HomeBMWah, Boleh Buat Bayaran Pendahuluan Guna SPayLater di CARSOME Sekarang! Macam Mana...

Wah, Boleh Buat Bayaran Pendahuluan Guna SPayLater di CARSOME Sekarang! Macam Mana Caranya?

Wah, Boleh Buat Bayaran Pendahuluan Guna SPayLater di CARSOME Sekarang! Macam Mana Caranya?

Dalam keadaan ekonomi sekarang, bukan senang nak sediakan sejumlah duit yang besar untuk selesaikan bayaran pendahuluan bila beli kereta. Maklumlah, anda nak kena utamakan belanja harian dulu, bayaran bil, serta perbelanjaan keluarga.

Jangan risau, sekarang ada macam-macam aplikasi yang anda boleh guna untuk jadikan bayaran pendahuluan kereta anda lebih mampu milik dengan cara yang lebih mudah macam SPayLater.

Kalau anda nak tahu bagaimana cara bayar guna SPayLater pendahuluan atau bayaran tempahan secara ansuran bulanan di CARSOME, teruskan baca artikel ini!

Buat Bayaran Pendahuluan Kini Lebih Mudah dengan SPayLater Bila Beli Kereta di CARSOME!

Cara bayar spaylater dengan CARSOME

Kelebihan paling menarik bila pakai SPayLater adalah mereka menawarkan pilihan pelan ansuran mengikut kemampuan anda. Anda boleh pilih tempoh ansuran sehingga 12 bulan untuk bayaran pendahuluan atau bayaran tempahan semasa membeli kereta di CARSOME. Ini memberi anda kebebasan untuk menguruskan perbelanjaan anda dengan selesa apabila membeli kereta idaman anda.

Ikuti Langkah-langkah Berikut untuk Gunakan SPayLater

Mesti ramai yang berminat nak guna SPayLater untuk dapatkan kadar bayaran pendahuluan yang lebih mampu milik bila beli kereta terpakai berkualiti di CARSOME. Jom ikuti langkah-langkah berikut untuk ketahui bagaimana caranya.

Langkah 1: Aktifkan Akaun SPayLater

Cara bayar spaylater dengan CARSOME

Jika akaun SPayLater anda sudah diaktifkan, teruskan ke Langkah 2. Kalau belum, anda boleh aktifkan akaun SPayLater anda mengikut panduan ini. 

Langkah 2: Semak Had Pembayaran

Di aplikasi Shopee, klik pada butang ‘Me’ dan anda akan nampak butang SPayLater pada bahagian ‘My Wallet’. Klik pada butang tersebut untuk masuk ke halaman SPayLater dan anda boleh semak had pembayaran anda di sini.

Macam Mana Kalau Bayaran Pendahuluan Anda Melebihi Had Pembayaran SPayLater?

Cara bayar spaylater dengan CARSOME

Jangan risau, anda boleh gunakan had pembayaran SPayLater anda sepenuhnya dan baki bayaran pendahuluan anda boleh diselesaikan menggunakan kaedah lain seperti kad kredit, kad debit, tunai, dan lain-lain.

Sebagai contoh, kalau bayaran pendahuluan untuk kereta anda berjumlah RM5,000 dan had pembayaran SPayLater anda adalah RM4,000, anda boleh membayar baki RM1,000 secara tunai atau menggunakan kad kredit, kad debit, atau lain-lain.

Langkah 3: Imbas Kod QR Pada Terminal Pembayaran CARSOME

Dah sedia nak buat pembayaran? Pergi ke halaman utama di aplikasi Shopee dan klik ikon ‘Scan’ pada bahagian atas kiri skrin anda. Kamera anda akan dipaparkan dan imbas kod QR pada terminal pembayaran CARSOME yang ditunjukkan oleh Konsultan CARSOME.

Langkah 4: Masukkan Jumlah Bayaran

Selepas kod berjaya diimbas, anda perlu masukkan jumlah bayaran mengikut had pembayaran anda. Klik ‘Next’ dan anda akan dibawa ke halaman seterusnya.

Langkah 5: Pilih SPayLater & Tetapkan Tempoh Ansuran

Di halaman ini, anda perlu pilih SPayLater sebagai kaedah pembayaran dan anda juga perlu pilih tempoh ansuran mengikut kesesuaian anda. Berikut adalah tempoh ansuran yang boleh anda pilih:

  • 1 bulan
  • 3 bulan
  • 6 bulan
  • 12 bulan

Langkah 6: Selesaikan Bayaran Ansuran Mengikut Tempoh Ansuran Pilihan Anda

Tahniah! Pembayaran anda sudah selesai. Halaman SPayLater anda kini akan memaparkan berapa jumlah bayaran ansuran seterusnya yang perlu dibayar serta tarikh pembayaran perlu dilakukan. Jangan lupa buat bayaran sebelum tarikh tersebut ya!

Promosi Terhad: Dapatkan Diskaun RM50 dengan Perbelanjaan Minimum RM500!

Cara bayar spaylater dengan CARSOME

daripada semua kelebihan di atas, anda juga boleh nikmati promosi eksklusif bila anda gunakan SPayLater di CARSOME. Untuk masa terhad, anda boleh dapatkan diskaun RM50 dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM500 daripada 10 Jun hingga 9 Ogos 2024!

Nak Beli Kereta CARSOME Certified Kini Lebih Mudah dengan SPayLater!

Dengan menggunakan SPayLater, anda boleh nikmati pelan pembayaran yang lebih fleksibel, terurus, dan mudah untuk bayaran pendahuluan bagi kereta baharu anda. Ada pelbagai pilihan kereta terpakai berkualiti yang telah lulus pemeriksaan 175-titik yang teliti dan dibaik pulih secara profesional di CARSOME yang mampu memenuhi semua keperluan anda. 

Artikel berkaitan: Semuanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai CARSOME Certified

Untuk menjamin ketenangan jiwa anda juga, semua kereta CARSOME Certified turut didatangkan dengan janji berikut:

  • Waranti lanjutan 1 tahun: Pelan waranti percuma kami merangkumi perlindungan menyeluruh untuk kereta dengan sokongan profesional dan proses tuntutan yang mudah.
  • Jaminan pulangan wang dalam 5 hari: Jika anda berubah fikiran mengenai pembelian kereta anda, pulangkan sahaja kereta kepada kami untuk dapatkan pulangan wang dalam lima hari.

Jadi apa yang anda tunggu lagi? Layari carsome.my atau muat turun aplikasi kami untuk dapatkan kereta terpakai berkualiti yang boleh anda percayai. Jangan lupa lihat diskaun kereta yang kami tawarkan di sini terlebih dahulu, manalah tahu kalau promosi terkini kami boleh berikan anda penjimatan maksimum untuk pembelian kereta anda.

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular