{"id":19654,"date":"2023-05-23T18:00:24","date_gmt":"2023-05-23T10:00:24","guid":{"rendered":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/?p=19654"},"modified":"2023-05-24T09:59:06","modified_gmt":"2023-05-24T01:59:06","slug":"perkara-perlu-tahu-mengenai-pinjaman-kereta","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/perkara-perlu-tahu-mengenai-pinjaman-kereta","title":{"rendered":"Panduan Lengkap Loan Kereta: Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Pinjaman Kereta"},"content":{"rendered":"<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pada zaman moden ini, memiliki kereta adalah satu keperluan penting dalam kehidupan kita. Walau bagaimanapun, tidak semua orang mampu <\/span><a href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/cara-beli-kereta-terpakai\"><span style=\"font-weight: 400;\">membeli kereta<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> secara tunai. Itulah sebabnya <\/span><a href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/perkara-perlu-tahu-mengenai-pinjaman-kereta\"><b>loan kereta<\/b><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> atau pinjaman kereta menjadi satu alternatif popular untuk membiayai pembelian kereta bagi rakyat Malaysia.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Tetapi, dengan pelbagai pilihan institusi pinjaman yang ada dan proses yang kompleks, memilih, memohon, dan menguruskan pinjaman kereta dengan bijak mungkin menjadi sesuatu yang sukar untuk dilakukan.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jangan risau! Dalam artikel ini, kami akan memberikan panduan penuh mengenai pinjaman kereta yang akan membantu anda membuat keputusan yang bijak serta memastikan pengurusan pinjaman anda berjalan lancar. Jom kita mulakan!<\/span><\/p>\n<table>\n<tbody>\n<tr>\n<td width=\"601\"><strong>Isi Kandungan<\/strong><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"601\">\n<ul>\n<li><a href=\"#1\"><span style=\"color: #ff9900;\">Tip Memohon Pinjaman Kereta dengan Bijak<\/span><\/a><\/li>\n<li><a href=\"#2\"><span style=\"color: #ff9900;\">Istilah Pinjaman Kereta Yang Perlu Anda Tahu<\/span><\/a><\/li>\n<li><a href=\"#3\"><span style=\"color: #ff9900;\">Faktor Mempengaruhi Kadar Interest Pinjaman Kereta<\/span><\/a><\/li>\n<li><a href=\"#4\"><span style=\"color: #ff9900;\">Kelayakan Gaji Beli Kereta dan Syarat Loan Kereta<\/span><\/a><\/li>\n<li><a href=\"#5\"><span style=\"color: #ff9900;\">Proses Loan Kereta: Kepentingan Downpayment Kereta<\/span><\/a><\/li>\n<li><a href=\"#6\"><span style=\"color: #ff9900;\">Proses Loan Kereta: Dokumen untuk Beli Kereta<\/span><\/a><\/li>\n<li><a href=\"#7\"><span style=\"color: #ff9900;\">Tips untuk Elakkan Loan Kereta Ditolak<\/span><\/a><\/li>\n<\/ul>\n<\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n<h2 id=\"1\"><strong>Tip Memohon Pinjaman Kereta dengan Bijak<\/strong><\/h2>\n<p><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"alignnone size-full wp-image-29138\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/10\/GettyImages-1004023772-1.jpg\" alt=\"Man writing car loan agreement\" width=\"2121\" height=\"1414\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/10\/GettyImages-1004023772-1.jpg 2121w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/10\/GettyImages-1004023772-1-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/10\/GettyImages-1004023772-1-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/10\/GettyImages-1004023772-1-768x512.jpg 768w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/10\/GettyImages-1004023772-1-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/10\/GettyImages-1004023772-1-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/10\/GettyImages-1004023772-1-150x100.jpg 150w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/10\/GettyImages-1004023772-1-696x464.jpg 696w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/10\/GettyImages-1004023772-1-1068x712.jpg 1068w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/10\/GettyImages-1004023772-1-1920x1280.jpg 1920w\" sizes=\"(max-width: 2121px) 100vw, 2121px\" \/><\/p>\n<h3><b>1. Memastikan Kemampuan Kewangan Anda<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sebelum memohon pinjaman kereta, langkah pertama yang perlu anda ambil adalah memastikan kemampuan kewangan anda.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Tidak kira samada anda memilih untuk membeli kereta baru atau terpakai, adakah anda mampu membayar ansuran bulanan yang berkaitan dengan pinjaman tersebut? Adakah pendapatan bulanan anda mencukupi untuk memenuhi komitmen pembayaran pinjaman kereta?<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Mengenali kemampuan kewangan anda akan membantu anda menentukan had pinjaman yang sesuai dan melindungi diri anda daripada beban kewangan yang tidak perlu.<\/span><\/p>\n<h3><b>2. Menilai Kelayakan Pinjaman<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Setiap bank atau institusi kewangan akan mempunyai syarat-syarat kelayakan yang berbeza bagi pinjaman kereta. Sebelum memilih pinjaman kereta yang sesuai, pastikan anda memahami syarat-syarat tersebut. Pastikan anda mempunyai dokumen-dokumen yang diperlukan seperti penyata bank, penyata gaji, penyata KWSP dan lain-lain sebelum memohon pinjaman.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Faktor-faktor seperti gaji bulanan, tempoh perkhidmatan, dan rekod kredit akan dipertimbangkan semasa menilai kelayakan pinjaman. Apabila anda menilai kelayakan pinjaman dengan bijak, anda dapat memaksimumkan peluang kelulusan serta mendapatkan pinjaman dengan kadar faedah yang terbaik.<\/span><\/p>\n<h3><b>3. Membuat Perbandingan Antara Institusi Kewangan<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sekarang ini, terdapat pelbagai institusi kewangan yang menawarkan pinjaman kereta. Jadi, jangan terburu-buru membuat keputusan! Lakukan penyelidikan menyeluruh dan bandingkan tawaran pinjaman daripada beberapa bank atau institusi kewangan.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pertimbangkan kadar faedah, yuran pengendalian, dan syarat-syarat pinjaman sebelum membuat keputusan akhir. Banyak bank juga menawarkan <\/span><a href=\"https:\/\/www.carsome.my\/ms\/pinjaman-kereta\"><span style=\"font-weight: 400;\">kalkulator pinjaman kereta<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> dalam talian yang memudahkan anda untuk mengira ansuran bulanan dan jumlah keseluruhan yang perlu anda bayar.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Dengan membuat perbandingan yang teliti, anda dapat memilih pinjaman kereta yang menawarkan syarat-syarat terbaik dan menjimatkan kos secara keseluruhan.<\/span><\/p>\n<h3><b>4. Pilih Pinjaman Kereta Dengan Kadar Faedah Terendah<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kadar faedah (seperti kadar faedah tetap, boleh ubah, rata) secara tidak langsung mempengaruhi kos keseluruhan pinjaman anda. Oleh sebab itu, anda dinasihatkan untuk memilih pinjaman kereta yang menawarkan kadar faedah pinjaman kereta terendah.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kadar faedah rata atau flat interest rate merupakan kadar faedah yang biasa digunakan untuk pinjaman peribadi atau pinjaman sewa beli (loan kereta). Secara amnya, kadar faedah rata dikira berdasarkan jumlah pinjaman pokok (jumlah asal pinjaman) sepanjang tempoh pinjaman. Berikut adalah formula pengiraan kadar faedah pinjaman kereta:<\/span><\/p>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">(Jumlah Pinjaman Asal x Bilangan Tahun Pinjaman x Kadar Faedah Setahun) \u00f7 Bilangan Ansuran (Bulan) = Faedah Dibayar Setiap Bulan<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">(RM50,000 x 5 x 7%) \u00f7 60 = RM292<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<h3><b>5. Kepentingan Pelan Bayaran Yang Bijak<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Semasa dalam proses mendapatkan pinjaman kereta, anda juga perlu mengambil kira pelan bayaran yang paling berkesan untuk anda.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Elakkan daripada terjebak dengan pinjaman jangka masa yang panjang sehingga sembilan tahun hanya kerana ansuran bulanan yang lebih rendah. Walaupun ansuran bulanan yang rendah boleh mengurangkan beban kewangan anda pada awalnya, tapi anda mungkin akan membayar lebih banyak faedah dalam jangka masa yang panjang.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jadi, berfikirlah secara kritis tentang keupayaan kewangan anda dan cuba memilih jangka masa pinjaman yang sesuai. Mungkin sukar untuk memberikan jawapan yang tepat, tetapi jika anda merasa bahawa anda mampu membayar ansuran bulanan yang sedikit lebih tinggi, pilih jangka masa yang lebih pendek untuk menjimatkan jumlah faedah yang perlu anda bayar.<\/span><\/p>\n<h2 id=\"2\"><strong>Istilah Pinjaman Kereta Yang Perlu Anda Tahu<\/strong><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Untuk membantu anda memohon dan menguruskan pinjaman kereta dengan bijak, kami menyenaraikan beberapa istilah berkaitan yang biasa digunakan semasa urusan permohonan pinjaman seperti berikut agar anda tahu dengan lebih jelas apa itu loan kereta:<\/span><\/p>\n<h3><b>1. Margin Pembiayaan Atau Margin of Financing<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Margin pembiayaan merujuk pada jumlah pinjaman yang dinyatakan sebagai peratusan daripada nilai keseluruhan kereta. Kebanyakan pinjaman kereta di Malaysia mempunyai <\/span><a href=\"https:\/\/www.akpk.org.my\/akpk_faq\/?\"><span style=\"font-weight: 400;\">margin pembiayaan<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> maksimum sebanyak 90 peratus dan memerlukan anda untuk membayar sekurang-kurangnya 10 peratus bayaran pendahuluan kepada penjual kereta.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sebagai contoh, jika anda ingin mendapatkan kereta baharu yang berharga RM100,000, pihak bank akan bersetuju untuk meluluskan pinjaman sebanyak RM90,000 kepada peminjam (90 peratus X RM100,000).<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Namun begitu, ada sesetengah institusi kewangan yang turut menawarkan margin pembiayaan maksimum 100 peratus. Margin ini biasanya terhad kepada peminjam tertentu berdasarkan faktor-faktor semasa lain seperti pembelian kereta pertama dan sebagainya.<\/span><\/p>\n<h3><b>2. Kadar Interest Pinjaman Kereta<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kadar interest pinjaman kereta biasanya dikenakan lebih tinggi untuk harga kereta yang lebih rendah manakala bagi kereta yang mahal harganya, kadar faedah yang lebih rendah akan dikenakan.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Selain itu, kadar faedah juga berbeza berdasarkan kadar rujukan di setiap bank dengan mengambil kira faktor-faktor lain seperti jumlah dan tempoh pinjaman, sejarah kredit peminjam, serta usia kereta.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kadar faedah pembiayaan untuk loan kereta baharu biasanya antara 2.3 peratus hingga 3.5 peratus. Manakala kadar faedah pembiayaan untuk loan kereta terpakai biasanya antara 3.5 peratus hingga 4.2 peratus.<\/span><\/p>\n<h3><b>3. Penjamin Kereta Atau Guarantor Kereta<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sesetengah bank mungkin memerlukan penjamin atau guarantor untuk memohon pinjaman kereta, terutamanya jika anda memohon pinjaman untuk kali pertama, jumlah pinjaman yang dimohon agak tinggi, atau jika anda mempunyai rekod kredit yang tidak baik.