{"id":18187,"date":"2023-09-09T17:46:38","date_gmt":"2023-09-09T09:46:38","guid":{"rendered":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/?p=18187"},"modified":"2024-02-29T17:08:35","modified_gmt":"2024-02-29T09:08:35","slug":"apa-anda-perlu-tahu-mengenai-tayar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/apa-anda-perlu-tahu-mengenai-tayar","title":{"rendered":"Cara Penjagaan, Tip Beli Tayar Kereta yang Terbaik &#038; Selamat di Malaysia"},"content":{"rendered":"<p><span style=\"font-weight: 400;\">Tayar kereta adalah komponen yang paling penting kerana ia banyak terdedah kepada permukaan jalan raya. Tayar kereta yang berkualiti memainkan peranan untuk keselesaan pengendalian, kawalan stereng serta cengkaman tayar yang lebih baik.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Meskipun begitu, ramai dalam kalangan pemilik kereta tidak kira lelaki mahupun perempuan mengabaikan aspek penjagaan tayar yang baik dan selamat. Penjagaan tayar yang betul dapat mengelakkan insiden-insiden yang mungkin boleh membahayakan nyawa anda sepanjang pemanduan.<\/span><\/p>\n<h2><b>7 Cara Penjagaan Tayar Kereta Anda Perlu Tahu<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">CARSOME menyenaraikan 7 cara penjagaan tayar dan pengetahuan asas berkaitan tayar yang perlu diketahui untuk panduan anda:<\/span><\/p>\n<table>\n<tbody>\n<tr>\n<td width=\"601\"><strong>Senarai Kandungan<\/strong><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td width=\"601\">\n<ul>\n<li style=\"list-style-type: none;\">\n<ul>\n<li style=\"list-style-type: none;\">\n<ul>\n<li style=\"list-style-type: none;\">\n<ul>\n<li><a href=\"#a\">Pemilihan Saiz Tayar<\/a><\/li>\n<li><a href=\"#b\">Tekanan Angin Tayar Kereta\u00a0\u00a0<\/a>\n<ul>\n<li><a href=\"#c\">Cara Periksa Tekanan Angin Tayar\u00a0<\/a><\/li>\n<\/ul>\n<\/li>\n<li><a href=\"#d\">Tukar Silang Kedudukan Tayar\u00a0<\/a><\/li>\n<li><a href=\"#e\">Aligment &amp; Balancing Tayar <\/a>\n<ul>\n<li><a href=\"#f\">Cara Mengesan Alignment Tayar Yang Bermasalah\u00a0 \u00a0<\/a><\/li>\n<li><a href=\"#g\">Cara Mengesan Keseimbangan Tayar Yang Bermasalah<\/a><\/li>\n<\/ul>\n<\/li>\n<li><a href=\"#h\">Kod Tayar Kereta<\/a><\/li>\n<li><a href=\"#i\">Cara Pemanduan<\/a><\/li>\n<li><a href=\"#j\">Keadaan Fizikal Tayar <\/a>\n<ul>\n<li><a href=\"#k\">Penanda Bunga Tayar Haus<\/a><\/li>\n<li><a href=\"#l\">Kerosakan Tayar<\/a><\/li>\n<\/ul>\n<\/li>\n<\/ul>\n<\/li>\n<\/ul>\n<\/li>\n<\/ul>\n<\/li>\n<\/ul>\n<\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n<h3><b><a name=\"a\"><\/a>1. Pemilihan Saiz Tayar Kereta<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jika anda sukakan kereta dengan penampilan standard, anda mungkin tidak kisah dengan saiz rim kereta anda. Namun begitu, bagi pemilik yang gemar mengubah suai atau <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">modified<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> kereta, rim tayar merupakan antara aksesori kereta yang akan ditukar. Penggunaan saiz tayar yang tidak bersesuaian dengan saiz rim boleh memberi kesan terhadap tayar dan kereta anda.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kenapa pentingnya untuk anda memilih saiz tayar dan rim yang betul mengikut kereta anda? Pertama untuk memastikan kereta anda boleh dipandu dengan selesa. Memilih rim yang lebih besar akan menambahkan lagi berat kepada kereta anda. Pertambahan berat bermakna kereta anda akan menggunakan lebih petrol untuk bergerak.<br \/>\n<\/span><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"alignnone wp-image-34859 size-full\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/mark-chan-_cYSOg3cr2g-unsplash.webp\" alt=\"kereta elektrik malaysia, tayar kereta elektrik\" width=\"1000\" height=\"667\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/mark-chan-_cYSOg3cr2g-unsplash.webp 1000w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/mark-chan-_cYSOg3cr2g-unsplash-300x200.webp 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/mark-chan-_cYSOg3cr2g-unsplash-768x512.webp 768w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/mark-chan-_cYSOg3cr2g-unsplash-150x100.webp 150w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/mark-chan-_cYSOg3cr2g-unsplash-696x464.webp 696w\" sizes=\"(max-width: 1000px) 100vw, 1000px\" \/><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jika anda nak menukar rim yang lebih besar, anda boleh buat kira-kira bagi memilih saiz rim yang sesuai menggunakan <\/span><a href=\"https:\/\/ms.calcprofi.com\/kalkulator-tire.html\"><b>kalkulator<\/b><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> ini. Ataupun anda boleh berbincang dengan mekanik tayar tentang saiz rim dan tayar yang boleh anda pasang pada kereta anda.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Tetapi jika anda inginkan prestasi yang terbaik, sudah semestinya gunakan apa saja tayar serta rim yang telah dipasangkan oleh pengeluar. Atau sekurang-kurangnya gunakan saiz yang sama dengan tayar standard yang telah siap dipasang.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><b>Artikel Berkaitan: <\/b><span style=\"font-weight: 400;\">1<\/span><a href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/sport-rim-atau-rim-tayar-popular-malaysia\"><span style=\"font-weight: 400;\">0 Jenis \u2018Sport Rim\u2019 atau Rim Tayar yang Popular di Malaysia<\/span><\/a><\/p>\n<h3><b><a name=\"b\"><\/a>2. Tekanan Angin Tayar Kereta<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Periksa tekanan angin tayar sekurangnya-kurangnya sebulan sekali atau setiap dua minggu. Tekanan angin tayar yang tidak sesuai boleh menyebabkan pemanduan kurang selesa selain terdedah kepada kerosakan, cengkaman dan kawalan pemanduan yang tidak baik.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Tekanan angin tayar yang betul dapat menjimatkan bahan api, menguatkan cengkaman tayar atas jalan, mengelakkan kehausan tayar yang tidak sekata dan meningkatkan jangka hayat tayar.<\/span><\/p>\n<h4><b><a name=\"c\"><\/a>Cara Memeriksa Tekanan Angin Tayar Kereta<\/b><\/h4>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"2\"><span style=\"font-weight: 400;\">Parkir kereta di kawasan yang rata, pastikan tayar berada dalam keadaan lurus<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"2\"><span style=\"font-weight: 400;\">Lukis satu garisan melintang di atas bunga tayar<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"2\"><span style=\"font-weight: 400;\">Pandu perlahan-lahan sehingga garisan hilang<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"2\"><span style=\"font-weight: 400;\">Sekiranya garisan hilang dengan sekata pada keseluruhan tayar, ia menandakan tekanan angin bersesuaian<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"2\"><span style=\"font-weight: 400;\">Jika garisan hilang pada bahagian tengah, ia menandakan tekanan angin berlebihan atau terlalu keras<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"2\"><span style=\"font-weight: 400;\">Jika garisan hilang pada bahagian sisi, ia menandakan tayar kekurangan angin<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Anda boleh merujuk pelekat maklumat tayar yang biasanya terdapat pada pintu sebelah pemandu untuk mengetahui kadar tekanan angin tayar yang bersesuaian. Pelekat ini memaparkan maklumat mengenai ukuran tayar, spesifikasi serta tekanan yang sesuai untuk kesemua tayar termasuk tayar ganti.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"alignnone wp-image-35413 size-full\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2020\/07\/pexels-andrea-piacquadio-3807450-1.jpg\" alt=\"\" width=\"991\" height=\"660\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2020\/07\/pexels-andrea-piacquadio-3807450-1.jpg 991w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2020\/07\/pexels-andrea-piacquadio-3807450-1-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2020\/07\/pexels-andrea-piacquadio-3807450-1-768x511.jpg 768w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2020\/07\/pexels-andrea-piacquadio-3807450-1-150x100.jpg 150w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2020\/07\/pexels-andrea-piacquadio-3807450-1-696x464.jpg 696w\" sizes=\"(max-width: 991px) 100vw, 991px\" \/><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Selain itu, anda disarankan untuk meningkatkan tekanan tayar anda sebanyak 3 psi atau 20 kpa jika anda ingin meninggalkan kenderaan anda untuk suatu tempoh masa yang lama. Ia bertujuan untuk mengelakkan masalah bintik mendatar atau<\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\"> flat-spotting<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">. Masalah ini biasa berlaku apabila kereta dibiarkan tidak bergerak untuk jangka masa yang panjang.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Terdapat dua jenis bintik mendatar \u2013 sementara dan separa kekal. Kebanyakan masanya kes bintik mendatar ini adalah sementara dan boleh dirasai melalui getaran pada stereng. Namun begitu, getaran ini akan hilang apabila suhu tayar telah meningkat.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><b>Artikel Berkaitan: <\/b><a href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/punca-kerosakan-tayar-kereta\"><span style=\"font-weight: 400;\">Punca Kerosakan Tayar Kereta Yang Patut Anda Tahu<\/span><\/a><\/p>\n<h3><b><a name=\"d\"><\/a>3. Tukar Silang Kedudukan Tayar<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Selain mengisi tekanan angin yang bersesuaian untuk tayar kereta, anda juga disyorkan untuk menukar kedudukan tayar atau <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">tyre rotation<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> secara berkala. Cara ini berkesan untuk memastikan <\/span><span style=\"font-weight: 400;\">kehausan tayar adalah seragam<\/span> <span style=\"font-weight: 400;\">pada keempat-empat tayar.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Selain itu, cara ini juga dapat membantu memanjangkan jangka hayat dan mengurangkan risiko kerosakan tayar kereta. Anda disarankan untuk melakukan pertukaran silang ini sekurang-kurangnya setiap enam bulan sekali atau setiap 10,000 km hingga 13,000 km.