Sport rim merupakan antara aksesori kereta yang akan ditukar oleh pemilik kenderaan untuk meningkatkan lagi nilai estetika dan lupa luaran sesebuah kereta yang dimiliki. Secara amnya, sport rim merujuk pada rim aloi dengan campuran logam dan elemen-elemen lain. Rim jenis ini biasanya tampil dengan reka bentuk yang lebih unik dan menarik menjadikan rupa luaran kereta yang dimiliki tampil lebih trendy, garang dan sporty. CARSOME menyenaraikan 10 jenis sport rim yang popular dalam kalangan peminat pengubah suai kereta yang dijual di pasaran Malaysia berdasarkan portal Maskulin sebagai panduan anda.
10 Jenama Sport Rim Kereta Terbaik di Pasaran
1. Carbon Revolution CR9
Rim Carbon Revolution CR9 merupakan antara rim kereta tercanggih dan tahan lasak dalam dunia permotoran. Rim ini diperbuat daripada fiber karbon yang sangat selesa dan sesuai digunakan di atas pelbagai permukaan jalan dengan harga jualan bagi satu set rim ini boleh mencecah kira-kira $11,850 atau RM51,465! Dengan harga yang ditawarkan dan kualiti yang bakal anda nikmati, rim jenis ini mungkin suatu pelaburan yang berbaloi untuk anda. Rim Carbon Revolution CR9 sesuai dipadankan untuk kereta sedan sport sehinggalah supercar dan semestinya akan menyerlahkan lagi rupa luaran kereta anda.

2. OZ Racing Ultraleggera
Rim OZ Racing Ultraleggera pula sangat ringan dan sesuai dengan namanya, rim jenis ini dicipta khas untuk anda yang berjiwa kelajuan. Rim ini didatangkan dalam pelbagai saiz antara 17 inci hingga 20 inci dengan reka bentuk yang menawan. Jika anda seorang yang sukakan cabaran dan kelajuan, rim jenis ini mungkin sesuai untuk anda. Malah, rim jenis ini juga sangat praktikal untuk pemanduan harian.
3. American Racing Torq Thrust
Rim ini diperbuat daripada aluminum untuk mengurangkan berat dan meningkatkan prestasi roda semasa pemanduan. American Racing Torq Thrust yang merupakan produk keluaran USA ini dijual di pasaran dalam pelbagai saiz antara 14 inci hingga 20 inci. Rim dengan reka bentuk rim Amerika klasik ini sangat sesuai untuk anda yang meminati kereta klasik Amerika, cukup versatil dan menarik untuk dimiliki sebagai koleksi.

4. Enkei RP03
Enkei RP03 merupakan rim keluaran negara matahari terbit, Jepun. Rim ini mendapat permintaan yang sangat tinggi dalam pasaran disebabkan oleh reka bentuknya yang memukau. Malah, produk ini juga disesuaikan dengan teknologi semasa sekali gus menjadikannya popular dalam kalangan peminat aksesori sport rim. Rim jenis ini kebiasaannya digunakan dalam perlumbaan besar peringkat antarabangsa seperti Formula One (F1) dan Super GT Series. Struktur yang kukuh, sesuai digunakan dalam pelbagai keadaan cuaca juga merupakan antara faktor populariti sport rim Enkei.
5. Volk Racing TE 37
Rim jenis ini juga dibangunkan untuk Perlumbaan Formula One (F1) dan Super GT Series. Rim Volk Racing TE37 tersedia dalam pelbagai warna di pasaran seperti perak, putih dan beberapa warna lain. Rim ini juga boleh didapati dalam pelbagai saiz antara 13 inci hingga 19 inci. Sesuai dengan namanya, rim berprestasi tinggi di bawah siri Volk Racing ini sangat sesuai digunakan untuk pemanduan yang laju, lasak dan agresif tidak kira di jalanan mahu pun sukan permotoran.

6. BBS Super RS
Rim keluaran Jerman ini pula dihasilkan menggunakan proses berteknologi tinggi tanpa memotong stok aluminium. Namun sebaliknya, aluminium dipalsukan untuk mengekalkan matrik kepadatan untuk memberikan kekuatan dan ketahanan yang tinggi semasa perlumbaan. BBS Super RS – roda yang ringan, kuat dan cantik dengan tekstur jaring ini mengambil inspirasi daripada model kereta sport popular dunia era 50-an dan 60-an seperti Jaguar E-Type, Maserati A6G, Aston-Martin DB4 dan Ferrari 250 GTO. Oleh sebab itu, rim BBS Super RS mungkin tidak sesuai digunakan terutamanya pada kereta moden. Namun, jika dipadankan dengan kereta lama, rim jenis ini cukup menyerlah!
7. SSR GTV01
Rim SSR GTV merupakan rim monoblok dengan rekaan yang kukuh – GTV01 menampilkan reka bentuk 5 spoke untuk rekaan yang lebih memukau. Roda aloi ringan keluaran Jepun ini mampu menahan kekuatan impak dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi. Rim GTV01 ini tersedia dalam dua pilihan warna iaitu Glare Silver dan Flat Black dengan kos jualan dalam pasaran mencecah $1000 atau lebih kurang RM4,000! Rim jenis ini sangat sesuai untuk anda yang ingin menampilkan ciri sporty dan garang kereta milik anda.

