HomeBMNak Beli Kereta untuk Hari Raya? Ini 5 Pilihan Kereta Terpakai Mampu...

Nak Beli Kereta untuk Hari Raya? Ini 5 Pilihan Kereta Terpakai Mampu Milik Bawah RM60,000 di CARSOME!

Biasanya bila Hari Raya Aidilfitri dah dekat, semua orang akan cari tukar barang yang lama dengan yang baharu. Contohnya macam baju raya baharu, perabot baharu, langsir baharu, kasut baharu, kereta baharu, dan banyak lagi lah.

Kalau anda sedang mencari kereta baharu untuk Hari Raya pada harga yang mampu milik, di sini kami senaraikan lima pilihan kereta terpakai berkualiti yang anda boleh dapatkan di CARSOME dengan harga bawah RM60,000.

Artikel berkaitan: Nak Balik Kampung? Ini 10 Servis Yang Wajib Anda Buat Sebelum Pulang Beraya!

1. Proton Preve – Daripada RM25,900

kereta hari raya, proton preve

Anda mahukan sebuah kereta sedan yang stabil apabila dipandu pada kelajuan tinggi? Proton Preve adalah pilihan terbaik untuk anda. Ia dikuasakan oleh dua varian enjin CamPro 1.6 dengan pendesak turbo – IAFM+ dan CFE. Ramai yang lebih gemarkan enjin CamPro CFe kerana ia memberi kuasa dan pecutan yang lebih baik. Ruang but untuk sedan kelas C ini juga merupakan antara yang terluas dalam kelasnya dengan saiz 508 liter.

Satu lagi sebab yang menjadikan Proton Preve kereta yang paling sesuai untuk balik beraya adalah ciri keselamatan lengkap seperti enam beg udara, sistem kawalan kestabilan elektronik, sistem brek anti kunci dan banyak lagi yang mampu melindungi keluarga anda semasa memandu di jalan raya.

Lihat pilihan Proton Preve terpakai berkualiti di sini.

2. Mazda CX-5 – Daripada RM41,000

kereta hari raya, mazda cx5

Tengok dari luar memang bergaya manakala ruang di dalam pula sangat luas. Inilah tanggapan pertama orang ramai bila melihat Mazda CX-5. Kenderaan utiliti sukan (SUV) lima tempat duduk ini adalah pilihan popular bagi mereka yang mencari kereta yang premium, selamat, dan selesa untuk balik beraya.

Dilengkapi dengan enjin SKYACTIV yang sudah ditala dengan teliti agar dapat memberi anda perjalanan yang lebih lancar dan pecutan yang bertenaga di jalan raya nanti. Pengendalian Mazda CX-5 juga merupakan antara yang terbaik dalam kelasnya, jadi anda boleh meluncur laju di lebuh raya dengan kestabilan yang tinggi.

Layari pilihan Mazda CX-5 terpakai berkualiti di sini.

3. Toyota Vios – Daripada RM44,800

toyota vios

Walaupun Toyota Vios adalah sebuah kereta sedan, ia menawarkan pemanduan yang lancar dan selesa untuk kegunaan harian dan juga pada jarak jauh. Kereta sedan lima tempat duduk ini sangat popular kerana dikuasakan oleh enjin yang cekap dengan prestasi yang sangat baik. Bukan itu saja, bahagian dalamannya juga mempunyai ruang kaki serta ruang kepala yang mencukupi untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Kos penyelenggaraan Toyota Vios juga sangat berpatutan, jadi anda tak perlu berbelanja banyak untuk memastikan kereta ini boleh dipandu dengan selamat bila nak balik kampung nanti.

Layari pilihan Toyota Vios terpakai berkualiti di sini.