<\/span><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"alignnone size-full wp-image-23519\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/shutterstock_1061639789.jpg\" alt=\"couple and car salesperson in car dealership\" width=\"1000\" height=\"667\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/shutterstock_1061639789.jpg 1000w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/shutterstock_1061639789-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/shutterstock_1061639789-768x512.jpg 768w\" sizes=\"(max-width: 1000px) 100vw, 1000px\" \/><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Penjamin adalah seseorang yang akan bertanggungjawab untuk membayar balik pinjaman jika anda gagal untuk melakukannya. Pastikan anda memahami tanggungjawab dan komitmen yang terlibat jika memilih untuk menggunakan penjamin kereta.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Berikut adalah syarat umum untuk menjadi penjamin kereta yang biasanya ditetapkan oleh pihak bank:<\/span><\/p>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Berusia 18 tahun ke atas;<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Memiliki keadaan mental yang stabil dan berkeupayaan untuk memahami tanggungjawab, dokumen penjamin, serta tanggungjawab sebagai penjamin;<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Tidak dipaksa untuk menjadi penjamin &#8211; harus bersetuju secara sukarela tanpa paksaan, penipuan, atau kesilapan;<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Tidak berstatus muflis.<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Perlu diingati bahawa walaupun penjamin anda memenuhi semua syarat ini, tidak bermakna bahawa pinjaman anda akan terus diluluskan. Pihak bank tetap akan menilai faktor-faktor tambahan lain seperti jumlah pendapatan, komitmen bulanan, rekod dan sejarah kredit, dan lain-lain.<\/span><\/p>\n<h3><b>4. Tempoh Pinjaman &amp; Bayaran Balik<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Di Malaysia, tempoh pembiayaan maksimum pinjaman kenderaan yang dibenarkan untuk kereta terpakai adalah selama tujuh atau sembilan tahun, bergantung kepada beberapa faktor-faktor seperti tahun buatan kereta dan jumlah pinjaman yang dimohon.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Manakala, tempoh pembiayaan maksimum untuk kereta baharu adalah selama sembilan tahun. Namun begitu, semakin lama tempoh pembiayaan, semakin tinggi kadar faedah yang perlu ditanggung. Ini bermaksud, anda terikat dengan kadar faedah pinjaman yang lebih tinggi dalam jangka masa panjang serta risiko-risiko lain seperti inflasi dan sebagainya.<\/span><\/p>\n<h2 id=\"3\"><strong>Faktor Mempengaruhi Kadar Interest Pinjaman Kereta<\/strong><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kadar faedah adalah salah satu faktor penting yang perlu anda pertimbangkan sebelum memohon pinjaman kereta. Setiap bank mungkin akan menawarkan kadar faedah yang berbeza, berdasarkan jenis pinjaman yang anda pilih.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Secara amnya, kadar faedah merujuk pada bayaran tambahan yang dikenakan terhadap amaun pinjaman bank sama ada untuk kereta baharu atau kereta terpakai. Kadar interest loan kereta biasanya berbeza bergantung pada perjanjian dan faktor-faktor lain seperti berikut:<\/span><\/p>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><b>Model Kereta:<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> Nilai dan model kereta sama ada kereta second hand (kereta terpakai) atau kereta baharu boleh mempengaruhi kadar faedah pinjaman kereta anda. Kadar interest kereta terpakai biasanya sekitar tiga hingga lima peratus bergantung pada jenama dan harga.<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><b>Skor dan Sejarah Kredit:<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> Skor kredit merupakan faktor penentu kadar faedah pinjaman kereta anda. Skor dan sejarah kredit yang baik memberi keyakinan kepada pihak bank tentang kemampuan anda membayar balik pinjaman kereta tanpa sebarang masalah. Namun jika skor kredit lemah, bank biasanya menawarkan kadar interest pinjaman kereta yang lebih tinggi.<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><b>Status Kewangan:<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> Ia merujuk pada pendapatan bulanan dan kemampuan anda untuk membayar balik pinjaman yang diluluskan oleh pihak bank. Sekiranya pendapatan bulanan anda tinggi, kadar interest pinjaman kereta biasanya lebih rendah. Jika sebaliknya, anda mungkin akan dikenakan kadar interest pinjaman kereta yang lebih tinggi.<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><b>Polisi Bank:<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> Sesetengah bank mungkin mengenakan peraturan dan polisi tambahan yang mungkin mempengaruhi kadar interest pinjaman kereta anda. Anda disarankan untuk membaca perjanjian dengan teliti atau bertanyakan pegawai bank anda untuk penjelasan lanjut.<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><b>Tempoh Pinjaman:<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> Tempoh bayaran balik pinjaman secara amnya memberi kesan terhadap kadar interest yang dikenakan oleh pihak bank. Dalam erti kata lain, semakin panjang tempoh pinjaman anda, semakin tinggi kadar interest pinjaman kereta anda.<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pastikan anda membandingkan kadar faedah yang ditawarkan oleh beberapa bank sebelum membuat keputusan. Anda boleh menggunakan kalkulator pinjaman kereta dalam talian untuk membantu anda mengira jumlah ansuran bulanan dan jumlah keseluruhan yang perlu anda bayar semasa tempoh pinjaman.<\/span><\/p>\n<h2 id=\"4\"><strong>Kelayakan Gaji Beli Kereta dan Syarat Loan Kereta<\/strong><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Berikut merupakan antara syarat-syarat kelayakan yang perlu anda ikuti bagi memudahkan urusan permohonan pinjaman atau loan kereta idaman anda:<\/span><\/p>\n<h3><b>1. Lesen Memandu<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Lesen memandu merupakan antara syarat kelayakan minimum yang melayakkan anda untuk memohon pinjaman kenderaan. Namun begitu, institusi kewangan seperti Ambank atau Bank Rakyat membolehkan permohonan pinjaman kenderaan dilakukan tanpa lesen dengan syarat gaji pokok mestilah melebihi RM3,000.<\/span><\/p>\n<h3><b>2. Kelayakan Gaji Beli Kereta<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Setiap bank mengenakan syarat gaji minimum yang berbeza untuk setiap permohonan pinjaman mengikut garis panduan yang ditetapkan. Bagi anda yang ingin memohon pinjaman untuk membeli kereta, anda mestilah berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi umur persaraan semasa tempoh pembiayaan tamat dengan gaji bulanan minimum sekurang-kurangnya RM1,500 dan ke atas.<\/span><\/p>\n<h3><b>3. Penjamin Kereta atau Guarantor Kereta<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jika gaji anda kurang daripada syarat gaji minimum yang ditetapkan oleh pihak bank, penjamin atau guarantor kereta diperlukan untuk menyokong permohonan pinjaman kenderaan anda. Penjamin kereta mestilah dari kalangan ibu atau bapa atau pasangan (suami\/isteri) yang bekerja dan gaji penjamin hendaklah melebihi RM2,000.<\/span><\/p>\n<h3><b>4. Penyata Bank\/Penyata KWSP atau EPF<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kedua-dua dokumen ini perlu untuk membuktikan pendapatan bulan pemohon selain melihat kemampuan pemohon untuk membayar balik pinjaman mengikut jadual seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian.\u00a0<\/span><\/p>\n<h3><b>5. Skim Graduan<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Skim ini diperkenalkan khusus untuk graduan yang baru habis belajar atau baru mula bekerja dengan syarat umur mestilah tidak melebihi 30 tahun semasa permohonan dibuat. Bagi melayakkan pemohon untuk membuat pinjaman menggunakan skim ini, pemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen sokongan seperti surat tawaran kerja, transkrip dan sebagainya.<\/span><\/p>\n<h4><b>Pinjaman Kereta atau Pembiayaan Kenderaan Skim Graduan<\/b><\/h4>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Secara amnya, skim graduan merujuk kepada perkhidmatan pinjaman untuk pemilikan kenderaan yang ditawarkan oleh pihak bank kepada mana-mana individu yang baru memasuki alam pekerjaan untuk memiliki kereta pertama.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pihak bank biasanya menawarkan kadar pinjaman 100 peratus daripada harga jualan untuk tempoh pembiayaan antara empat hingga sembilan tahun dengan margin pembiayaan antara RM30,000 hingga RM150,000 bergantung pada kelayakan.<\/span><\/p>\n<h5><b>i. Syarat Loan Kereta Skim Graduan<\/b><\/h5>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kebiasaannya, bank menetapkan syarat-syarat kelayakan untuk loan kereta skim graduan seperti berikut:<\/span><\/p>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Warganegara Malaysia;<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Berumur antara 20-30 tahun;<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Terbuka kepada graduan yang bekerja dalam sektor kerajaan atau swasta;<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Mempunyai diploma atau ijazah daripada institusi yang diiktiraf oleh kerajaan;<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Pinjaman terhad untuk pembelian kereta baharu sahaja, tidak termasuk <\/span><a href=\"https:\/\/www.carsome.my\/buy-car\"><span style=\"font-weight: 400;\">kereta second hand<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\">.<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<h5><b>ii. Syarat Kelayakan Gaji Beli Kereta Skim Graduan<\/b><\/h5>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Selain itu, pemohon yang berminat untuk memiliki kereta menggunakan skim graduan ini juga perlu melepasi syarat kelayakan gaji beli kereta seperti berikut:<\/span><\/p>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Individu bekerja di sekitar Lembah Klang \u2013 gaji minimum bersih selepas potongan KWSP (RM1,800 dan ke atas);<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Individu bekerja di lokasi-lokasi selain Lembah Klang \u2013 gaji minimum bersih selepas potongan KWSP (RM1,500 dan ke atas);<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Kelayakan dikira berdasarkan gaji pokok (basic) dan elaun tetap tidak termasuk kerja lebih masa (overtime) atau komisen.<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Namun begitu, syarat kelayakan gaji ini biasanya berbeza bergantung pada jenis bank atau institusi kewangan yang dipilih. Anda disarankan untuk merujuk kepada pihak bank untuk maklumat lanjut.<\/span><\/p>\n<h2 id=\"5\"><strong>Proses Loan Kereta: Kepentingan Downpayment Kereta<\/strong><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Downpayment atau deposit kereta merujuk kepada jumlah wang yang perlu anda bayar kepada pengedar kereta semasa anda membuat pembelian. Ia adalah sejumlah wang yang dipindahkan sebagai jaminan pembelian dan untuk mengikat perjanjian <\/span><a href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/panduan-lengkap-jual-beli-kereta-terpakai-malaysia\"><span style=\"font-weight: 400;\">pembelian kereta<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\">.<\/span><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"alignnone size-full wp-image-17543\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/car-and-cash.jpg\" alt=\"paying money for car\" width=\"1000\" height=\"699\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/car-and-cash.jpg 1000w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/car-and-cash-300x210.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/car-and-cash-768x537.jpg 768w\" sizes=\"(max-width: 1000px) 100vw, 1000px\" \/><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kebiasaannya, peminjam perlu mengemukakan bayaran pendahuluan atau downpayment kereta sebanyak 10 peratus. Deposit ini biasanya dibayar kepada pihak bank atau pengedar kereta ketika anda memulakan proses pembelian kereta tersebut.<\/span><\/p>\n<h3><b>Kelebihan Membayar Deposit Kereta<\/b><\/h3>\n<h4><b>1. Mengurangkan Jumlah Pinjaman<\/b><\/h4>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Dengan membayar deposit kereta yang mencukupi, anda akan mengurangkan jumlah pinjaman yang perlu anda ambil daripada institusi kewangan. Ini bermaksud anda akan membayar bunga yang lebih rendah dan menjimatkan wang dalam jangka masa panjang.<\/span><\/p>\n<h4><b>2. Memperbaiki Peluang untuk Mendapatkan Pinjaman<\/b><\/h4>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Membayar deposit kereta yang memadai juga dapat meningkatkan peluang anda untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan. Pengurangan jumlah pinjaman memberikan keyakinan kepada pihak pemberi pinjaman bahawa anda mempunyai keupayaan kewangan yang mencukupi untuk membayar ansuran bulanan.<\/span><\/p>\n<h4><b>3. Mempercepatkan Proses Kelulusan<\/b><\/h4>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Dalam beberapa kes, pembayaran deposit kereta yang mencukupi boleh mempercepatkan proses kelulusan pinjaman. Pihak pemberi pinjaman akan melihat bahawa anda mempunyai komitmen yang kukuh terhadap pembelian kereta dan anda bersedia untuk melibatkan diri dalam urusan kewangan yang penting.<\/span><\/p>\n<h3><b>Bila Perlu Bayar Deposit Kereta?<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Masa yang tepat untuk membayar deposit kereta adalah bergantung kepada keadaan dan keperluan anda. Berikut adalah beberapa situasi di mana pembayaran deposit kereta biasanya berlaku:<\/span><\/p>\n<h4><b>1. Semasa Membuat Tempahan<\/b><\/h4>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jika anda membuat tempahan untuk kereta yang baru, pengedar kereta mungkin memerlukan pembayaran deposit untuk mengesahkan tempahan anda. Ini memberi mereka keyakinan bahawa anda serius untuk membeli kereta tersebut dan menjaga kepentingan kedua-dua pihak.<\/span><\/p>\n<h4><b>2. Semasa Menandatangani Perjanjian Pembelian<\/b><\/h4>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Apabila anda menandatangani perjanjian pembelian kereta dengan pengedar, biasanya anda akan diminta untuk membayar deposit sebagai sebahagian daripada keseluruhan jumlah pembelian. Ini adalah titik di mana pembelian kereta menjadi sah secara undang-undang dan memastikan bahawa kedua-dua pihak mempunyai kepentingan yang dilindungi.<\/span><\/p>\n<p><b>Artikel berkaitan:<\/b> <a href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/kaedah-pembayaran-beli-kereta-malaysia\"><span style=\"font-weight: 400;\">Kaedah Pembayaran Beli Kereta Terpakai di Malaysia<\/span><\/a><\/p>\n<h2 id=\"6\"><strong>Proses Loan Kereta: Dokumen untuk Beli Kereta<\/strong><\/h2>\n<p><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"alignnone size-full wp-image-24403\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/dealing-with-documents-is-confusing.jpg\" alt=\"dealing with documents is confusing\" width=\"3240\" height=\"2160\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/dealing-with-documents-is-confusing.jpg 3240w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/dealing-with-documents-is-confusing-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/dealing-with-documents-is-confusing-768x512.jpg 768w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/dealing-with-documents-is-confusing-1024x683.jpg 1024w\" sizes=\"(max-width: 3240px) 100vw, 3240px\" \/><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Selain daripada mengambil kira kadar faedah, satu lagi proses penting dalam permohonan pinjaman kereta adalah menyediakan dokumen yang diperlukan. Di sini kami senaraikan dokumen yang diperlukan memudahkan urusan permohonan pembiayaan sewa beli kereta anda.<\/span><\/p>\n<table>\n<tbody>\n<tr>\n<td><b>Dokumen Beli Kereta (Kategori Peminjam)<\/b><\/td>\n<td><b>Dokumen Diperlukan<\/b><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Penjawat\/Pekerja Kerajaan\/Kakitangan Awam<\/span><\/td>\n<td>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Salinan kad pengenalan (MyKad);<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Salinan lesen memandu;<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Penyata akaun bank gaji (bergantung pada bank);<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Salinan slip gaji 3 bulan terkini.<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Pekerja Swasta<\/span><\/td>\n<td>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Salinan kad pengenalan (MyKad);<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Salinan lesen memandu;<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Penyata akaun bank gaji (bergantung pada bank);<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Salinan slip gaji 3 bulan terkini;<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Penyata KWSP.<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Individu Bekerja Sendiri\/Peniaga<\/span><\/td>\n<td>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Salinan kad pengenalan (MyKad);<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Salinan lesen memandu;<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Penyata akaun bank 6 bulan terkini;<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Salinan pendaftaran syarikat (SSM).<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Skim Graduan<\/span><\/td>\n<td>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Salinan kad pengenalan (MyKad);<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Salinan lesen memandu;<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Surat tawaran pekerjaan (bagi pemohon yang baru berkhidmat atau kurang daripada 3 bulan);<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Salinan transkrip ijazah atau diploma yang disahkan;<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Salinan slip gaji 3 bulan terkini \u2013 bergantung pada keperluan oleh pihak bank;<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Penyata akaun bank terkini \u2013 bergantung pada keperluan oleh pihak bank.