Takut Kena Buli? Ini Cara Untuk Berdepan Dengan Pembuli Jalan Raya

Berdasarkan kajian oleh Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), daripada 13.3 juta pemandu berdaftar di Malaysia, lebih 2.4 juta daripadanya dikategorikan sebagai pemandu yang ‘sangat baran’ ketika memandu. 

carsome car12

Dalam keadaan semua orang asyik nak cepat di Malaysia, kejadian baran jalanan boleh berlaku dan ia boleh bertukar menjadi kes buli jalan raya. Tambahan lagi jalan-jalan di Malaysia kini sudah mulai sibuk kerana lebih banyak kenderaan keluar masuk terutama pada waktu puncak.

Ini caranya untuk mengenali seorang pembuli jalanan dan apa yang anda boleh buat apabila berdepan dengannya semasa memandu.  

Cara Nak Kenal Pembuli Jalanan

Pembuli jalanan akan menggunakan macam-macam taktik untuk menakut-nakutkan pemandu lain bertujuan untuk halau pemandu lain daripada haluan mereka, memaksa pemandu lain memecut atau sekadar suka-suka untuk ‘mengusik’.

Yang Paling Senang Nak Dikenali: Memandu Secara Berbahaya

Tabiat pemnduan yang berbahaya daripada pembuli jalanan yang anda akan temui adalah suka mengekori rapat, brek mengejut dan melanggar sisi kenderaan anda. Tersilap langkah, anda dan pembuli jalanan boleh terlibat dalam kemalangan. 

Arttikel berkaitan: Tips Kenal Pasti, Cara Semak Kereta Pernah Kemalangan

Kalau anda terjumpa pembuli jalanan yang memandu seperti ini berdekatan anda, kekal tenang dan jauhkan diri daripada mereka. Kalau mereka pandu terlalu dekat dengan anda, terus tukar laluan, perlahankan kenderaan, dan biarkan mereka melepasi anda. 

Pemandu Suka Mencarut Dan Memberi Isyarat Yang Tidak Senonoh

Antara kelakuan agresif lain pembuli jalanan ini ialah mereka suka mencarut dan memberi isyarat yang tidak senonoh. Ini termasuklah terpekik melolong, mengeluarkan kata-kata tak senonoh, memberi isyarat yang kurang ajar, dan macam-macam lagi. Pembuli ni mungkin akan mencabar anda apabila mereka melepasi kereta anda. 

Artikel berkaitan: Pemandu Mabuk: Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 Berkuat Kuasa 23 Oktober

Adalah lebih baik untuk anda mengabaikan mereka kalau ia terjadi. Anda mungkin rasa tercabar untuk membalas kata-kata mereka tetapi ia mungkin akan menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk. Jadi, kekal tenang dan teruskan memandu seperti biasa merupakan tindak balas terbaik yang boleh anda buat. 

Apa Yang Boleh Anda Buat Jika Diganggu

Kekal Tenang

Anda akan mudah untuk panik apabila ada yang mengganggu anda sambil memandu dengan berbahaya dan melulu. Kalau anda berada dalam situasi ini, sangat-sangat penting untuk kekal tenang dan jangan bertindak balas agresif kepada situasi ini. 

Tarik dan hembus nafas beberapa kali dan jangan hilang fokus semasa memandu. Lebih baik kalau anda mempertimbangkan untuk meminta maaf kepada pemandu lain atau mengangkat tangan sebagai tanda meminta maaf – ini mungkin akan menenangkan pemandu tersebut. Melainkan jika situasi dah hilang kawalan, terus pandu dengan selamat ke balai polis terdekat untuk mendapatkan bantuan. 

Artikel berkaitan: Terlibat dalam Kemalangan? Ini Perkara yang Anda Perlu Lakukan!

Jaga Jarak Anda 

Sentiasa jaga jarak apabila berdepan dengan pembuli jalanan. Anda tak perlu memecut atau menyelit dalam trafik seperti dalam filem aksi untuk melarikan diri daripada mereka. Lebih baik untuk anda memandu dengan selamat dan mematuhi had laju dan memandu menjauhi pembuli supaya mereka boleh melepasi anda

Duduk Dalam Kereta 

Kalau anda perlu berhenti untuk apa saja sebab dan pembuli ada sekali berhempiran anda, jangan sesekali keluar daripada kereta tanpa ditemani sesiapa yang anda percayakan. Pastikan anda parkir kereta anda di tempat awam. Sekalipun pembuli tersebut cuba untuk merosakkan kereta anda, terus kekal duduk dalam kereta dan pastikan kereta berkunci. 

Kalau keadaan bertukar buruk, dail 999 untuk menghubungi pihak polis. 

Catatkan Maklumat Pembuli 

Kebiasaannya, kejadian buli jalanan jarang melibatkan keganasan. Tetapi kalau ia terjadi, sangat-sangat membantu kalau anda ambil perhatian kepada butir-butir pembuli. 

Cuba untuk ingati butir-butir seperti: 

  • Nombor plat kenderaan
  • Model kenderaan 
  • Warna kenderaan 

Anda juga boleh merakam video ketika kejadian buli sebagai bukti jika anda ingin mengambil tindakan undang-undang. 

Sentiasa Memandu Dengan Selamat

Ingati ini, cara terbaik semasa berdepan dengan pembuli jalanan adalah untuk kekal tenang bagi mengelakkan kejadian bertukar buruk. 

Kalau anda rasa tak sedap hati, teruskan memandu ke balai polis terdekat atau hubungi 999 untuk mendapatkan bantuan. 

Diharapkan tips ini akan berguna untuk anda seandainya ada terpaksa berdepan dengan kejadian buli jalan raya di masa akan datang. 

Dapatkan kereta pramilik yang terbaik hanya untuk anda di CARSOME. Layari CARSOME sekarang atau muat turun aplikasi CARSOME di Google Play Store dan juga Apple App Store!