<\/span><\/p>\n<blockquote class=\"tiktok-embed\" cite=\"https:\/\/www.tiktok.com\/@carsomemy\/video\/7257043833412685058\" data-video-id=\"7257043833412685058\" data-embed-from=\"oembed\" style=\"max-width: 605px;min-width: 325px;\" >\n<section> <a target=\"_blank\" title=\"@carsomemy\" href=\"https:\/\/www.tiktok.com\/@carsomemy?refer=embed\">@carsomemy<\/a> <\/p>\n<p>&#8220;Kau rasa beli tayar second hand selamat tak bro?\u201d  Meh sini kami nak share tips nak tahu pasal tayar dan tips penjagaan tayar kereta anda! Semoga bermanfaat. \ud83d\ude03  Jika nak tukar tayar dengan harga berpatutan &#038; berkualiti, pergi je ke CARSOME Service Center! Semua pomen kami sentiasa bersedia untuk membantu anda. \ud83d\ude0e <a title=\"carsomemy\" target=\"_blank\" href=\"https:\/\/www.tiktok.com\/tag\/carsomemy?refer=embed\">#CARSOMEMY<\/a> <a title=\"cartips\" target=\"_blank\" href=\"https:\/\/www.tiktok.com\/tag\/cartips?refer=embed\">#CarTips<\/a> <a title=\"carsafetytips\" target=\"_blank\" href=\"https:\/\/www.tiktok.com\/tag\/carsafetytips?refer=embed\">#CarSafetyTips<\/a> <a title=\"tipskereta\" target=\"_blank\" href=\"https:\/\/www.tiktok.com\/tag\/tipskereta?refer=embed\">#TipsKereta<\/a> <a title=\"tipspenjagaankereta\" target=\"_blank\" href=\"https:\/\/www.tiktok.com\/tag\/tipspenjagaankereta?refer=embed\">#TipsPenjagaanKereta<\/a> <a title=\"tipstayar\" target=\"_blank\" href=\"https:\/\/www.tiktok.com\/tag\/tipstayar?refer=embed\">#TipsTayar<\/a> <a title=\"bacakodtayar\" target=\"_blank\" href=\"https:\/\/www.tiktok.com\/tag\/bacakodtayar?refer=embed\">#BacaKodTayar<\/a> <a title=\"carapilihtayar\" target=\"_blank\" href=\"https:\/\/www.tiktok.com\/tag\/carapilihtayar?refer=embed\">#CaraPilihTayar<\/a> <a title=\"tayarkereta\" target=\"_blank\" href=\"https:\/\/www.tiktok.com\/tag\/tayarkereta?refer=embed\">#TayarKereta<\/a> <a title=\"servicecenter\" target=\"_blank\" href=\"https:\/\/www.tiktok.com\/tag\/servicecenter?refer=embed\">#ServiceCenter<\/a> <\/p>\n<p> <a target=\"_blank\" title=\"\u266c original sound - CARSOMEMY - CARSOMEMY\" href=\"https:\/\/www.tiktok.com\/music\/original-sound-CARSOMEMY-7257043851007789826?refer=embed\">\u266c original sound &#8211; CARSOMEMY &#8211; CARSOMEMY<\/a> <\/section>\n<\/blockquote>\n<p> <script async src=\"https:\/\/www.tiktok.com\/embed.js\"><\/script><\/p>\n<h3><b><a name=\"e\"><\/a><br \/>\n4. <\/b><b><i>Alignment <\/i><\/b><b>dan <\/b><b><i>Balancing <\/i><\/b><b>Tayar<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Anda disarankan untuk melakukan penjajaran (<\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">alignment)<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> dan penyeimbangan<\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\"> (balancing)<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> tayar setiap tiga bulan bergantung pada keadaan tayar kereta anda. Proses penjajaran<\/span> <span style=\"font-weight: 400;\">tayar penting untuk memastikan kereta berada dalam keadaan baik dan memastikan cengkaman tayar yang optimum semasa di atas jalan raya. Manakala, proses <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">balancing<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> pula merujuk proses tayar diseimbangkan dengan meletakkan timah atau pemberat pada tayar supaya tayar tidak cepat haus dan pemanduan terasa lebih lancar.<\/span><\/p>\n<h4><strong><a name=\"f\"><\/a>Cara Mengesan <i>Alignment<\/i> Tayar Kereta Bermasalah<\/strong><\/h4>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"2\"><span style=\"font-weight: 400;\">Ketika memandu, cuba lepaskan stereng anda seketika. Sekiranya stereng kereta dilepaskan dan kereta bergerak lurus, ia menandakan penjajaran anda berada dalam keadaan baik. Namun begitu, jika stereng dilepaskan dan kereta bergerak ke kiri atau ke kanan, ia menandakan penjajaran<\/span> <span style=\"font-weight: 400;\">kereta anda bermasalah dan perlu diservis segera<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"2\"><span style=\"font-weight: 400;\">Parkir kereta dan pastikan tayar hadapan berada dalam keadaan lurus. Jika kedudukan stereng tidak selari dengan kedudukan tayar, ia mungkin menandakan masalah penjajaran tayar.\u00a0<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"2\"><span style=\"font-weight: 400;\">Kehausan bunga tayar yang tidak sekata turut menandakan masalah penjajaran tayar kereta. Lakukan servis dengan segera untuk mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini atau anda terpaksa mengeluarkan kos pembaikanyang lebih besar.<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<h4><strong><a name=\"g\"><\/a>Cara Mengesan Keseimbangan Tayar Kereta Bermasalah<\/strong><\/h4>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"2\"><span style=\"font-weight: 400;\">Stereng bergegar dengan kuat apabila anda memandu dengan had kelajuan antara 80km\/j hingga 100km\/j, ia menandakan keseimbangan tayar kereta anda bermasalah.<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<h3><b><a name=\"h\"><\/a>5. Kod Tayar Kereta<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Setiap tayar yang dijual di pasaran memaparkan maklumat terperinci mengenai jenis, saiz, tahap bebanan, kelajuan yang boleh ditampung serta minggu dan tahun pembuatan tayar. Maklumat ini secara tidak langsung boleh membantu anda membuat pilihan tayar yang sesuai dan selamat. Jika anda perasan, terdapat nombor dan angka pada bahagian sisi tayar. Apakah maksud gabungan angka dan huruf ini?<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jika diperhatikan pada tayar di atas, terdapat nombor 175\/65 R15 (84 H). Ketahui penerangan terperinci yang disediakan dalam jadual di bawah:<\/span><\/p>\n<table>\n<tbody>\n<tr>\n<td><b>Spesifikasi Kod Tayar Kereta<\/b><\/td>\n<td><b>Penerangan<\/b><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">175<\/span><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Saiz kelebaran tayar (mm)<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">65<\/span><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Peratusan ketinggian dinding tayar<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">R<\/span><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Radial<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">15<\/span><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Diameter saiz rim (inci)<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">84<\/span><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Indeks had muatan (kg)<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">H<\/span><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Indeks kelajuan maksimum (km\/j)<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Di Malaysia, semua tayar yang dijual dan selamat digunakan di atas jalan raya perlu memiliki kod tayar kereta yang memaparkan minggu dan tahun pengeluaran. Berdasarkan gambar di atas, ia menandakan tayar ini dibuat pada minggu ke-25 tahun 2019.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"alignnone wp-image-35338 size-full\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/carlist-tyre.jpg\" alt=\"nombor kod tayar\" width=\"1000\" height=\"750\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/carlist-tyre.jpg 1000w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/carlist-tyre-300x225.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/carlist-tyre-768x576.jpg 768w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/carlist-tyre-150x113.jpg 150w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/carlist-tyre-696x522.jpg 696w\" sizes=\"(max-width: 1000px) 100vw, 1000px\" \/><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Oleh itu, jika anda ingin menukar tayar baharu, pastikan anda memeriksa tahun pembuatannya terlebih dahulu. Beli tayar keluaran terbaharu atau daripada tahun pengeluaran terkiniuntuk mengelakkan jangka hayat tayar tidak bertahan lama.<\/span><\/p>\n<table>\n<tbody>\n<tr>\n<td><b>Simbol Kelajuan<\/b><\/td>\n<td><b>Indeks Kelajuan Maksimum (km\/j)<\/b><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">S<\/span><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">180 km\/j<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">T<\/span><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">190 km\/j<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">U<\/span><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">200 km\/j<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">H<\/span><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">210 km\/j<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">V<\/span><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">240 km\/j<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Z*<\/span><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">240+ km\/j<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">W<\/span><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">270 km\/j<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Y<\/span><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">300 km\/j<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">(Y)<\/span><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">300+ km\/j<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n<p><i><span style=\"font-weight: 400;\">Catatan: Pada mulanya, simbol Z* diseragamkan untuk melabelkan kadar kelajuan yang melebihi 240 km\/j. Namun begitu, simbol W dan Y mula diperkenalkan apabila terdapat penghasilan kereta dengan kelajuan yang lebih pantas.<\/span><\/i><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Selain itu, tayar kereta juga turut memaparkan tahap kelajuan dan bebanan yang boleh ditampung. Tayar yang dipandu melebihi had kelajuan yang ditetapkan boleh meningkatkan penggunaan bahan bakar. Manakala, berat bebanan yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan tayar dengan lebih cepat.