Artikel berkaitan: Selepas Menggunakan Vios Selama 6 Tahun, Ini Ulasan Encik Xuan Ong Tentang Toyota Vios 2008 1.5G

4. Honda BR-V – Daripada RM51,300

honda brv

Dengan rekaan yang moden dan bergaya, Honda BR-V adalah pilihan yang sesuai bagi golongan muda yang baru sahaja berkeluarga. Ia dikuasakan oleh enjin i-VTEC 1.5 liter yang mampu memberi pemanduan yang lancar sepanjang perjalanan anda balik ke kampung halaman.

Walaupun Honda BR-V nampak kecil dari luar, ia sebenarnya mempunyai ruang yang sangat luas di bahagian dalam. Tempat duduk kereta ini boleh dilipat dalam beberapa konfigurasi untuk meluaskan ruang kargo sehingga 539 liter daripada 223 liter. Sebagai contoh, tempat duduk baris kedua boleh dilipat dengan mudah menggunakan fungsi ‘One Touch Tilt and Tumble’ untuk dapatkan konfigurasi tempat duduk 60:40. Fungsi ‘Tilt and Full Tumble’ pula tersedia pada tempat duduk baris ketiga untuk dapatkan konfigurasi tempat duduk 50:50.

Layari pilihan Honda BR-V terpakai berkualiti di sini.

5. Perodua Aruz – Daripada RM56,900

kereta hari raya, perodua aruz

Perodua Aruz merupakan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan tujuh tempat duduk yang boleh memuatkan semua ahli keluarga anda dengan selesa. Tambahan pula, ia dilengkapi dengan ruang but bersaiz 231 liter yang memang luas. Bayangkanlah berapa banyak beg yang anda boleh letak dalam kereta bila nak kampung nanti!

Selain itu, perjalanan anda juga akan jadi lebih selamat dengan adanya ciri keselamatan canggih seperti enam beg udara, sistem kawalan cengkaman, sistem brek anti kunci dan banyak lagi yang membantu melindungi anda serta penumpang-penumpang anda semasa memandu di jalan raya.

Layari pilihan Perodua Aruz terpakai berkualiti di sini.

Pilih Kereta CARSOME Certified untuk Sambutan Hari Raya yang Lebih Sempurna!

Dengan pilihan kereta terpakai berkualiti yang terbesar, anda boleh yakin yang setiap kereta CARSOME Certified yang disenaraikan di laman web kami telah lulus pemeriksaan 175-titik yang ketat dan juga telah dibaik pulih secara profesional di CARSOME Certified Lab untuk memastikan keselamatan melebihi standard, keselesaan sempurna, dan estetik seperti yang telah dibaik pulih.

man happy in car

Tambahan pula, anda boleh menikmati pengalaman membeli kereta yang lebih mudah, pantas, dan selamat bersama kami kerana semua kertas kerja yang berkaitan dengan proses pembelian anda akan diuruskan oleh Konsultan CARSOME kami.

Anda juga boleh mendapatkan ketenangan jiwa yang mutlak dengan kereta CARSOME Certified kerana ia disertakan dengan janji-janji berikut:

  • Jaminan pulangan wang dalam lima hari: Jika anda membeli kereta CARSOME Certified dan ingin mengubah fikiran, anda boleh mengembalikannya dalam masa lima hari untuk dapatkan pulangan balik tunai. Tiada soalan akan ditanya!
  • Waranti satu tahun: Kesemua kereta CARSOME Certified didatangkan dengan waranti lanjutan satu tahun dengan perlindungan menyeluruh, sokongan profesional, dan proses tuntutan yang mudah. 

Jadi apa yang anda tunggu lagi? Layari carsome.my atau muat turun aplikasi kami untuk dapatkan kereta baharu sempena Hari Raya sekarang!

Nak dapatkan penjimatan tambahan untuk pembelian kereta anda sempena musim balik kampung ini? Lihat promosi kereta CARSOME yang terkini di sini.

Artikel berkaitan: 5 Pilihan Kereta Keluarga Mampu Milik Terbaik untuk Balik Kampung!

Artikel ini telah diterbitkan pada 18/04/2022. Ia telah dikemaskini pada 04/04/2024 dengan informasi terbaharu yang lebih tepat.

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular