{"id":32369,"date":"2022-12-29T03:37:22","date_gmt":"2022-12-28T19:37:22","guid":{"rendered":"https:\/\/carsome.my\/news\/item\/signal-pemandu-lori"},"modified":"2024-02-13T11:41:04","modified_gmt":"2024-02-13T03:41:04","slug":"signal-pemandu-lori","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/signal-pemandu-lori","title":{"rendered":"Signal Abang Lori Yang Patut Anda Ambil Tahu!"},"content":{"rendered":"<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pernah tak, ketika memandu di atas lebuh raya terutama sekali jika anda memandu berhampiran lori yang besar, pemandu lori akan menghidupkan lampu isyarat lori. Kadang-kadang lampu isyarat kanan dihidupkan. Kemudian, tiba-tiba lampu isyarat sebelah kiri pula dihidupkan.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Mesti ada yang fikir, \u201cAbang lori ni suka betul main lampu <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">signal <\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">eh?\u201d.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sebenarnya, pemandu lori bukanlah sengaja pasang lampu isyarat lori sesuka hati. Dah nama pun lampu isyarat kan? Mestilah ia digunakan untuk mengisyaratkan sesuatu. Tapi apa yang cuba diisyaratkan oleh pemandu lori ini?\u00a0<\/span><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"wp-image-30254 size-full aligncenter\" src=\"https:\/\/carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/12\/135913719_comp-1.jpg\" alt=\"\" width=\"600\" height=\"400\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/12\/135913719_comp-1.jpg 600w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/12\/135913719_comp-1-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/12\/135913719_comp-1-150x100.jpg 150w\" sizes=\"(max-width: 600px) 100vw, 600px\" \/><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sebelum diterangkan dengan lebih lanjut, kebanyakan pemandu dan pengguna jalan raya (termasuklah penulis sendiri) akan berasa gerun apabila memandu atau menunggang berhampiran lori terutama lori bersendi yang besar. Kalau boleh, kita nak cepat-cepat pandu atau tunggang melepasi lori yang di hadapan ataupun sebelah kita.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Banyak berita kemalangan maut yang melibatkan lori. Ini belum masuk cerita tentang tabiat sebahagian pemandu lori yang suka memandu laju dengan muatan berat. <\/span><strong><a href=\"https:\/\/www.mstar.com.my\/lokal\/viral\/2022\/12\/12\/v-kamu-kejam-rampas-bayi-kami---lelaki-merana-anak-meninggal-isteri-parah-dalam-kemalangan-gara-gara-lori-lebih-muatan\">Seperti kes kemalangan lori di selekoh ini<\/a><\/strong><span style=\"font-weight: 400;\">. Gara-gara lori dipandu laju, muatan yang dibawa terjatuh dan menimpa kereta lain dan menyebabkan kecederaan serius kepada pemandu kereta.<\/span><\/p>\n<p><strong>Artikel berkaitan: <a href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/perkara-perlu-lakukan-kereta-terjunam-ke-dalam-air\">Perkara Yang Anda Perlu Lakukan Sekiranya Kereta Terjunam Ke Dalam Air<\/a><\/strong><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Tetapi, sebahagian besar pemandu lori merupakan pemandu lori profesional. Mereka ini merupakan pemandu terlatih dan kebanyakannya berpengalaman mengendalikan lori membawa pelbagai jenis muatan. Kebanyakan mereka bekerja untuk syarikat logistik atau syarikat besar seperti syarikat petroleum.\u00a0<\/span><\/p>\n<h2><b>3 Isyarat Wajib Anda Tahu Daripada Abang Lori\u00a0<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Ketika anda sedang memandu, tak kiralah di lebuh raya atau jalan raya dan anda bertemu dengan lori yang sedang dipandu, naluri pertama anda adalah, \u2018kena potong lori ni!\u2019. Kebanyakan lori terutama lori yang sarat dengan muatan berat akan dipandu perlahan. Sangat perlahan. Kalau anda berada di belakang mereka, anda akan tersangkut lama di situ.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Betul dah apa yang anda nak buat itu. Tak salah pun kalau nak potong laluan. Tiada masalah. Sebelum anda nak memotong, anda kena pastikan laluan di hadapan lori selamat untuk anda. Tapi macam mana nak lihat kalau ada lori besar menghalang pandangan anda?\u00a0<\/span><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"alignnone wp-image-30256 size-full\" src=\"https:\/\/carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/12\/signal-lori-full_normal.jpg\" alt=\"\" width=\"1100\" height=\"577\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/12\/signal-lori-full_normal.jpg 1100w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/12\/signal-lori-full_normal-300x157.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/12\/signal-lori-full_normal-1024x537.jpg 1024w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/12\/signal-lori-full_normal-768x403.jpg 768w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/12\/signal-lori-full_normal-150x79.jpg 150w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/12\/signal-lori-full_normal-696x365.jpg 696w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/12\/signal-lori-full_normal-1068x560.jpg 1068w\" sizes=\"(max-width: 1100px) 100vw, 1100px\" \/><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Ha! Inilah sebabnya pemandu lori ini pasang lampu isyarat mereka. Pemandu lori nampak segalanya daripada kokpit lori kerana kedudukan mereka lebih tinggi. Bergantung kepada lampu isyarat yang dipasang, ia boleh menunjukkan keadaan tertentu di sekitar lori.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Ini 3 lampu isyarat yang sering digunakan oleh pemandu lori untuk berkomunikasi dengan pengguna jalan raya lain semasa memandu:\u00a0<\/span><\/p>\n<h3><b>1. Isyarat Sebelah Kanan Dipasang\u00a0<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kalau anda memandu menghampiri lori dengan isyarat sebelah kanan terpasang, anda mungkin kena berhati-hati pada ketika ini.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Lampu isyarat sebelah kanan yang dipasang bermakna jalan di hadapan lori tidak selamat untuk dilalui. Mungkin ada halangan yang boleh menghalang kereta di sekeliling untuk melepasi lori. Ataupun mungkin ada lori atau kenderaan lain di hadapan lori tersebut.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Isyarat sebelah kanan juga dipasang untuk memberitahu kenderaan di belakang bahawa ada kenderaan di laluan bertentangan jika jalan\/lebuh raya yang dilalui hanya ada dua lorong sahaja. Jadi, jangan sesuka hati memotong jika anda ternampak isyarat kanan lori dipasang.\u00a0<\/span><\/p>\n<h3><b>2. Isyarat Sebelah Kiri Dipasang\u00a0<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kalau lampu isyarat sebelah kanan dimatikan dan lampu isyarat sebelah kiri pula dihidupkan, ini bermakna jalan di hadapan lori telah selamat untuk dilalui. Selain itu, ia juga bermakna tiada kenderaan di laluan bertentangan. Keadaan dah selamat untuk memotong.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Semasa anda memotong, tak salah jika anda menunjukkan penghargaan kepada pemandu lori yang dah membantu anda. Hon satu kali untuk ucapkan terima kasih!<\/span><\/p>\n<h3><b style=\"font-style: inherit;\">3. Isyarat Berganda Dipasang\u00a0<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Lain pula kalau lampu kecemasan dipasang. Ia dipasang kebiasaannya ketika lori mendaki jalan berbukit. Selalunya, lori dengan muatan yang sarat dan berat akan memandu dengan lampu kecemasan dipasang.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kenapa lampu isyarat kecemasan dipasang? Ia untuk memberitahu kenderaan di belakang dan di keliling bahawa tidak selamat untuk berada di belakang lori. Jadi, adalah lebih baik untuk anda jarakkan sedikit daripada lori ini. Jika anda nak memotong, memotong dengan berhati-hati.\u00a0<\/span><\/p>\n<div class=\"youtube-embed\" data-video_id=\"\"><iframe loading=\"lazy\" title=\"Fahami Maksud Signal Bila Duduk Belakang Lori Bas\" width=\"696\" height=\"392\" src=\"https:\/\/www.youtube.com\/embed\/JpiuUziDqRo?feature=oembed&#038;enablejsapi=1\" frameborder=\"0\" allow=\"accelerometer; autoplay; clipboard-write; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture; web-share\" allowfullscreen><\/iframe><\/div>\n<h2><b>BONUS! Tips Memandu Berhampiran Lori.\u00a0<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Ini ialah tips bonus untuk anda. Terutama jika anda memandu di laluan yang sering dilalui oleh lori.\u00a0<\/span><\/p>\n<h3><b>1. Jangan pandu terlalu dekat!\u00a0<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pernah dengar cerita tentang tayar lori meletup ketika dipandu? Ataupun <\/span><strong><a href=\"https:\/\/www.hmetro.com.my\/mutakhir\/2022\/11\/899063\/tayar-lori-hempap-kereta\">tayar lori tercabut semasa dipandu<\/a><\/strong><span style=\"font-weight: 400;\">? Ya, ia boleh terjadi secara tiba-tiba. Sudah ada beberapa kes kemalangan yang terjadi melibatkan tayar lori meletup. Ada yang melibatkan kehilangan nyawa! Seperti <\/span><strong><a href=\"https:\/\/www.kosmo.com.my\/2022\/08\/23\/kelindan-maut-pemandu-parah-tayar-lori-meletup\/\">kes kemalangan ini<\/a><\/strong><span style=\"font-weight: 400;\">.\u00a0<\/span><\/p>\n<div class=\"youtube-embed\" data-video_id=\"\"><iframe loading=\"lazy\" title=\"Tayar Lori Meletup\" width=\"696\" height=\"392\" src=\"https:\/\/www.youtube.com\/embed\/B6Jj2gIeyAY?feature=oembed&#038;enablejsapi=1\" frameborder=\"0\" allow=\"accelerometer; autoplay; clipboard-write; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture; web-share\" allowfullscreen><\/iframe><\/div>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jika tayar lori tiba-tiba meletup. serpihan tayar boleh terkena pada kenderaan anda jika anda memandu atau menunggang terlalu dengan dengan lori. Disebabkan itulah, jangan pandu atau tunggang terlalu dekat dengan lori. Anda tak nak masuk dalam statistik kemalangan untuk tahun tersebut. Atau habiskan masa beberapa bulan dalam hospital.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><strong>Artikel berkaitan: <a href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/lakukan-jika-terlibat-kemalangan\">Terlibat dalam Kemalangan? Ini Perkara yang Anda Perlu Lakukan!<\/a><\/strong><\/p>\n<h3><b style=\"font-style: inherit;\">2. Jangan Memotong Di Sebelah Kiri Lori<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pemandu lori memandu di sebelah kanan. Oleh itu, titik buta sebelah kiri untuk lori adalah lebih besar di sebelah kiri berbanding di sebelah kanan. Disebabkan itulah, kalau anda nak memotong lori, jangan potong di sebelah kiri lori.\u00a0<\/span><\/p>\n<div class=\"youtube-embed\" data-video_id=\"5j4Rf0INseQ\"><iframe loading=\"lazy\" title=\"VIRAL King Myvi Berdesup Potong Lori Balak, TENGOK Apa Jadi Lepastu\" width=\"696\" height=\"392\" src=\"https:\/\/www.youtube.com\/embed\/5j4Rf0INseQ?feature=oembed&#038;enablejsapi=1\" frameborder=\"0\" allow=\"accelerometer; autoplay; clipboard-write; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture; web-share\" allowfullscreen><\/iframe><\/div>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Ada kemungkinan besar pemandu lori tidak akan nampak yang kenderaan anda sedang memotong di sebelah kiri jalan. Lagipun, memotong di sebelah kiri jalan adalah menyalahi undang-undang, tak kiralah apa kenderaan yang anda potong laluannya.\u00a0<\/span><\/p>\n<h3><b>3. Jangan Brek Ketika Memotong Lori\u00a0<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jika anda nak memotong lori, tak kiralah anda pemandu kereta atau penunggang motosikal, pastikan anda memecut laju semasa memotong. Paling penting, jangan membrek setelah anda memotong dan berhenti terus di hadapan lori!\u00a0<\/span><\/p>\n<div class=\"youtube-embed\" data-video_id=\"209V3dLQYgA\"><iframe loading=\"lazy\" title=\"Treler tersodok kereta Honda CRV\" width=\"696\" height=\"392\" src=\"https:\/\/www.youtube.com\/embed\/209V3dLQYgA?feature=oembed&#038;enablejsapi=1\" frameborder=\"0\" allow=\"accelerometer; autoplay; clipboard-write; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture; web-share\" allowfullscreen><\/iframe><\/div>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Lori terutama yang sarat dengan muatan memerlukan jarak berhenti yang panjang dan masa yang lama untuk memberhentikan lori. Jika anda membrek di hadapan mereka, mereka tidak akan sempat berhenti, dan anda? Berkemungkinan besar tidak selamat dan\/atau tidak lagi bernyawa.\u00a0<\/span><\/p>\n<h2><b>Tidak Semua Abang Lori Tak Beretika\u00a0<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Bukan semua pemandu lori itu suka memandu dengan laju dan melulu. Kebanyakan mereka merupakan pemegang lesen GDL. Ada di antara mereka merupakan pemandu profesional yang telah memandu jentera berat selama bertahun-tahun.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jadi, jika anda terjumpa lori yang memasang lampu isyarat seperti di atas, anda dah tahu apa yang perlu dibuat untuk memastikan anda boleh memandu dengan selamat!\u00a0<\/span><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"alignnone wp-image-30255 size-full\" src=\"https:\/\/carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/12\/154100743_comp-1.jpg\" alt=\"\" width=\"600\" height=\"337\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/12\/154100743_comp-1.jpg 600w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/12\/154100743_comp-1-300x169.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/12\/154100743_comp-1-150x84.jpg 150w\" sizes=\"(max-width: 600px) 100vw, 600px\" \/><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Juga, amalkan langkah-langkah selamat jika anda memandu berhampiran lori. Kadang-kadang, anda terpaksa mengalah kerana mereka lebih besar daripada kereta anda dan memerlukan ruang yang lebih untuk dipandu.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Untuk itu, hati-hati memandu dan jaga diri!\u00a0<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ada sebab mengapa pemandu lori memasang lampu isyarat ketika memandu. <\/p>\n","protected":false},"author":27,"featured_media":30265,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[116,117],"tags":[],"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v21.7 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>Jangan Abaikan \u2018Signal\u2019 Pemandu Lori Ini!<\/title>\n<meta name=\"description\" content=\"Pernah tak nampak lori dengan lampu isyarat? Ada sebab kenapa pemandu lori pasang lampu isyarat walaupun tak masuk simpang pun.\" \/>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/signal-pemandu-lori\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"en_US\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Signal Abang Lori Yang Anda Patut Tahu!\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"Siapa cakap abam-abam driver lori ni semuanya ganas &amp; tak berhati perut? Ada je pemandu lori yang baik. Siap tolong lagi kalau tengah memandu. Macam mana pemandu lori ni tolong anda? Ini dia cara abang driver lori bantu anda di atas jalan.\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/signal-pemandu-lori\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"Carsome Malaysia\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2022-12-28T19:37:22+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2024-02-13T03:41:04+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/12\/Canva-Thumbnail-Template-4-1024x576-4.jpg\" \/>\n<meta name=\"author\" content=\"Haziq Asyraf\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"Haziq Asyraf\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"6 minutes\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\/\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"Article\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/signal-pemandu-lori#article\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/signal-pemandu-lori\"},\"author\":{\"name\":\"Haziq Asyraf\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/fea9329279b446fae0f08047490a495d\"},\"headline\":\"Signal Abang Lori Yang Patut Anda Ambil Tahu!\",\"datePublished\":\"2022-12-28T19:37:22+00:00\",\"dateModified\":\"2024-02-13T03:41:04+00:00\",\"mainEntityOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/signal-pemandu-lori\"},\"wordCount\":1033,\"publisher\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization\"},\"articleSection\":[\"BM\",\"Car Tips\"],\"inLanguage\":\"en-US\"},{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/signal-pemandu-lori\",\"url\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/signal-pemandu-lori\",\"name\":\"Jangan Abaikan \u2018Signal\u2019 Pemandu Lori Ini!\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#website\"},\"datePublished\":\"2022-12-28T19:37:22+00:00\",\"dateModified\":\"2024-02-13T03:41:04+00:00\",\"description\":\"Pernah tak nampak lori dengan lampu isyarat? Ada sebab kenapa pemandu lori pasang lampu isyarat walaupun tak masuk simpang pun.\",\"breadcrumb\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/signal-pemandu-lori#breadcrumb\"},\"inLanguage\":\"en-US\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"ReadAction\",\"target\":[\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/signal-pemandu-lori\"]}]},{\"@type\":\"BreadcrumbList\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/signal-pemandu-lori#breadcrumb\",\"itemListElement\":[{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":1,\"name\":\"Home\",\"item\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":2,\"name\":\"Signal Abang Lori Yang Patut Anda Ambil Tahu!\"}]},{\"@type\":\"WebSite\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#website\",\"url\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/\",\"name\":\"Carsome Malaysia\",\"description\":\"\",\"publisher\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization\"},\"potentialAction\":[{\"@type\":\"SearchAction\",\"target\":{\"@type\":\"EntryPoint\",\"urlTemplate\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/?s={search_term_string}\"},\"query-input\":\"required name=search_term_string\"}],\"inLanguage\":\"en-US\"},{\"@type\":\"Organization\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization\",\"name\":\"Carsome\",\"url\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/\",\"logo\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/logo\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/Carsome-New-Logo1.jpg\",\"contentUrl\":\"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/Carsome-New-Logo1.jpg\",\"width\":980,\"height\":815,\"caption\":\"Carsome\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/logo\/image\/\"}},{\"@type\":\"Person\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/fea9329279b446fae0f08047490a495d\",\"name\":\"Haziq Asyraf\",\"image\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/e32be78c7f7b667fc9c0c84e5d538063?s=96&d=mm&r=g\",\"contentUrl\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/e32be78c7f7b667fc9c0c84e5d538063?s=96&d=mm&r=g\",\"caption\":\"Haziq Asyraf\"},\"description\":\"A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.\",\"sameAs\":[\"https:\/\/www.linkedin.com\/in\/haziq-asyraf-28071992\/\"]}]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"Jangan Abaikan \u2018Signal\u2019 Pemandu Lori Ini!","description":"Pernah tak nampak lori dengan lampu isyarat? Ada sebab kenapa pemandu lori pasang lampu isyarat walaupun tak masuk simpang pun.","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"canonical":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/signal-pemandu-lori","og_locale":"en_US","og_type":"article","og_title":"Signal Abang Lori Yang Anda Patut Tahu!","og_description":"Siapa cakap abam-abam driver lori ni semuanya ganas & tak berhati perut? Ada je pemandu lori yang baik. Siap tolong lagi kalau tengah memandu. Macam mana pemandu lori ni tolong anda? Ini dia cara abang driver lori bantu anda di atas jalan.","og_url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/signal-pemandu-lori","og_site_name":"Carsome Malaysia","article_published_time":"2022-12-28T19:37:22+00:00","article_modified_time":"2024-02-13T03:41:04+00:00","og_image":[{"url":"https:\/\/carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/12\/Canva-Thumbnail-Template-4-1024x576-4.jpg"}],"author":"Haziq Asyraf","twitter_card":"summary_large_image","twitter_misc":{"Written by":"Haziq Asyraf","Est. reading time":"6 minutes"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"Article","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/signal-pemandu-lori#article","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/signal-pemandu-lori"},"author":{"name":"Haziq Asyraf","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/fea9329279b446fae0f08047490a495d"},"headline":"Signal Abang Lori Yang Patut Anda Ambil Tahu!","datePublished":"2022-12-28T19:37:22+00:00","dateModified":"2024-02-13T03:41:04+00:00","mainEntityOfPage":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/signal-pemandu-lori"},"wordCount":1033,"publisher":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization"},"articleSection":["BM","Car Tips"],"inLanguage":"en-US"},{"@type":"WebPage","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/signal-pemandu-lori","url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/signal-pemandu-lori","name":"Jangan Abaikan \u2018Signal\u2019 Pemandu Lori Ini!","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#website"},"datePublished":"2022-12-28T19:37:22+00:00","dateModified":"2024-02-13T03:41:04+00:00","description":"Pernah tak nampak lori dengan lampu isyarat? Ada sebab kenapa pemandu lori pasang lampu isyarat walaupun tak masuk simpang pun.","breadcrumb":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/signal-pemandu-lori#breadcrumb"},"inLanguage":"en-US","potentialAction":[{"@type":"ReadAction","target":["https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/signal-pemandu-lori"]}]},{"@type":"BreadcrumbList","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/signal-pemandu-lori#breadcrumb","itemListElement":[{"@type":"ListItem","position":1,"name":"Home","item":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/"},{"@type":"ListItem","position":2,"name":"Signal Abang Lori Yang Patut Anda Ambil Tahu!"}]},{"@type":"WebSite","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#website","url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/","name":"Carsome Malaysia","description":"","publisher":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization"},"potentialAction":[{"@type":"SearchAction","target":{"@type":"EntryPoint","urlTemplate":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/?s={search_term_string}"},"query-input":"required name=search_term_string"}],"inLanguage":"en-US"},{"@type":"Organization","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization","name":"Carsome","url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/","logo":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/logo\/image\/","url":"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/Carsome-New-Logo1.jpg","contentUrl":"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/Carsome-New-Logo1.jpg","width":980,"height":815,"caption":"Carsome"},"image":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/logo\/image\/"}},{"@type":"Person","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/fea9329279b446fae0f08047490a495d","name":"Haziq Asyraf","image":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/image\/","url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/e32be78c7f7b667fc9c0c84e5d538063?s=96&d=mm&r=g","contentUrl":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/e32be78c7f7b667fc9c0c84e5d538063?s=96&d=mm&r=g","caption":"Haziq Asyraf"},"description":"A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.","sameAs":["https:\/\/www.linkedin.com\/in\/haziq-asyraf-28071992\/"]}]}},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32369"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/users\/27"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=32369"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32369\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":37203,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32369\/revisions\/37203"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media\/30265"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=32369"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=32369"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=32369"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}