<\/span><\/p>\n<h3><strong><a name=\"i\"><\/a><br \/>\n6. Cara Pemanduan<\/strong><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Ambil kira faktor-faktor seperti permukaan jalan atau cara pemanduan sebelum memilih jenis tayar yang sesuai untuk kenderaan anda. Selain itu, pertimbangkan aspek-aspek lain seperti kos tayar, keselesaan, ketahanan, prestasi dan penjimatan bahan api. Berikut merupakan jenis tayar terbaik yang boleh anda pertimbangkan:<\/span><\/p>\n<h4><span style=\"font-weight: 400;\">Tayar Kereta Terbaik Yang Boleh Anda Beli<\/span><\/h4>\n<table>\n<tbody>\n<tr>\n<td><b>Kategori Tayar Kereta<\/b><\/td>\n<td><b>Jenama Tayar Kereta Terbaik<\/b><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td rowspan=\"3\"><span style=\"font-weight: 400;\">Tayar Ekonomi \u2013 Jimat Minyak<\/span><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Michelin XM2+<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Bridgestone Ecopia<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Hankook Kinergy Eco<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td rowspan=\"3\"><span style=\"font-weight: 400;\">Tayar Selesa<\/span><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Michelin Primac 4<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Continental CC6<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Bridgestone Turanza<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td rowspan=\"3\"><span style=\"font-weight: 400;\">Tayar Kos Rendah<\/span><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Falken SN832i<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Dunlop Formula D06<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Goodyear DP-D1<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td rowspan=\"4\"><span style=\"font-weight: 400;\">Tayar Berprestasi<\/span><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Michelin Pilot Sport<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Goodyear Eagle F1<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Bridgestone Potenza<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Hankook Ventus Prime<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td rowspan=\"4\"><span style=\"font-weight: 400;\">Tayar Tahan Lama<\/span><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Goodyear Duraplus 2<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Goodyear Assurance<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Yokohama Bluearth<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Goodyear Excellence<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n<h3><strong><a name=\"j\"><\/a><br \/>\n7. Keadaan Fizikal Tayar<\/strong><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pemeriksaan tayar seperti tahap kehausan tayar boleh mencegah dan mengurangkan risiko kemalangan jiwa yang boleh meragut nyawa. Ketahui dua langkah mudah untuk periksa tayar seperti yang disenaraikan di bawah:<\/span><\/p>\n<h4><strong><a name=\"k\"><\/a><br \/>\ni. Penanda Bunga Tayar Haus<\/strong><\/h4>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kebanyakan pemilik kereta tidak menyedari bahawa tayar dilengkapi dengan bar penanda haus yang membolehkan pemeriksaan kadar kehausan bunga tayar diperiksa dengan berkesan. Kebiasaannya, terdapat bar kecil melintang di bahagian tengah bunga tayar yang menandakan kedalaman minimum bunga tayar. Semakin rapat bunga tayar dengan bar tersebut, semakin haus tayar anda.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"alignnone wp-image-35344 size-full\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/25994741_2071967976258995_2831735835901230003_n.jpg\" alt=\"\" width=\"960\" height=\"720\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/25994741_2071967976258995_2831735835901230003_n.jpg 960w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/25994741_2071967976258995_2831735835901230003_n-300x225.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/25994741_2071967976258995_2831735835901230003_n-768x576.jpg 768w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/25994741_2071967976258995_2831735835901230003_n-150x113.jpg 150w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/25994741_2071967976258995_2831735835901230003_n-696x522.jpg 696w\" sizes=\"(max-width: 960px) 100vw, 960px\" \/><\/p>\n<h4><strong><a name=\"l\"><\/a><br \/>\nii. Kerosakan Tayar<\/strong><\/h4>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Selain kadar kehausan bunga tayar, periksa juga keadaan tayar \u2013 perhatikan tanda-tanda kerosakan seperti koyakan, hirisan, bonjolan, atau kebocoran tayar. Jika anda menyedari sebarang ketidaknormalan pada bahagian kereta anda, bawa kereta anda ke mana-mana bengkel berhampiran anda. Tayar yang tidak berada dalam keadaan baik boleh menyebabkan kenderaan hilang kawalan dan risiko kemalangan jiwa.