HomeBMHarga Kereta Tesla di Malaysia, Daripada Paling Mahal Hingga ke Mampu Milik

Harga Kereta Tesla di Malaysia, Daripada Paling Mahal Hingga ke Mampu Milik

Sejak beberapa tahun yang lalu, nama Tesla telah menjadi sebutan di seluruh dunia dengan ciptaan kereta elektrik mereka yang berteknologi tinggi yang menawarkan jarak pemanduan yang tidak dapat ditandingi, reka bentuk yang inovatif, dan penggunaan teknologi canggih dalam pembuatannya.

Diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang berkarisma – Elon Musk, Tesla telah memberi  impak besar dalam usaha mereka memperkenalkan kereta elektrik kepada pemandu di seluruh dunia, sama ada yang premium atau yang mampu milik. Ini telah menyebabkan berlakunya peningkatan dalam pemilikan kereta elektrik dengan Tesla menguasai pasaran tersebut.

Dengan pelancaran Tesla Model Y di Malaysia baru-baru ini, kami yakin ramai yang ingin tahu lebih lanjut mengenai model-model lain yang dikeluarkan oleh Tesla dan juga harga pasaran bagi model-model tersebut.

Berikut adalah senarai harga kereta Tesla di Malaysia daripada yang paling mahal hingga paling murah:

Tesla Model X

Pertama sekali, mari kita kenali model kereta elektrik paling mahal dari Tesla iaitu Tesla Model X. Model X merupakan model yang paling unik keluaran Tesla kerana ia mempunyai sistem pintu ’’Falcon Wing” yang berengsel di bumbung, membuatkannya kelihatan seperti kenderaan futuristik dan lebih sporty. Ia juga merupakan sebuah kereta elektrik bergaya kenderaan utiliti sukan (SUV) yang datang dengan kabin yang sangat luas dan lima tempat duduk.

harga tesla malaysia
Gambar oleh Kevin Burnell daripada Pexels.

Semua model Tesla datang dalam beberapa trim atau varian dan Model X mempunyai dua trim iaitu Model X Standard dan Model X Plaid. Tesla Model X Standard dijual pada harga US$79,990 (RM373,264.69). Ia dilengkapi dengan dual motor powertrain dan boleh mencapai kelajuan tertinggi 240 km/sejam dengan jarak operasi kira-kira 560 km.

Trim Tesla Model X Plaid pula adalah versi yang lebih berkuasa yang dijual pada harga US$94,990 (RM443,265.34). Jarak operasi untuk trim ini sedikit rendah iaitu lebih kurang 536 km, tetapi ini disebabkan ia dilengkapi dengan tri-motor powertrain yang berupaya mencapai kelajuan tertinggi 240 km/sejam.

Trim untuk Model X Harga Jualan (Anggaran) Jarak (Anggaran)
Model X Standard US$79,990 (RM373,264.69) 560 km
Model X Plaid US$94,990 (RM443,265.34) 536 km

Tesla Model S

Selepas Tesla Model X, Tesla Model S merupakan model kereta elektrik kedua termahal keluaran Tesla. Kereta elektrik all-wheel drive ini direka dengan idea untuk menghasilkan sebuah kenderaan elektrik yang senang untuk dipandu, praktikal untuk perjalanan jarak jauh, dan sesuai untuk kegunaan harian.

harga tesla malaysia, tesla model s
Gambar oleh Daniel Shapiro daripada Unsplash.

Trim Model S Standard berharga sekitar US$71,090 (RM331,724.77) untuk dimiliki. Dikuasai oleh dual-motor powertrain, ia mampu beroperasi dengan jarak anggaran sehingga 652 km dan ia juga mampu mencapai kelajuan tertinggi sehingga 240 km/sejam. Boleh dikatakan bahawa kereta elektrik model ini adalah sangat berbaloi untuk dimiliki.

Jika anda inginkan sesuatu yang lebih pantas dan tak keberatan untuk membayar lebih mahal, anda boleh memilih trim Model S Plaid yang dijual pada harga US$86,090 (RM401,719.18). Dilengkapi dengan tri-motor powertrain yang berkuasa tinggi, ia dapat mencecah kelajuan tertinggi sehingga 322 km/sejam dengan jarak operasi kira-kira 637 km.

Tesla juga mendakwa bahawa Model S Plaid mampu bergerak dari 0-60 mph dalam hanya 1.99 saat, menjadikan kereta elektrik ini antara yang terpantas di dunia!

