{"id":18980,"date":"2020-10-02T10:01:42","date_gmt":"2020-10-02T02:01:42","guid":{"rendered":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/?p=18980"},"modified":"2023-09-22T17:55:07","modified_gmt":"2023-09-22T09:55:07","slug":"myvi-modified-merecik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/myvi-modified-merecik","title":{"rendered":"Myvi Modified: Panduan Pengubahsuaian yang Diluluskan oleh JPJ"},"content":{"rendered":"<p>Filem Fast &amp; Furious merupakan sebuah filem yang tidak asing lagi dalam kalangan peminat atau &#8216;kaki kereta&#8217;. Filem yang padat dengan aksi yang mendebarkan ini juga turut mempamerkan pelbagai jenis kenderaan yang telah diubah suai yang sememangnya menarik dan unik. Maka tidak hairanlah jika filem ini digilai ramai dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminatnya. Pengaruh dan impak filem ini juga cukup besar dalam kalangan peminat kereta sampaikan ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk mengubah suai kereta idaman masing-masing.<\/p>\n<p>Berdasarkan sebuah hantaran di laman <span style=\"color: #ff9900;\"><a style=\"color: #ff9900;\" href=\"https:\/\/www.facebook.com\/jabatanpengangkutanjalanmalaysia\/posts\/oleh-kerana-terlalu-banyak-soalan-tentang-ubahsuai-kenderaan-dikongsikan-sedikit\/10153030203832421\/?_rdc=2&amp;_rdr\">Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia<\/a><\/span>, pihak JPJ telah berkongsi maklumat-maklumat am yang perlu diketahui oleh pengguna atau pemilik kereta sebelum melakukan sebarang pengubahsuaian pada mana-mana bahagian kereta. Berikut merupakan panduan ubah suai atau modified kereta berdasarkan garis panduan yang diluluskan oleh JPJ:<\/p>\n<h2>Panduan Pengubahsuaian Kenderaan Mengikut Garis Panduan JPJ<\/h2>\n<p>Seksyen (12) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah menetapkan keperluan undang-undang mengenai sebarang pengubahsuaian kepada kenderaan sebelum dan selepas pendaftarannya iaitu:<\/p>\n<h3 style=\"padding-left: 40px;\">1. Pengubahsuaian Motosikal<\/h3>\n<p style=\"padding-left: 40px;\">CARSOME menyenaraikan pengubahsuaian atau pemasangan aksesori pada motosikal yang <strong>boleh dilakukan<\/strong> <strong>tanpa mendapatkan kelulusan<\/strong> daripada JPJ adalah seperti berikut:<\/p>\n<ol>\n<li style=\"list-style-type: none;\">\n<ol>\n<li>Pemasangan pengadang angin;<\/li>\n<li>Pemasangan penutup lampu <em>fibreglass<\/em> (<em>fairing<\/em>);<\/li>\n<li>Penggunaan penutup enjin <em>fibreglass<\/em> pada bahagian hadapan motosikal;<\/li>\n<li>Pemasangan <em>disc brake<\/em> hadapan atau belakang bertujuan meningkatkan tahap kecekapan brek.<\/li>\n<\/ol>\n<\/li>\n<\/ol>\n<p style=\"padding-left: 40px;\">Berikut pula merupakan senarai pengubahsuaian atau <strong>pemasangan aksesori<\/strong> pada motosikal yang<strong> tidak dibenarkan<\/strong> mengikut garis panduan JPJ:<\/p>\n<ol>\n<li style=\"list-style-type: none;\">\n<ol>\n<li>Pemasangan foot rest melibatkan pengubahsuaian tapak\/kedudukan asal;<\/li>\n<li>Penukaran\/pengubahsuaian ekzos yang tidak mengikut spesifikasi asal pengilang;<\/li>\n<li>Pemasangan <em>cover sets<\/em>\/<em>fairing<\/em> yang mengubah indentiti asal.<\/li>\n<\/ol>\n<\/li>\n<\/ol>\n<h3 style=\"padding-left: 40px;\">2. Pengubahsuaian Kereta Persendirian<\/h3>\n<p style=\"padding-left: 40px;\">Selain itu, terdapat pengubahsuaian atau pemasangan aksesori kereta persendirian yang<strong> boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan<\/strong> daripada JPJ. Namun begitu, pengubahsuaian atau pemasangan aksesori yang dilakukan mestilah mengikut panduan yang telah ditetapkan. CARSOME menyenaraikan pengubahsuaian tersebut seperti berikut:<\/p>\n<ol>\n<li style=\"list-style-type: none;\">\n<ol>\n<li>Pemasangan <em>air spoiler<\/em>, <em>side skirt<\/em> dan <em>aerofoil<\/em> pada kenderaan<\/li>\n<li>Pemasangan<em> door visor<\/em> pada kenderaan;<\/li>\n<li>Tambahan bampar