<\/span><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"alignnone wp-image-35414 size-full\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2020\/07\/366648480_6804177432939798_4607215897412659092_n.jpg\" alt=\"\" width=\"843\" height=\"1144\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2020\/07\/366648480_6804177432939798_4607215897412659092_n.jpg 843w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2020\/07\/366648480_6804177432939798_4607215897412659092_n-221x300.jpg 221w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2020\/07\/366648480_6804177432939798_4607215897412659092_n-755x1024.jpg 755w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2020\/07\/366648480_6804177432939798_4607215897412659092_n-768x1042.jpg 768w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2020\/07\/366648480_6804177432939798_4607215897412659092_n-150x204.jpg 150w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2020\/07\/366648480_6804177432939798_4607215897412659092_n-300x407.jpg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2020\/07\/366648480_6804177432939798_4607215897412659092_n-696x945.jpg 696w\" sizes=\"(max-width: 843px) 100vw, 843px\" \/><\/p>\n<h2><b>Tak Tahu Nak Pilih Tayar? Pomen Pusat Servis CARSOME Boleh Tolong!\u00a0<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Nak beli tayar tapi tak tahu tayar macam mana yang sesuai dengan kereta dan cara pemanduan anda? Apa susah, pergi saja ke Pusat Servis CARSOME!\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pusat Servis CARSOME menawarkan tayar berkualiti dan yang paling penting, tayar ori untuk dipasangkan pada kereta anda. Selain daripada menukarkan tayar, mekanik bertauliah kami juga akan memberikan nasihat penjagaan tayar terbaik supaya tayar anda tahan lama!\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Macam mana dengan harga tayar? Tak perlu takut kerana kami ada pelbagai pilihan yang anda boleh pilih dengan pelbagai julat harga yang sesuai dengan bajet anda.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"alignnone wp-image-29847 size-full\" src=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/12\/WhatsApp-Image-2022-11-30-at-11.10.52.jpeg\" alt=\"CARSOME Service Center exterior\" width=\"1280\" height=\"960\" srcset=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/12\/WhatsApp-Image-2022-11-30-at-11.10.52.jpeg 1280w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/12\/WhatsApp-Image-2022-11-30-at-11.10.52-300x225.jpeg 300w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/12\/WhatsApp-Image-2022-11-30-at-11.10.52-1024x768.jpeg 1024w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/12\/WhatsApp-Image-2022-11-30-at-11.10.52-768x576.jpeg 768w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/12\/WhatsApp-Image-2022-11-30-at-11.10.52-150x113.jpeg 150w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/12\/WhatsApp-Image-2022-11-30-at-11.10.52-696x522.jpeg 696w, https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/12\/WhatsApp-Image-2022-11-30-at-11.10.52-1068x801.jpeg 1068w\" sizes=\"(max-width: 1280px) 100vw, 1280px\" \/><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Bukan hanya servis tukar tayar, Pusat Servis CARSOME juga menawarkan pakej servis kereta serendah RM98! Bab alat ganti jangan risau sebab hanya alat ganti yang tulen saja yang digunakan dalam servis dan pembaikan kereta di sini.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Nak tahu lebih lanjut tentang servis yang ditawarkan di Pusat Servis CARSOME? Layari laman <\/span><a href=\"https:\/\/www.carsome.my\/ms\/car-service\"><b>Pusat Servis CARSOME<\/b><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> untuk maklumat lanjut!\u00a0<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tayar kereta adalah komponen yang paling penting kerana ia banyak terdedah kepada permukaan jalan raya. Tayar kereta yang berkualiti memainkan peranan untuk keselesaan pengendalian, kawalan stereng serta cengkaman tayar yang lebih baik.\u00a0 Meskipun begitu, ramai dalam kalangan pemilik kereta tidak kira lelaki mahupun perempuan mengabaikan aspek penjagaan tayar yang baik dan selamat. Penjagaan tayar yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":17854,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[116,117],"tags":[103],"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v21.7 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>Cara Penjagaan Tayar Kereta Yang Wajib Anda Tahu<\/title>\n<meta name=\"description\" content=\"Susah ke nak jaga tayar kereta? Tak susah pun sebenarnya nak jaga tayar kereta. Ini panduan senang gila untuk anda jaga tayar kereta anda.\" \/>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/apa-anda-perlu-tahu-mengenai-tayar\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"en_US\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Cara Penjagaan Tayar Kereta Yang Wajib Anda Tahu\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"Susah ke nak jaga tayar kereta? Tak susah pun sebenarnya nak jaga tayar kereta. Ini panduan senang gila untuk anda jaga tayar kereta anda.