Anda tahu tak CARSOME turut memiliki pusat pengalaman dan pemeriksaan yang terbesar di utara Malaysia? Terletak di Juru Autocity yang menjadi pusat automotif di Pulau Pinang dan utara, CARSOME Juru Autocity menawarkan anda pengalaman eksklusif membeli kereta pramilik dengan jaminan keselamatan melebihi taraf yang bebas daripada kerosakan banjir dan kemalangan teruk.
Di CARSOME Juru Autocity, anda boleh melihat sendiri inventori kereta kami yang telah pun menjalani pemeriksaan 175-titik dan didatangkan dengan jaminan satu tahun, jaminan pulangan tunai dalam lima hari, dan harga tetap tanpa caj tersembunyi.
Kepada mereka yang sedang mencari untuk kereta kompak, anda sangat bernasib baik kerana kami menawarkan pelbagai jenis kereta kompak dengan jaminan kualiti terbaik pada harga tetap tanpa caj tersembunyi!
Daripada si kecil Axia hinggalah the king of road, Myvi – semua model ini akan ditawarkan dengan promosi menarik pada hujung minggu ini!
Artikel berkaitan: Kerjasama CARSOME x Cantona Dalam Menetapkan Taraf Baharu Untuk Industri Kereta Terpakai
Untuk meraikan sambutan hangat yang diberikan oleh warga Pulau Pinang sepanjang CARSOME beroperasi di sini, CARSOME akan menawarkan promosi istimewa khas untuk warga Pulau Pinang dan utara untuk membeli kereta kami dengan mudah!
Tempah Kereta Serendah RM99 & Siap Dapat Kredit Touch ‘n Go Sebanyak RM50 Lagi!
Bermula daripada 23 hingga 25 September, kunjungi Pusat Pengalaman CARSOME di Juru Autocity untuk menikmati pelbagai tawaran istimewa untuk semua warga Pulau Pinang dan utara.
Anda boleh menikmati pelbagai tawaran menarik sepanjang tempoh promosi ini seperti:
- Bayaran tempahan yang rendah: Tempah kereta anda dengan hanya RM99 sahaja!
- Naik taraf waranti PERCUMA: Beli kereta CARSOME Certified dan nikmati naik taraf waranti percuma untuk anda.
- Kadar faedah rendah: Kami juga akan menawarkan kadar faedah yang rendah untuk setiap pinjaman beli kereta CARSOME Certified.
- Buat tempahan dan dapat kredit Touch ‘n Go: Untuk setiap tempahan yang anda buat, anda akan mendapat kredit e-dompet Touch ‘n Go sebanyak RM50.
- Baucer Tealive percuma: Kunjungi CARSOME Juru Autocity dan dapatkan baucer Tealive bernilai RM10. Hanya datang dan tebus!
Kesemua tawaran ini hanya boleh didapati apabila anda berkunjung ke CARSOME Juru Autocity, dan menempah kereta CARSOME Certified sepanjang tempoh promosi ini. Jangan ketinggalan untuk kunjungi kami di CARSOME Juru Auto City di:
CARSOME Juru Auto City
1814-A, Jalan Perusahaan,
Highway Auto City, North South Highway Juru Interchange,
13600 Perai, Pulau Pinang.
*Tertakluk pada Terma dan Syarat
Menangi Pulangan Tunai Sehingga RM7,000 Apabila Anda Membeli Kereta CARSOME Certified
Pada tahun ini, kami menyambut ulang tahun ketujuh operasi kami jadi kami akan memberikan pulangan tunai sehingga RM7,000 kepada tujuh pembeli kereta CARSOME Certified yang bertuah pada bulan September ini.
Ingin jadi salah seorang daripada tujuh pemenang bertuah, caranya mudah saja:
- Langkah 1: Beli kereta CARSOME Certified sepanjang tempoh promosi berlangsung.
- Langkah 2: Tujuh pemenang bertuah akan dipilih pada penghujung September ini.
- Langkah 3: Pemenang bertuah akan dihubungi melalui SMS atau e-mel dan mereka akan menerima pautan Google Form dengan borang yang mereka harus lengkapkan dan jawab kuiz yang mereka harus jawab dengann betul untuk menebus pulangan tunai mereka.
Promosi ini akan berlangsung sehingga 30 September dan hanya boleh disertai oleh pelanggan yang telah melengkapkan pembelian kereta CARSOME Certified mereka sepanjang tempoh promosi.
Artikel Berkaitan: CARSOME Certified: Taraf Baharu Pembelian Kereta Pramilik
Pilih CARSOME Untuk Ketenangan Minda Anda
Kunjungi CARSOME Juru Autocity untuk mendapatkan pelbagai pilihan kereta pramilik daripada pelbagai jenama. Kereta idaman anda mungkin berada di sini!
Mencari kereta yang sesuai dengan keperluan anda kini mudah secara dalam talian di carsome.my atau layari saja di aplikasi mudah alih kami. Kesemua kereta CARSOME Certified telah melalui pemeriksaan 175-titik yang ketat untuk memastikan ia bebas daripada kemalangan besar dan kerosakan akibat banjir.
Kesemua kereta CARSOME Certified turut disertakan dengan jaminan berikut:
- Harga tetap: Harga yang anda lihat di CARSOME merupakan harga sebenar kereta tanpa bayaran tersembunyi jadi anda tahu berapa yang anda bayar.
- Jaminan pulangan tunai dalam 5 hari: Jika anda membeli kereta CARSOME Certified dan ingin mengubah fikiran, anda boleh mengembalikannya dalam masa lima hari untuk dapatkan pulangan balik tunai. Tiada soalan akan ditanya!
- Waranti satu tahun: Kesemua kereta CARSOME Certified mempunyai waranti lanjutan satu tahun dengan perlindungan menyeluruh, sokongan profesional, dan proses tuntutan yang mudah.
Beli kereta idaman anda hari ini di CARSOME!