Beli Kereta

Proton

Saga

Semua Negeri
Pilih lokasi anda di sini
54 result

Hubungi Saya

Apabila kereta pilihan saya berada berdasarkan

Proton & Saga, 2019 - 2022 Edit

Proton Saga Second Hand di Malaysia

Proton Saga adalah salah satu pilihan kereta paling berpatutan di pasaran. Kereta nasional pertama Malaysia ini telah dilancarkan pada tahun 1985 dan ia telah melalui pelbagai pembaharuan dan peningkatan. Dengan harga yang mesra bajet, Proton Saga second hand adalah antara pilihan kereta yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia. 

Asal usul nama Proton Saga ini telah diilhamkan oleh Sarjan Ismail Jaafar. Beliau telah memberi maksud bagi setiap huruf dalam perkataan Saga seperti berikut:

  • S = Safety, Stability (Keselamatan, Kestabilan)
  • A = Achievement (Pencapaian)
  • G = Greatness (Keagungan)
  • A = Ability (Kebolehan)

Ciri-ciri asas Proton Saga

Bahagian Dalaman

Proton Saga dilengkapi dengan ciri-ciri asas di dalamnya termasuk tempat duduk pemandu dan penumpang yang boleh dilaraskan secara manual serta kawalan pendingin hawa secara manual.

Bahagian Luaran

Dilengkapi dengan cermin sisi yang boleh dilipat dan lampu kabus belakang, Proton Saga menawarkan keselamatan dan keselesaan semasa memandu, terutama pada waktu malam.

Ruang Kargo

Proton Saga menawarkan ruang kargo yang luas dengan kapasiti 420 liter. Dengan dimensi 4331 mm (panjang), 1689 mm (lebar), dan 1491 mm (tinggi), serta jarak roda sepanjang 2465 mm, Proton Saga mempunyai ruang yang mencukupi untuk membawa penumpang serta barang-barang dengan selesa dan praktikal.

Sistem Infotainment

Proton Saga juga dilengkapi dengan sistem infotainment dengan skrin 7 inci yang menyokong sambungan Bluetooth untuk membolehkan pelayaran yang lebih mudah menggunakan telefon pintar anda.

Warna Proton Saga

Proton Saga ditawarkan dalam beberapa pilihan warna yang memberikan sentuhan yang unik ke atas kereta mampu milik ini. Berikut adalah beberapa warna yang tersedia:

  • Rosewood Maroon
  • Ruby Red
  • Snow White
  • Jet Grey
  • Armour Silver
  • Cotton White
  • Fire Red
  • Metal Grey
  • Midnight Black
  • Sterling Silver
  • Topaz Blue

Adakah Kereta Proton Saga Lama Berbaloi untuk Dibeli?

Kereta Proton Saga lama adalah pilihan yang sangat berbaloi kerana ia mempunyai kos penyelenggaraan yang rendah, tahan lama, dan susut nilai yang tidak terlalu tinggi. Bagi mereka yang mahukan sesuatu yang praktikal, Proton Saga Lama merupakan alternatif yang berbaloi untuk dipertimbangkan.

Varian Proton Saga Baru & Proton Saga Lama

Di Malaysia, Proton Saga ditawarkan dalam beberapa varian yang menarik untuk memenuhi bajet dan keperluan pengguna. Berikut adalah senarai varian Proton Saga baru dan Proton Saga lama yang popular di pasaran:

  • Proton Saga FLX Standard 1.3
  • Proton Saga FLX Plus 1.3
  • Proton Saga SV 1.3
  • Proton Saga Executive 1.3
  • 2022 Proton Saga Standard 1.3
  • 2022 Proton Saga Premium 1.3

Ciri-ciri keselamatan Proton Saga

Proton Saga bukan sahaja menawarkan prestasi yang hebat, tetapi juga mengutamakan keselamatan anda. Dengan pelbagai ciri keselamatan yang terkini, anda boleh merasa yakin ketika memandu Proton Saga. Ini termasuk sistem brek anti-kunci (ABS) yang membolehkan kereta berhenti dengan lancar, kawalan keseimbangan elektronik (ESC) untuk mengekalkan kawalan pada jalan raya yang licin, dan beg udara berkualiti tinggi untuk melindungi pemandu dan penumpang. Dengan Proton Saga, keselamatan anda pasti akan dilindungi dalam situasi kecemasan.

Di Mana Anda Boleh Beli Kereta Proton Saga Second Hand di Malaysia?

Anda boleh membeli kereta Proton Saga lama di mana-mana pusat pengedar kereta terpakai di Malaysia. Atau anda juga boleh membeli Proton Saga lama yang telah diperiksa dengan teliti dan dibaik pulih secara profesional di CARSOME. Pastikan anda membuat penyelidikan yang teliti untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kereta yang anda mahukan sebelum membuat keputusan pembelian.