<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Pelajar<\/span><\/td>\n<td>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Salinan kad pengenalan (MyKad);<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Salinan lesen memandu;<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Kad pelajar;<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Dokumen penjamin kereta \u2013 ibu, ayah, saudara terdekat yang masih bekerja.<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n<h2 id=\"7\"><strong>Tips untuk Elakkan Loan Kereta Ditolak<\/strong><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Bagi memudahkan dan melancarkan urusan permohonan pinjaman bank untuk pembeli kereta, kami senaraikan beberapa tip yang dapat membantu mengelakkan permohonan anda ditolak oleh pihak bank.<\/span><\/p>\n<h3><b>1. Periksa Laporan Kredit CCRIS &amp; CTOS<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Semak rekod pinjaman sedia ada sebelum memohon pinjaman kredit baharu. Pastikan hutang kad kredit atau pinjaman PTPTN dibayar mengikut jadual untuk mengelakkan skor kredit yang teruk. Di Malaysia, segala rekod kredit peminjam dan maklumat berkaitan pinjaman anda seperti sejarah pembayaran, tunggakan dan sebagainya direkodkan dalam Credit Reference Information System atau CCRIS dan CTOS (Credit Tip-Off Service).<\/span><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"alignnone size-full wp-image-29140\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/10\/CTOS-score.png\" alt=\"CTOS Score\" width=\"1026\" height=\"868\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/10\/CTOS-score.png 1026w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/10\/CTOS-score-300x254.png 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/10\/CTOS-score-1024x866.png 1024w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/10\/CTOS-score-768x650.png 768w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/10\/CTOS-score-150x127.png 150w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/10\/CTOS-score-696x589.png 696w\" sizes=\"(max-width: 1026px) 100vw, 1026px\" \/><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Anda boleh <\/span><a href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/semak-status-laporan-daftar-ccris-ctos-online-percuma-pinjaman-bank\"><span style=\"font-weight: 400;\">mendapatkan maklumat kedudukan kredit semasa anda<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> dengan hadir sendiri ke Bank Negara Malaysia (BNM) atau memuat turun secara dalam talian melalui portal CTOS secara percuma.<\/span><\/p>\n<h3><b>2. Semak Kelayakan Gaji Beli Kereta<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Institusi kewangan atau bank menetapkan kelayakan gaji bersih minimum untuk permohonan pinjaman kenderaan adalah serendah RM1,500 dan ke atas. Selain itu, kelayakan gaji yang dikira layak untuk pemohon Skim Graduan untuk lepasan ijazah atau diploma mestilah tidak kurang daripada RM1,000 selepas ditolak bayaran bulanan kereta dan caruman KWSP\/SOCSO.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jika kurang, anda mungkin memerlukan penjamin kereta (ibu atau bapa\/suami atau isteri) bagi menyokong permohonan anda.<\/span><\/p>\n<h3><b>3. Kenal Pasti Komitmen Bulanan Anda<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Selain itu, had penggunaan kredit sedia ada yang tinggi juga boleh menyebabkan permohonan pinjaman anda tidak diluluskan. Kebiasaannya, pihak bank akan menilai komitmen bulanan untuk mengenal pasti kecekapan anda mentadbir urus kewangan dan mengetahui kemampuan anda untuk membayar balik hutang pinjaman tanpa sebarang masalah.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Komitmen bulanan yang ideal mestilah tidak melebih 70 peratus daripada jumlah pendapatan termasuk pinjaman kenderaan baharu yang dipohon. Untuk kira jumlah loan kereta anda, boleh gunakan <\/span><a href=\"https:\/\/www.carsome.my\/ms\/pinjaman-kereta\"><span style=\"font-weight: 400;\">kalkulator pinjaman kereta<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> di pautan ini.\u00a0<\/span><\/p>\n<h3><b>4. Status atau Jenis Pekerjaan Pemohon<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Status pekerjaan pemohon seperti status jawatan (tetap atau kontrak) juga memainkan peranan dan merupakan salah satu faktor yang dipertimbangkan semasa pihak bank memproses permohonan pinjaman kereta.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Selain itu, jika anda mempunyai perniagaan sendiri yang didaftarkan di bawah SSM, anda perlu sediakan penyata syarikat sekurang-kurangnya bagi tempoh enam bulan terkini. Kebiasaannya, pendapatan anda secara individu hanya dikira sebanyak 20 peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatan masuk setiap bulan.<\/span><\/p>\n<h3><b>5. Ada Lesen Memandu Lebih Baik<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Selain itu, pemilikan lesen memandu juga secara tidak langsung membantu memudahkan proses permohonan dan dokumentasi pinjaman kereta anda. Namun begitu, ada sesetengah institusi kewangan yang menawarkan serta membenarkan permohonan pinjaman atau loan kereta dilakukan tanpa lesen memandu dengan syarat gaji pokok mestilah RM3,000 dan ke atas. Anda boleh merujuk pegawai bank anda untuk kepastian.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Tanpa sebarang panduan, memilih, memohon, dan menguruskan pinjaman kereta dengan bijak mungkin kelihatan seperti tugas yang menakutkan. Namun, dengan pengetahuan yang betul dan perancangan yang teliti, anda pasti dapat melakukannya dengan mudah.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pastikan anda mengetahui keperluan kewangan anda, menilai kelayakan pinjaman, membuat perbandingan antara institusi kewangan, serta mengurus dan menguruskan pinjaman dengan bijak. Dengan melakukan langkah-langkah ini, anda akan dapat memilih pinjaman kereta yang tepat, melindungi kewangan anda, dan meraih kereta impian anda tanpa sebarang masalah yang tidak perlu.<\/span><\/p>\n<p><em>Artikel ini diterbitkan secara asalnya pada 10\/09\/2021 dan ia telah dikemaskini pada 23\/05\/23 bagi memastikan maklumat yang terkini.<\/em><\/p>\n<p><b>Artikel berkaitan:<\/b> <a href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/beli-kereta-app-carsome\"><span style=\"font-weight: 400;\">Boleh Beli Kereta Pakai App Je Dengan CARSOME? Biar Betul!<\/span><\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kami sediakan panduan lengkap mengenai pinjaman kereta untuk anda!<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":19660,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[116],"tags":[],"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v21.7 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>Tip Berkesan Untuk Mohon Loan Kereta &amp; Lulus Dengan Mudah<\/title>\n<meta name=\"description\" content=\"Apa itu loan kereta? Dokumen apa yang perlu bila beli kereta? Apa syarat penjamin kereta? Kami senaraikan semua di sini.\" \/>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/perkara-perlu-tahu-mengenai-pinjaman-kereta\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"en_US\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Tak Susah Pun Nak Lulus Permohonan Loan Kereta!\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"Dapatkan panduan lengkap mengenai loan kereta, dokumen yang diperlukan, dan syarat penjamin kereta agar proses pembelian kereta anda lebih mudah dan lancar!\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/perkara-perlu-tahu-mengenai-pinjaman-kereta\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"Carsome Malaysia\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2023-05-23T10:00:24+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2023-05-24T01:59:06+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/shutterstock_548132107.jpg\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"1000\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"667\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:type\" content=\"image\/jpeg\" \/>\n<meta name=\"author\" content=\"Carsome Author\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"Carsome Author\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"14 minutes\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\/\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"Article\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/perkara-perlu-tahu-mengenai-pinjaman-kereta#article\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/perkara-perlu-tahu-mengenai-pinjaman-kereta\"},\"author\":{\"name\":\"Carsome Author\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/9ba2d24998c53f87a5a8e6ed52ece96b\"},\"headline\":\"Panduan Lengkap Loan Kereta: Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Pinjaman Kereta\",\"datePublished\":\"2023-05-23T10:00:24+00:00\",\"dateModified\":\"2023-05-24T01:59:06+00:00\",\"mainEntityOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/perkara-perlu-tahu-mengenai-pinjaman-kereta\"},\"wordCount\":2881,\"publisher\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization\"},\"articleSection\":[\"BM\"],\"inLanguage\":\"en-US\"},{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/perkara-perlu-tahu-mengenai-pinjaman-kereta\",\"url\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/perkara-perlu-tahu-mengenai-pinjaman-kereta\",\"name\":\"Tip Berkesan Untuk Mohon Loan Kereta & Lulus Dengan Mudah\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#website\"},\"datePublished\":\"2023-05-23T10:00:24+00:00\",\"dateModified\":\"2023-05-24T01:59:06+00:00\",\"description\":\"Apa itu loan kereta? Dokumen apa yang perlu bila beli kereta? Apa syarat penjamin kereta? Kami senaraikan semua di sini.\",\"breadcrumb\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/perkara-perlu-tahu-mengenai-pinjaman-kereta#breadcrumb\"},\"inLanguage\":\"en-US\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"ReadAction\",\"target\":[\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/perkara-perlu-tahu-mengenai-pinjaman-kereta\"]}]},{\"@type\":\"BreadcrumbList\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/perkara-perlu-tahu-mengenai-pinjaman-kereta#breadcrumb\",\"itemListElement\":[{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":1,\"name\":\"Home\",\"item\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":2,\"name\":\"Panduan Lengkap Loan Kereta: Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Pinjaman Kereta\"}]},{\"@type\":\"WebSite\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#website\",\"url\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/\",\"name\":\"Carsome Malaysia\",\"description\":\"\",\"publisher\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization\"},\"potentialAction\":[{\"@type\":\"SearchAction\",\"target\":{\"@type\":\"EntryPoint\",\"urlTemplate\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/?s={search_term_string}\"},\"query-input\":\"required name=search_term_string\"}],\"inLanguage\":\"en-US\"},{\"@type\":\"Organization\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization\",\"name\":\"Carsome\",\"url\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/\",\"logo\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/logo\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/Carsome-New-Logo1.jpg\",\"contentUrl\":\"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/Carsome-New-Logo1.jpg\",\"width\":980,\"height\":815,\"caption\":\"Carsome\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/logo\/image\/\"}},{\"@type\":\"Person\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/9ba2d24998c53f87a5a8e6ed52ece96b\",\"name\":\"Carsome