8. Konig Hypergram
Hypergram merupakan rim yang ringan, tampil dengan reka bentuk 12 spoke diilhamkan untuk sukan permotoran terutamanya dalam penghasilan, rekaan dan keupayaannya. Rim jenis aloi ringan dan kuat ini dijual di pasaran dengan warna Matte Grey, Race Bronze atau Metallic Carbon dengan Machined Lip dalam saiz 15 inci, 17 inci dan 18 inci. Rim ini sangat sesuai untuk anda yang mementingkan nilai estetika kereta terutamanya pemilik Honda dan Volkswagen yang terkenal dalam kalangan golongan muda sekali gus menampilkan sisi ‘jantan’ kereta anda.
9. Forgiato
Forgiato terkenal dengan pembuatan rim roda yang paling menarik dan paling mahal dalam sejarah pengeluaran dunia dengan harga sekitar $1100 dan boleh mencecah sehingga $7000. Ramai pemilik kereta mewah memasang rim jenis ini pada kenderaan mereka disebabkan oleh ‘ilusi’ yang dihasilkan oleh rim ini – kereta mewah tampil lebih eksklusif dan mahal. Rim ini boleh didapati dalam saiz antara 18 inci hingga 32 inci bergantung pada keperluan anda. Pemilik kereta mewah semestinya menyukai rim jenis ini!

10. Forgeline Motorsport DE3C
Forgeline DE3C menggabungkan profil cengkung deep-dish, corak jaring 8-spoke dan deep flat reverse lip pada bahagian luar rim. DE3C menampilkan reka bentuk yang menawan dan prestasi yang mengujakan yang disokong oleh rekaan aluminium dan keratan I-Beam yang mampu menahan daya panas semasa perlumbaan. Rim jenis ini pernah digunakan pada model kereta berkuasa tinggi seperti Hennessey Venom GT (kereta terpantas di dunia 2014) dan supercar Scuderia Cameron Glickenhaus SCG003.
Sport Rim Original atau Sport Rim Replika – Mana Satu Lebih Sesuai?
Anda mungkin tertanya-tanya sama ada anda ingin membeli sport rim original atau replika, sport rim terpakai atau baharu untuk kereta anda. CARSOME membantu anda dengan menyenaraikan dua faktor yang boleh anda pertimbangkan sebelum membeli sport rim kereta idaman anda:
1. Bajet atau Kos
Anda perlu menentukan tahap kewangan anda sebelum anda boleh membuat keputusan untuk membeli sport rim idaman anda. Bajet dan kos memainkan peranan penting dalam membantu anda membuat keputusan sama ada rim original atau replika, rim terpakai atau baharu sebagai pilihan anda. Rim original SSR Type F 15 inci baharu dijual pada harga sekitar RM4,000 atau lebih. Manakala, rim original SSR Type F 15 inci terpakai pula dijual antara RM2,000 hingga RM3,000 bergantung pada keadaan rim tersebut. Rim replika baharu jenis sama pula dijual pada harga sekitar RM700 hingga RM1,000 dan rim replika terpakai dijual antara RM400 hingga RM600.
2. Faktor Keselamatan
Anda juga perlu mempertimbangkan faktor keselamatan sebelum membuat keputusan untuk membeli mana-mana aksesori tambahan kereta. Malah, anda juga perlu mengambil kira corak pemanduan anda, keadaan jalan dan sebagainya supaya dapat mengelakkan anda daripada membuat keputusan yang tidak tepat. Rim original melalui proses kajian dan penyelidikan yang terperinci sebelum dijual di pasaran. Perkara ini bertujuan untuk memastikan rekaan sesuatu produk dapat bertahan dalam pelbagai jenis pemanduan, cuaca dan tahan lebih lama. Manakala, penggunaan rim replika mungkin menyebabkan anda terdedah kepada risiko kerosakan atau kemalangan. Rim replika selamat untuk digunakan, namun anda disarankan untuk sentiasa berwaspada dan berhati-hati.
Cara Kenal Pasti Sport Rim Original atau Sport Rim Replika
Banyak sport rim yang dijual di pasaran tidak kiralah sama ada sport rim original atau sport rim replika. Penting untuk anda supaya dapat membezakan kedua-dua jenis rim ini untuk mengelakkan anda daripada membeli rim replika yang dijual pada harga rim original.
1. Cap ‘Made in…‘
Rim original Jepun misalnya mempunyai cap ‘Made in Japan‘ di bahagian luar dan dalam rim. Anda juga boleh melihat pelekat pengeluaran pada rim. Namun begitu, anda masih perlu berhati-hati jika anda merujuk pelekat ini kerana ia biasanya boleh ditiru dan dihasilkan semula. Rim original lain termasuklah OZ Racing (Itali) dan Evo Regamaster (Rusia).
2. Berat dan Bunyi
Berat rim tanpa wayar pula lebih ringan berbanding rim replika. Anda juga boleh kenal pasti keasliannya dengan melagakan rim tersebut sesama sendiri. Rim original menghasilkan bunyi yang berlainan daripada rim replika disebabkan oleh cirinya yang lebih ringan.
Namun begitu, pemilihan sport rim kereta yang baik bukanlah sekadar mempertimbangkan faktor kualiti atau jenama semata-mata, anda perlu juga mengambil kira faktor cita rasa, kewangan dan jenis kereta anda. Selain itu, jika anda sedang mencari kereta terpakai atau kereta second hand yang semestinya menepati cita rasa, bajet dan keperluan anda, layari laman web CARSOME – platform jual beli kereta pramilik berkualiti terbesar di Asia Tenggara untuk info lanjut.