pada bahagian hadapan atau belakang kenderaan dan <em>protecting guards<\/em> (Kangaroo Bar) pada bahagian hadapan kenderaan;<\/li>\n<li>Penggunaan rim dan tayar yang lebih besar;<\/li>\n<li>Pemasangan<em> sun roof<\/em>\/<em>moon roof<\/em>\/<em>canvas top<\/em> di bahagian bumbung kenderaan;<\/li>\n<li>Pemasangan membawa tangga\/bot\/papan luncur;<\/li>\n<li>Penukaran kotak gear manual\/automatik;<\/li>\n<li>Pemasangan kanopi\/kanvas;<\/li>\n<li>Pemasangan <em>Winch, Winch Bar, Side Step, Rear Bar<\/em> dan <em>Snorkel;<\/em><\/li>\n<li>Penggunaan <em>roof-rack <\/em>atau para bumbung\/<em>Bike Carrier;<\/em><\/li>\n<li>Pemasangan<em> spotlight<\/em>.<\/li>\n<\/ol>\n<\/li>\n<\/ol>\n<p style=\"padding-left: 40px;\">Namun begitu, pengubahsuaian atau <strong>pemasangan aksesori<\/strong> berikut pada kenderaan persendirian adalah<strong> tidak dibenarkan<\/strong>:<\/p>\n<ol>\n<li style=\"list-style-type: none;\">\n<ol>\n<li>Pemasangan <em>bodypart<\/em>\/<em>bodykit<\/em> yang menyebabkan perubahan pada identiti kenderaan;<\/li>\n<li>Pemasangan<em> rollcage<\/em> sebagai aksesori dalaman pada kenderaan;<\/li>\n<li>Penukaran sistem pacuan;<\/li>\n<li>Pemasangan lampu HID secara retrofit;<\/li>\n<li>Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta;<\/li>\n<li>Pemasangan apa\u2013apa lampu tambahan selain warna putih\/amber pada bahagian hadapan dan selain warna merah\/amber pada bahagian belakang;<\/li>\n<li>Penggunaan hon yang berirama atau hon dengan dua nada;<\/li>\n<li><span style=\"color: #ff9900;\"><a style=\"color: #ff9900;\" href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/perkara-perlu-tahu-sebelum-memilih-tinted-kereta\">Pemasangan cermin gelap atau <em>tinted film<\/em> <\/a><\/span>pada cermin hadapan dengan ketelusan cahaya kurang daripada 70%;<\/li>\n<li>Pemasangan cermin gelap atau <em>tinted film<\/em> pada cermin sisi dengan ketelusan cahaya kurang daripada 50% dan belakang dengan ketelusan cahaya kurang daripada 30%.<\/li>\n<\/ol>\n<\/li>\n<\/ol>\n<p style=\"padding-left: 40px;\">Selain itu, untuk pengubahsuaian berikut atau jenis pengubahsuaian yang sama, pemilik perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada JPJ. Permohonan boleh dikemukakan kepada Bahagian Kejuruteraan Automotif di JPJ Negeri yang berhampiran.<\/p>\n<h4 style=\"padding-left: 80px;\">i. Kereta Persendirian<\/h4>\n<ol>\n<li style=\"list-style-type: none;\">\n<ol>\n<li style=\"list-style-type: none;\">\n<ol>\n<li style=\"list-style-type: none;\">\n<ol>\n<li>Pengubahsuaian ke atas kenderaan OKU;<\/li>\n<li>Penukaran sistem bahan bakar;<\/li>\n<li>Penukaran enjin (Ketahui<span style=\"color: #ff9900;\"><a style=\"color: #ff9900;\" href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/prosedur-tukar-enjin-kereta-jpj-puspakom\"> Prosedur Tukar Enjin Kereta untuk Elakkan Disaman<\/a><\/span>);<\/li>\n<li>Status kenderaan Vintaj\/Klasik;<\/li>\n<li>Penukaran Panel struktur kenderaan (kes kemalangan).<\/li>\n<\/ol>\n<\/li>\n<\/ol>\n<\/li>\n<\/ol>\n<\/li>\n<\/ol>\n<h4 style=\"padding-left: 80px;\">ii. Kereta Perdagangan<\/h4>\n<ol>\n<li style=\"list-style-type: none;\">\n<ol>\n<li style=\"list-style-type: none;\">\n<ol>\n<li style=\"list-style-type: none;\">\n<ol>\n<li>Pengubahan ke atas bes roda kenderaan;<\/li>\n<li>Pemasangan iklan (untuk kenderaan <em>decontrolled<\/em> sahaja);<\/li>\n<li>Mengubah bilangan tempat duduk;<\/li>\n<li>Penukaran had berat;<\/li>\n<li>Pemasangan pagar sisi dan kanvas;<\/li>\n<li>Penukaran kabin;<\/li>\n<li>Pemasangan lantai\/lapik besi;<\/li>\n<li>Mengubah kegunaan kenderaan;<\/li>\n<li>Penukaran gandar;<\/li>\n<li>Penukaran jenis badan.<\/li>\n<\/ol>\n<\/li>\n<\/ol>\n<\/li>\n<\/ol>\n<\/li>\n<\/ol>\n<h2>Lelaki Ini Kongsikan Kereta Myvi Baharu <em>Modified<\/em> di Laman Sosial, Merecik Habis!<\/h2>\n<p><a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/heijiworks\/posts\/2644023562507084?__xts__%5B0%5D=68.ARAmq8X_Xh9b389FDhhEjYsCoJTRkjOarLq9IUsO6_5pfOTwGCLlZP89_KKTHx4DqO9ciJsXOxA5N88dfu09Pq89VUtIPKiiZRJ9QygSp6J0XPFRsQ4uSGjurCtbN_umZ4WcZTu8bg1AZYomRjdkGxl1nMmnLl84LSpSp745DaWlMZrbjhOOvsayjF7ACalw6-vr93tm5vqvUTEwO8f70JUmvFMLPGpUL8tFOGkejlOiNR7QARbw5KG7_kUBYJ50AAAP-Q_jbjtJAqEoXnnB-opsKZ8Uo46S3UQ1-C9orEHIJ3ZHxBl6iwSMU-0w1VDOLVzCFtu4W81d0zKQ0ZRjgxA-VVaq&#038;__tn__=-R\">https:\/\/www.facebook.com\/heijiworks\/posts\/2644023562507084?__xts__%5B0%5D=68.ARAmq8X_Xh9b389FDhhEjYsCoJTRkjOarLq9IUsO6_5pfOTwGCLlZP89_KKTHx4DqO9ciJsXOxA5N88dfu09Pq89VUtIPKiiZRJ9QygSp6J0XPFRsQ4uSGjurCtbN_umZ4WcZTu8bg1AZYomRjdkGxl1nMmnLl84LSpSp745DaWlMZrbjhOOvsayjF7ACalw6-vr93tm5vqvUTEwO8f70JUmvFMLPGpUL8tFOGkejlOiNR7QARbw5KG7_kUBYJ50AAAP-Q_jbjtJAqEoXnnB-opsKZ8Uo46S3UQ1-C9orEHIJ3ZHxBl6iwSMU-0w1VDOLVzCFtu4W81d0zKQ0ZRjgxA-VVaq&amp;__tn__=-R<\/a><\/p>\n<p>Perkongsian seorang pengguna <span style=\"color: #ff9900;\"><a style=\"color: #ff9900;\" href=\"https:\/\/twitter.com\/izzhxm_xriff\/status\/1309539133958676480\">@izzhxm_xriff<\/a> <\/span>di Twitter mengenai transformasi hebat terhadap Perodua Myvi generasi ketiga mendapat respon positif daripada rata-rata pengguna Twitter. Foto-foto Perodua Myvi <em>modified<\/em> atau yang diubah suai\u00a0yang dimuat naik di akaun Twitter beliau telah meraih lebih 3.4K <em>retweets<\/em> dan 10K <em>likes<\/em> setakat artikel ini ditulis. Malah, perkongsian beliau di Facebook rasmi beliau pada 20 Jun lalu juga telah menerima hampir 3.4K komen dan 7.5K <em>shares<\/em>! Mantap habis!<\/p>\n<blockquote class=\"twitter-tweet\" data-width=\"550\" data-dnt=\"true\">\n<p lang=\"in\" dir=\"ltr\">perghh smart boh <a href=\"https:\/\/twitter.com\/hashtag\/myvig3?src=hash&amp;ref_src=twsrc%5Etfw\">#myvig3<\/a><\/p>\n<p>&mdash; Abey Mu&#39;insz \uea00 (@abeymuinsz) <a href=\"https:\/\/twitter.com\/abeymuinsz\/status\/1309849229716676608?ref_src=twsrc%5Etfw\">September 26, 2020<\/a><\/p><\/blockquote>\n<p><script async src=\"https:\/\/platform.twitter.com\/widgets.js\" charset=\"utf-8\"><\/script><\/p>\n<blockquote class=\"twitter-tweet\" data-width=\"550\" data-dnt=\"true\">\n<p lang=\"en\" dir=\"ltr\">Perghhh macam need for speed<\/p>\n<p>&mdash; hafizkenny \ud83c\udff4\ud83c\uddf2\ud83c\uddfe (@hafizkenny) <a href=\"https:\/\/twitter.com\/hafizkenny\/status\/1310072599737561088?ref_src=twsrc%5Etfw\">September 27, 2020<\/a><\/p><\/blockquote>\n<p><script async src=\"https:\/\/platform.twitter.com\/widgets.js\" charset=\"utf-8\"><\/script><\/p>\n<h3>Myvi Baru <em>Modified<\/em> \u2013 Spesifikasi Pengubahsuaian Dalaman dan Luaran<\/h3>\n<p>Berdasarkan perkongsian tersebut, kereta <span style=\"color: #ff9900;\"><a style=\"color: #ff9900;\" href=\"https:\/\/www.carsome.my\/buy-car\/perodua\/myvi\/\">Perodua Myvi<\/a><\/span> dengan warna kelabu gelap atau <em>satin dark grey<\/em> ini telah melalui proses pengubahsuaian di bahagian dalaman dan luaran kereta. Bampar hadapan GT dengan kemasan jaring sarang lebah (<em>honeycomb mesh grill<\/em>) melengkapkan <em>&#8216;look&#8217;<\/em> luaran kereta ini. Rekaan bampar ini diinspirasikan daripada model Myvi GT yang dipamerkan semasa Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (<em>Kuala Lumpur International Motor Show<\/em>) pada tahun 2018.<\/p>\n<p>Bampar belakang pula masih mengekalkan rupa bentul asal dengan sedikit pengubahsuaian, diserlahkan dengan kemasan bahagian luar model menampilkan <em>diffuser <\/em>dengan muncung corong ekzos Akrapovi\u010d berkembar dan spoiler daripada AMG dengan nisbah potongan 1:1. Bahagian hud depan pula tampil dengan rekaan hud <em>custom<\/em> jenis Mugen, dikemaskan dengan kemasan karbon. Bahagian lampu hadapan turut digelapkan untuk menjadikan Myvi <em>modified<\/em> ini tampil lebih <em>sporty<\/em> dan garang, dilengkapkan dengan <em>skirt universal<\/em> yang menyempurnakan rekaan keseluruhannya.