Cara Buat Duit dan Jana Pendapatan dengan Cepat Ketika PKP, PKPB, PKPP

Pandemik Covid-19 yang melanda dunia ketika ini ternyata memberi kesan kepada semua. Ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang bukan sahaja mengalami pemotongan gaji malah ada yang diberhentikan kerja disebabkan oleh tekanan ekonomi yang dialami oleh industri. Berdasarkan data daripada Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), seramai 99,696 orang diberhentikan kerja bermula Januari hingga November 2020 tahun lalu.

Hilang Pekerjaan? Cara Buat Duit dengan Cepat dari Rumah Secara Online

Oleh sebab keadaan ekonomi semasa dan kos sara hidup yang semakin meningkat, ramai yang ingin mencari pendapatan tambahan untuk menampung kehidupan. Banyak cara lain yang boleh dilakukan untuk menjana pendapatan atau buat duit antaranya melakukan dua kerja atau melakukan pelaburan. Selain itu, anda juga boleh menjana pendapatan sendiri dari rumah secara online dengan mudah dengan melakukan perkara-perkara seperti berikut:

cara dapatkan duit paling cepat: buat perkhidmatan cuci kereta

1. Lakukan Bisnes Jual Pakaian, Aksesori Kereta Secara Online

Kebanyakan perniagaan kini boleh dilakukan secara dalam talian melalui platform jual beli dalam talian yang tersedia di Malaysia. Jika dilihat kepada trend pembelian semasa, kebanyakan pengguna memilih untuk melakukan pembelian secara online untuk mengelakkan urusan secara fizikal dan bersemuka. Berdasarkan statistik, platform dalam talian mencatatkan peningkatkan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia. Barangan keperluan harian seperti makanan, pakaian, alatan untuk bekerja atau belajar dari rumah merupakan antara barangan yang menjadi pilihan pengguna. Selain itu, pembelian aksesori kediaman dan kereta juga turut mencatatkan peningkatan.

Selain platform jual beli ini, anda juga boleh menjual barangan baharu atau terpakai melalui aplikasi-aplikasi media sosial. Anda juga boleh menawarkan perkhidmatan memotong rumput, membersihkan rumah atau mencuci kereta di kawasan kejiranan anda. Perkhidmatan cuci kereta kini mendapat permintaan yang tinggi terutamanya sewaktu pandemik Covid-19 untuk mengelakkan penularan wabak.

Artikel Berkaitan: 9 Item Penting Kenderaan Yang Anda Perlu Ada

cara dapatkan duit dengan cepat: jual koleksi barangan antik

2. Jual Barangan yang Tidak Digunakan, Koleksi Edisi Terhad

Jika anda mempunyai barangan yang tidak digunakan dan masih lagi berada dalam keadaan baik, anda boleh mempertimbangkan untuk menjualnya. Barang-barang terpakai seperti pakaian, perabot, kelengkapan rumah, jam lama, periuk dan sebagainya boleh dijual untuk menjana wang tambahan. Selain boleh buat duit dengan cara yang mudah, anda juga dapat mengurangkan barangan yang tidak digunakan di rumah anda. Jika anda merupakan collector dan memiliki barangan berharga dalam simpanan seperti koleksi mainan, barangan antik, kaset-kaset dan CD lama, anda mungkin boleh menjual koleksi-koleksi ini untuk mendapatkan wang tambahan.

Kebiasaannya, barangan sebegini mempunyai peminat dan pengikut yang tersendiri. Malah, ada dalam kalangan mereka yang sanggup membayar sesuatu barangan pada harga yang tinggi. Selain itu, anda juga boleh menjual barangan ini di kedai-kedai barangan terpakai. Namun begitu, pastikan anda membuat tinjauan terlebih dahulu untuk mengetahui nilai semasa dan julat harga jualan koleksi lama anda sebelum melepaskannya.

pinjaman bank

3. Menjadi Content Creator atau Mengajar Kelas Online

Jika anda gemar berkongsi aktiviti harian anda di media sosial, anda juga boleh menggunakan hobi ini untuk menjana pendapatan sampingan. Kemahiran fotografi, suntingan gambar atau video yang baik boleh membantu anda membina pengaruh di media sosial. Malah, ia juga boleh menghubungkan anda dengan jenama-jenama besar di Malaysia. Kebanyakan pengguna hari ini menggunakan internet dalam kehidupan seharian. Oleh itu, anda boleh memanfaatkan peluang ini dengan membina blog sendiri dan berkongsi pengalaman atau maklumat-maklumat terkini.