\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/apa-anda-perlu-tahu-mengenai-tayar\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"Carsome Malaysia\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2023-09-09T09:46:38+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2024-02-29T09:08:35+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/fb-cartire1.jpg\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"1200\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"629\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:type\" content=\"image\/jpeg\" \/>\n<meta name=\"author\" content=\"Written by Carsome Editorial\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"Written by Carsome Editorial\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"9 minutes\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\/\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"Article\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/apa-anda-perlu-tahu-mengenai-tayar#article\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/apa-anda-perlu-tahu-mengenai-tayar\"},\"author\":{\"name\":\"Written by Carsome Editorial\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/0ffded8764ecf8e244253d36c412d2b5\"},\"headline\":\"Cara Penjagaan, Tip Beli Tayar Kereta yang Terbaik &#038; Selamat di Malaysia\",\"datePublished\":\"2023-09-09T09:46:38+00:00\",\"dateModified\":\"2024-02-29T09:08:35+00:00\",\"mainEntityOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/apa-anda-perlu-tahu-mengenai-tayar\"},\"wordCount\":1570,\"publisher\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization\"},\"keywords\":[\"Learning Centre\"],\"articleSection\":[\"BM\",\"Car Tips\"],\"inLanguage\":\"en-US\"},{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/apa-anda-perlu-tahu-mengenai-tayar\",\"url\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/apa-anda-perlu-tahu-mengenai-tayar\",\"name\":\"Cara Penjagaan Tayar Kereta Yang Wajib Anda Tahu\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#website\"},\"datePublished\":\"2023-09-09T09:46:38+00:00\",\"dateModified\":\"2024-02-29T09:08:35+00:00\",\"description\":\"Susah ke nak jaga tayar kereta? Tak susah pun sebenarnya nak jaga tayar kereta. Ini panduan senang gila untuk anda jaga tayar kereta anda.\",\"breadcrumb\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/apa-anda-perlu-tahu-mengenai-tayar#breadcrumb\"},\"inLanguage\":\"en-US\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"ReadAction\",\"target\":[\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/apa-anda-perlu-tahu-mengenai-tayar\"]}]},{\"@type\":\"BreadcrumbList\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/apa-anda-perlu-tahu-mengenai-tayar#breadcrumb\",\"itemListElement\":[{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":1,\"name\":\"Home\",\"item\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":2,\"name\":\"Cara Penjagaan, Tip Beli Tayar Kereta yang Terbaik &#038; Selamat di Malaysia\"}]},{\"@type\":\"WebSite\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#website\",\"url\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/\",\"name\":\"Carsome Malaysia\",\"description\":\"\",\"publisher\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization\"},\"potentialAction\":[{\"@type\":\"SearchAction\",\"target\":{\"@type\":\"EntryPoint\",\"urlTemplate\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/?s={search_term_string}\"},\"query-input\":\"required name=search_term_string\"}],\"inLanguage\":\"en-US\"},{\"@type\":\"Organization\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization\",\"name\":\"Carsome\",\"url\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/\",\"logo\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/logo\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/Carsome-New-Logo1.jpg\",\"contentUrl\":\"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/Carsome-New-Logo1.jpg\",\"width\":980,\"height\":815,\"caption\":\"Carsome\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/logo\/image\/\"}},{\"@type\":\"Person\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/0ffded8764ecf8e244253d36c412d2b5\",\"name\":\"Written by Carsome Editorial\",\"image\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/41987a3ef628d63133aea1a9f9f7f715?s=96&d=mm&r=g\",\"contentUrl\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/41987a3ef628d63133aea1a9f9f7f715?s=96&d=mm&r=g\",\"caption\":\"Written by Carsome Editorial\"}}]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"Cara Penjagaan Tayar Kereta Yang Wajib Anda Tahu","description":"Susah ke nak jaga tayar kereta? Tak susah pun sebenarnya nak jaga tayar kereta. Ini panduan senang gila untuk anda jaga tayar kereta anda.","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"canonical":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/apa-anda-perlu-tahu-mengenai-tayar","og_locale":"en_US","og_type":"article","og_title":"Cara Penjagaan Tayar Kereta Yang Wajib Anda Tahu","og_description":"Susah ke nak jaga tayar kereta? Tak susah pun sebenarnya nak jaga tayar kereta. Ini