{"id":34121,"date":"2023-06-20T16:53:21","date_gmt":"2023-06-20T08:53:21","guid":{"rendered":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/?p=34121"},"modified":"2025-05-14T14:29:34","modified_gmt":"2025-05-14T06:29:34","slug":"pewangi-kereta-rosakkan-kereta","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/pewangi-kereta-rosakkan-kereta","title":{"rendered":"Pewangi Kereta Boleh Cairkan Kereta Anda?!"},"content":{"rendered":"<p><span style=\"font-weight: 400;\">Anda suka guna pewangi kereta? Pewangi kereta sudah menjadi aksesori wajib ada dalam hampir setiap kereta yang ada. Sebenarnya, kalau tiada pewangi kereta pun tak mengapa tetapi untuk perjalanan yang lebih selesa, ramai yang beli dan letakkan dalam kereta.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Ada pelbagai jenis pewangi kereta yang dijual. Ada yang perlu diletakkan pada gril saluran pendingin hawa. Ada juga anda cuma perlu diletakkan di bahagian bawah radio kereta. Ada juga pewangi ini dijual dalam bentuk tin semburan. Kalau ada bau busuk, terus sembur dan kereta anda terus wangi!\u00a0<\/span><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"wp-image-34123 aligncenter\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/98363238.webp\" alt=\"\" width=\"448\" height=\"252\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/98363238.webp 400w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/98363238-300x169.webp 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/98363238-150x84.webp 150w\" sizes=\"(max-width: 448px) 100vw, 448px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\">Sumber: Times of India<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Anda nak tahu tak sebenarnya pewangi kereta ini boleh jahanamkan kereta anda! Bukan setakat jahanamkan kereta anda, pewangi kereta ini juga boleh memudaratkan kesihatan anda kerana ia diperbuat daripada bahan kimia yang berbahaya.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Eh, kejap!\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Takkanlah benda kecil boleh jahanamkan kereta dan jejaskan kesihatan pemandu serta penumpang? Tapi macam mana pewangi kereta boleh menyebabkan kerosakan dan jejaskan kesihatan?\u00a0<\/span><\/p>\n<p><b>Artikel berkaitan: <\/b><a href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/buang-bau-busuk-kereta\"><b>Elakkan Kereta Anda Berbau Busuk Dengan 8 Tips Mudah Gila Ini!<\/b><\/a><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Nak tahu jawapannya? Boleh baca sehingga habis.\u00a0<\/span><\/p>\n<h2><b>1. <\/b><b><i>Dashboard <\/i><\/b><b>Boleh Cair<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Ada banyak kes yang tular di media sosial bahawa mereka yang menggunakan pewangi kereta jenis cecair mendapati papan pemuka kereta mereka mula terhakis. Punca hakisan? Cecair pewangi kereta yang bocor dan jatuh di atas papan pemuka.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kebiasaannya ini terjadi kepada mereka yang menggunakan pewangi kereta jenis cecair. Sama ada yang digantung pada cermin pandang belakang ataupun yang disangkutkan pada gril pendingin hawa.<\/span><\/p>\n<blockquote class=\"twitter-tweet\" data-width=\"550\" data-dnt=\"true\">\n<p lang=\"in\" dir=\"ltr\">Siapa suka pakai car perfume jenis liquid macam Ambi Pur tu, hati-hatilah ye. Salah sangkut habis semua plastik terbakar macam ni\ud83d\ude2d <a href=\"https:\/\/t.co\/uJiLfzJOie\">pic.twitter.com\/uJiLfzJOie<\/a><\/p>\n<p>&mdash; Sara \ud83c\uddf2\ud83c\uddfe\u2728 (@itssssssssara) <a href=\"https:\/\/twitter.com\/itssssssssara\/status\/1658316893424603145?ref_src=twsrc%5Etfw\">May 16, 2023<\/a><\/p><\/blockquote>\n<p><script async src=\"https:\/\/platform.twitter.com\/widgets.js\" charset=\"utf-8\"><\/script><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Ada kalanya botol pewangi kereta ini retak atau penutupnya tidak rapat menyebabkan ada cecair yang tumpah ke atas papan pemuka. Ia tidaklah menjejaskan fungsi papan pemuka tapi ia menyebabkan papan pemuka dipenuhi tompok-tompoh hakisan.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kenapa jadi begini? Kebanyakan pewangi kereta jenis cecair mengandungi alkohol serta bahan kimia lain yang boleh menyebabkan hakisan jika terkena pada plastik.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Untuk mengelakkan pewangi kereta bocor, sila buka pembungkusan dengan berhati-hati dan ikuti arahan penggunaan dengan betul.\u00a0<\/span><\/p>\n<h2><b>2. Merosakkan Pendingin Hawa\u00a0<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pewangi kereta ada banyak jenis. Kebanyakan yang dipakai oleh pemandu Malaysia merupakan jenis cecair. Ada yang digantung pada cermin pandang belakang. Ada juga yang jenis diletakkan pada gril lubang pendingin hawa.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kepada mereka yang menggunakan jenis diletakkan pada gril pendingin hawa, berhati-hati kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada gril lubang pendingin hawa tersebut.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"alignnone wp-image-33609 size-full\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/05\/177233751_lel.jpg\" alt=\"heat wave malaysia: car air conditioner\" width=\"1200\" height=\"800\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/05\/177233751_lel.jpg 1200w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/05\/177233751_lel-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/05\/177233751_lel-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/05\/177233751_lel-768x512.jpg 768w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/05\/177233751_lel-150x100.jpg 150w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/05\/177233751_lel-696x464.jpg 696w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/05\/177233751_lel-1068x712.jpg 1068w\" sizes=\"(max-width: 1200px) 100vw, 1200px\" \/><\/p>\n<p><strong>Artikel berkaitan: <a href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/pendingin-hawa-tak-sejuk\">Macam Mana Nak Kekal Sejuk Sepanjang Musim Panas Ini<\/a><\/strong><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Gril pendingin hawa cumalah beberapa keping plastik nipis yang tak kuat. Jika anda tolak dengan menggunakan jari pun ia boleh tercabut. Anda fikir apa akan jadi jika pewangi kereta yang berat diletakkan di situ?\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Dalam jangka masa panjang, ia boleh merosakkan bahagian gril pendingin hawa. Bila gril plastik akan longgar menyebabkan ia susah untuk dilaraskan bagi menyejukkan kereta dan penumpang.\u00a0<\/span><\/p>\n<h2><b>3. Tak Mesra Kanak-Kanak\u00a0<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pewangi kereta, tak kira apa saja jenis sama ada jenis gel atau cecair, ia sebenarnya tak selamat untuk kanak-kanak. Jika cecair atau gel pewangi kereta ini terkena kulit kanak-kanak yang lembut, ia boleh menyebabkan kerengsaan, gatal-gatal, serta ketidakselesaan.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"alignnone wp-image-33005 size-full\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/04\/carsome-kereta-keluarga-featured-1.jpg\" alt=\"\" width=\"648\" height=\"428\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/04\/carsome-kereta-keluarga-featured-1.jpg 648w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/04\/carsome-kereta-keluarga-featured-1-300x198.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/04\/carsome-kereta-keluarga-featured-1-150x99.jpg 150w\" sizes=\"(max-width: 648px) 100vw, 648px\" \/><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Yang paling teruk boleh berlaku? Kanak-kanak akan mencapai pewangi kereta dan memasukkannya ke dalam mulut mereka. Cecair dan gel pewangi kereta mengandungi bahan-bahan kimia berbahaya yang boleh menyebabkan pelbagai komplikasi jika ditelan.\u00a0<\/span><\/p>\n<h2><b>4. Kesihatan Boleh Merosot Jika Digunakan Berterusan\u00a0<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">\u201cPening aku dengan bau pewangi kereta kau ni!\u201d\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Mesti anda pernah dengar ada kawan anda yang kata begini sejurus masuk ke dalam kereta anda. Adakah dia sekadar mengada-ngada atau dia sebenarnya memang pening dengan bau pewangi kereta anda?\u00a0<\/span><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"alignnone wp-image-34124 size-full\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/5067.webp\" alt=\"\" width=\"1200\" height=\"900\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/5067.webp 1200w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/5067-300x225.webp 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/5067-1024x768.webp 1024w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/5067-768x576.webp 768w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/5067-150x113.webp 150w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/5067-696x522.webp 696w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/5067-1068x801.webp 1068w\" sizes=\"(max-width: 1200px) 100vw, 1200px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\">Sumber: The Guardian<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pewangi kereta mengandungi VOC atau sebatian organik mudah meruap seperti formaldehid.\u00a0 Pada kadar yang sedikit, ia tidak akan menyebabkan kesan yang teruk tetapi bagi sebahagian orang, ia cukup untuk menyebabkan pening kepala dan mual.