{"id":23802,"date":"2021-07-27T18:00:01","date_gmt":"2021-07-27T10:00:01","guid":{"rendered":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/?p=23802"},"modified":"2022-05-28T10:31:38","modified_gmt":"2022-05-28T02:31:38","slug":"kunci-kereta-hilang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/kunci-kereta-hilang","title":{"rendered":"Kunci Kereta Hilang? Ini Perkara Penting yang Boleh Anda Lakukan"},"content":{"rendered":"<p>Kehilangan kunci kereta adalah salah satu pengalaman yang paling menjengkelkan dan menyakitkan hati. Sebagai pemilik kereta, anda mungkin pernah atau bakal berdepan situasi kunci kereta anda hilang tanpa mengetahui sama ada anda terlupa tempat letak atau dicuri tanpa anda sedar. Jika dahulu, kehilangan kunci kereta bukanlah suatu isu yang besar kerana ia boleh digantikan dengan mudah. Namun kini, bukan sahaja kereta yang menjadi semakin canggih, kunci kereta juga turut tidak ketinggalan sekali gus menjadikannya suatu masalah besar jika hilang.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"aligncenter wp-image-23821 size-full\" src=\"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/shutterstock_1681599364.jpg\" alt=\"kunci kereta hilang\" width=\"1000\" height=\"667\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/shutterstock_1681599364.jpg 1000w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/shutterstock_1681599364-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/shutterstock_1681599364-768x512.jpg 768w\" sizes=\"(max-width: 1000px) 100vw, 1000px\" \/><\/p>\n<h2>Apa yang Boleh Anda Lakukan Sekiranya Kunci Kereta Hilang?<\/h2>\n<p>Kehilangan kunci kereta secara amnya menyebabkan anda tiada akses kepada kereta anda. Ia bukan sahaja boleh memeningkan dan menggusarkan anda, malah dalam kes tertentu, anda tidak boleh bergerak ke mana-mana sehinggalah anda menemui atau menggantikan kunci kereta yang telah hilang.<\/p>\n<h3 style=\"padding-left: 40px;\">1. Jangan Panik, Cari Kunci Kereta Anda<\/h3>\n<p style=\"padding-left: 40px;\">Terlalu panik dan bertindak dengan melulu tidak akan membantu anda menemui kunci kereta anda yang telah hilang. Pastikan anda kekal tenang\u2013terlalu panik tidak akan membantu anda dan menghindarkan anda daripada berfikir dengan betul dan waras. Ambil ruang untuk bertenang dan fikirkan rancangan atau penyelesaian kepada masalah yang dihadapi dengan wajar. Ingat kembali lokasi dan masa terakhir anda melihat atau memegang kunci kereta anda.<\/p>\n<h4 style=\"padding-left: 40px;\">Lokasi-lokasi Biasa Tertinggal Kunci Kereta<\/h4>\n<p style=\"padding-left: 40px;\">Periksa kawasan sekitar anda dan dan luangkan masa untuk mencari kunci kereta anda yang hilang sehingga anda benar-benar yakin bahawa anda kehilangannya.<\/p>\n<h5 style=\"padding-left: 80px;\">i. Kunci Kereta Tertinggal dalam Kereta<\/h5>\n<p style=\"padding-left: 80px;\">Dalam sesetengah keadaan, anda mungkin tertinggal kunci kereta anda di dalam kereta anda. Jika anda pasti kunci kereta tertinggal di dalam kereta, minta bantuan tukang kunci untuk membantu membuka pintu kereta anda. Biasanya, tukang kunci mempunyai peralatan yang lengkap yang boleh membantu anda mendapatkan semula kunci kereta tanpa merosakkan kereta anda.<\/p>\n<h5 style=\"padding-left: 80px;\">ii. Celah-celah Sofa atau dalam Poket Seluar<\/h5>\n<p style=\"padding-left: 80px;\">Anda juga boleh memeriksa bahagian celah sofa atau dalam poket seluar terakhir yang anda pakai. Kunci kereta anda mungkin terjatuh daripada poket seluar anda semasa anda duduk atau masih berada dalam poket seluar terakhir yang anda pakai. Periksa lokasi-lokasi sebegini untuk kepastian.<\/p>\n<h5 style=\"padding-left: 80px;\">iii. Bakul atau Bekas Mainan Anak-anak<\/h5>\n<p style=\"padding-left: 80px;\">Meskipun kedengaran agak kelakar, kunci kereta yang hilang biasanya dijumpai dalam bekas atau bakul mainan anak-anak. Kunci sama ada kunci rumah atau kunci kereta boleh dikatakan sebagai objek mainan <span style=\"color: #ff9900;\"><a style=\"color: #ff9900;\" href=\"https:\/\/www.majalahpama.my\/obses-bayi-kepada-remote-control-kunci-telefon-nak-tau-kenapa-ini-antara-sebabnya-1\/\">kegemaran anak kecil<\/a><\/span>\u2013kunci biasanya diperbuat daripada logam, berkilat dan menghasilkan bunyi berpotensi menarik perhatian si kecil.<\/p>\n<h3 style=\"padding-left: 40px;\">2. Sediakan Maklumat Kereta Anda<\/h3>\n<p style=\"padding-left: 40px;\">Sekiranya anda masih tidak menemui kunci kereta anda dan anda pasti akan kehilangan kunci kereta tersebut, sediakan maklumat yang berkaitan untuk memudahkan urusan anda. Maklumat berkaitan kereta penting untuk mendapatkan kunci ganti yang sesuai daripada pengedar atau tukang kunci kereta. Anda perlu mendapatkan <em style=\"font-size: 16px;\">vehicle identification number<\/em><span style=\"font-size: 16px;\"> (VIN) <\/span>atau nombor pendaftaran kenderaan, model dan tahun buatan, nombor pendaftaran kereta, maklumat pengenalan peribadi dan lokasi semasa anda.<\/p>\n<blockquote><p>Tip Pro: Sekiranya anda mengesyaki bahawa kunci kereta anda dicuri dan tidak hilang, anda perlu melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis untuk siasatan dan semakan lanjut.<\/p><\/blockquote>\n<p style=\"padding-left: 40px;\">Kesemua maklumat ini diperlukan untuk memastikan bahawa kereta yang kehilangan kunci tersebut benar-benar milik anda. Malah, butiran kenderaan diperlukan supaya kunci ganti dapat diprogramkan semula mengikut spesifikasi kunci asal.<\/p>\n<h3 style=\"padding-left: 40px;\">3. Buat Kunci Kereta Ganti<\/h3>\n<p style=\"padding-left: 40px;\">Kehilangan kunci kereta boleh memeningkan kepala lebih-lebih lagi sekiranya anda berada dalam situasi tergesa-gesa ingin ke tempat kerja atau ada urusan kecemasan yang perlu diselesaikan segera. Jika anda berdepan situasi sebegini, anda boleh mempertimbangkan untuk buat kunci kereta ganti atau penggantian kunci kereta hilang melalui alternatif yang tersedia seperti berikut:<\/p>\n<ol>\n<li style=\"list-style-type: none;\">\n<ol>\n<li style=\"list-style-type: none;\">\n<ol>\n<li>Pusat pengedaran kereta\u2013lebih mahal berbanding perkhidmatan tukang kunci, tidak sesuai untuk situasi kecemasan;<\/li>\n<li>DIY sendiri\u2013memerlukan peralatan dan pengetahuan tertentu untuk melakukannya untuk mengelakkan kerosakan yang lebih serius;<\/li>\n<li>Perkhidmatan tukang kunci\u2013lebih cepat, efisien dan menjimatkan berbanding perkhidmatan pusat pengedaran kereta.<\/li>\n<\/ol>\n<\/li>\n<\/ol>\n<\/li>\n<\/ol>\n<h4 style=\"padding-left: 40px;\">Apakah Jenis Kunci Kereta yang Telah Hilang?<\/h4>\n<p style=\"padding-left: 40px;\">Sebelum menggantikan kunci kereta yang hilang, anda perlu mengetahui jenis kunci kereta anda. Berikut merupakan antara jenis kunci kereta yang biasa digunakan untuk panduan dan rujukan anda:<\/p>\n<h5 style=\"padding-left: 80px;\">i. Kunci Kereta Tradisional<\/h5>\n<p style=\"padding-left: 80px;\">Sekiranya kunci kereta jenis ini hilang, anda boleh mendapatkan bantuan daripada tukang kunci untuk membuat kunci kereta ganti untuk kereta anda. Mekanisme bagi kunci jenis ini biasanya tidak terlalu rumit\u2013anda boleh menyelesaikan masalah kehilangan kunci jenis ini dengan mudah. Namun begitu, dalam kes-kes tertentu, anda perlu menukar silinder kunci pencucuh atau <em>ignition lock<\/em> yang baharu sekiranya ia tidak sepadan dengan kunci ganti yang dihasilkan oleh tukang kunci.<\/p>\n<p style=\"padding-left: 80px;\">Meskipun begitu, situasi ini jarang berlaku kerana kereta model lama dan kunci kereta tradisional biasanya bersifat mekanikal dan tidak terlalu kompleks.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"aligncenter wp-image-23844 size-full\" src=\"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/shutterstock_1367875733.jpg\" alt=\"Switchblade Key | Kunci Kereta Boleh Lipat Hilang\" width=\"1000\" height=\"667\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/shutterstock_1367875733.jpg 1000w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/shutterstock_1367875733-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/shutterstock_1367875733-768x512.jpg 768w\" sizes=\"(max-width: 1000px) 100vw, 1000px\" \/><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<h5 style=\"padding-left: 80px;\"><span style=\"color: #000000;\">ii. Kunci Kereta Boleh Lipat<\/span><\/h5>\n<p style=\"padding-left: 80px;\">Kebanyakan pengeluar kereta hari ini beralih kepada mekanisme kunci lipat. Secara amnya, kunci kereta boleh lipat membolehkan anda melipat (mekanisme sama seperti pisau lipat) sekiranya tidak digunakan dan anda hanya perlu menekan butang kecil sekiranya ingin menggunakan kunci. Ia secara tidak langsung memberikan lapisan keselamatan dengan transponder yang diprogramkan sekali gus dapat mencegah kecurian. Namun begitu, anda mungkin tidak dapat menghidupkan kereta tanpa transponder tersebut jika kunci kereta anda hilang.<\/p>\n<p style=\"padding-left: 80px;\">Anda boleh menghadapi masalah sekiranya anda kehilangan kunci kereta jenis ini. Biasanya, penggantian kunci jenis ini dikatakan lebih mahal berbanding kunci fob biasa. Dalam situasi sebegini, anda mempunyai dua pilihan yang boleh anda pertimbangkan:<\/p>\n<ul>\n<li style=\"list-style-type: none;\">\n<ul>\n<li style=\"list-style-type: none;\">\n<ul>\n<li>Pertama\u2013anda boleh masuk ke dalam kereta dan menghidupkan kereta menggunakan kunci ganti (jika ada);<\/li>\n<li>Kedua\u2013anda perlu menunda kereta anda ke wakil pengedar berdekatan bagi mendapatkan kunci ganti yang telah diprogram semula untuk kereta anda.<\/li>\n<\/ul>\n<\/li>\n<\/ul>\n<\/li>\n<\/ul>\n<h5 style=\"padding-left: 80px;\">iii. Kunci Transponder<\/h5>\n<p style=\"padding-left: 80px;\">Kunci jenis ini dikatakan lebih moden berbanding kunci tradisional. Umumnya, kunci transponder dilengkapi dengan cip terbina dalam (<em>built-in chip<\/em>) yang akan menghantar isyarat kepada ECU bahawa kunci yang betul sedang digunakan. Ia secara tidak langsung membolehkan enjin kereta dihidupkan dengan mudah. Jika anda hilang kunci kereta jenis ini, hubungi tukang kunci yang mahir dengan jenis kunci tersebut.<\/p>\n<p style=\"padding-left: 80px;\">Biasanya, tukang kunci memiliki kunci ganti yang mempunyai cip yang sama dengan kunci kereta asal. Harga untuk <em>duplicate<\/em> kunci jenis ini biasanya lebih mahal berbanding kunci kereta tradisional.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"wp-image-23840 size-full\" src=\"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/shutterstock_520095508.jpg\" alt=\"Car Key Fob | Kunci Kereta dan Fob\" width=\"1000\" height=\"700\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/shutterstock_520095508.jpg 1000w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/shutterstock_520095508-300x210.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/shutterstock_520095508-768x538.jpg 768w\" sizes=\"(max-width: 1000px) 100vw, 1000px\" \/><\/p>\n<h5 style=\"padding-left: 80px;\">iv. Kunci Kereta dan Fob Luaran<\/h5>\n<p style=\"padding-left: 80px;\">Sekiranya kereta anda menggunakan kunci kereta dengan fob luaran dan fob tersebut hilang, anda masih boleh masuk ke dalam kereta anda menggunakan kunci kereta anda. Namun begitu, anda perlu mendapatkan bantuan tukang kunci untuk membuat kunci ganti bagi menghidupkan kereta anda sekiranya anda kehilangan kunci kereta. Dalam situasi anda hilang kedua-dua kunci kereta dan fob, anda boleh menggantikan kunci kereta terlebih dahulu sebelum menggantikan fob.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"aligncenter wp-image-23841 size-full\" src=\"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/shutterstock_1904929018.jpg\" alt=\"smart key | kunci pintar\" width=\"1000\" height=\"668\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/shutterstock_1904929018.jpg 1000w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/shutterstock_1904929018-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/shutterstock_1904929018-768x513.jpg 768w\" sizes=\"(max-width: 1000px) 100vw, 1000px\" \/><\/p>\n<h5 style=\"padding-left: 80px;\">v. Kunci Pintar<\/h5>\n<p style=\"padding-left: 80px;\">Hampir kesemua kereta moden yang dihasilkan hari ini dilengkapi dengan sistem kemasukan tanpa kunci atau<em> keyless entry<\/em> di dunia butang <em>push start<\/em>. Dalam erti kata lain, peningkatan kebergantungan terhadap teknologi dan sistem elektronik akan meningkatkan kos yang perlu ditanggung sekiranya berlaku kehilangan kunci. Jika kunci pintar atau <em>smart key<\/em> kereta anda hilang, anda tiada pilihan lain selain mendapatkan kunci ganti atau membawa kereta anda ke wakil pengedar terdekat untuk mendapatkan kunci ganti yang sepadan untuk kereta anda.