<\/p>\n<figure id=\"attachment_18982\" aria-describedby=\"caption-attachment-18982\" style=\"width: 2048px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"wp-image-18982 size-full\" style=\"font-style: inherit; font-weight: bold; text-align: center;\" src=\"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/Eixq08bU8AITGX8.jpg\" alt=\"myvi modified\" width=\"2048\" height=\"1536\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/Eixq08bU8AITGX8.jpg 2048w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/Eixq08bU8AITGX8-300x225.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/Eixq08bU8AITGX8-768x576.jpg 768w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/Eixq08bU8AITGX8-1024x768.jpg 1024w\" sizes=\"(max-width: 2048px) 100vw, 2048px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-18982\" class=\"wp-caption-text\">Kredit: <span style=\"color: #ff9900;\"><a style=\"color: #ff9900;\" href=\"https:\/\/www.instagram.com\/heijiworks7\/?hl=en\">@heijiworks7<\/a><\/span><\/figcaption><\/figure>\n<p>Rim kereta ini daripada BBS FI-R bersaiz 17 inci, manakala tayar daripada jenama Continental dengan ukuran saiz 205\/45\/17. Selain itu, bahagian-bahagian tertentu kereta ini dihiasi dengan kemasan karbon seperti di bahagian lampu sisi dan pemegang pintu. Sekali pandang, Myvi<em> &#8216;modified&#8217;<\/em> ini memang cun habis! Bahagian dalaman kereta tampil lebih kemas dengan balutan karbon pada papan pemuka termasuk stereng, tombol gear serta di bahagian perapi tingkap.<\/p>\n<p>Tempat duduk hadapan pula ditukar kepada tempat duduk jenis separa lekuk <em>(semi bucket seat)<\/em> berwarna hitam daripada SSCUS! Ia juga tampil dengan tali pinggang keledar berwarna merah melengkapkan imej <em>sporty<\/em> di bahagian dalam kereta ini. Model Myvi ini juga dipasang <em>sunroof<\/em> yang menyerlahkan lagi karakter pemilik kenderaan. Ia turut dilengkapi dengan s<em>hadow 4 speed throttle controller<\/em>, sistem audio<em> subwoofer<\/em>, <em>suspension<\/em> boleh laras ZERONE SS550 dan banyak lagi!<\/p>\n<figure id=\"attachment_18983\" aria-describedby=\"caption-attachment-18983\" style=\"width: 2048px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"wp-image-18983 size-full\" src=\"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/Eixq08cUMAAJNM-.jpg\" alt=\"myvi baru modified\" width=\"2048\" height=\"1372\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/Eixq08cUMAAJNM-.jpg 2048w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/Eixq08cUMAAJNM--300x201.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/Eixq08cUMAAJNM--768x515.jpg 768w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/Eixq08cUMAAJNM--1024x686.jpg 1024w\" sizes=\"(max-width: 2048px) 100vw, 2048px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-18983\" class=\"wp-caption-text\">Kredit: <span style=\"color: #ff9900;\"><a style=\"color: #ff9900;\" href=\"https:\/\/www.instagram.com\/heijiworks7\/?hl=en\">@heijiworks7<\/a><\/span><\/figcaption><\/figure>\n<h2>Tip Asas Pengubahsuaian Kereta yang Perlu Anda Tahu<\/h2>\n<p>Sebelum anda melakukan sebarang pengubahsuaian pada kereta, anda dinasihatkan untuk mempertimbangkan rancangan jangka panjang kereta yang diubah suai tersebut. Ini bermaksud, anda perlu mengambil kira sama anda kereta yang diubah suai akan digunakan untuk tempoh masa yang lama atau akan dijual selepas tempoh masa tertentu. Oleh sebab itu, CARSOME menyenaraikan 4 tip pengubahsuaian kereta yang boleh anda pertimbangkan sebelum anda melakukan sebarang pengubahsuaian pada kereta anda.<\/p>\n<ol>\n<li>Setiap kereta terpakai yang dijual kepada CARSOME akan melalui<span style=\"color: #ff9900;\"><a style=\"color: #ff9900;\" href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/perkara-perlu-tahu-pemeriksaan-puspakom\"> pemeriksaan Puspakom<\/a><\/span>. Anda boleh rujuk garis panduan pemeriksaan daripada<span style=\"color: #000000;\"> Puspakom <\/span>dan garis panduan daripada <span style=\"color: #000000;\">CARSOME <\/span>untuk maklumat lanjut.