Harga Proton Saga Lama di Malaysia

Harga Proton Saga lama di Malaysia bergantung kepada beberapa faktor seperti tahun pembuatan, keadaan kenderaan, serta mileage kereta. Ini adalah anggaran harga Proton Saga lama yang boleh didapati di CARSOME:

  • Proton Saga FLX Standard 1.3 – Daripada RM17,800
  • Proton Saga FLX Plus 1.3 – Daripada RM20,400
  • Proton Saga SV 1.3 – Daripada RM17,400
  • Proton Saga Standard 1.3 – Daripada RM25,800
  • Proton Saga Premium 1.3 – Daripada RM25,900

Berapa harga Proton Saga 2021?

Anggaran harga kereta Proton Saga tahun 2021 yang boleh didapati di CARSOME adalah daripada RM35,000 hingga RM39,400.

Berapa harga Proton Saga baru 2022?

Berikut adalah senarai harga Proton Saga baru 2022 mengikut varian:

  • Proton Saga 1.3 Standard (Manual): RM34,800
  • Proton Saga 1.3 Standard: RM38,800
  • Proton Saga 1.3 Premium: RM41,800
  • Proton Saga 1.3 Premium S: RM44,800

Kiraan pinjaman Proton Saga bagi bayaran bulanan untuk Proton Saga lama

Gunakan kalkulator pinjaman beli kereta kami untuk mengira kadar bayaran bulanan kereta Proton Saga second hand dan buat pilihan varian Proton Saga yang manakah yang sesuai dengan bajet anda.

Sebagai contoh, untuk kereta Proton Saga 1.3 Standard tahun 2021 yang berharga RM35,000, dengan bayaran pendahuluan sebanyak RM3,500 (10%) dan pinjaman selama 7 tahun pada kadar faedah 3.5%, bayaran ansuran bulanan yang diperlukan adalah RM466.88.

Kos Servis & Kos Penyelenggaraan Kereta Proton Saga Lama

Berapa kos servis Proton Saga second hand?

Anda boleh menghantarkan kereta Proton Saga anda untuk diservis atau dibaiki di pusat servis bertauliah Proton di seluruh Malaysia.

Jika waranti kereta Proton Saga lama anda telah tamat, anda boleh hantarkan kereta anda ke Pusat Servis CARSOME untuk diservis atau dibaiki pada harga serendah RM98 sahaja!

Berapakah kadar cukai jalan Proton Saga lama? 

Cukai jalan kereta adalah berdasarkan kapasiti enjin dan juga jenis kenderaan. Kadar cukai jalan bagi Proton Saga 1.3 adalah seperti berikut:

  • Semenanjung Malaysia: RM70
  • Sabah dan Sarawak: RM56

Berapakah harga insurans kereta Proton Saga lama? 

Insurans kereta ditentukan berdasarkan jenis pemilikan, jenis perlindungan pilihan, Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD), lokasi, dan juga kapasiti enjin.

Contohnya, anggaran harga insurans bagi Proton Saga lama keluaran tahun 2016 dengan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) sebanyak 45% adalah seperti berikut:

  • RM436.60

Pilihan alternatif bagi kereta Proton Saga second hand

  • Perodua Bezza second hand: Perodua Bezza adalah satu pilihan yang baik bagi mereka yang mencari kereta sedan dengan prestasi yang baik dan penjimatan bahan api. Perodua Bezza terpakai menawarkan rekaan yang moden, enjin yang cekap, dan prestasi pemanduan yang selesa. Selain itu, ia juga mempunyai kos penyelenggaraan yang rendah, menjadikannya pilihan yang praktikal dan ekonomi.
  • Honda City second hand: Bagi mereka yang inginkan ruang yang lebih besar dan prestasi yang lebih tinggi, Honda City adalah alternatif yang berbaloi. Dengan rekabentuk yang menarik dan teknologi canggih, Honda City terpakai menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih premium. Ia juga mempunyai enjin yang bertenaga dan efisien, serta penjimatan bahan api yang baik dalam kelasnya.
  • Toyota Vios second hand: Toyota Vios adalah pilihan yang sesuai untuk mereka yang mengutamakan ketahanan dan kualiti pembinaan yang tinggi. Toyota Vios terpakai menawarkan ruang dalaman yang selesa dan pengalaman pemanduan yang lancar. Dengan reputasi Toyota, Vios adalah pilihan yang baik untuk jangka masa panjang.

Kenapa Anda Perlu Beli Proton Saga Second Hand daripada CARSOME? 

Kesemua kereta CARSOME Certified terjamin kualitinya kerana telah melalui pemeriksaan ketat 175-titik serta dibaik pulih secara profesional. Selain itu, setiap Proton Saga lama juga mempunyai harga tetap tanpa bayaran tambahan, jaminan pulangan tunai 5 hari, dan juga waranti satu tahun.