<\/p>\n<p style=\"padding-left: 80px;\">Dalam kes-kes tertentu, anda mungkin perlu menunggu stok dengan lebih lama sekiranya pengedar tidak mempunyai kunci pintar yang sepadan untuk kereta anda.<\/p>\n<h2>Soalan Lazim Berkaitan Kunci Kereta Hilang<\/h2>\n<p>Carsome menyenaraikan soalan-soalan lazim yang biasa ditanya sekiranya berlaku kehilangan kunci kereta seperti berikut:<\/p>\n<h6 style=\"padding-left: 40px;\"><strong>1. Apakah maklumat yang perlu ada sekiranya kunci kereta saya hilang?<\/strong><\/h6>\n<p style=\"padding-left: 40px;\">Pemberian maklumat yang lengkap kepada tukang kunci atau pengedar kereta mengenai kunci kereta yang hilang seperti jenis kunci kereta membolehkan proses penggantian kunci kereta dapat dilakukan dengan lebih baik dan berkesan. Anda perlu menyediakan maklumat seperti berikut untuk memudahkan proses penggantian kunci kereta:<\/p>\n<ol>\n<li style=\"list-style-type: none;\">\n<ul>\n<li>Model dan tahun buatan;<\/li>\n<li><span style=\"color: #ff9900;\"><a style=\"color: #ff9900;\" href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/jpjebid-sistem-bidaan-nombor-pendaftaran-kenderaan-dalam-talian\">Nombor plat kereta<\/a> <\/span>atau nombor pendaftaran kenderaan;<\/li>\n<li>Nombor pengenalan kenderaan atau<em> vehicle identification number<\/em> (VIN);<\/li>\n<li>Lokasi semasa;<\/li>\n<li>Maklumat pengenalan diri.<\/li>\n<\/ul>\n<\/li>\n<\/ol>\n<h6 style=\"padding-left: 40px;\"><strong>2. Bolehkah saya mendapatkan kunci pendua untuk menggantikan kunci asal yang hilang?<\/strong><\/h6>\n<p style=\"padding-left: 40px;\">Secara amnya, anda boleh mendapatkan kunci pendua tanpa kunci asal. Kebanyakan tukang kunci hari ini dilengkapi dengan peralatan dan teknologi yang diperlukan bagi membolehkan mereka memprogram atau menetapkan semula kunci kereta yang sama dengan kunci kereta asal yang telah hilang.<\/p>\n<h6 style=\"padding-left: 40px;\"><strong>3. Berapakah tempoh masa yang diperlukan untuk mendapatkan kunci pendua?<\/strong><\/h6>\n<p style=\"padding-left: 40px;\">Biasanya, proses penggantian kunci memakan masa antara 10 hingga 30 minit. Namun begitu, ia bergantung pada jenis kunci dan tahap kerumitan sistem transponder kereta.<\/p>\n<h6 style=\"padding-left: 40px;\"><strong>4. Berapakah harga<em> duplicate<\/em> kunci kereta atau kos yang diperlukan untuk menggantikan kunci kereta yang hilang?<\/strong><\/h6>\n<p style=\"padding-left: 40px;\">Kos penggantian kunci kereta yang hilang boleh menelan belanja antara RM100 hingga RM300 (atau mungkin lebih) bergantung pada jenis model kenderaan anda dan kerumitan proses penggantian secara keseluruhan. Namun begitu, kos penggantian melalui perkhidmatan tukang kunci biasanya jauh lebih rendah berbanding perkhidmatan pengedar kereta anda. Anda disarankan untuk mendapatkan sebut harga daripada beberapa vendor terlebih dahulu untuk kepastian.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"aligncenter wp-image-23822 size-full\" src=\"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/shutterstock_1592566858.jpg\" alt=\"tukang kunci kereta\" width=\"1000\" height=\"667\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/shutterstock_1592566858.jpg 1000w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/shutterstock_1592566858-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/shutterstock_1592566858-768x512.jpg 768w\" sizes=\"(max-width: 1000px) 100vw, 1000px\" \/><\/p>\n<p>Semoga perkongsian maklumat ini dapat membantu anda sekiranya anda berdepan dengan situasi kehilangan kunci kereta anda. Seperti yang biasa didengari, mencegah lebih baik berbanding mengubati\u2013anda disarankan untuk sentiasa berwaspada dan berhati-hati untuk mengelakkan kunci kereta anda daripada hilang yang boleh menyebabkan anda menanggung kos penggantian dan perbelanjaan yang tidak perlu.<\/p>\n<p>Selain itu, jika anda sedang merancang untuk\u00a0<span style=\"color: #ff9900;\"><a class=\"c-link\" style=\"color: #ff9900;\" href=\"https:\/\/www.carsome.my\/sell-car\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\" data-stringify-link=\"https:\/\/www.carsome.my\/sell-car\/\" data-sk=\"tooltip_parent\">menjual kereta lama<\/a><\/span>\u00a0atau\u00a0<span style=\"color: #ff9900;\"><a class=\"c-link\" style=\"color: #ff9900;\" href=\"https:\/\/www.carsome.my\/buy-car\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\" data-stringify-link=\"https:\/\/www.carsome.my\/buy-car\" data-sk=\"tooltip_parent\">membeli kereta terpakai<\/a><\/span>, anda boleh layari laman web Carsome untuk info lanjut. Carsome merupakan <span style=\"color: #ff9900;\"><a style=\"color: #ff9900;\" href=\"https:\/\/www.carsome.my\/\">platform jual beli kereta terpakai<\/a> <\/span>yang menawarkan perkhidmatan jual beli kereta terpakai yang profesional, mudah dan pantas!<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kehilangan kunci kereta adalah salah satu pengalaman yang paling menjengkelkan dan menyakitkan hati. Sebagai pemilik kereta, anda mungkin pernah atau bakal berdepan situasi kunci kereta anda hilang tanpa mengetahui sama ada anda terlupa tempat letak atau dicuri tanpa anda sedar. Jika dahulu, kehilangan kunci kereta bukanlah suatu isu yang besar kerana ia boleh digantikan dengan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":27,"featured_media":27272,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[116],"tags":[],"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v21.7 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>Kunci Kereta Hilang? Ini Perkara Penting yang Boleh Anda Lakukan<\/title>\n<meta name=\"description\" content=\"Sekiranya anda berdepan situasi kunci kereta hilang atau tertinggal dalam kereta, ketahui lokasi buat kunci, harga duplicate kunci kereta untuk panduan.\" \/>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/kunci-kereta-hilang\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"en_US\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Kunci Kereta Hilang? Ini Perkara Penting yang Boleh Anda Lakukan\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"Sekiranya anda berdepan situasi kunci kereta hilang atau tertinggal dalam kereta, ketahui lokasi buat kunci, harga duplicate kunci kereta untuk panduan.\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/kunci-kereta-hilang\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"Carsome Malaysia\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2021-07-27T10:00:01+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2022-05-28T02:31:38+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/carsome-kunci-kereta.jpg\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"1061\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"707\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:type\" content=\"image\/jpeg\" \/>\n<meta name=\"author\" content=\"Haziq Asyraf\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"Haziq Asyraf\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"7 minutes\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\/\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"Article\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/kunci-kereta-hilang#article\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/kunci-kereta-hilang\"},\"author\":{\"name\":\"Haziq Asyraf\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/43a416c54d64742ffef97eca530e6216\"},\"headline\":\"Kunci Kereta Hilang? Ini Perkara Penting yang Boleh Anda Lakukan\",\"datePublished\":\"2021-07-27T10:00:01+00:00\",\"dateModified\":\"2022-05-28T02:31:38+00:00\",\"mainEntityOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/kunci-kereta-hilang\"},\"wordCount\":1492,\"publisher\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization\"},\"articleSection\":[\"BM\"],\"inLanguage\":\"en-US\"},{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/kunci-kereta-hilang\",\"url\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/kunci-kereta-hilang\",\"name\":\"Kunci Kereta Hilang? Ini Perkara Penting yang Boleh Anda Lakukan\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#website\"},\"datePublished\":\"2021-07-27T10:00:01+00:00\",\"dateModified\":\"2022-05-28T02:31:38+00:00\",\"description\":\"Sekiranya anda berdepan situasi kunci kereta hilang atau tertinggal dalam kereta, ketahui lokasi buat kunci, harga duplicate kunci kereta untuk panduan.\",\"breadcrumb\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/kunci-kereta-hilang#breadcrumb\"},\"inLanguage\":\"en-US\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"ReadAction\",\"target\":[\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/kunci-kereta-hilang\"]}]},{\"@type\":\"BreadcrumbList\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/kunci-kereta-hilang#breadcrumb\",\"itemListElement\":[{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":1,\"name\":\"Home\",\"item\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":2,\"name\":\"Kunci Kereta Hilang? Ini Perkara Penting yang Boleh Anda Lakukan\"}]},{\"@type\":\"WebSite\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#website\",\"url\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/\",\"name\":\"Carsome Malaysia\",\"description\":\"\",\"publisher\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization\"},\"potentialAction\":[{\"@type\":\"SearchAction\",\"target\":{\"@type\":\"EntryPoint\",\"urlTemplate\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/?s={search_term_string}\"},\"query-input\":\"required name=search_term_string\"}],\"inLanguage\":\"en-US\"},{\"@type\":\"Organization\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization\",\"name\":\"Carsome\",\"url\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/\",\"logo\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/logo\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/Carsome-New-Logo1.jpg\",\"contentUrl\":\"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/Carsome-New-Logo1.jpg\",\"width\":980,\"height\":815,\"caption\":\"Carsome\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/logo\/image\/\"}},{\"@type\":\"Person\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/43a416c54d64742ffef97eca530e6216\",\"name\":\"Haziq Asyraf\",\"image\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/e32be78c7f7b667fc9c0c84e5d538063?s=96&d=mm&r=g\",\"contentUrl\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/e32be78c7f7b667fc9c0c84e5d538063?s=96&d=mm&r=g\",\"caption\":\"Haziq Asyraf\"},\"description\":\"A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.\",\"sameAs\":[\"https:\/\/www.linkedin.com\/in\/haziq-asyraf-28071992\/\"]}]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"Kunci Kereta Hilang? Ini Perkara Penting yang Boleh Anda Lakukan","description":"Sekiranya anda berdepan situasi kunci kereta hilang atau tertinggal dalam kereta, ketahui lokasi buat kunci, harga duplicate kunci kereta untuk panduan.","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"canonical":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/kunci-kereta-hilang","og_locale":"en_US","og_type":"article","og_title":"Kunci Kereta Hilang? Ini Perkara Penting yang Boleh Anda Lakukan","og_description":"Sekiranya anda berdepan situasi kunci kereta hilang atau tertinggal dalam kereta, ketahui lokasi buat kunci, harga duplicate kunci kereta untuk panduan.","og_url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/kunci-kereta-hilang","og_site_name":"Carsome Malaysia","article_published_time":"2021-07-27T10:00:01+00:00","article_modified_time":"2022-05-28T02:31:38+00:00","og_image":[{"width":1061,"height":707,"url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/carsome-kunci-kereta.jpg","type":"image\/jpeg"}],"author":"Haziq Asyraf","twitter_card":"summary_large_image","twitter_misc":{"Written by":"Haziq Asyraf","Est. reading time":"7 minutes"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"Article","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/kunci-kereta-hilang#article","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/kunci-kereta-hilang"},"author":{"name":"Haziq Asyraf","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/43a416c54d64742ffef97eca530e6216"},"headline":"Kunci Kereta Hilang? Ini Perkara Penting yang Boleh Anda Lakukan","datePublished":"2021-07-27T10:00:01+00:00","dateModified":"2022-05-28T02:31:38+00:00","mainEntityOfPage":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/kunci-kereta-hilang"},"wordCount":1492,"publisher":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization"},"articleSection":["BM"],"inLanguage":"en-US"},{"@type":"WebPage","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/kunci-kereta-hilang","url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/kunci-kereta-hilang","name":"Kunci Kereta Hilang? Ini Perkara Penting yang Boleh Anda Lakukan","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#website"},"datePublished":"2021-07-27T10:00:01+00:00","dateModified":"2022-05-28T02:31:38+00:00","description":"Sekiranya anda berdepan situasi kunci kereta hilang atau tertinggal dalam kereta, ketahui lokasi buat kunci, harga duplicate kunci kereta untuk panduan.","breadcrumb":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/kunci-kereta-hilang#breadcrumb"},"inLanguage":"en-US","potentialAction":[{"@type":"ReadAction","target":["https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/kunci-kereta-hilang"]}]},{"@type":"BreadcrumbList","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/kunci-kereta-hilang#breadcrumb","itemListElement":[{"@type":"ListItem","position":1,"name":"Home","item":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/"},{"@type":"ListItem","position":2,"name":"Kunci Kereta Hilang? Ini Perkara Penting yang Boleh Anda Lakukan"}]},{"@type":"WebSite","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#website","url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/","name":"Carsome Malaysia","description":"","publisher":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization"},"potentialAction":[{"@type":"SearchAction","target":{"@type":"EntryPoint","urlTemplate":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/?s={search_term_string}"},"query-input":"required name=search_term_string"}],"inLanguage":"en-US"},{"@type":"Organization","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization","name":"Carsome","url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/","logo":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/logo\/image\/","url":"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/Carsome-New-Logo1.jpg","contentUrl":"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/Carsome-New-Logo1.jpg","width":980,"height":815,"caption":"Carsome"},"image":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/logo\/image\/"}},{"@type":"Person","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/43a416c54d64742ffef97eca530e6216","name":"Haziq Asyraf","image":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/image\/","url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/e32be78c7f7b667fc9c0c84e5d538063?s=96&d=mm&r=g","contentUrl":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/e32be78c7f7b667fc9c0c84e5d538063?s=96&d=mm&r=g","caption":"Haziq Asyraf"},"description":"A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.","sameAs":["https:\/\/www.linkedin.com\/in\/haziq-asyraf-28071992\/"]}]}},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23802"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/users\/27"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23802"}],"version-history":[{"count":15,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23802\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":27273,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23802\/revisions\/27273"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media\/27272"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23802"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23802"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23802"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}