<\/li>\n<li>CARSOME menerima kereta <em>modified<\/em> terpakai namun tertakluk pada keadaan-keadaan tertentu. Penukaran rim tayar, pengubahsuaian <em>body kit<\/em> seperti bampar dan lain-lain mungkin boleh membantu meningkatkan nilai jualan kereta anda.<\/li>\n<li>Penukaran daripada enjin asal kepada enjin berprestasi lebih tinggi adalah tidak digalakkan. Pihak <em>dealer<\/em> biasanya menolak kenderaan yang melalui pengubahsuaian enjin kerana penukaran kepada enjin asal melibatkan kos yang besar. Selain itu, terdapat risiko kerosakan enjin yang perlu dipertimbangkan.<\/li>\n<li>Pemasangan <em>sunroof<\/em> pada kenderaan turut dibenarkan, namun masih tertakluk pada keadaan dan kelulusan daripada Puspakom.<\/li>\n<\/ol>\n<figure id=\"attachment_21189\" aria-describedby=\"caption-attachment-21189\" style=\"width: 1200px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"wp-image-21189 size-full\" src=\"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/KLIMS18_Perodua_Myvi_GT-1-1200x800.jpg\" alt=\"perodua myvi GT\" width=\"1200\" height=\"800\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/KLIMS18_Perodua_Myvi_GT-1-1200x800.jpg 1200w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/KLIMS18_Perodua_Myvi_GT-1-1200x800-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/KLIMS18_Perodua_Myvi_GT-1-1200x800-768x512.jpg 768w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/KLIMS18_Perodua_Myvi_GT-1-1200x800-1024x683.jpg 1024w\" sizes=\"(max-width: 1200px) 100vw, 1200px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-21189\" class=\"wp-caption-text\">Kredit: <a href=\"https:\/\/paultan.org\/2018\/11\/22\/klims18-perodua-myvi-gt-sporty-hot-hatch-concept\/myvi-gt_front\/\"><span style=\"color: #ff9900;\">Paultan<\/span><\/a><\/figcaption><\/figure>\n<h2>Perodua Bakal Hasilkan MYVI GT?<\/h2>\n<p>Kehadiran model konsep baharu Perodua Myvi GT semasa acara <em>Kuala Lumpur International Motor Show<\/em> (KLIMS) secara tidak langsung berjaya membuatkan pengunjung teruja. Myvi generasi ketiga dengan spesifikasi lengkap yang lebih <em>sporty<\/em> berbanding model standard dijangka bakal menjadi antara model kereta paling laris dijual di Malaysia.\u00a0Rekaan Myvi GT tampil lebih menarik dengan rekaan bampar dan kit badan dengan ciri-ciri yang lebih <em>sporty<\/em>, agresif dan garang. Ia sekali gus menambahkan lagi nilai kosmetik model Myvi sedia ada. Model ini dijangka menampilkan rim bersaiz 17 inci lima jejari berkembar berwarna hitam dengan tayar Bridgestone Potenza Adrenalian RE003.<\/p>\n<p>Selain itu, model ini turut menampilkan rekaan garisan pada bahagian badan, <em>skirting<\/em> yang lebih memukau, pad brek Brembo dan suspensi boleh laras. Ruang dalaman pula diserlahkan dengan stereng rata yang diperbuat daripada gentian karbon dan tempat duduk <em>bucket<\/em> dengan balutan Alcantara. Namun begitu, enjin Myvi GT dijangka masih lagi mengekalkan enjin standard Myvi. Meskipun menerima respon yang positif, pihak Perodua masih lagi mengkaji kerelevenan, harga dan aspek-aspek lain sebelum melancarkan model ini.<\/p>\n<figure id=\"attachment_21190\" aria-describedby=\"caption-attachment-21190\" style=\"width: 1200px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"wp-image-21190 size-full\" src=\"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/KLIMS18_Perodua_Myvi_GT-14-1200x800.jpg\" alt=\"myvi modified | myvi GT\" width=\"1200\" height=\"800\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/KLIMS18_Perodua_Myvi_GT-14-1200x800.jpg 1200w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/KLIMS18_Perodua_Myvi_GT-14-1200x800-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/KLIMS18_Perodua_Myvi_GT-14-1200x800-768x512.jpg 768w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/KLIMS18_Perodua_Myvi_GT-14-1200x800-1024x683.jpg 1024w\" sizes=\"(max-width: 1200px) 100vw, 