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jadi, jika anda baru pasang pewangi kereta baharu dan mula rasa tak sedap badan selepas itu, ia mungkin berpunca daripada pewangi kereta yang anda baru beli. Selain itu, cecair pewangi kereta juga boleh menyebabkan kerengsaan dan juga gatal-gatal jika terkena pada kulit.\u00a0<\/span><\/p>\n<h2><b>5. Menghalang Pandangan Pemandu\u00a0<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pewangi kereta terutama jenis yang digantung pada cermin pandang belakang sebenarnya boleh menyusahkan pemandu terutama jenis yang lebar. Ia boleh menghalang pandangan pemandu untuk melihat ke bahagian kiri bagi menukar laluan.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pemandu terpaksa menolak dahulu halangan (pewangi kereta) untuk mendapatkan pandangan yang jelas. Ini akan menyebabkan pemandu mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan dan boleh menyebabkan kemalangan.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"wp-image-34125 size-full aligncenter\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/car-air-freshener.jpg\" alt=\"\" width=\"640\" height=\"426\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/car-air-freshener.jpg 640w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/car-air-freshener-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/car-air-freshener-150x100.jpg 150w\" sizes=\"(max-width: 640px) 100vw, 640px\" \/><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kesimpulannya, pewangi kereta ini merupakan satu aksesori yang tak diperlukan pun sebenarnya melainkan keadaan mendesak. Seperti ada tumpahan makanan yang berbau dan kereta perlu dibersihkan secepat mungkin untuk digunakan.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Mungkin menggunakan semburan pewangi pun sudah cukup, tapi pastikan anda jangan simpan semburan aerosol pewangi di dalam kereta kerana ia boleh menyebabkan kemalangan seperti <\/span><a href=\"https:\/\/kisahdunia.com\/tin-pewangi-meletup-dalam-kereta-cermin-belakang-habis-retak-seribu\/\"><b>kes tin aerosol meletup dalam kereta<\/b><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> beberapa tahun lepas.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><strong>Artikel berkaitan: <a href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/simpan-barang-dalam-kereta\">Jangan Simpan Barang Ini Dalam Kereta!<\/a><\/strong><\/p>\n<h2><b>Cara Nak Pastikan Kereta Anda Tak Berbau Busuk\u00a0<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">\u2018Tapi, kereta saya senang nak naik bau busuk. Jadi, nak tak nak kena juga letak pewangi kereta. Kalau tak, nanti tak selesalah masa memandu!\u2019\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sebenarnya, ada banyak cara untuk anda pastikan kereta tak berbau busuk tanpa perlu bergantung kepada pewangi kereta. Ia bergantung kepada tahap kerajinan anda serta kesedaran yang anda ada untuk ini.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Ikuti cara mudah ini untuk pastikan kereta anda tidak berbau busuk walaupun tanpa pewangi kereta:\u00a0<\/span><\/p>\n<h3><b>1. Gunakan Pewangi Semula Jadi<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Anda tahu tak, bahan-bahan seperti biji kopi, daun pandan, dan juga rempah ratus boleh digunakan untuk menyingkirkan bau busuk dalam kereta anda. Ia mudah didapati seperti daripada kedai Aceh berdekatan rumah anda ataupun ia dah ada pun dalam rumah anda!\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Daun pandan merupakan cara paling biasa digunakan. Beli saja beberapa helai, mungkin anda boleh ketuk sedikit untuk mengeluarkan aromanya, dan terus letak dalam kereta anda! Anda boleh letakkannya di bawah kerusi dan juga di dalam but kereta. Jangan lupa untuk keluarkan daun pandan tersebut apabila ia dah kering dan gantikannya dengan daun baharu.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"alignnone wp-image-34126 size-full\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/pandan-leaf.jpg\" alt=\"\" width=\"1000\" height=\"741\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/pandan-leaf.jpg 1000w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/pandan-leaf-300x222.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/pandan-leaf-768x569.jpg 768w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/pandan-leaf-150x111.jpg 150w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/pandan-leaf-485x360.jpg 485w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/pandan-leaf-696x516.jpg 696w\" sizes=\"(max-width: 1000px) 100vw, 1000px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\">Sumber: Neuroversiti<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Selain itu, anda juga boleh buatkan uncang kain yang diisikan dengan rempah seperti kayu manis dan juga lada hitam untuk menghilangkan bau kereta. Biji kopi yang dikisar sederhana halus (<\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">medium grind<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">) juga boleh digunakan bagi tujuan ini.\u00a0<\/span><\/p>\n<h3><b>2. Bersihkan Sisa Makanan Secepat Mungkin<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Antara punca utama kereta berbau busuk ialah sisa makanan yang dibiar lama dalam kereta. Sisa makanan ini boleh membusuk jika tidak dibersihkan dengan segera lebih-lebih lagi sisa makanan yang basah.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"aligncenter wp-image-30586 size-full\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/01\/186625258_comp-1.jpg\" alt=\"Lipas merayap di antara sisa serdak roti dalam kereta\" width=\"600\" height=\"308\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/01\/186625258_comp-1.jpg 600w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/01\/186625258_comp-1-300x154.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/01\/186625258_comp-1-150x77.jpg 150w\" sizes=\"(max-width: 600px) 100vw, 600px\" \/><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sisa makanan juga boleh menarik kehadiran lipas ke dalam kereta anda. Lipas yang membiak di dalam kereta boleh menjadi punca bau busuk yang tidak terkawal.\u00a0<\/span><\/p>\n<h3><b>3. Jangan Merokok!\u00a0<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Selain daripada merosakkan paru-paru, merokok juga boleh menyebabkan kereta anda berbau. Asap rokok boleh diserap oleh busa di dalam kerusi dan meninggalkan bau kuat nikotin bercampur tar dalam kereta anda.<\/span><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"aligncenter wp-image-30587 size-full\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/01\/164024913_comp-1.jpg\" alt=\"Pemandu sedang merokok ketika duduk di belakang stereng kereta\" width=\"600\" height=\"405\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/01\/164024913_comp-1.jpg 600w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/01\/164024913_comp-1-300x203.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/01\/164024913_comp-1-150x101.jpg 150w\" sizes=\"(max-width: 600px) 100vw, 600px\" \/><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jika anda nak merokok, berhenti untuk merokok di mana-mana perhentian. Ini boleh mengelakkan kerusi kereta anda menyerap asap rokok dan menyebabkan bau busuk.\u00a0<\/span><\/p>\n<h3><b>4. Bersihkan Kereta dengan Kerap\u00a0<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Apabila ada masa lapang terutama di hujung minggu, apa kata anda luangkan masa sejam dua untuk mengemas dan membersihkan kereta anda. Buang sampah yang ada. Vakum habuk yang ada di dalam kereta.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"aligncenter wp-image-30584 size-full\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/01\/92390103_comp-1.jpg\" alt=\"Bahagian dalam kereta sedan sedang divakum untuk menghilangkan bau sebelum guna pewangi kereta\" width=\"600\" height=\"400\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/01\/92390103_comp-1.jpg 600w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/01\/92390103_comp-1-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/01\/92390103_comp-1-150x100.jpg 150w\" sizes=\"(max-width: 600px) 100vw, 600px\" \/><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Apabila kereta anda bersih, tidak akan ada bau busuk yang akan timbul daripada kereta anda.\u00a0<\/span><\/p>\n<h3><b>5. Buat Cuci Perinci Secara Berkala\u00a0<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Cuci perinci atau <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">detailing <\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">ini merupakan cucian yang menyeluruh luar dan dalam kereta. Bagi bahagian dalam kereta, bahan pencuci khusus akan digunakan bagi membersihkan dan mencuci bahagian tersebut. Disebabkan itu, harganya cuci perinci ini agak mahal berbanding cucian biasa.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"aligncenter wp-image-30592 size-full\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/01\/113701464_comp.jpg\" alt=\"Bahagian dalam kereta sedan sedang divakum untuk menghilangkan bau sebelum guna pewangi kereta\" width=\"600\" height=\"400\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/01\/113701464_comp.jpg 600w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/01\/113701464_comp-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/01\/113701464_comp-150x100.jpg 150w\" sizes=\"(max-width: 600px) 100vw, 600px\" \/><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Disebabkan harganya yang agak mahal, anda tak perlu buat dengan kerap cuci perinci ini. Mungkin boleh buat cuci perinci ini sekali atau dua kali setahun. Selepas cuci perinci ini, barulah kereta anda terasa seperti baru keluar kedai!