Author\",\"image\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/472fa29bca32ba45df8167d33763f28c?s=96&d=mm&r=g\",\"contentUrl\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/472fa29bca32ba45df8167d33763f28c?s=96&d=mm&r=g\",\"caption\":\"Carsome Author\"}}]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"Tip Berkesan Untuk Mohon Loan Kereta & Lulus Dengan Mudah","description":"Apa itu loan kereta? Dokumen apa yang perlu bila beli kereta? Apa syarat penjamin kereta? Kami senaraikan semua di sini.","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"canonical":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/perkara-perlu-tahu-mengenai-pinjaman-kereta","og_locale":"en_US","og_type":"article","og_title":"Tak Susah Pun Nak Lulus Permohonan Loan Kereta!","og_description":"Dapatkan panduan lengkap mengenai loan kereta, dokumen yang diperlukan, dan syarat penjamin kereta agar proses pembelian kereta anda lebih mudah dan lancar!","og_url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/perkara-perlu-tahu-mengenai-pinjaman-kereta","og_site_name":"Carsome Malaysia","article_published_time":"2023-05-23T10:00:24+00:00","article_modified_time":"2023-05-24T01:59:06+00:00","og_image":[{"width":1000,"height":667,"url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/shutterstock_548132107.jpg","type":"image\/jpeg"}],"author":"Carsome Author","twitter_card":"summary_large_image","twitter_misc":{"Written by":"Carsome Author","Est. reading time":"14 minutes"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"Article","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/perkara-perlu-tahu-mengenai-pinjaman-kereta#article","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/perkara-perlu-tahu-mengenai-pinjaman-kereta"},"author":{"name":"Carsome Author","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/9ba2d24998c53f87a5a8e6ed52ece96b"},"headline":"Panduan Lengkap Loan Kereta: Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Pinjaman Kereta","datePublished":"2023-05-23T10:00:24+00:00","dateModified":"2023-05-24T01:59:06+00:00","mainEntityOfPage":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/perkara-perlu-tahu-mengenai-pinjaman-kereta"},"wordCount":2881,"publisher":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization"},"articleSection":["BM"],"inLanguage":"en-US"},{"@type":"WebPage","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/perkara-perlu-tahu-mengenai-pinjaman-kereta","url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/perkara-perlu-tahu-mengenai-pinjaman-kereta","name":"Tip Berkesan Untuk Mohon Loan Kereta & Lulus Dengan Mudah","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#website"},"datePublished":"2023-05-23T10:00:24+00:00","dateModified":"2023-05-24T01:59:06+00:00","description":"Apa itu loan kereta? Dokumen apa yang perlu bila beli kereta? Apa syarat penjamin kereta? Kami senaraikan semua di sini.","breadcrumb":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/perkara-perlu-tahu-mengenai-pinjaman-kereta#breadcrumb"},"inLanguage":"en-US","potentialAction":[{"@type":"ReadAction","target":["https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/perkara-perlu-tahu-mengenai-pinjaman-kereta"]}]},{"@type":"BreadcrumbList","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/perkara-perlu-tahu-mengenai-pinjaman-kereta#breadcrumb","itemListElement":[{"@type":"ListItem","position":1,"name":"Home","item":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/"},{"@type":"ListItem","position":2,"name":"Panduan Lengkap Loan Kereta: Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Pinjaman Kereta"}]},{"@type":"WebSite","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#website","url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/","name":"Carsome Malaysia","description":"","publisher":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization"},"potentialAction":[{"@type":"SearchAction","target":{"@type":"EntryPoint","urlTemplate":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/?s={search_term_string}"},"query-input":"required name=search_term_string"}],"inLanguage":"en-US"},{"@type":"Organization","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization","name":"Carsome","url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/","logo":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/logo\/image\/","url":"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/Carsome-New-Logo1.jpg","contentUrl":"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/Carsome-New-Logo1.jpg","width":980,"height":815,"caption":"Carsome"},"image":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/logo\/image\/"}},{"@type":"Person","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/9ba2d24998c53f87a5a8e6ed52ece96b","name":"Carsome Author","image":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/image\/","url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/472fa29bca32ba45df8167d33763f28c?s=96&d=mm&r=g","contentUrl":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/472fa29bca32ba45df8167d33763f28c?s=96&d=mm&r=g","caption":"Carsome Author"}}]}},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19654"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=19654"}],"version-history":[{"count":33,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19654\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":33684,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19654\/revisions\/33684"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media\/19660"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=19654"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=19654"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=19654"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}