1200px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-21190\" class=\"wp-caption-text\">Kredit: <span style=\"color: #ff9900;\"><a style=\"color: #ff9900;\" href=\"https:\/\/paultan.org\/2018\/11\/22\/klims18-perodua-myvi-gt-sporty-hot-hatch-concept\/myvi-gt_front\/\">Paultan<\/a><\/span><\/figcaption><\/figure>\n<p>Adakah anda #TeamModified atau #TeamStandard? Adakah anda sanggup berbelanja besar untuk mengubah suai kereta anda? Selain itu, jika anda merancang untuk <a href=\"https:\/\/www.carsome.my\/sell-car\/\"><span style=\"color: #ff9900;\">menjual kereta lama<\/span><\/a> anda, layari laman web <a href=\"http:\/\/www.carsome.my\/\"><span style=\"color: #ff9900;\">CARSOME<\/span><\/a>\u2013 platform jual beli kereta terpakai terbesar dan terbaik di Asia Tenggara untuk info lanjut.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Filem Fast &amp; Furious merupakan sebuah filem yang tidak asing lagi dalam kalangan peminat atau &#8216;kaki kereta&#8217;. Filem yang padat dengan aksi yang mendebarkan ini juga turut mempamerkan pelbagai jenis kenderaan yang telah diubah suai yang sememangnya menarik dan unik. Maka tidak hairanlah jika filem ini digilai ramai dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminatnya. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":18983,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[116],"tags":[],"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v21.7 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>Myvi Modified: Panduan Pengubahsuaian yang Diluluskan oleh JPJ<\/title>\n<meta name=\"description\" content=\"Ketahui panduan dan tips pengubahsuaian kereta yang diluluskan JPJ yang perlu anda tahu, spesifikasi myvi modified baharu yang viral di media sosial.\" \/>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/myvi-modified-merecik\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"en_US\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Myvi Modified: Panduan Pengubahsuaian yang Diluluskan oleh JPJ\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"Ketahui panduan dan tips pengubahsuaian kereta yang diluluskan JPJ yang perlu anda tahu, spesifikasi myvi modified baharu yang viral di media sosial.\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/myvi-modified-merecik\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"Carsome Malaysia\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2020-10-02T02:01:42+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2023-09-22T09:55:07+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/Eixq08cUMAAJNM-.jpg\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"2048\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"1372\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:type\" content=\"image\/jpeg\" \/>\n<meta name=\"author\" content=\"Carsome Author\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"Carsome Author\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"7 minutes\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\/\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"Article\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/myvi-modified-merecik#article\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/myvi-modified-merecik\"},\"author\":{\"name\":\"Carsome Author\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/87d05cd61db7aaf083085db36edff588\"},\"headline\":\"Myvi Modified: Panduan Pengubahsuaian yang Diluluskan oleh JPJ\",\"datePublished\":\"2020-10-02T02:01:42+00:00\",\"dateModified\":\"2023-09-22T09:55:07+00:00\",\"mainEntityOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/myvi-modified-merecik\"},\"wordCount\":1454,\"publisher\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization\"},\"articleSection\":[\"BM\"],\"inLanguage\":\"en-US\"},{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/myvi-modified-merecik\",\"url\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/myvi-modified-merecik\",\"name\":\"Myvi Modified: Panduan Pengubahsuaian yang Diluluskan oleh JPJ\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#website\"},\"datePublished\":\"2020-10-02T02:01:42+00:00\",\"dateModified\":\"2023-09-22T09:55:07+00:00\",\"description\":\"Ketahui panduan dan tips pengubahsuaian kereta yang diluluskan JPJ yang perlu anda tahu, spesifikasi myvi modified baharu yang viral di media sosial.