\u00a0<\/span><\/p>\n<h2><b>Nak Beli Ke Tak Nak Pewangi Kereta?\u00a0<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jadi, perlu atau tidak pewangi kereta ini?\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Ia sebenarnya bergantung kepada keperluan anda. Jika anda sukakan bauan yang menenangkan daripada pewangi kereta sepanjang memandu, tak salah untuk anda membeli. Pastikan anda mengikuti arahan yang ada pada pembungkusan produk.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jika anda ada anak kecil yang sedang membesar, mungkin anda nak elakkan beli pewangi kereta kerana ia boleh memudaratkan jika anak anda tertelan pewangi kereta tersebut.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"alignnone wp-image-34127 size-full\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/car_freshener_essential_oil.webp\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"600\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/car_freshener_essential_oil.webp 800w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/car_freshener_essential_oil-300x225.webp 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/car_freshener_essential_oil-768x576.webp 768w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/car_freshener_essential_oil-150x113.webp 150w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/car_freshener_essential_oil-696x522.webp 696w\" sizes=\"(max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\">Sumber: Volant<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jika pewangi kereta yang anda gunakan dah merosakkan papan pemuka kereta anda, buang terus dan ikuti tips yang kami kongsikan di atas. Ia lebih murah dan praktikal untuk diamalkan.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Diharapkan tips ini boleh membantu anda menjadikan kereta anda lebih wangi tanpa perlu bergantung kepada pewangi kereta.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><i><span style=\"font-weight: 400;\">*<\/span><\/i><b><i>Penafian<\/i><\/b><i><span style=\"font-weight: 400;\">: Penulisan ini hanyalah pendapat peribadi penulis. Segala yang ditulis dalam artikel ini tidak mewakili CARSOME.\u00a0<\/span><\/i><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anda suka guna pewangi kereta? Pewangi kereta sudah menjadi aksesori wajib ada dalam hampir setiap kereta yang ada. Sebenarnya, kalau tiada pewangi kereta pun tak mengapa tetapi untuk perjalanan yang lebih selesa, ramai yang beli dan letakkan dalam kereta.\u00a0 Ada pelbagai jenis pewangi kereta yang dijual. Ada yang perlu diletakkan pada gril saluran pendingin hawa. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":27,"featured_media":34128,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[116,117,46],"tags":[],"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v21.7 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>Pewangi Kereta Boleh Cairkan Kereta Anda?<\/title>\n<meta name=\"description\" content=\"Pewangi kereta boleh jahanamkan kereta anda? Betul ke pewangi kereta ini sebenarnya tak selamat untuk kereta anda, dan juga untuk anda?\" \/>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/pewangi-kereta-rosakkan-kereta\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"en_US\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Pewangi Kereta Boleh Cairkan Kereta Anda?\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"Pewangi kereta boleh jahanamkan kereta anda? Betul ke pewangi kereta ini sebenarnya tak selamat untuk kereta anda, dan juga untuk anda?\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/pewangi-kereta-rosakkan-kereta\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"Carsome Malaysia\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2023-06-20T08:53:21+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2025-05-14T06:29:34+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/luigi-manga-hoNMzLmVhYg-unsplash-scaled.jpg\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"2560\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"1707\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:type\" content=\"image\/jpeg\" \/>\n<meta name=\"author\" content=\"Haziq Asyraf\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"Haziq Asyraf\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"9 minutes\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\/\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"Article\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/pewangi-kereta-rosakkan-kereta#article\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/pewangi-kereta-rosakkan-kereta\"},\"author\":{\"name\":\"Haziq Asyraf\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/1ac2459b798778dfb35f629d4c8c1272\"},\"headline\":\"Pewangi Kereta Boleh Cairkan Kereta Anda?!