{"id":22735,"date":"2021-05-07T12:00:49","date_gmt":"2021-05-07T04:00:49","guid":{"rendered":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/?p=22735"},"modified":"2021-05-07T15:37:19","modified_gmt":"2021-05-07T07:37:19","slug":"ujian-memandu-syarat-asas-cara-daftar-kelas-jenis-ujian-lesen-memandu-malaysia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/ujian-memandu-syarat-asas-cara-daftar-kelas-jenis-ujian-lesen-memandu-malaysia","title":{"rendered":"Ujian Memandu: Syarat Asas, Cara Daftar, Kelas dan Ujian Lesen Memandu Malaysia"},"content":{"rendered":"<p>Lesen memandu merupakan dokumen rasmi yang membolehkan seseorang individu mengendalikan sesebuah kenderaan bermotor tidak kira sama ada kereta, motosikal, lori atau bas. Kebiasaannya, peraturan berkaitan lesen memandu adalah berbeza mengikut negara. Di Malaysia misalnya, pemandu yang ingin menggunakan kenderaan bermotor di atas jalan raya diwajibkan untuk lulus ujian memandu sebelum lesen memandu boleh dikeluarkan.<\/p>\n<p>Untuk anda yang masih belum memiliki lesen memandu dan sedang berkira-kira untuk menjalani ujian memandu, Carsome menyenaraikan harga lesen kereta dan motor terkini, langkah pendaftaran yang perlu dilakukan untuk mendapatkan <span style=\"color: #ff9900;\"><a style=\"color: #ff9900;\" href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/perbaharui-lesen-memandu-dalam-talian\">lesen memandu<\/a> <\/span>dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan untuk panduan anda.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"aligncenter wp-image-20093 size-full\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2020\/12\/shutterstock_1864057921.jpg\" sizes=\"(max-width: 1000px) 100vw, 1000px\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2020\/12\/shutterstock_1864057921.jpg 1000w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2020\/12\/shutterstock_1864057921-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2020\/12\/shutterstock_1864057921-768x512.jpg 768w\" alt=\"latihan di litar sekolah memandu\" width=\"1000\" height=\"667\" \/><\/p>\n<h2>Syarat Asas untuk Mendapatkan Lesen Memandu Malaysia<\/h2>\n<p>Ujian memandu di Malaysia boleh dilakukan dengan syarat seseorang individu melepasi keperluan-keperluan asas yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ):<\/p>\n<ol>\n<li>Kelayakan umur;<\/li>\n<li>Tahap kesihatan bakal pemandu \u2013 sihat tubuh badan, boleh melihat dengan baik sehingga jarak sekurang-kurangnya 23 meter dan tidak buta warna;<\/li>\n<li>Mampu memahami peraturan dan undang-undang jalan raya di Malaysia.<\/li>\n<\/ol>\n<p>Bagi aspek kelayakan umur, seseorang individu yang ingin menjalani ujian memandu perlu melepasi kriteria umum minimum yang ditetapkan bergantung pada jenis lesen dan kenderaan yang ingin dipandu seperti berikut:<\/p>\n<ol>\n<li>\u00a016 tahun dan ke atas \u2013 Lesen memandu (motosikal) kelas A, B2, B penuh atau C;<\/li>\n<li>17 tahun dan ke atas \u2013 Lesen memandu (kereta) kelas D atau DA;<\/li>\n<li>21 tahun dan ke atas \u2013 Lesen memandu kelas E hingga kelas I (memiliki lesen CDL yang sah).<\/li>\n<\/ol>\n<p>Bagi calon OKU pula, calon perlu mendapatkan borang pemeriksaan kesihatan daripada mana-mana cawangan-cawangan JPJ berdekatan. Calon juga perlu mendapatkan pengesahan layak memandu atau menunggang daripada Pegawai Perubatan di mana-mana klinik atau hospital kesihatan kerajaan. Bagi pemohon bukan warganegara atau penduduk tetap, calon perlu memiliki pasport dan visa pelawat yang sah bagi tempoh sekurang-kurangnya 1 bulan untuk melayakkan diri untuk mendapatkan lesen kereta atau motor di Malaysia.<\/p>\n<h2>Jenis dan Kelas Lesen Memandu di Malaysia<\/h2>\n<p>Jenis dan kelas lesen memandu di Malaysia ditetapkan berdasarkan tahap kelayakan pemandu serta jenis kegunaan kenderaan. Carsome menyenaraikan lima jenis lesen memandu berdasarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia seperti berikut untuk panduan anda:<\/p>\n<h3 style=\"padding-left: 40px;\">1. <em>Learner Driving License<\/em> (LDL) atau Lesen Belajar Memandu<\/h3>\n<ul>\n<li style=\"list-style-type: none;\">\n<ul>\n<li>Lesen L ini membolehkan seseorang individu belajar memandu mengikut kelas yang ditetapkan seperti B, B2, D dan E di bawah pengawasan jurulatih berpengalaman Institut Memandu.<\/li>\n<li>Lesen perlu diperbaharui setiap 3 bulan atau 6 bulan jika masih belum mengambil atau masih belum lulus ujian JPJ.<\/li>\n<li>Tempoh sah lesen L ialah selama 2 tahun bermula tarikh ia dikeluarkan. Jika lesen L telah tamat tempoh 2 tahun, anda perlu mengulangi semula proses daripada awal untuk mendapatkan lesen memandu.<\/li>\n<\/ul>\n<\/li>\n<\/ul>\n<h3 style=\"padding-left: 40px;\">2.<em> Probationary Driving License<\/em>\u00a0(PDL) atau Lesen Memandu Percubaan<\/h3>\n<ul>\n<li style=\"list-style-type: none;\">\n<ul>\n<li>Lesen P diberikan kepada pemandu baharu yang telah lulus ujian dan prosedur pembelajaran Institut Memandu.<\/li>\n<li>Lesen ini sah untuk tempoh dua tahun.<\/li>\n<\/ul>\n<\/li>\n<\/ul>\n<h3 style=\"padding-left: 40px;\">3.<em> Competent Driving License<\/em>\u00a0(CDL) atau Lesen Memandu Kompeten<\/h3>\n<ul>\n<li style=\"list-style-type: none;\">\n<ul>\n<li>Ia merujuk pada lesen memandu penuh yang sah yang diberikan kepada pemandu setelah tamat tempoh percubaan selama dua tahun.<\/li>\n<\/ul>\n<\/li>\n<\/ul>\n<h3 style=\"padding-left: 40px;\">4. <em>Vocational Driving License<\/em>\u00a0(VDL) atau\u00a0<em>Commercial Driving License<\/em>\u00a0atau Lesen Memandu Vokasional<\/h3>\n<ul>\n<li style=\"list-style-type: none;\">\n<ul>\n<li>Ia merupakan lesen memandu khas untuk pemandu kenderaan komersial seperti lori dan bas.<\/li>\n<li>Lesen ini dikeluarkan secara bersama oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).<\/li>\n<\/ul>\n<\/li>\n<\/ul>\n<h3 style=\"padding-left: 40px;\">5. <em>International Driving Permit<\/em> (IDP) atau Permit Memandu Antarabangsa<\/h3>\n<ul>\n<li style=\"list-style-type: none;\">\n<ul>\n<li>Lesen ini membolehkan warganegara Malaysia memandu kenderaan di luar negara.<\/li>\n<li>Permohonan Permit Memandu Antarabangsa boleh dibuat di mana-mana pejabat JPJ Negeri atau Cawangan atau di pejabat Persatuan Automobil Malaysia (AAM).<\/li>\n<\/ul>\n<\/li>\n<\/ul>\n<p>Selain itu, kelas lesen memandu pula ditetapkan berdasarkan jenis dan kapasiti kenderaan. Carsome menyenaraikan senarai lengkap kelas lesen memandu seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia seperti berikut:<\/p>\n<table>\n<tbody>\n<tr>\n<td width=\"85\">A<\/td>\n<td width=\"516\">Kenderaan Orang Cacat (Motosikal) dengan berat tanpa muatan tidak melebihi 450kg<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"85\">A1<\/td>\n<td width=\"516\">Kenderaan Orang Cacat (Motokar) dengan berat tanpa muatan tidak melebihi 3500kg<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"85\">B<\/td>\n<td width=\"516\">Motosikal (Perseorangan) \u2013 melebihi 500cc<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"85\">B1<\/td>\n<td width=\"516\">Motosikal (Perseorangan) \u2013 tidak melebihi 500cc<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"85\">B2<\/td>\n<td width=\"516\">Motosikal tidak melebihi 250cc<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"85\">C<\/td>\n<td width=\"516\">Motosikal Tiga Roda<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"85\">D<\/td>\n<td width=\"516\">Motokar \u2013 berat tanpa muatan tidak melebihi 3500kg<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"85\">DA<\/td>\n<td width=\"516\">Motor Tanpa Pedal Klac \u2013 berat tanpa muatan tidak melebihi 3500kg<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"85\">E<\/td>\n<td width=\"516\">Motokar Berat \u2013 berat tanpa muatan melebihi 7500kg<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"85\">E1<\/td>\n<td width=\"516\">Motokar Berat \u2013 berat tanpa muatan tidak melebihi 7500kg<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"85\">E2<\/td>\n<td width=\"516\">Motokar Berat \u2013 berat tanpa muatan tidak melebihi 5000kg<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"85\">F<\/td>\n<td width=\"516\">Traktor\/Jentera Bergerak Ringan (Beroda) \u2013 berat tanpa muatan tidak melebihi 5000kg<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"85\">G<\/td>\n<td width=\"516\">Traktor\/Jentera Bergerak Ringan (Berantai) \u2013 berat tanpa muatan tidak melebihi 5000kg<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"85\">H<\/td>\n<td width=\"516\">Traktor\/Jentera Bergerak Berat (Beroda) \u2013 berat tanpa muatan melebihi 5000kg<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"85\">I<\/td>\n<td width=\"516\">Traktor\/Jentera Bergerak Berat (Berantai) \u2013 berat tanpa muatan melebihi 5000kg<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"85\">M<\/td>\n<td width=\"516\">Hukuman Mahkamah<\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n<h2><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"aligncenter wp-image-20096 size-full\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2020\/12\/shutterstock_364522112.jpg\" sizes=\"(max-width: 1000px) 100vw, 1000px\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2020\/12\/shutterstock_364522112.jpg 1000w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2020\/12\/shutterstock_364522112-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2020\/12\/shutterstock_364522112-768x512.jpg 768w\" alt=\"sekolah memandu\/institut memandu di Malaysia\" width=\"1000\" height=\"667\" \/><\/h2>\n<h2>Peraturan Ujian Memandu Baharu 2021<\/h2>\n<p>Berdasarkan peraturan baharu ujian memandu 2021, setiap institut memandu wajib memaparkan kadar bayaran harga baharu bagi lesen memandu motosikal atau kereta. Selain itu, setiap kenderaan yang digunakan turut akan dilengkapi dengan kamera untuk mengelakkan penguji mengambil kesempatan termasuk mengagalkan ujian tanpa sebab dan alasan yang kukuh. Ujian tanpa penguji akan turut dilaksanakan dan tiada lagi ujian praktikal bersama kakitangan JPJ akan dilakukan. Malah, ujian komputer juga akan dipantau sepenuhnya melalui sistem video dalam bilik ujian.<\/p>\n<h2>Ujian Memandu: Cara Daftar Lesen Memandu<\/h2>\n<p>Untuk anda yang ingin mendapatkan lesen kereta atau lesen motosikal buat pertama kali, Carsome menyenaraikan langkah-langkah di bawah untuk membantu memudahkan urusan mendapatkan lesen memandu pertama anda:<\/p>\n<h3 style=\"padding-left: 40px;\">1. Daftar Lesen Memandu<\/h3>\n<p style=\"padding-left: 40px;\">Anda boleh hubungi Institut Memandu pilihan anda. Pegawai Pemasaran di Institut Memandu pilihan akan membantu menjawab segala persoalan dan menguruskan pendaftaran kursus untuk mendapatkan lesen memandu anda.<\/p>\n<h3 style=\"padding-left: 40px;\">2. Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP01)<\/h3>\n<p style=\"padding-left: 40px;\">Kursus KPP01 akan diadakan selama 6 jam dan biasanya dilakukan pada hujung minggu. Calon disarankan untuk berpakaian kemas dan sopan semasa mengikuti kursus ini.<\/p>\n<h3 style=\"padding-left: 40px;\">3. Ujian Komputer Lesen Memandu<\/h3>\n<p style=\"padding-left: 40px;\">Setelah menghadiri kursus KPP01, calon perlu menduduki ujian Teori Undang-undang Komputer selama 45 minit. Markah lulus minimum untuk ujian ini ialah sebanyak 42\/50. Jika gagal, calon perlu menduduki ujian ulangan. Anda boleh melihat contoh soalan ujian komputer lesen memandu <span style=\"color: #ff9900;\"><a style=\"color: #ff9900;\" href=\"https:\/\/ujiankpp.com\/\">di sini<\/a><\/span>.<\/p>\n<h3 style=\"padding-left: 40px;\">4. Lesen L<\/h3>\n<p style=\"padding-left: 40px;\">Calon akan diberikan Lesen L (<em>Learner Driving License<\/em>) dalam tempoh seminggu selepas lulus ujian komputer.<\/p>\n<h3 style=\"padding-left: 40px;\">5. Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP02)<\/h3>\n<p style=\"padding-left: 40px;\">Kursus ini merujuk kepada latihan praktikal di dalam litar selama lapan jam. Bagi mendapatkan lesen motosikal, calon akan menjalani latihan praktikal seperti membuat pusingan 8, laluan titi, halangan kon, dan brek kecemasan. Bagi lesen kereta pula, calon perlu menjalani latihan praktikal seperti menaiki bukit, <em>side parking<\/em> dan ujian tiga penjuru.<\/p>\n<h3 style=\"padding-left: 40px;\">6. Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP03)<\/h3>\n<p style=\"padding-left: 40px;\">Setelah selesai latihan memandu di dalam litar, calon akan menjalani Kursus KPP03. Ia merujuk pada latihan memandu di jalan raya di bawah pengawasan jurulatih berpengalaman Institut Memandu selama lapan jam. Borang belajar memandu (SM4) akan dikeluarkan setelah calon tamat menjalani latihan KPP.<\/p>\n<h3 style=\"padding-left: 40px;\">7. Ujian QTI<\/h3>\n<p style=\"padding-left: 40px;\">Calon perlu menduduki Praujian sebelum menjalani Ujian Praktikal JPJ. Ujian ini akan dikendalikan oleh jurulatih bertauliah di Institut Memandu. Jika lulus, calon akan dibenarkan untuk menduduki Ujian Praktikal JPJ.<\/p>\n<h3 style=\"padding-left: 40px;\">8. Ujian Praktikal JPJ<\/h3>\n<p style=\"padding-left: 40px;\">Calon yang lulus Ujian QTI akan menduduki Ujian Praktikal JPJ pada hari yang ditetapkan mengikut kekosongan Institut Memandu. Calon yang lulus Ujian Praktikal JPJ atau Ujian Memandu JPJ akan layak mendapat lesen memandu P. Manakala, calon yang gagal perlu menduduki semula ujian ulangan.<\/p>\n<h2>Senarai Institut Memandu di Seluruh Malaysia<\/h2>\n<p>Carsome turut menyenaraikan senarai penuh Institut Memandu yang berdaftar di seluruh Malaysia mengikut negeri sebagai rujukan anda:<\/p>\n<table>\n<tbody>\n<tr>\n<td width=\"120\"><span style=\"color: #ff9900;\"><a style=\"color: #ff9900;\" href=\"https:\/\/www.jpj.gov.my\/web\/main-site\/kuala-lumpur-memandu\">Kuala Lumpur\u00a0<\/a><\/span><\/td>\n<td width=\"120\"><span style=\"color: #ff9900;\"><a style=\"color: #ff9900;\" href=\"https:\/\/www.jpj.gov.my\/web\/main-site\/terengganu1\">Terengganu\u00a0<\/a><\/span><\/td>\n<td width=\"120\"><span style=\"color: #ff9900;\"><a style=\"color: #ff9900;\" href=\"https:\/\/www.jpj.gov.my\/web\/main-site\/pulau-pinang1\">Pulau Pinang\u00a0<\/a><\/span><\/td>\n<td width=\"120\"><span style=\"color: #ff9900;\"><a style=\"color: #ff9900;\" href=\"https:\/\/www.jpj.gov.my\/web\/main-site\/negeri-sembilan1\">Negeri Sembilan\u00a0<\/a><\/span><\/td>\n<td width=\"120\"><span style=\"color: #ff9900;\"><a style=\"color: #ff9900;\" href=\"https:\/\/www.jpj.gov.my\/web\/main-site\/kelantan1\">Kelantan<\/a><\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"120\"><span style=\"color: #ff9900;\"><a style=\"color: #ff9900;\" href=\"https:\/\/www.jpj.gov.my\/web\/main-site\/perlis1\">Perlis\u00a0<\/a><\/span><\/td>\n<td width=\"120\"><span style=\"color: #ff9900;\"><a style=\"color: #ff9900;\" href=\"https:\/\/www.jpj.gov.my\/web\/main-site\/johor1\">Johor\u00a0<\/a><\/span><\/td>\n<td width=\"120\"><\/td>\n<td width=\"120\"><span style=\"color: #ff9900;\"><a style=\"color: #ff9900;\" href=\"https:\/\/www.jpj.gov.my\/web\/main-site\/sabah1\">Sabah\u00a0<\/a><\/span><\/td>\n<td width=\"120\"><span style=\"color: #ff9900;\"><a style=\"color: #ff9900;\" href=\"https:\/\/www.jpj.gov.my\/web\/main-site\/selangor1\">Selangor\u00a0<\/a><\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"120\"><span style=\"color: #ff9900;\"><a style=\"color: #ff9900;\" href=\"https:\/\/www.jpj.gov.my\/web\/main-site\/pahang1\">Pahang\u00a0<\/a><\/span><\/td>\n<td width=\"120\"><span style=\"color: #ff9900;\"><a style=\"color: #ff9900;\" href=\"https:\/\/www.jpj.gov.my\/web\/main-site\/kedah1\">Kedah\u00a0<\/a><\/span><\/td>\n<td width=\"120\"><span style=\"color: #ff9900;\"><a style=\"color: #ff9900;\" href=\"https:\/\/www.jpj.gov.my\/web\/main-site\/melaka1\">Melaka\u00a0<\/a><\/span><\/td>\n<td width=\"120\"><span style=\"color: #ff9900;\"><a style=\"color: #ff9900;\" href=\"https:\/\/www.jpj.gov.my\/web\/main-site\/perak1\">Perak\u00a0<\/a><\/span><\/td>\n<td width=\"120\"><span style=\"color: #ff9900;\"><a style=\"color: #ff9900;\" href=\"https:\/\/www.jpj.gov.my\/web\/main-site\/sarawak1\">Sarawak\u00a0<\/a><\/span><\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n<p><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"aligncenter wp-image-20095 size-full\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2020\/12\/shutterstock_1864057918.jpg\" sizes=\"(max-width: 1000px) 100vw, 1000px\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2020\/12\/shutterstock_1864057918.jpg 1000w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2020\/12\/shutterstock_1864057918-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2020\/12\/shutterstock_1864057918-768x512.jpg 768w\" alt=\"harga lesen kereta dan lesen motor malaysia terkini\" width=\"1000\" height=\"667\" \/><\/p>\n<h2>Ujian Memandu: Harga Lesen Memandu (Motosikal dan Kereta) 2021<\/h2>\n<p>Harga dan kos bagi mendapatkan lesen memandu adalah berbeza mengikut negeri dan lokasi Institut Memandu. Namun begitu, Jawatankuasa Pelesenan Institut Memandu (JKPIM) di bawah pengurusan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah menetapkan harga siling bagi yuran pembelajaran dan latihan pemanduan di Institut Memandu. Penetapan harga siling ini secara tidak langsung memastikan kadar harga yang sama di setiap negeri dan turut membantu pengguna menikmati perkhidmatan dengan harga yang berpatutan.<\/p>\n<table>\n<tbody>\n<tr>\n<td width=\"226\"><\/td>\n<td width=\"95\"><strong>Kelas<\/strong><\/td>\n<td width=\"255\"><strong>Harga<\/strong><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td rowspan=\"2\" width=\"226\"><strong>Harga Lesen Motor<\/strong><\/td>\n<td width=\"95\">B2<\/td>\n<td width=\"255\">RM350 hingga RM450<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"95\">B<\/td>\n<td width=\"255\">RM900 hingga RM1,100<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"226\"><strong>Harga Lesen Kereta Manual<\/strong><\/td>\n<td width=\"95\">D<\/td>\n<td width=\"255\">RM1,150 hingga RM1,300<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"226\"><strong>Harga Lesen Kereta Automatik<\/strong><\/td>\n<td width=\"95\">DA<\/td>\n<td width=\"255\">RM1,250 hingga RM1,500<\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n<p><em>Nota: Kadar harga lesen kereta dan motor ini adalah anggaran sahaja dan perubahan harga adalah tertakluk pada perkhidmatan tambahan lain yang ditawarkan oleh Institut Memandu.<\/em><\/p>\n<p>Jika anda telah berjaya mendapatkan lesen dan mungkin mempertimbangkan untuk mendapatkan<span style=\"color: #ff9900;\">\u00a0<a style=\"color: #ff9900;\" href=\"https:\/\/www.carsome.my\/buy-car\">kereta terpakai baharu<\/a><\/span>, layari laman web Carsome untuk info lanjut. Carsome merupakan\u00a0<span style=\"color: #ff9900;\"><a style=\"color: #ff9900;\" href=\"https:\/\/www.carsome.my\/\">platform jual beli kereta terpakai<\/a><\/span>\u00a0yang menawarkan tawaran harga terbaik dengan perkhidmatan yang mudah, cekap dan pantas.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Lesen memandu merupakan dokumen rasmi yang membolehkan seseorang individu mengendalikan sesebuah kenderaan bermotor tidak kira sama ada kereta, motosikal, lori atau bas. Kebiasaannya, peraturan berkaitan lesen memandu adalah berbeza mengikut negara. Di Malaysia misalnya, pemandu yang ingin menggunakan kenderaan bermotor di atas jalan raya diwajibkan untuk lulus ujian memandu sebelum lesen memandu boleh dikeluarkan. Untuk [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":27,"featured_media":20096,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[116],"tags":[],"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v21.7 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>Ujian Memandu: Syarat Asas, Cara Daftar, Kelas dan Ujian Lesen Memandu Malaysia<\/title>\n<meta name=\"description\" content=\"Ketahui cara daftar ujian memandu, harga lesen memandu, syarat asas dapatkan lesen memandu, ujian komputer, jenis dan kelas lesen memandu di Malaysia.