Tradisi balik kampung sememangnya tidak dapat dipisahkan dari sambutan Hari Raya, di mana sudah menjadi kebiasaan ahli keluarga dan sanak-saudara berkumpul beramai-ramai, sehinggalah bermulanya norma baharu yang menjadi amalan pada masa ini. Malangnya, kita masih lagi memerangi pandemik yang melanda dunia, bermakna Hari Raya tahun ini juga akan disambut seperti tahun lepas, iaitu hanya bersama keluarga terdekat tanpa kehadiran ahli keluarga lain yang jauh di mata.
Namun begitu, sinar lebaran tetap kelihatan di mana-mana sahaja. Warna hijau yang sering menghiasi musim perayaan ini tetap menyerikan pusat beli-belah, kediaman dan sampul duit raya.
Walaupun tidak dapat berkumpul beramai-ramai untuk sambutan perayaan ini, persiapan tetap berjalan seperti biasa. Dalam keadaan sekarang, dunia e-dagang menjadi tempat yang selamat untuk membuat persiapan bagi musim perayaan, lebih-lebih lagi dengan beraneka jenis tawaran Hari Raya yang terdapat di dalam talian – termasuklah kempen Setelus Raya Carsome.
Raikan Setelus Raya dengan Carsome
Sehingga kini ramai yang telah pun beralih ke alam maya untuk membeli perabot dan baju Raya, dan kini, kereta pula. Kami faham terdapat stigma tertentu yang dikaitkan dengan pembelian barangan secara dalam talian – ia mungkin berisiko, kerana terdapat begitu banyak cerita menakutkan mengenai penjual yang tidak jujur, barangan yang rosak dan bayaran tersembunyi.
Kerana itulah Carsome meraikan ketelusan dalam penyelesaian kami. Tahun ini, Carsome mampu memberikan penyelesaian yang benar-benar telus kepada penduduk Malaysia dalam urus niaga tukar beli kereta mereka, atau pembelian kereta baharu dengan kempen Setelus Raya kami. Dengan pilihan kereta terpakai berkualiti yang begitu banyak, dan transaksi yang meyakinkan, inilah cara kami menzahirkan penghargaan kami atas kepercayaan anda terhadap kami, serta terhadap proses penjualan dan pembelian kereta anda.
Etos jenama kami telah lama membawakan penyelesaian yang menyenangkan kepada penduduk Malaysia menerusi perkhidmatan hujung ke hujung, serta jaminan bahawa kami – dan kereta kami – tidak akan menghampakan anda.
Setiap kereta di laman web kami dijamin kualitinya dan diperakui dengan pemeriksaan 175 poin untuk memastikan bahawa ia tidak pernah terlibat dalam kemalangan yang teruk, atau tidak mengalami kerosakan kerangka dan kerosakan akibat banjir. Penyenaraian kereta kami juga lengkap dengan pandangan 360°, laporan pemeriksaan, serta harga keseluruhan (sebelum diskaun!).
Sementara itu, kereta Carsome Promise membawakan nilai tambahan berikut.
- Waranti selama setahun: Untuk memastikan pelanggan kami benar-benar berpuas hati dengan pembelian mereka, semua kereta Carsome Promise didatangkan dengan waranti yang dilanjutkan.
- Jaminan wang dikembalikan dalam masa lima hari: Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan kereta anda atas apa juga sebab, anda boleh memulangkan kereta tersebut dan wang anda akan dikembalikan sepenuhnya dalam masa lima hari – tanpa syarat.
Nikmati Pengalaman Telus Carsome Hari Raya ini
Di Carsome, kami percaya bahawa jenama perlu bertanggungjawab atas ketelusan transaksi mereka dalam menyediakan produk-produk berkualiti.
Atas sebab inilah kempen Setelus Raya Carsome dilancarkan dengan tujuan memberi peluang bagi penduduk Malaysia memiliki kereta terpakai yang berkualiti, atau menukar kenderaan mereka pada harga yang jauh lebih rendah dan dengan transaksi yang benar-benar telus.
Berikut adalah promosi kereta Hari Raya dari Carsome.
-
Diskaun sehingga RM8,888*
Bagi yang ingin membeli kereta Raya baharu, kini kami menawarkan potongan sehingga RM8,888 bagi kereta-kereta terpilih. Dengan diskaun hebat ini, anda boleh menghadiahkan kenderaan baharu yang berkualiti untuk diri anda sendiri atau yang tersayang.
Untuk maklumat mengenai semua kereta yang terlibat dalam promosi Setelus Raya, pilih “Raya” pada sebelah kiri laman (https://www.carsome.my/buy-car).
-
Dapatkan duit Raya sebanyak RM1,000*
Bagaimanapun, sekiranya anda ingin menjual kereta anda untuk mendapatkan kereta yang baharu, kami juga ada menyediakan sesuatu untuk anda. Dengan kempen Setelus Raya Carsome, anda boleh menjual kereta anda dengan mudah dan mencari kereta baharu dari inventori kami yang begitu besar.
Di samping itu, kami akan memberikan potongan tambahan sehingga RM1,000 bagi pembelian kereta anda jika anda menukar beli kereta lama anda untuk mendapatkan yang baharu melalui Carsome – ini bermakna anda boleh mendapatkan sehingga RM9,888 daripada jumlah keseluruhan harga kereta!
Dengan ini, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia dan semoga anda dapat memiliki kereta idaman anda bersama kami di musim perayaan ini!
*Tawaran istimewa Setelus Raya Carsome adalah tertakluk kepada terma dan syarat. Lihat terma tersebut di sini.