\",\"breadcrumb\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/myvi-modified-merecik#breadcrumb\"},\"inLanguage\":\"en-US\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"ReadAction\",\"target\":[\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/myvi-modified-merecik\"]}]},{\"@type\":\"BreadcrumbList\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/myvi-modified-merecik#breadcrumb\",\"itemListElement\":[{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":1,\"name\":\"Home\",\"item\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":2,\"name\":\"Myvi Modified: Panduan Pengubahsuaian yang Diluluskan oleh JPJ\"}]},{\"@type\":\"WebSite\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#website\",\"url\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/\",\"name\":\"Carsome Malaysia\",\"description\":\"\",\"publisher\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization\"},\"potentialAction\":[{\"@type\":\"SearchAction\",\"target\":{\"@type\":\"EntryPoint\",\"urlTemplate\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/?s={search_term_string}\"},\"query-input\":\"required name=search_term_string\"}],\"inLanguage\":\"en-US\"},{\"@type\":\"Organization\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization\",\"name\":\"Carsome\",\"url\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/\",\"logo\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/logo\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/Carsome-New-Logo1.jpg\",\"contentUrl\":\"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/Carsome-New-Logo1.jpg\",\"width\":980,\"height\":815,\"caption\":\"Carsome\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/logo\/image\/\"}},{\"@type\":\"Person\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/87d05cd61db7aaf083085db36edff588\",\"name\":\"Carsome Author\",\"image\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/472fa29bca32ba45df8167d33763f28c?s=96&d=mm&r=g\",\"contentUrl\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/472fa29bca32ba45df8167d33763f28c?s=96&d=mm&r=g\",\"caption\":\"Carsome Author\"}}]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"Myvi Modified: Panduan Pengubahsuaian yang Diluluskan oleh JPJ","description":"Ketahui panduan dan tips pengubahsuaian kereta yang diluluskan JPJ yang perlu anda tahu, spesifikasi myvi modified baharu yang viral di media sosial.","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"canonical":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/myvi-modified-merecik","og_locale":"en_US","og_type":"article","og_title":"Myvi Modified: Panduan Pengubahsuaian yang Diluluskan oleh JPJ","og_description":"Ketahui panduan dan tips pengubahsuaian kereta yang diluluskan JPJ yang perlu anda tahu, spesifikasi myvi modified baharu yang viral di media sosial.","og_url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/myvi-modified-merecik","og_site_name":"Carsome Malaysia","article_published_time":"2020-10-02T02:01:42+00:00","article_modified_time":"2023-09-22T09:55:07+00:00","og_image":[{"width":2048,"height":1372,"url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/Eixq08cUMAAJNM-.jpg","type":"image\/jpeg"}],"author":"Carsome Author","twitter_card":"summary_large_image","twitter_misc":{"Written by":"Carsome Author","Est. reading time":"7 minutes"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"Article","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/myvi-modified-merecik#article","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/myvi-modified-merecik"},"author":{"name":"Carsome Author","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/87d05cd61db7aaf083085db36edff588"},"headline":"Myvi Modified: Panduan Pengubahsuaian yang Diluluskan oleh JPJ","datePublished":"2020-10-02T02:01:42+00:00","dateModified":"2023-09-22T09:55:07+00:00","mainEntityOfPage":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/myvi-modified-merecik"},"wordCount":1454,"publisher":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization"},"articleSection":["BM"],"inLanguage":"en-US"},{"@type":"WebPage","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/myvi-modified-merecik","url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/myvi-modified-merecik","name":"Myvi Modified: Panduan Pengubahsuaian yang Diluluskan oleh JPJ","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#website"},"datePublished":"2020-10-02T02:01:42+00:00","dateModified":"2023-09-22T09:55:07+00:00","description":"Ketahui panduan dan tips pengubahsuaian kereta yang diluluskan JPJ yang perlu anda tahu, spesifikasi myvi modified baharu yang viral di media sosial.","breadcrumb":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/myvi-modified-merecik#breadcrumb"},"inLanguage":"en-US","potentialAction":[{"@type":"ReadAction","target":["https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/myvi-modified-merecik"]}]},{"@type":"BreadcrumbList","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/myvi-modified-merecik#breadcrumb","itemListElement":[{"@type":"ListItem","position":1,"name":"Home","item":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/"},{"@type":"ListItem","position":2,"name":"Myvi Modified: Panduan Pengubahsuaian yang Diluluskan oleh JPJ"}]},{"@type":"WebSite","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#website","url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/","name":"Carsome Malaysia","description":"","publisher":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization"},"potentialAction":[{"@type":"SearchAction","target":{"@type":"EntryPoint","urlTemplate":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/?s={search_term_string}"},"query-input":"required name=search_term_string"}],"inLanguage":"en-US"},{"@type":"Organization","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization","name":"Carsome","url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/","logo":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/logo\/image\/","url":"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/Carsome-New-Logo1.jpg","contentUrl":"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/Carsome-New-Logo1.jpg","width":980,"height":815,"caption":"Carsome"},"image":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/logo\/image\/"}},{"@type":"Person","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/87d05cd61db7aaf083085db36edff588","name":"Carsome Author","image":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/image\/","url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/472fa29bca32ba45df8167d33763f28c?s=96&d=mm&r=g","contentUrl":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/472fa29bca32ba45df8167d33763f28c?s=96&d=mm&r=g","caption":"Carsome Author"}}]}},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18980"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18980"}],"version-history":[{"count":23,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18980\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":27595,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18980\/revisions\/27595"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18983"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18980"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18980"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18980"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}