Selain itu, anda juga boleh mengajar secara online pada hujung minggu. Sistem pendidikan hari ini lebih tertumpu kepada pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian. Ini mungkin peluang terbaik untuk anda menjana pendapatan tambahan dengan berkongsi ilmu dan pengetahuan yang dimiliki terutamanya berkaitan kemahiran industri atau pengetahuan berkaitan luar bilik darjah.

Carsome - platform jual beli kereta terpakai

4) Jual Kereta Anda kepada Carsome

Jika anda mempunyai kereta yang jarang digunakan dan dibiarkan tersadai di bawah garaj kereta, anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk menjual kereta lama anda di Carsome. Secara amnya, kereta mengalami susut nilai tertentu dalam tempoh tertentu. Oleh itu, untuk mengelakkan kereta anda susut nilai dan menyebabkan kerugian, anda boleh menjual kereta lama anda dalam pasaran kereta terpakai. Menurut Persekutuan Persatuan Syarikat Kereta dan Kredit Malaysia (FMCCAM), pasaran kereta terpakai mencatatkan permintaan yang memberangsangkan dan turut mencatatkan pemulihan jualan yang baik.

Situasi ini sedikit-sebanyak didorong oleh insentif moratorium dan pengecualian cukai kenderaan oleh kerajaan. Selain itu, kereta terpakai juga turut mendapat permintaan yang tinggi kerana pengguna memilih untuk memandu kereta sendiri semasa pandemik Covid-19, dan pilihan untuk membeli kereta terpakai merupakan pilihan terbaik untuk menjimatkan wang dalam situasi ekonomi tidak menentu ini.

Artikel Berkaitan: Masa Paling Berbaloi dan Terbaik untuk Jual Kereta Lama

Jual Beli Kereta Terpakai di Carsome

Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai yang menawarkan perkhidmatan jual beli kereta terpakai secara dalam talian. Bagi anda yang berminat untuk menjual atau membeli kereta terpakai, anda hanya perlu layari laman web Carsome dan tempah slot janji temu, kemudian hadiri pemeriksaan di mana-mana pusat pemeriksaan Carsome di seluruh Malaysia. Dengan lebih 175 titik pemeriksaan dengan proses hanya mengambil masa kurang daripada 30 minit, Carsome menjanjikan pengalaman jual beli kereta terpakai yang terbaik.

Setelah anda bersetuju untuk menjual kereta lama anda, Carsome akan menguruskan segala urusan berkaitan pemindahan hak milik kenderaan dan sebagainya. Anda juga akan menerima bayaran ke dalam akaun bank anda dalam tempoh masa 1 jam! Carsome juga turut memastikan anda akan menerima tawaran nilai tertinggi, terbaik yang sesuai mengikut kadar susut nilai, keadaan semasa kereta anda. Selain itu, anda juga mempunyai pilihan untuk mendapatkan tawaran harga terbaik melalui pembidaan.

Carsome

Platform pembidaan dalam talian Carsome mempunyai lebih daripada 1,800 pengedar kereta terpakai di seluruh negara. Kebiasaannya, pengedar kereta terpakai akan menawarkan harga yang terbaik untuk model kereta anda berdasarkan permintaan semasa pasaran. Selain itu, jika anda sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan kereta terpakai baharu, layari laman web Carsome untuk info lanjut. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai yang menawarkan tawaran harga terbaik dengan perkhidmatan yang mudah, cekap dan pantas.