\" \/>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/ujian-memandu-syarat-asas-cara-daftar-kelas-jenis-ujian-lesen-memandu-malaysia\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"en_US\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Ujian Memandu: Syarat Asas, Cara Daftar, Kelas dan Ujian Lesen Memandu Malaysia\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"Ketahui cara daftar ujian memandu, harga lesen memandu, syarat asas dapatkan lesen memandu, ujian komputer, jenis dan kelas lesen memandu di Malaysia.\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/ujian-memandu-syarat-asas-cara-daftar-kelas-jenis-ujian-lesen-memandu-malaysia\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"Carsome Malaysia\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2021-05-07T04:00:49+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2021-05-07T07:37:19+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/shutterstock_364522112.jpg\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"1000\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"667\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:type\" content=\"image\/jpeg\" \/>\n<meta name=\"author\" content=\"Haziq Asyraf\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"Haziq Asyraf\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"7 minutes\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\/\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"Article\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/ujian-memandu-syarat-asas-cara-daftar-kelas-jenis-ujian-lesen-memandu-malaysia#article\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/ujian-memandu-syarat-asas-cara-daftar-kelas-jenis-ujian-lesen-memandu-malaysia\"},\"author\":{\"name\":\"Haziq Asyraf\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/fea9329279b446fae0f08047490a495d\"},\"headline\":\"Ujian Memandu: Syarat Asas, Cara Daftar, Kelas dan Ujian Lesen Memandu Malaysia\",\"datePublished\":\"2021-05-07T04:00:49+00:00\",\"dateModified\":\"2021-05-07T07:37:19+00:00\",\"mainEntityOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/ujian-memandu-syarat-asas-cara-daftar-kelas-jenis-ujian-lesen-memandu-malaysia\"},\"wordCount\":1338,\"publisher\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization\"},\"articleSection\":[\"BM\"],\"inLanguage\":\"en-US\"},{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/ujian-memandu-syarat-asas-cara-daftar-kelas-jenis-ujian-lesen-memandu-malaysia\",\"url\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/ujian-memandu-syarat-asas-cara-daftar-kelas-jenis-ujian-lesen-memandu-malaysia\",\"name\":\"Ujian Memandu: Syarat Asas, Cara Daftar, Kelas dan Ujian Lesen Memandu Malaysia\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#website\"},\"datePublished\":\"2021-05-07T04:00:49+00:00\",\"dateModified\":\"2021-05-07T07:37:19+00:00\",\"description\":\"Ketahui cara daftar ujian memandu, harga lesen memandu, syarat asas dapatkan lesen memandu, ujian komputer, jenis dan kelas lesen memandu di Malaysia.\",\"breadcrumb\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/ujian-memandu-syarat-asas-cara-daftar-kelas-jenis-ujian-lesen-memandu-malaysia#breadcrumb\"},\"inLanguage\":\"en-US\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"ReadAction\",\"target\":[\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/ujian-memandu-syarat-asas-cara-daftar-kelas-jenis-ujian-lesen-memandu-malaysia\"]}]},{\"@type\":\"BreadcrumbList\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/ujian-memandu-syarat-asas-cara-daftar-kelas-jenis-ujian-lesen-memandu-malaysia#breadcrumb\",\"itemListElement\":[{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":1,\"name\":\"Home\",\"item\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":2,\"name\":\"Ujian Memandu: Syarat Asas, Cara Daftar, Kelas dan Ujian Lesen Memandu Malaysia\"}]},{\"@type\":\"WebSite\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#website\",\"url\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/\",\"name\":\"Carsome Malaysia\",\"description\":\"\",\"publisher\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization\"},\"potentialAction\":[{\"@type\":\"SearchAction\",\"target\":{\"@type\":\"EntryPoint\",\"urlTemplate\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/?s={search_term_string}\"},\"query-input\":\"required name=search_term_string\"}],\"inLanguage\":\"en-US\"},{\"@type\":\"Organization\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization\",\"name\":\"Carsome\",\"url\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/\",\"logo\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/logo\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/Carsome-New-Logo1.jpg\",\"contentUrl\":\"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/Carsome-New-Logo1.jpg\",\"width\":980,\"height\":815,\"caption\":\"Carsome\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/logo\/image\/\"}},{\"@type\":\"Person\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/fea9329279b446fae0f08047490a495d\",\"name\":\"Haziq Asyraf\",\"image\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/e32be78c7f7b667fc9c0c84e5d538063?s=96&d=mm&r=g\",\"contentUrl\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/e32be78c7f7b667fc9c0c84e5d538063?s=96&d=mm&r=g\",\"caption\":\"Haziq Asyraf\"},\"description\":\"A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.\",\"sameAs\":[\"https:\/\/www.linkedin.com\/in\/haziq-asyraf-28071992\/\"]}]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"Ujian Memandu: Syarat Asas, Cara Daftar, Kelas dan Ujian Lesen Memandu Malaysia","description":"Ketahui cara daftar ujian memandu, harga lesen memandu, syarat asas dapatkan lesen memandu, ujian komputer, jenis dan kelas lesen memandu di Malaysia.","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"canonical":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/ujian-memandu-syarat-asas-cara-daftar-kelas-jenis-ujian-lesen-memandu-malaysia","og_locale":"en_US","og_type":"article","og_title":"Ujian Memandu: Syarat Asas, Cara Daftar, Kelas dan Ujian Lesen Memandu Malaysia","og_description":"Ketahui cara daftar ujian memandu, harga lesen memandu, syarat asas dapatkan lesen memandu, ujian komputer, jenis dan kelas lesen memandu di Malaysia.","og_url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/ujian-memandu-syarat-asas-cara-daftar-kelas-jenis-ujian-lesen-memandu-malaysia","og_site_name":"Carsome Malaysia","article_published_time":"2021-05-07T04:00:49+00:00","article_modified_time":"2021-05-07T07:37:19+00:00","og_image":[{"width":1000,"height":667,"url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/shutterstock_364522112.jpg","type":"image\/jpeg"}],"author":"Haziq Asyraf","twitter_card":"summary_large_image","twitter_misc":{"Written by":"Haziq Asyraf","Est. reading time":"7 minutes"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"Article","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/ujian-memandu-syarat-asas-cara-daftar-kelas-jenis-ujian-lesen-memandu-malaysia#article","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/ujian-memandu-syarat-asas-cara-daftar-kelas-jenis-ujian-lesen-memandu-malaysia"},"author":{"name":"Haziq Asyraf","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/fea9329279b446fae0f08047490a495d"},"headline":"Ujian Memandu: Syarat Asas, Cara Daftar, Kelas dan Ujian Lesen Memandu