-696x464.webp 696w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/pesara-beli-kereta-main-1068x712.webp 1068w\" sizes=\"(max-width: 1198px) 100vw, 1198px\" \/><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Hati-hati memandu! <\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Apabila anda memandu di jalan raya, bukan hanya anda terdedah dengan risiko kemalangan jalan raya tetapi juga kita berisiko untuk ditipu oleh pengguna jalan raya lain yang cuba mengambil kesempatan terhadap anda.\u00a0 Orang kita sangat kreatif tetapi malangnya kreatifnya itu tak kena tempat dan digunakan untuk mengambil kesempatan daripada orang yang tak berdosa seperti anda [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":27,"featured_media":35578,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[116,46],"tags":[],"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v21.7 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>Ini Ialah Scam Jalan Raya Yang Anda Kena Berjaga-jaga<\/title>\n<meta name=\"description\" content=\"Apa kerja longkai di jalan raya? Ini merupakan antara scam dan penipuan yang selalu terjadi di jalan raya.\" \/>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/scam-jalan-raya\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"en_US\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Ini Ialah Scam Jalan Raya Yang Anda Kena Berjaga-jaga\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"Apa kerja longkai di jalan raya? Ini merupakan antara scam dan penipuan yang selalu terjadi di jalan raya.\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/scam-jalan-raya\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"Carsome Malaysia\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2023-09-26T03:58:54+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/stock-photo-shocked-driver-in-the-car-329459048-transformed.jpeg\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"1500\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"1003\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:type\" content=\"image\/jpeg\" \/>\n<meta name=\"author\" content=\"Haziq Asyraf\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"Haziq Asyraf\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"11 minutes\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\/\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"Article\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/scam-jalan-raya#article\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/scam-jalan-raya\"},\"author\":{\"name\":\"Haziq Asyraf\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/fea9329279b446fae0f08047490a495d\"},\"headline\":\"Scam Jalan Raya Malaysia Yang Patut Anda Tahu Untuk Kekal Selamat\",\"datePublished\":\"2023-09-26T03:58:54+00:00\",\"dateModified\":\"2023-09-26T03:58:54+00:00\",\"mainEntityOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/scam-jalan-raya\"},\"wordCount\":1986,\"commentCount\":0,\"publisher\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization\"},\"articleSection\":[\"BM\",\"Lifestyle\"],\"inLanguage\":\"en-US\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"CommentAction\",\"name\":\"Comment\",\"target\":[\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/scam-jalan-raya#respond\"]}]},{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/scam-jalan-raya\",\"url\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/scam-jalan-raya\",\"name\":\"Ini Ialah Scam Jalan Raya Yang Anda Kena Berjaga-jaga\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#website\"},\"datePublished\":\"2023-09-26T03:58:54+00:00\",\"dateModified\":\"2023-09-26T03:58:54+00:00\",\"description\":\"Apa kerja longkai di jalan raya? Ini merupakan antara scam dan penipuan yang selalu terjadi di jalan raya.\",\"breadcrumb\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/scam-jalan-raya#breadcrumb\"},\"inLanguage\":\"en-US\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"ReadAction\",\"target\":[\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/scam-jalan-raya\"]}]},{\"@type\":\"BreadcrumbList\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/scam-jalan-raya#breadcrumb\",\"itemListElement\":[{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":1,\"name\":\"Home\",\"item\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":2,\"name\":\"Scam Jalan Raya Malaysia Yang Patut Anda Tahu Untuk Kekal Selamat\"}]},{\"@type\":\"WebSite\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#website\",\"url\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/\",\"name\":\"Carsome Malaysia\",\"description\":\"\",\"publisher\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization\"},\"potentialAction\":[{\"@type\":\"SearchAction\",\"target\":{\"@type\":\"EntryPoint\",\"urlTemplate\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/?s={search_term_string}\"},\"query-input\":\"required name=search_term_string\"}],\"inLanguage\":\"en-US\"},{\"@type\":\"Organization\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization\",\"name\":\"Carsome\",\"url\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/\",\"logo\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/logo\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/Carsome-New-Logo1.jpg\",\"contentUrl\":\"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/Carsome-New-Logo1.jpg\",\"width\":980,\"height\":815,\"caption\":\"Carsome\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/logo\/image\/\"}},{\"@type\":\"Person\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/fea9329279b446fae0f08047490a495d\",\"name\":\"Haziq Asyraf\",\"image\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/e32be78c7f7b667fc9c0c84e5d538063?s=96&d=mm&r=g\",\"contentUrl\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/e32be78c7f7b667fc9c0c84e5d538063?s=96&d=mm&r=g\",\"caption\":\"Haziq Asyraf\"},\"description\":\"A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.\",\"sameAs\":[\"https:\/\/www.linkedin.com\/in\/haziq-asyraf-28071992\/\"]}]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"Ini Ialah Scam Jalan Raya Yang Anda Kena Berjaga-jaga","description":"Apa kerja longkai di jalan raya? Ini merupakan antara scam dan penipuan yang selalu terjadi di jalan raya.","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"canonical":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/scam-jalan-raya","og_locale":"en_US","og_type":"article","og_title":"Ini Ialah Scam Jalan Raya Yang Anda Kena Berjaga-jaga","og_description":"Apa kerja longkai di jalan raya? Ini merupakan antara scam dan penipuan yang selalu terjadi di jalan raya.","og_url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/scam-jalan-raya","og_site_name":"Carsome Malaysia","article_published_time":"2023-09-26T03:58:54+00:00","og_image":[{"width":1500,"height":1003,"url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/stock-photo-shocked-driver-in-the-car-329459048-transformed.jpeg","type":"image\/jpeg"}],"author":"Haziq Asyraf","twitter_card":"summary_large_image","twitter_misc":{"Written by":"Haziq Asyraf","Est. reading time":"11 minutes"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"Article","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/scam-jalan-raya#article","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/scam-jalan-raya"},"author":{"name":"Haziq Asyraf","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/fea9329279b446fae0f08047490a495d"},"headline":"Scam Jalan Raya Malaysia Yang Patut Anda Tahu Untuk Kekal Selamat","datePublished":"2023-09-26T03:58:54+00:00","dateModified":"2023-09-26T03:58:54+00:00","mainEntityOfPage":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/scam-jalan-raya"},"wordCount":1986,"commentCount":0,"publisher":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization"},"articleSection":["BM","Lifestyle"],"inLanguage":"en-US","potentialAction":[{"@type":"CommentAction","name":"Comment","target":["https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/scam-jalan-raya#respond"]}]},{"@type":"WebPage","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/scam-jalan-raya","url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/scam-jalan-raya","name":"Ini Ialah Scam Jalan Raya Yang Anda Kena Berjaga-jaga","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#website"},"datePublished":"2023-09-26T03:58:54+00:00","dateModified":"2023-09-26T03:58:54+00:00","description":"Apa kerja longkai di jalan raya? Ini merupakan antara scam dan penipuan yang selalu terjadi di jalan raya.","breadcrumb":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/scam-jalan-raya#breadcrumb"},"inLanguage":"en-US","potentialAction":[{"@type":"ReadAction","target":["https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/scam-jalan-raya"]}]},{"@type":"BreadcrumbList","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/scam-jalan-raya#breadcrumb","itemListElement":[{"@type":"ListItem","position":1,"name":"Home","item":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/"},{"@type":"ListItem","position":2,"name":"Scam Jalan Raya Malaysia Yang Patut Anda Tahu Untuk Kekal Selamat"}]},{"@type":"WebSite","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#website","url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/","name":"Carsome Malaysia","description":"","publisher":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization"},"potentialAction":[{"@type":"SearchAction","target":{"@type":"EntryPoint","urlTemplate":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/?s={search_term_string}"},"query-input":"required name=search_term_string"}],"inLanguage":"en-US"},{"@type":"Organization","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization","name":"Carsome","url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/","logo":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/logo\/image\/","url":"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/Carsome-New-Logo1.jpg","contentUrl":"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/Carsome-New-Logo1.jpg","width":980,"height":815,"caption":"Carsome"},"image":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/logo\/image\/"}},{"@type":"Person","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/fea9329279b446fae0f08047490a495d","name":"Haziq Asyraf","image":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/image\/","url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/e32be78c7f7b667fc9c0c84e5d538063?s=96&d=mm&r=g","contentUrl":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/e32be78c7f7b667fc9c0c84e5d538063?s=96&d=mm&r=g","caption":"Haziq Asyraf"},"description":"A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.","sameAs":["https:\/\/www.linkedin.com\/in\/haziq-asyraf-28071992\/"]}]}},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/35569"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/users\/27"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=35569"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/35569\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":35579,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/35569\/revisions\/35579"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media\/35578"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=35569"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=35569"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=35569"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}