Trim untuk Model S Harga Jualan (Anggaran) Jarak Pemanduan (Anggaran)
Model S Standard US$71,090 (RM331,724.77) 652 km
Model S Plaid US$86,090 (RM401,719.18) 637 km

Tesla Model Y

Dipasarkan sebagai sebuah SUV, Tesla Model Y didatangkan dengan lima tempat duduk dan menawarkan ruang yang besar seperti Tesla Model X, tetapi ianya ditujukan untuk mereka yang mencari kereta SUV elektrik pada harga yang lebih berpatutan.

harga tesla malaysia, tesla model y
Gambar oleh Tyler Casey daripada Unsplash.

Dijual pada harga bermula daripada RM199,000, trim Model Y Standard mampu mencapai kelajuan tertinggi sehingga 217 km/sejam dengan bantuan dual-motor all-wheel drive dan boleh dipandu sejauh 430 km. Anda juga boleh mendapatkan trim Model Y Long Range dengan kelajuan tertinggi sama pada harga RM246,000 dengan jarak operasi kira-kira 533 km.

Jika anda mahukan sesuatu yang lebih sporty, anda boleh dapatkan trim Model Y Performance. Dengan harga jualan RM288,000, ia merupakan varian dengan kuasa lebih tinggi kerana mampu mencapai kelajuan tertinggi sehingga 250 km/sejam dengan jarak operasi kira-kira 514 km. Kesemua varian untuk model ini hanya terdapat dalam versi standard lima tempat duduk.

Trim untuk Tesla Model Y Harga Jualan Jarak (Anggaran)
Model Y Standard RM199,000 430 km
Model Y Long Range RM246,000 533 km
Model Y Performance RM288,000 514 km

Tesla Model 3

Dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 19 Oktober 2023, inilah model kereta elektrik Tesla yang paling mampu milik, iaitu Tesla Model 3! Kereta elektrik sedan empat pintu ini mempunyai dua trim – Model 3 dan Model 3 Long Range.

harga tesla malaysia, tesla model 3
Gambar oleh Charlie Deets daripada Unsplash.

Dilancarkan sebagai pilihan alternatif untuk Model S, Model 3 merupakan kereta elektrik paling laris di dunia. Dengan reka bentuknya yang unik, jarak pemanduan yang mantap dan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan, ia juga telah membantu mendorong Tesla menjadi jenama arus perdana yang seiring dengan Mercedes-Benz dan Toyota.

Dengan harga yang bermula serendah RM189,000 untuk trim Model 3 Standard, ia didatangkan dengan rear-wheel drive system yang mampu mencecah kelajuan tertinggi sehingga 201 km/sejam dan jarak operasi lebih kurang 513 km.

Trim Model 3 Long Range pula berharga RM218,000. Ia mampu mencecah kelajuan tertinggi sehingga 201 km/sejam dengan kuasa dari dual-motor all-wheel drive dan mempunyai jarak operasi lebih kurang 629 km.

Trim untuk Tesla Model 3 Harga Jualan Jarak Perjalanan (Anggaran)
Model 3 RM189,000 513 km
Model 3 Long Range RM218,000 629 km

 

Senarai harga kereta Tesla di Malaysia yang kami paparkan di sini merupakan harga pembelian yang didapati daripada laman web Tesla Amerika Syarikat (AS) pada masa artikel ini diterbitkan. Perlu diingati bahawa Tesla mengemas kini model dan harga mereka dengan kerap jadi ianya mungkin akan berubah dari semasa ke semasa.

Tesla juga menawarkan pengubahsuaian seperti warna cat, pilihan roda dan kemasan dalaman, serta naik taraf berkaitan sistem seperti Kemampuan Memandu Sendiri Penuh (Full Self-Driving Capability) mereka. Jadi, harga kereta elektrik Tesla boleh berubah berdasarkan pengubahsuaian yang anda pilih.

Model Tesla yang Akan Datang

Melihat harga yang ditawarkan untuk kereta Tesla serta teknologi yang terlibat dalam membuat kereta elektrik mereka, mungkin ramai diluar sana yang mula terdetik untuk beralih dan menggunakan kereta elektrik untuk pemanduan harian.

Dengan barisan pilihan kereta elektrik yang banyak dan kukuh, anda mungkin tertanya-tanya apa lagi kenderaan lain yang akan Tesla keluarkan pada masa hadapan. Jangan risau, kami ada maklumatnya untuk anda.