Malaysia","datePublished":"2021-05-07T04:00:49+00:00","dateModified":"2021-05-07T07:37:19+00:00","mainEntityOfPage":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/ujian-memandu-syarat-asas-cara-daftar-kelas-jenis-ujian-lesen-memandu-malaysia"},"wordCount":1338,"publisher":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization"},"articleSection":["BM"],"inLanguage":"en-US"},{"@type":"WebPage","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/ujian-memandu-syarat-asas-cara-daftar-kelas-jenis-ujian-lesen-memandu-malaysia","url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/ujian-memandu-syarat-asas-cara-daftar-kelas-jenis-ujian-lesen-memandu-malaysia","name":"Ujian Memandu: Syarat Asas, Cara Daftar, Kelas dan Ujian Lesen Memandu Malaysia","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#website"},"datePublished":"2021-05-07T04:00:49+00:00","dateModified":"2021-05-07T07:37:19+00:00","description":"Ketahui cara daftar ujian memandu, harga lesen memandu, syarat asas dapatkan lesen memandu, ujian komputer, jenis dan kelas lesen memandu di Malaysia.","breadcrumb":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/ujian-memandu-syarat-asas-cara-daftar-kelas-jenis-ujian-lesen-memandu-malaysia#breadcrumb"},"inLanguage":"en-US","potentialAction":[{"@type":"ReadAction","target":["https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/ujian-memandu-syarat-asas-cara-daftar-kelas-jenis-ujian-lesen-memandu-malaysia"]}]},{"@type":"BreadcrumbList","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/ujian-memandu-syarat-asas-cara-daftar-kelas-jenis-ujian-lesen-memandu-malaysia#breadcrumb","itemListElement":[{"@type":"ListItem","position":1,"name":"Home","item":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/"},{"@type":"ListItem","position":2,"name":"Ujian Memandu: Syarat Asas, Cara Daftar, Kelas dan Ujian Lesen Memandu Malaysia"}]},{"@type":"WebSite","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#website","url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/","name":"Carsome Malaysia","description":"","publisher":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization"},"potentialAction":[{"@type":"SearchAction","target":{"@type":"EntryPoint","urlTemplate":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/?s={search_term_string}"},"query-input":"required name=search_term_string"}],"inLanguage":"en-US"},{"@type":"Organization","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization","name":"Carsome","url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/","logo":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/logo\/image\/","url":"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/Carsome-New-Logo1.jpg","contentUrl":"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/Carsome-New-Logo1.jpg","width":980,"height":815,"caption":"Carsome"},"image":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/logo\/image\/"}},{"@type":"Person","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/fea9329279b446fae0f08047490a495d","name":"Haziq Asyraf","image":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/image\/","url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/e32be78c7f7b667fc9c0c84e5d538063?s=96&d=mm&r=g","contentUrl":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/e32be78c7f7b667fc9c0c84e5d538063?s=96&d=mm&r=g","caption":"Haziq Asyraf"},"description":"A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.","sameAs":["https:\/\/www.linkedin.com\/in\/haziq-asyraf-28071992\/"]}]}},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22735"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/users\/27"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=22735"}],"version-history":[{"count":7,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22735\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":22765,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22735\/revisions\/22765"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media\/20096"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=22735"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=22735"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=22735"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}