panduan senang gila untuk anda jaga tayar kereta anda.","og_url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/apa-anda-perlu-tahu-mengenai-tayar","og_site_name":"Carsome Malaysia","article_published_time":"2023-09-09T09:46:38+00:00","article_modified_time":"2024-02-29T09:08:35+00:00","og_image":[{"width":1200,"height":629,"url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-content\/uploads\/wp\/fb-cartire1.jpg","type":"image\/jpeg"}],"author":"Written by Carsome Editorial","twitter_card":"summary_large_image","twitter_misc":{"Written by":"Written by Carsome Editorial","Est. reading time":"9 minutes"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"Article","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/apa-anda-perlu-tahu-mengenai-tayar#article","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/apa-anda-perlu-tahu-mengenai-tayar"},"author":{"name":"Written by Carsome Editorial","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/0ffded8764ecf8e244253d36c412d2b5"},"headline":"Cara Penjagaan, Tip Beli Tayar Kereta yang Terbaik &#038; Selamat di Malaysia","datePublished":"2023-09-09T09:46:38+00:00","dateModified":"2024-02-29T09:08:35+00:00","mainEntityOfPage":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/apa-anda-perlu-tahu-mengenai-tayar"},"wordCount":1570,"publisher":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization"},"keywords":["Learning Centre"],"articleSection":["BM","Car Tips"],"inLanguage":"en-US"},{"@type":"WebPage","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/apa-anda-perlu-tahu-mengenai-tayar","url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/apa-anda-perlu-tahu-mengenai-tayar","name":"Cara Penjagaan Tayar Kereta Yang Wajib Anda Tahu","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#website"},"datePublished":"2023-09-09T09:46:38+00:00","dateModified":"2024-02-29T09:08:35+00:00","description":"Susah ke nak jaga tayar kereta? Tak susah pun sebenarnya nak jaga tayar kereta. Ini panduan senang gila untuk anda jaga tayar kereta anda.","breadcrumb":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/apa-anda-perlu-tahu-mengenai-tayar#breadcrumb"},"inLanguage":"en-US","potentialAction":[{"@type":"ReadAction","target":["https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/apa-anda-perlu-tahu-mengenai-tayar"]}]},{"@type":"BreadcrumbList","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/item\/apa-anda-perlu-tahu-mengenai-tayar#breadcrumb","itemListElement":[{"@type":"ListItem","position":1,"name":"Home","item":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/"},{"@type":"ListItem","position":2,"name":"Cara Penjagaan, Tip Beli Tayar Kereta yang Terbaik &#038; Selamat di Malaysia"}]},{"@type":"WebSite","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#website","url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/","name":"Carsome Malaysia","description":"","publisher":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization"},"potentialAction":[{"@type":"SearchAction","target":{"@type":"EntryPoint","urlTemplate":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/?s={search_term_string}"},"query-input":"required name=search_term_string"}],"inLanguage":"en-US"},{"@type":"Organization","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#organization","name":"Carsome","url":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/","logo":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/logo\/image\/","url":"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/Carsome-New-Logo1.jpg","contentUrl":"https:\/\/carsomemy.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/wp\/Carsome-New-Logo1.jpg","width":980,"height":815,"caption":"Carsome"},"image":{"@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/logo\/image\/"}},{"@type":"Person","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/0ffded8764ecf8e244253d36c412d2b5","name":"Written by Carsome Editorial","image":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/#\/schema\/person\/image\/","url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/41987a3ef628d63133aea1a9f9f7f715?s=96&d=mm&r=g","contentUrl":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/41987a3ef628d63133aea1a9f9f7f715?s=96&d=mm&r=g","caption":"Written by Carsome Editorial"}}]}},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18187"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18187"}],"version-history":[{"count":25,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18187\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":37304,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18187\/revisions\/37304"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media\/17854"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18187"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18187"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.carsome.my\/news\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18187"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}