\",\"datePublished\":\"2023-06-20T08:53:21+00:00\",\"dateModified\":\"2025-05-14T06:29:34+00:00\",\"mainEntityOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/pewangi-kereta-rosakkan-kereta\"},\"wordCount\":1366,\"commentCount\":0,\"publisher\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization\"},\"articleSection\":[\"BM\",\"Car Tips\",\"Lifestyle\"],\"inLanguage\":\"en-US\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"CommentAction\",\"name\":\"Comment\",\"target\":[\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/pewangi-kereta-rosakkan-kereta#respond\"]}]},{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/pewangi-kereta-rosakkan-kereta\",\"url\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/pewangi-kereta-rosakkan-kereta\",\"name\":\"Pewangi Kereta Boleh Cairkan Kereta Anda?\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#website\"},\"datePublished\":\"2023-06-20T08:53:21+00:00\",\"dateModified\":\"2025-05-14T06:29:34+00:00\",\"description\":\"Pewangi kereta boleh jahanamkan kereta anda? Betul ke pewangi kereta ini sebenarnya tak selamat untuk kereta anda, dan juga untuk anda?\",\"breadcrumb\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/pewangi-kereta-rosakkan-kereta#breadcrumb\"},\"inLanguage\":\"en-US\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"ReadAction\",\"target\":[\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/pewangi-kereta-rosakkan-kereta\"]}]},{\"@type\":\"BreadcrumbList\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/pewangi-kereta-rosakkan-kereta#breadcrumb\",\"itemListElement\":[{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":1,\"name\":\"Home\",\"item\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":2,\"name\":\"Pewangi Kereta Boleh Cairkan Kereta Anda?!\"}]},{\"@type\":\"WebSite\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#website\",\"url\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/\",\"name\":\"Carsome Malaysia\",\"description\":\"\",\"publisher\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization\"},\"potentialAction\":[{\"@type\":\"SearchAction\",\"target\":{\"@type\":\"EntryPoint\",\"urlTemplate\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/?s={search_term_string}\"},\"query-input\":\"required name=search_term_string\"}],\"inLanguage\":\"en-US\"},{\"@type\":\"Organization\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization\",\"name\":\"Carsome\",\"url\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/\",\"logo\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/logo\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/Carsome-New-Logo1.jpg\",\"contentUrl\":\"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/Carsome-New-Logo1.jpg\",\"width\":980,\"height\":815,\"caption\":\"Carsome\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/logo\/image\/\"}},{\"@type\":\"Person\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/1ac2459b798778dfb35f629d4c8c1272\",\"name\":\"Haziq Asyraf\",\"image\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/e32be78c7f7b667fc9c0c84e5d538063?s=96&d=mm&r=g\",\"contentUrl\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/e32be78c7f7b667fc9c0c84e5d538063?s=96&d=mm&r=g\",\"caption\":\"Haziq Asyraf\"},\"description\":\"A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.\",\"sameAs\":[\"https:\/\/www.linkedin.com\/in\/haziq-asyraf-28071992\/\"]}]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"Pewangi Kereta Boleh Cairkan Kereta Anda?","description":"Pewangi kereta boleh jahanamkan kereta anda? Betul ke pewangi kereta ini sebenarnya tak selamat untuk kereta anda, dan juga untuk anda?","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"canonical":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/pewangi-kereta-rosakkan-kereta","og_locale":"en_US","og_type":"article","og_title":"Pewangi Kereta Boleh Cairkan Kereta Anda?","og_description":"Pewangi kereta boleh jahanamkan kereta anda? Betul ke pewangi kereta ini sebenarnya tak selamat untuk kereta anda, dan juga untuk anda?","og_url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/pewangi-kereta-rosakkan-kereta","og_site_name":"Carsome Malaysia","article_published_time":"2023-06-20T08:53:21+00:00","article_modified_time":"2025-05-14T06:29:34+00:00","og_image":[{"width":2560,"height":1707,"url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/06\/luigi-manga-hoNMzLmVhYg-unsplash-scaled.jpg","type":"image\/jpeg"}],"author":"Haziq Asyraf","twitter_card":"summary_large_image","twitter_misc":{"Written by":"Haziq Asyraf","Est. reading time":"9 minutes"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"Article","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/pewangi-kereta-rosakkan-kereta#article","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/pewangi-kereta-rosakkan-kereta"},"author":{"name":"Haziq Asyraf","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/1ac2459b798778dfb35f629d4c8c1272"},"headline":"Pewangi Kereta Boleh Cairkan Kereta Anda?!","datePublished":"2023-06-20T08:53:21+00:00","dateModified":"2025-05-14T06:29:34+00:00","mainEntityOfPage":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/pewangi-kereta-rosakkan-kereta"},"wordCount":1366,"commentCount":0,"publisher":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization"},"articleSection":["BM","Car Tips","Lifestyle"],"inLanguage":"en-US","potentialAction":[{"@type":"CommentAction","name":"Comment","target":["https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/pewangi-kereta-rosakkan-kereta#respond"]}]},{"@type":"WebPage","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/pewangi-kereta-rosakkan-kereta","url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/pewangi-kereta-rosakkan-kereta","name":"Pewangi Kereta Boleh Cairkan Kereta Anda?","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#website"},"datePublished":"2023-06-20T08:53:21+00:00","dateModified":"2025-05-14T06:29:34+00:00","description":"Pewangi kereta boleh jahanamkan kereta anda? Betul ke pewangi kereta ini sebenarnya tak selamat untuk kereta anda, dan juga untuk anda?","breadcrumb":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/pewangi-kereta-rosakkan-kereta#breadcrumb"},"inLanguage":"en-US","potentialAction":[{"@type":"ReadAction","target":["https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/pewangi-kereta-rosakkan-kereta"]}]},{"@type":"BreadcrumbList","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/pewangi-kereta-rosakkan-kereta#breadcrumb","itemListElement":[{"@type":"ListItem","position":1,"name":"Home","item":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/"},{"@type":"ListItem","position":2,"name":"Pewangi Kereta Boleh Cairkan Kereta Anda?!"}]},{"@type":"WebSite","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#website","url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/","name":"Carsome Malaysia","description":"","publisher":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization"},"potentialAction":[{"@type":"SearchAction","target":{"@type":"EntryPoint","urlTemplate":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/?s={search_term_string}"},"query-input":"required name=search_term_string"}],"inLanguage":"en-US"},{"@type":"Organization","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization","name":"Carsome","url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/","logo":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/logo\/image\/","url":"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/Carsome-New-Logo1.jpg","contentUrl":"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/Carsome-New-Logo1.jpg","width":980,"height":815,"caption":"Carsome"},"image":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/logo\/image\/"}},{"@type":"Person","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/1ac2459b798778dfb35f629d4c8c1272","name":"Haziq Asyraf","image":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/image\/","url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/e32be78c7f7b667fc9c0c84e5d538063?s=96&d=mm&r=g","contentUrl":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/e32be78c7f7b667fc9c0c84e5d538063?s=96&d=mm&r=g","caption":"Haziq Asyraf"},"description":"A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.","sameAs":["https:\/\/www.linkedin.com\/in\/haziq-asyraf-28071992\/"]}]}},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34121"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/users\/27"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=34121"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34121\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":38794,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34121\/revisions\/38794"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media\/34128"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=34121"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=34121"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=34121"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}