Tesla Roadster

Pada tahun 2008, Tesla telah memulakan perjalanan mereka dalam bidang kereta elektrik dengan Tesla Roadster. Kini, mereka merancang untuk menghasilkan model Roadster yang diperbaharui untuk menggambarkan kejayaan terkini Tesla.

via GIPHY

Tesla Roadster baharu ini akan dibina sebagai sebuah kereta elektrik super dan dijanjikan akan menjadi kereta terpantas di atas jalan, dengan keupayaan mencapai kelajuan tertinggi lebih dari 250 mph, kemampuan pecutan 0 hingga 60 mph dalam hanya 1.9 saat, dan menawarkan jarak penggunaan yang luar biasa, dianggarkan sejauh 997 km!

Terdapat dua versi yang boleh ditempah iaitu – Roadster berharga US$200,000 (RM834,163.75) dan Founder’s Series Roadster berharga US$250,000 (RM1,042,749.75).

Trim untuk Tesla Roadster Harga Jualan(Anggaran) Jarak Perjalanan (Anggaran)
Tesla Roadster US$200,000 (RM914,900) 997 km
Founder’s Series Tesla Roadster US$250,000 (RM1,143,625) 997 km

Tesla Semi

Tesla bukan sahaja merancang untuk membuat kereta elektrik dan trak pikap, mereka juga merancang untuk menghasilkan trak semi! Selepas sebuah prototaip Tesla Semi didedahkan pada tahun 2017, ianya telah diumumkan secara rasmi di sebuah delivery event pada bulan Disember 2022.

Tesla mempromosikan Semi sebagai “trak yang paling selamat dan paling selesa” dan merancang untuk menjual dua model dengan jarak operasi dianggarkan sebanyak 482 km dan 804 km, masing-masing berharga US$150,000 (RM625,423.20) and US$180,000 (RM750,507.84). Mereka juga merancang untuk menjual model khas Founder’s Series dengan harga US$200,000 (RM834,163.75).

Trim untuk Tesla Semi Harga Pembelian (Anggaran) Jarak Perjalanan (Anggaran)
300-Mile Range US$150,000 (RM625,423.20) 482 km
500-Mile Range US$180,000 (RM750,507.84) 804 km
Founder’s Series US$200,000 (RM834,163.75) 804 km

Tesla Cybertruck

Ketika ia diumumkan buat pertama kali, Tesla Cybertruck telah menjadi berita utama di seluruh pelusuk dunia kerana penampilannya yang sangat unik. Reka bentuk yang bersegi, badan keluli tahan karat, dan tingkap yang dilengkapi dengan kaca “armor glass” merupakan ciri-ciri yang tidak pernah ada pada mana-mana trak pikap.

Artikel berkaitan: Tesla Cybertruck: Trak Dari Masa Depan Yang Tak Siap-siap Lagi?

Pada masa ini, Tesla Cybertruck hanya diumumkan untuk Amerika Syarikat tetapi versi antarabangsa akan dipertimbangkan, bergantung kepada permintaan. Cybertruck dijangka akan mempunyai tiga jenis trim – iaitu:

  • Rear-Wheel Drive berharga US$60,990 (RM284,603.27) dengan jarak perjalanan 402 km;
  • All-Wheel Drive berharga US$79,990 (RM373,257.93) dengan jarak perjalanan 482 km; dan 
  • Cyberbeast berharga US$99,990 (RM466,582.07) dengan jarak perjalanan 804 km.
Trim untuk Tesla Cybertruck Harga Jualan (Anggaran) Jarak Perjalanan (Anggaran)
Rear-Wheel Drive US$60,990 (RM284,603.27) 402 km
All-Wheel Drive US$79,990 (RM373,257.93) 547 km
Cyberbeast US$99,990 (RM466,582.07) 514 km

Anggaran harga dan tarikh pelancaran model-model berikut adalah tidak muktamad, dan ia mungkin berubah pada bila-bila masa kerana tiada sebarang pengumuman rasmi berkaitan tarikh penjualannya.

Bolehkah Gunakan Tesla Sebagai Kereta Harian?

Sudah pasti! Di kebanyakan negara maju, Tesla menjadi pilihan utama sebagai kereta harian bagi orang ramai disebabkan ia menawarkan pelbagai model yang menarik seperti Model S, Model 3, Model X, dan Model Y, dilengkapi dengan teknologi canggih yang mesra alam, mempunyai kos operasi yang rendah dan prestasi luar biasa, serta penilaian keselamatan yang tinggi.

Bukan itu sahaja, dengan memilih kereta elektrik sebagai mod pengangkutan utama, anda juga dapat menjadi golongan terawal yang menyokong revolusi kenderaan hijau di samping membantu mewujudkan masa depan yang lebih selamat untuk generasi yang akan datang.

Artikel ini pada asalnya telah diterbitkan pada 25/07/2023. Ia telah dikemaskini pada 05/12/2023 untuk memastikan kesegaran dan kesahihan fakta.

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular