{"id":25126,"date":"2024-01-24T12:00:07","date_gmt":"2024-01-24T04:00:07","guid":{"rendered":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/?p=25126"},"modified":"2024-02-07T11:29:23","modified_gmt":"2024-02-07T03:29:23","slug":"check-kereta-sebelum-jalan-jauh-dan-selepas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/check-kereta-sebelum-jalan-jauh-dan-selepas","title":{"rendered":"Ini Perkara Penting yang Anda Perlu Periksa Sebelum &#038; Selepas Perjalanan Jauh"},"content":{"rendered":"\r\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Cuti umum atau cuti panjang <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">long weekend<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> biasanya dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia dengan bercuti di lokasi-lokasi popular atau pulang ke kampung halaman.<\/span><\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Meskipun aktiviti <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">road trip<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> dan balik kampung kedengaran menyeronokkan, ada banyak perkara yang perlu dititikberatkan sebelum anda mulakan perjalanan dan juga selepas selesai perjalanan jauh. Untuk memastikan perjalanan yang lancar tanpa sebarang masalah, anda disarankan agar membuat pemeriksaan ke atas komponen-komponen penting dalam kereta anda terlebih dahulu.<\/span><\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Dalam artikel ini CARSOME senaraikan <\/span><a href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/check-kereta-sebelum-jalan-jauh-dan-selepas\"><b>semua perkara yang anda perlu check pada kereta<\/b><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> sebelum memulakan perjalanan dan juga selepas.<\/span><\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p><b>Artikel berkaitan:<\/b><a href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/15-perkara-yang-perlu-diberi-perhatian-semasa-servis-kereta-anda\"> <span style=\"font-weight: 400;\">15 Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Semasa Servis Kereta Anda<\/span><\/a><\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<figure class=\"wp-block-table\">\r\n<table>\r\n<tbody>\r\n<tr>\r\n<td><b>Isi Kandungan<\/b><\/td>\r\n<\/tr>\r\n<tr>\r\n<td>\r\n<p><span style=\"font-weight: 400;\"><a href=\"#check-kereta-sebelum-1\">1) Pemeriksaan yang Perlu Dilakukan Sebelum Memulakan Perjalanan<\/a><\/span><\/p>\r\n<ul>\r\n<li><span style=\"font-weight: 400;\"><a href=\"#tukar-minyak-hitam\">Tukar Minyak Hitam Kereta<\/a><\/span><\/li>\r\n<li><span style=\"font-weight: 400;\"><a href=\"#periksa-tahap-cecair\">Periksa Tahap Cecair Kereta<\/a><\/span><\/li>\r\n<li><span style=\"font-weight: 400;\"><a href=\"#periksa-tayar-kereta\">Periksa Tayar Kereta<\/a><\/span><\/li>\r\n<li><span style=\"font-weight: 400;\"><a href=\"#pastikan-lampu-kereta-berfungsi\">Pastikan Lampu Kereta, Signal Kereta Berfungsi<\/a><\/span><\/li>\r\n<li><span style=\"font-weight: 400;\"><a href=\"#periksa-bateri-kereta\">Periksa Bateri Kereta<\/a><\/span><\/li>\r\n<li><span style=\"font-weight: 400;\"><a href=\"#kit-kecemasan-kereta\">Sediakan Kit Kecemasan<\/a><\/span><\/li>\r\n<\/ul>\r\n<p><span style=\"font-weight: 400;\"><a href=\"#check-kereta-selepas-2\">2) Pemeriksaan yang Perlu Dilakukan Selepas Selesai Perjalanan<\/a><\/span><\/p>\r\n<ul>\r\n<li><span style=\"font-weight: 400;\"><a href=\"#tahap-cecair-cukup\">Periksa Tahap Cecair Agar Mencukupi<\/a><\/span><\/li>\r\n<li><span style=\"font-weight: 400;\"><a href=\"#alignment-balancing\">Periksa Alignment &amp; Balancing Tayar<\/a><\/span><\/li>\r\n<li><span style=\"font-weight: 400;\"><a href=\"#basuh-bersih\">Basuh &amp; Bersihkan Kereta<\/a><\/span><\/li>\r\n<\/ul>\r\n<p><span style=\"font-weight: 400;\"><a href=\"#kereta-tiba-tiba-rosak-3\">3) Apa Nak Buat Kalau Kereta Tiba-tiba Rosak?<\/a><\/span><\/p>\r\n<\/td>\r\n<\/tr>\r\n<\/tbody>\r\n<\/table>\r\n<\/figure>\r\n\r\n\r\n\r\n<h2 id=\"check-kereta-sebelum-1\" class=\"wp-block-heading\"><b>1) Pemeriksaan yang Perlu Dilakukan Sebelum Memulakan Perjalanan<\/b><\/h2>\r\n\r\n\r\n\r\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Secara amnya, anda disarankan untuk memeriksa dan menyelenggara kereta sebelum memulakan perjalanan. Ini bertujuan untuk memastikan perjalanan yang akan ditempuh lebih selamat dan selesa tanpa sebarang masalah mekanikal seperti kerosakan enjin atau enjin kereta <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">overheat, <\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">tayar pecah atau bocor dan sebagainya. Perkara-perkara sebegini bukan sahaja boleh membazirkan masa anda, malah ia boleh merosakkan suasana percutian anda.<\/span><\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<h3 id=\"tukar-minyak-hitam\" class=\"wp-block-heading\"><b>Tukar Minyak Hitam Kereta<\/b><\/h3>\r\n\r\n\r\n\r\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jangan tunggu tarikh penyelenggaraan minyak hitam seterusnya sudah hampir baru nak tukar minyak hitam. Kalau anda ada perancangan nak pergi berjalan jauh, terus tukar minyak hitam kereta. Perjalanan jauh akan memberi beban yang tinggi kepada enjin kereta anda sekali gus dapat meningkatkan risiko kerosakan enjin.<\/span><\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" width=\"1000\" height=\"666\" class=\"wp-image-35517\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/oil-3979023_1280.webp\" alt=\"jenis minyak hitam, person check engine oil using dipstick\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/oil-3979023_1280.webp 1000w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/oil-3979023_1280-300x200.webp 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/oil-3979023_1280-768x511.webp 768w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/oil-3979023_1280-150x100.webp 150w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/oil-3979023_1280-696x464.webp 696w\" sizes=\"(max-width: 1000px) 100vw, 1000px\" \/><\/figure>\r\n\r\n\r\n\r\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Nak tahu macam mana nak periksa paras minyak hitam kereta anda? Ikuti panduan ringkas ini:<\/span><\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<ul>\r\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Pastikan enjin kereta dimatikan, buka bonet hadapan kereta anda;<\/span><\/li>\r\n\r\n\r\n\r\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Cabut <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">dipstick<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> dan bersihkan sisa minyak padanya menggunakan kain atau tisu bersih;<\/span><\/li>\r\n\r\n\r\n\r\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Masukkan semula<\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\"> dipstick<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> dan keluarkannya semula;<\/span><\/li>\r\n\r\n\r\n\r\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Perhatikan paras minyak hitam kereta anda \u2013 paras minyak hitam yang ideal berada di antara dua tanda pada <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">dipstick. <\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">Sekiranya paras minyak hitam rendah, tambah segera mengikut kesesuaian.<\/span><\/li>\r\n\r\n\r\n\r\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Periksa juga tahap kepekatan minyak hitam \u2013 minyak hitam yang berada dalam keadaan baik akan berwarna lut sinar dan sedikit kuning atau kehijauan.<\/span><\/li>\r\n<\/ul>\r\n\r\n\r\n\r\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Menambah atau <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">top up<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> minyak hitam baharu ke dalam minyak hitam sedia ada tidak sama seperti menggantikan minyak hitam sepenuhnya. Ini kerana, bahan endapan yang terkandung dalam minyak yang sedia ada masih terkumpul dan tidak dibersihkan.<\/span><\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Anda dinasihatkan untuk <\/span><a href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/tanda-minyak-hitam-kereta-perlu-ditukar\"><span style=\"font-weight: 400;\">tukar minyak hitam<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> sepenuhnya dan gantikan penapis minyak hitam bagi menjamin kebersihan enjin kereta, mengoptimumkan kecekapan bahan api, serta menjamin jangka hayat enjin dan meningkatkan prestasi keseluruhan enjin kereta.<\/span><\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<h3 id=\"periksa-tahap-cecair\" class=\"wp-block-heading\"><b>Periksa Tahap Cecair Kereta<\/b><\/h3>\r\n\r\n\r\n\r\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kereta anda bergantung kepada pelbagai cecair seperti minyak pelincir, cecair penyejuk, dan cecair brek untuk berfungsi dengan optimum. Setiap cecair ini mempunyai peranan yang penting; contohnya seperti cecair penyejuk atau <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">coolant<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> yang bertindak mengawal suhu enjin kereta supaya tidak terlalu panas atau <\/span><a href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/temperature-kereta-naik\"><i><span style=\"font-weight: 400;\">overheat<\/span><\/i><\/a><i><span style=\"font-weight: 400;\">.<\/span><\/i><\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Dengan memastikan tahap cecair yang mencukupi pada setiap komponen penting dalam kereta anda, ini dapat mengurangkan risiko kereta rosak secara tiba-tiba yang berpotensi menyebabkan kemalangan.<\/span><\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" width=\"1024\" height=\"577\" class=\"wp-image-27673\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/GettyImages-1369915075-1-1024x577.jpg\" alt=\"automotive additive - engine oil treatment\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/GettyImages-1369915075-1-1024x577.jpg 1024w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/GettyImages-1369915075-1-300x169.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/GettyImages-1369915075-1-768x432.jpg 768w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\r\n\r\n\r\n\r\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Anda boleh merujuk manual pemilik sekiranya anda tidak pasti dengan tahap cecair yang disarankan untuk kereta anda. Berikut merupakan antara komponen kereta yang memerlukan pemeriksaan tahap cecair untuk perjalanan jauh:<\/span><\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<ul>\r\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Kotak gear \u2013 Untuk pastikan lakukan pemeriksaan sama seperti anda memeriksa paras minyak hitam kereta;<\/span><\/li>\r\n\r\n\r\n\r\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Radiator \u2013 Komponen ini menempatkan cecair penyejuk yang berfungsi menyejukkan enjin kereta anda terutamanya semasa pemanduan jarak jauh untuk jangka masa yang lama;<\/span><\/li>\r\n\r\n\r\n\r\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Brek \u2013 Sistem brek kereta memerlukan minyak brek yang mencukupi supaya brek boleh beroperasi dengan selamat;<\/span><\/li>\r\n\r\n\r\n\r\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Stereng \u2013 Cecair stereng kuasa atau <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">power steering<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> perlulah cukup agar anda boleh mengendalikan kereta dengan lancar.<\/span><\/li>\r\n<\/ul>\r\n\r\n\r\n\r\n<h3 id=\"periksa-tayar-kereta\" class=\"wp-block-heading\"><b>Periksa Tayar Kereta<\/b><\/h3>\r\n\r\n\r\n\r\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Ramai dalam kalangan pemilik kenderaan memandang ringan aspek penjagaan tayar kereta. Tayar kereta merupakan satu-satunya komponen penting kereta yang bersentuhan dengan permukaan jalan raya. Ini bermaksud sebarang kerosakan pada permukaan atau dinding tayar boleh memberi kesan yang ketara terhadap keselesaan dan keselamatan semasa pemanduan.<\/span><\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" width=\"1024\" height=\"576\" class=\"wp-image-31184\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/05\/GettyImages-1325611840-scaled-2-1024x576.jpg\" alt=\"check kereta sebelum jalan jauh\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/05\/GettyImages-1325611840-scaled-2-1024x576.jpg 1024w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/05\/GettyImages-1325611840-scaled-2-300x169.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/05\/GettyImages-1325611840-scaled-2-768x432.jpg 768w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/05\/GettyImages-1325611840-scaled-2-1536x864.jpg 1536w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/05\/GettyImages-1325611840-scaled-2-2048x1152.jpg 2048w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/05\/GettyImages-1325611840-scaled-2-150x84.jpg 150w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/05\/GettyImages-1325611840-scaled-2-696x392.jpg 696w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/05\/GettyImages-1325611840-scaled-2-1068x601.jpg 1068w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/05\/GettyImages-1325611840-scaled-2-1920x1080.jpg 1920w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\r\n\r\n\r\n\r\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Oleh sebab itu, anda disarankan untuk memastikan tayar kereta berada dalam keadaan terbaik sebelum memulakan perjalanan.<\/span><\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<h4 class=\"wp-block-heading\"><b>i. Pastikan Tekanan Angin Tayar Kereta Mencukupi<\/b><\/h4>\r\n\r\n\r\n\r\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Tayar kereta yang mempunyai tekanan angin tayar mencukupi boleh mengurangkan risiko kemalangan serta membantu meningkatkan penjimatan bahan api. Walau bagaimanapun, tekanan angin tayar yang berlebihan boleh menyebabkan tayar pecah atau tayar pancit. Tekanan angin tayar yang kurang pula boleh meningkatkan penggunaan bahan api dan akan menyukarkan pengendalian kereta.<\/span><\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p><b>Artikel berkaitan:<\/b><a href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/jenis-saiz-tekanan-angin-tayar-kereta\"><span style=\"font-weight: 400;\"> Tekanan Angin Tayar Kereta, Cara Isi Angin Tayar Kereta dengan Betul<\/span><\/a><\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<h4 class=\"wp-block-heading\"><b>ii. Tahap Kehausan Tayar<\/b><\/h4>\r\n\r\n\r\n\r\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Keadaan tayar yang tidak sempurna seperti tayar bengkak atau bunga tayar haus boleh mendatangkan bahaya dan mengganggu pemanduan anda lebih-lebih lagi semasa hujan. Permukaan jalan yang basah dan licin ditambah pula dengan cengkaman tayar yang berkurangan boleh menyebabkan kereta hilang kawalan sekiranya anda menekan pedal brek secara tiba-tiba. Malah, tayar bengkak atau bunga tayar haus juga meningkatkan risiko tayar pancit atau pecah semasa memandu.<\/span><\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p><b>Artikel berkaitan:<\/b> <a href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/punca-kerosakan-tayar-kereta\"><span style=\"font-weight: 400;\">Tayar Makan Dalam, Tayar Botak atau Bunga Tayar Haus? Punca Kerosakan Tayar yang Perlu Anda Tahu<\/span><\/a><\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<h3 id=\"pastikan-lampu-kereta-berfungsi\" class=\"wp-block-heading\"><b>Pastikan Lampu Kereta, <\/b><b><i>Signal<\/i><\/b><b> Kereta Berfungsi dengan Baik<\/b><\/h3>\r\n\r\n\r\n\r\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sebelum memulakan perjalanan, penting untuk anda memastikan semua lampu kereta termasuk <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">signal<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> kereta menyala dan berada dalam keadaan baik. Lampu kereta yang berada dalam keadaan baik, terang, dan tidak rosak dapat membantu anda melihat dengan jelas selain memudahkan pemandu kenderaan lain melihat kereta anda dengan lebih jelas terutamanya pada waktu malam. Anda disarankan untuk mengesan sama ada terdapat kerosakan pada lampu kereta anda (lampu depan, lampu belakang, lampu undur, lampu brek, dan lampu <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">signal<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">).<\/span><\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" width=\"933\" height=\"700\" class=\"wp-image-15611\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/MAZDA-MX-30-Headlamp-European-specification.jpg\" alt=\"\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/MAZDA-MX-30-Headlamp-European-specification.jpg 933w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/MAZDA-MX-30-Headlamp-European-specification-300x225.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/MAZDA-MX-30-Headlamp-European-specification-768x576.jpg 768w\" sizes=\"(max-width: 933px) 100vw, 933px\" \/><\/figure>\r\n\r\n\r\n\r\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Minta bantuan ahli keluarga atau rakan untuk menghidupkan lampu dan menekan brek sementara anda perhatikan lampu kereta dari luar. Sebagai langkah berjaga-jaga, sediakan mentol ganti (<\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">spare bulbs<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">) di dalam kereta untuk digunakan sekiranya mentol lampu kereta anda terbakar atau mati secara tiba-tiba semasa perjalanan.<\/span><\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p><b>Artikel berkaitan:<\/b> <a href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/cara-tukar-mentol-lampu-kereta\"><span style=\"font-weight: 400;\">DIY Kereta: Cara Tukar Mentol Lampu Kereta dalam 6 Langkah Mudah<\/span><\/a><\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<h3 id=\"periksa-bateri-kereta\" class=\"wp-block-heading\"><b>Periksa Bateri Kereta<\/b><\/h3>\r\n\r\n\r\n\r\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jika bateri kereta anda sudah lama tidak diganti (lebih daripada dua tahun), periksa sama ada ia masih lagi berada dalam keadaan baik sebelum mulakan perjalanan. Kalau enjin kereta anda memerlukan masa yang lama untuk dihidupkan atau bunyi starter kereta anda perlahan, ia mungkin menandakan bateri kereta anda sudah kong atau lemah.<\/span><\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<div class=\"wp-block-cover\"><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" width=\"1000\" height=\"773\" class=\"wp-block-cover__image-background wp-image-37063\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/car-1564300_1280.webp\" alt=\"check kereta sebelum jalan jauh bateri kereta\" data-object-fit=\"cover\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/car-1564300_1280.webp 1000w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/car-1564300_1280-300x232.webp 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/car-1564300_1280-768x594.webp 768w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/car-1564300_1280-150x116.webp 150w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/car-1564300_1280-696x538.webp 696w\" sizes=\"(max-width: 1000px) 100vw, 1000px\" \/>\r\n<div class=\"wp-block-cover__inner-container is-layout-flow wp-block-cover-is-layout-flow\">\r\n<p class=\"has-text-align-center has-large-font-size\">\u00a0<\/p>\r\n<\/div>\r\n<\/div>\r\n\r\n\r\n\r\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Selain itu, sekiranya anda berdepan situasi<\/span><a href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/kereta-tak-boleh-start\"><span style=\"font-weight: 400;\"> enjin kereta tak boleh start<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> secara tiba-tiba, ini juga salah satu tanda yang menunjukkan <\/span><a href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/apa-anda-perlu-tahu-mengenai-bateri-kereta\"><span style=\"font-weight: 400;\">bateri kereta anda kong<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> atau sudah lemah. Apabila ini berlaku, anda boleh mengecas semula bateri kereta anda dengan merujuk kepada artikel <\/span><a href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/langkah-jump-start-bateri-kereta-cepat-mudah-selamat\"><span style=\"font-weight: 400;\">cara <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">jumper <\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">bateri kereta<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> kami.<\/span><\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<h3 id=\"kit-kecemasan-kereta\" class=\"wp-block-heading\"><b>Sediakan Kit Kecemasan<\/b><\/h3>\r\n\r\n\r\n\r\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kit kecemasan memang sangat diperlukan untuk perjalanan jauh. Ia sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini semasa dalam perjalanan. Kereta anda perlu dilengkapi dengan peralatan yang boleh membantu anda sekiranya berlaku insiden yang tidak diingini seperti <\/span><a href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/cara-tukar-tayar-kereta-pancit-pecah-bocor\"><span style=\"font-weight: 400;\">tayar pancit<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> atau kereta tak boleh <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">start<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> tiba-tiba.<\/span><\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" width=\"640\" height=\"480\" class=\"wp-image-29765\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/11\/first-aid-kit-g8cf84ff06_640.jpg\" alt=\"\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/11\/first-aid-kit-g8cf84ff06_640.jpg 640w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/11\/first-aid-kit-g8cf84ff06_640-300x225.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/11\/first-aid-kit-g8cf84ff06_640-150x113.jpg 150w\" sizes=\"(max-width: 640px) 100vw, 640px\" \/><\/figure>\r\n\r\n\r\n\r\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Berikut adalah barang-barang yang wajib ada dalam kit kecemasan anda:<\/span><\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<ul>\r\n<li><i><span style=\"font-weight: 400;\">First aid kit;<\/span><\/i><\/li>\r\n\r\n\r\n\r\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Kit peralatan untuk menukar tayar ganti termasuk<\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\"> jack<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> kereta \u2013 pastikan tekanan angin tayar<\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\"> spare<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> diperiksa dan diisi sebelum perjalanan;<\/span><\/li>\r\n\r\n\r\n\r\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Pemutar skru, spanar pelbagai saiz, dan peralatan lain yang diperlukan;<\/span><\/li>\r\n\r\n\r\n\r\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Kabel <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">jumper;<\/span><\/i><\/li>\r\n\r\n\r\n\r\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Lampu suluh;<\/span><\/li>\r\n\r\n\r\n\r\n<li><i><span style=\"font-weight: 400;\">Powerbank<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">;<\/span><\/li>\r\n\r\n\r\n\r\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Baju hujan.<\/span><\/li>\r\n<\/ul>\r\n\r\n\r\n\r\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jangan keluarkan segi tiga amaran (<\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">warning triangle kit<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">) daripada kereta anda! Ia boleh digunakan dalam situasi kecemasan seperti kereta anda tiba-tiba rosak dan tersadai di jalan raya. Segi tiga amaran berfungsi untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya yang lain bahawa mereka sedang menghampiri kenderaan yang sedang berhenti disebabkan kerosakan atau kemalangan.<\/span><\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p><b>Artikel berkaitan:<\/b> <a href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/aksesori-kereta-penting\"><span style=\"font-weight: 400;\">9 Aksesori Kereta yang Anda Wajib Ada Sebagai Persediaan Kecemasan<\/span><\/a><\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<h2 id=\"check-kereta-selepas-2\" class=\"wp-block-heading\"><b>2) Pemeriksaan Kereta yang Perlu Dilakukan Selepas Selesai Perjalanan<\/b><\/h2>\r\n\r\n\r\n\r\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Selepas beberapa hari, anda kini dalam perjalanan untuk balik ke rumah selepas selesai dengan percutian anda. Tapi, jangan fikir yang penjagaan kereta anda\u00a0<\/span><\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<h3 id=\"tahap-cecair-cukup\" class=\"wp-block-heading\"><b>Periksa Tahap Cecair Agar Mencukupi<\/b><\/h3>\r\n\r\n\r\n\r\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Selepas mengharungi perjalanan yang panjang, lebih baik kalau anda semak tahap cecair kereta anda sekali lagi. Perjalanan jauh biasanya akan mengakibatkan penggunaan cecair yang lebih tinggi daripada biasa.<\/span><\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kalau anda dapati ada cecair yang berkurangan, tambahkan secukupnya jika perlu. Namun, kalau ada cecair yang kurang terlalu banyak, ini mungkin menunjukkan yang terdapat kebocoran pada kereta anda. Terus hantar kereta anda ke bengkel jika perkara ini berlaku untuk buat pemeriksaan segera.<\/span><\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<h3 id=\"alignment-balancing\" class=\"wp-block-heading\"><b><i>Alignment <\/i>&amp; <em>Balancing <\/em>Tayar<\/b><\/h3>\r\n\r\n\r\n\r\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Anda perasan stereng atau tayar kereta bergegar selepas memandu untuk jarak jauh? Mungkin terdapat kerosakan pada <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">alignment <\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">tayar kereta anda. Jangan abaikan masalah ini dan terus bawa kereta anda ke bengkel untuk diperiksa oleh pomen.<\/span><\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Apa lagi tanda-tanda lain yang menunjukkan ada masalah pada <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">alignment <\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">dan <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">balancing <\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">pada tayar kereta anda?<\/span><\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<ul>\r\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Stereng kereta tak <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">center<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> di jalan yang lurus;<\/span><\/li>\r\n\r\n\r\n\r\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Kereta bergegar semasa membrek;<\/span><\/li>\r\n\r\n\r\n\r\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Bunyi kuat semasa membelok;<\/span><\/li>\r\n\r\n\r\n\r\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Kereta bergegar kuat apabila memandu laju.<\/span><\/li>\r\n<\/ul>\r\n\r\n\r\n\r\n<h3 id=\"basuh-bersih\" class=\"wp-block-heading\"><b>Basuh &amp; Bersihkan Kereta<\/b><\/h3>\r\n\r\n\r\n\r\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kereta kotor selepas perjalanan jauh adalah perkara biasa. Selepas dipandu lama, bahagian luar kereta akan dipenuhi dengan kotoran seperti lumpur, debu, atau serangga yang melekat pada cermin kereta. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk <\/span><a href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/tips-cara-cuci-kereta-enjin-kusyen-polish-kereta\"><span style=\"font-weight: 400;\">cuci kereta<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> setelah perjalanan selesai.<\/span><\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" width=\"1000\" height=\"667\" class=\"wp-image-22378\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/shutterstock_752921533-1.jpg\" alt=\"\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/shutterstock_752921533-1.jpg 1000w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/shutterstock_752921533-1-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/shutterstock_752921533-1-768x512.jpg 768w\" sizes=\"(max-width: 1000px) 100vw, 1000px\" \/><\/figure>\r\n\r\n\r\n\r\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kalau anda ada anak kecil, bahagian dalam kabin kereta biasanya akan kotor atau bersepah selepas <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">road trip<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">. Ia perlu dibersihkan terutamanya jika terdapat sisa makanan yang tumpah pada lantai dan kerusi. Jika tidak, ia akan mengakibatkan <\/span><a href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/cara-hilangkan-semut-dalam-kereta\"><span style=\"font-weight: 400;\">lipas, semut<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\">, atau <\/span><a href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/cara-halau-tikus-dalam-kereta\"><span style=\"font-weight: 400;\">tikus<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> bersarang dalam kereta anda. Malah, sisa makanan atau air yang tertumpah juga boleh menyebabkan <\/span><a href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/buang-bau-busuk-kereta\"><span style=\"font-weight: 400;\">kereta berbau busuk dan hapak<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\">.<\/span><\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<h2 id=\"kereta-tiba-tiba-rosak-3\" class=\"wp-block-heading\"><b>3) Apa Nak Buat Kalau Kereta Tiba-tiba Rosak?<\/b><\/h2>\r\n\r\n\r\n\r\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" width=\"1024\" height=\"682\" class=\"wp-image-30512\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/01\/116939655_lel-1024x682.jpg\" alt=\"Young man with car breakdown\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/01\/116939655_lel-1024x682.jpg 1024w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/01\/116939655_lel-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/01\/116939655_lel-768x512.jpg 768w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/01\/116939655_lel-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/01\/116939655_lel-150x100.jpg 150w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/01\/116939655_lel-696x464.jpg 696w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/01\/116939655_lel-1068x712.jpg 1068w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/01\/116939655_lel-1920x1280.jpg 1920w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/01\/116939655_lel.jpg 2000w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\r\n\r\n\r\n\r\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Walaupun dengan persediaan yang rapi dan teliti, kereta anda boleh rosak secara tiba-tiba. Apabila anda menghadapi situasi di luar jangkaan seperti ini, jangan panik dan kekal tenang. Berikut adalah langkah-langkah yang anda boleh ambil jika kereta anda rosak secara tiba-tiba:<\/span><\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<ul>\r\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Hidupkan lampu kecemasan dan berhentikan kereta anda di tempat yang selamat.<\/span><\/li>\r\n\r\n\r\n\r\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Kenal pasti apa yang rosak pada kereta anda.<\/span><\/li>\r\n\r\n\r\n\r\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Dapatkan bantuan dengan menghubungi perkhidmatan kecemasan serta syarikat insurans anda.<\/span><\/li>\r\n<\/ul>\r\n\r\n\r\n\r\n<p><b>Artikel berkaitan: <\/b><a href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/kereta-rosak-tepi-jalan\"><span style=\"font-weight: 400;\">Kereta Rosak Tepi Jalan? Ini 4 Langkah Penting Yang Perlu Anda Tahu<\/span><\/a><\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kami harap artikel ini dapat membantu anda <\/span><a href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/check-kereta-sebelum-jalan-jauh-dan-selepas\"><b>check kereta dengan betul<\/b><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> sebelum memulakan perjalanan jauh serta selepas perjalanan anda selesai. Jika anda merasakan ada sesuatu yang tidak kena, terus bawa kereta ke bengkel untuk pemeriksaan. Ini bukan sahaja dapat mengelakkan insiden yang tidak diingini daripada berlaku semasa perjalanan, tetapi juga dapat mengelakkan kos pembaikan yang lebih tinggi sekiranya melibatkan kerosakan enjin yang serius atau sebagainya.<\/span><\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kalau anda mahu <\/span><a href=\"https:\/\/carso.me\/qaRxkTcqw\"><span style=\"font-weight: 400;\">membeli kereta terpakai<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> berkualiti yang telah dibaik pulih secara profesional untuk menjamin keselesaan sepenuhnya, keselamatan melebihi taraf, dan estetik yang telah dibaik pulih, layari <\/span><a href=\"https:\/\/carso.me\/qaRxkTcqw\"><span style=\"font-weight: 400;\">carsome.my<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> atau <\/span><a href=\"https:\/\/news.carsome.com\/mobile-app-download\"><span style=\"font-weight: 400;\">muat turun aplikasi mudah alih kami<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> untuk pilih daripada 30 jenama kereta terpakai yang kami tawarkan. Dapatkan kereta idaman anda di CARSOME hari ini!<\/span><\/p>\r\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Cuti umum atau cuti panjang long weekend biasanya dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia dengan bercuti di lokasi-lokasi popular atau pulang ke kampung halaman. Meskipun aktiviti road trip dan balik kampung kedengaran menyeronokkan, ada banyak perkara yang perlu dititikberatkan sebelum anda mulakan perjalanan dan juga selepas selesai perjalanan jauh. Untuk memastikan perjalanan yang lancar tanpa sebarang masalah, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":27,"featured_media":37067,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[116,117],"tags":[],"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v21.7 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>Langkah Check Kereta Sebelum Jalan Jauh &amp; Juga Selepas<\/title>\n<meta name=\"description\" content=\"Apa yang anda kena buat untuk check kereta sebelum jalan jauh dan selepas? Macam mana pula kalau kereta anda rosak semasa dalam perjalanan?\" \/>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/check-kereta-sebelum-jalan-jauh-dan-selepas\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"en_US\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Nak Jalan Jauh? Anda Wajib Periksa Semua Perkara Ini Sebelum &amp; Selepas Perjalanan\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"Korang kena check kereta sebelum dan selepas balik kampung tau, barulah betul-betul selamat!\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/check-kereta-sebelum-jalan-jauh-dan-selepas\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"Carsome Malaysia\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2024-01-24T04:00:07+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2024-02-07T03:29:23+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/aerial-view-shanghai-overpass.webp\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"1200\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"801\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:type\" content=\"image\/webp\" \/>\n<meta name=\"author\" content=\"Haziq Asyraf\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"Haziq Asyraf\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"10 minutes\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\/\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"Article\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/check-kereta-sebelum-jalan-jauh-dan-selepas#article\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/check-kereta-sebelum-jalan-jauh-dan-selepas\"},\"author\":{\"name\":\"Haziq Asyraf\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/1ac2459b798778dfb35f629d4c8c1272\"},\"headline\":\"Ini Perkara Penting yang Anda Perlu Periksa Sebelum &#038; Selepas Perjalanan Jauh\",\"datePublished\":\"2024-01-24T04:00:07+00:00\",\"dateModified\":\"2024-02-07T03:29:23+00:00\",\"mainEntityOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/check-kereta-sebelum-jalan-jauh-dan-selepas\"},\"wordCount\":1718,\"publisher\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization\"},\"articleSection\":[\"BM\",\"Car Tips\"],\"inLanguage\":\"en-US\"},{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/check-kereta-sebelum-jalan-jauh-dan-selepas\",\"url\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/check-kereta-sebelum-jalan-jauh-dan-selepas\",\"name\":\"Langkah Check Kereta Sebelum Jalan Jauh & Juga Selepas\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#website\"},\"datePublished\":\"2024-01-24T04:00:07+00:00\",\"dateModified\":\"2024-02-07T03:29:23+00:00\",\"description\":\"Apa yang anda kena buat untuk check kereta sebelum jalan jauh dan selepas? Macam mana pula kalau kereta anda rosak semasa dalam perjalanan?\",\"breadcrumb\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/check-kereta-sebelum-jalan-jauh-dan-selepas#breadcrumb\"},\"inLanguage\":\"en-US\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"ReadAction\",\"target\":[\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/check-kereta-sebelum-jalan-jauh-dan-selepas\"]}]},{\"@type\":\"BreadcrumbList\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/check-kereta-sebelum-jalan-jauh-dan-selepas#breadcrumb\",\"itemListElement\":[{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":1,\"name\":\"Home\",\"item\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":2,\"name\":\"Ini Perkara Penting yang Anda Perlu Periksa Sebelum &#038; Selepas Perjalanan Jauh\"}]},{\"@type\":\"WebSite\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#website\",\"url\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/\",\"name\":\"Carsome Malaysia\",\"description\":\"\",\"publisher\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization\"},\"potentialAction\":[{\"@type\":\"SearchAction\",\"target\":{\"@type\":\"EntryPoint\",\"urlTemplate\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/?s={search_term_string}\"},\"query-input\":\"required name=search_term_string\"}],\"inLanguage\":\"en-US\"},{\"@type\":\"Organization\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization\",\"name\":\"Carsome\",\"url\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/\",\"logo\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/logo\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/Carsome-New-Logo1.jpg\",\"contentUrl\":\"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/Carsome-New-Logo1.jpg\",\"width\":980,\"height\":815,\"caption\":\"Carsome\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/logo\/image\/\"}},{\"@type\":\"Person\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/1ac2459b798778dfb35f629d4c8c1272\",\"name\":\"Haziq Asyraf\",\"image\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/e32be78c7f7b667fc9c0c84e5d538063?s=96&d=mm&r=g\",\"contentUrl\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/e32be78c7f7b667fc9c0c84e5d538063?s=96&d=mm&r=g\",\"caption\":\"Haziq Asyraf\"},\"description\":\"A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.\",\"sameAs\":[\"https:\/\/www.linkedin.com\/in\/haziq-asyraf-28071992\/\"]}]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"Langkah Check Kereta Sebelum Jalan Jauh & Juga Selepas","description":"Apa yang anda kena buat untuk check kereta sebelum jalan jauh dan selepas? Macam mana pula kalau kereta anda rosak semasa dalam perjalanan?","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"canonical":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/check-kereta-sebelum-jalan-jauh-dan-selepas","og_locale":"en_US","og_type":"article","og_title":"Nak Jalan Jauh? Anda Wajib Periksa Semua Perkara Ini Sebelum & Selepas Perjalanan","og_description":"Korang kena check kereta sebelum dan selepas balik kampung tau, barulah betul-betul selamat!","og_url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/check-kereta-sebelum-jalan-jauh-dan-selepas","og_site_name":"Carsome Malaysia","article_published_time":"2024-01-24T04:00:07+00:00","article_modified_time":"2024-02-07T03:29:23+00:00","og_image":[{"width":1200,"height":801,"url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2024\/01\/aerial-view-shanghai-overpass.webp","type":"image\/webp"}],"author":"Haziq Asyraf","twitter_card":"summary_large_image","twitter_misc":{"Written by":"Haziq Asyraf","Est. reading time":"10 minutes"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"Article","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/check-kereta-sebelum-jalan-jauh-dan-selepas#article","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/check-kereta-sebelum-jalan-jauh-dan-selepas"},"author":{"name":"Haziq Asyraf","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/1ac2459b798778dfb35f629d4c8c1272"},"headline":"Ini Perkara Penting yang Anda Perlu Periksa Sebelum &#038; Selepas Perjalanan Jauh","datePublished":"2024-01-24T04:00:07+00:00","dateModified":"2024-02-07T03:29:23+00:00","mainEntityOfPage":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/check-kereta-sebelum-jalan-jauh-dan-selepas"},"wordCount":1718,"publisher":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization"},"articleSection":["BM","Car Tips"],"inLanguage":"en-US"},{"@type":"WebPage","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/check-kereta-sebelum-jalan-jauh-dan-selepas","url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/check-kereta-sebelum-jalan-jauh-dan-selepas","name":"Langkah Check Kereta Sebelum Jalan Jauh & Juga Selepas","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#website"},"datePublished":"2024-01-24T04:00:07+00:00","dateModified":"2024-02-07T03:29:23+00:00","description":"Apa yang anda kena buat untuk check kereta sebelum jalan jauh dan selepas? Macam mana pula kalau kereta anda rosak semasa dalam perjalanan?","breadcrumb":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/check-kereta-sebelum-jalan-jauh-dan-selepas#breadcrumb"},"inLanguage":"en-US","potentialAction":[{"@type":"ReadAction","target":["https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/check-kereta-sebelum-jalan-jauh-dan-selepas"]}]},{"@type":"BreadcrumbList","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/check-kereta-sebelum-jalan-jauh-dan-selepas#breadcrumb","itemListElement":[{"@type":"ListItem","position":1,"name":"Home","item":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/"},{"@type":"ListItem","position":2,"name":"Ini Perkara Penting yang Anda Perlu Periksa Sebelum &#038; Selepas Perjalanan Jauh"}]},{"@type":"WebSite","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#website","url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/","name":"Carsome Malaysia","description":"","publisher":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization"},"potentialAction":[{"@type":"SearchAction","target":{"@type":"EntryPoint","urlTemplate":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/?s={search_term_string}"},"query-input":"required name=search_term_string"}],"inLanguage":"en-US"},{"@type":"Organization","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization","name":"Carsome","url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/","logo":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/logo\/image\/","url":"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/Carsome-New-Logo1.jpg","contentUrl":"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/Carsome-New-Logo1.jpg","width":980,"height":815,"caption":"Carsome"},"image":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/logo\/image\/"}},{"@type":"Person","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/1ac2459b798778dfb35f629d4c8c1272","name":"Haziq Asyraf","image":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/image\/","url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/e32be78c7f7b667fc9c0c84e5d538063?s=96&d=mm&r=g","contentUrl":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/e32be78c7f7b667fc9c0c84e5d538063?s=96&d=mm&r=g","caption":"Haziq Asyraf"},"description":"A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.","sameAs":["https:\/\/www.linkedin.com\/in\/haziq-asyraf-28071992\/"]}]}},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25126"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/users\/27"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=25126"}],"version-history":[{"count":29,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25126\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":37165,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25126\/revisions\/37165"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media\/37067"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=25126"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=25126"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=25126"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}