2014 Proton
Saga FLX Executive 1.3
119,128 km Automatic Kuala Lumpur
National Daily Drive
RM
14,800
RM 162/bln
Hubungi Saya
Apabila kereta pilihan saya berada berdasarkan
Proton & Saga Edit
Proton Saga adalah salah satu pilihan kereta paling berpatutan di pasaran. Kereta nasional pertama Malaysia ini telah dilancarkan pada tahun 1985 dan ia telah melalui pelbagai pembaharuan dan peningkatan. Dengan harga yang mesra bajet, Proton Saga second hand adalah antara pilihan kereta yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia.
Asal usul nama Proton Saga ini telah diilhamkan oleh Sarjan Ismail Jaafar. Beliau telah memberi maksud bagi setiap huruf dalam perkataan Saga seperti berikut:
Proton Saga dilengkapi dengan ciri-ciri asas di dalamnya termasuk tempat duduk pemandu dan penumpang yang boleh dilaraskan secara manual serta kawalan pendingin hawa secara manual.
Dilengkapi dengan cermin sisi yang boleh dilipat dan lampu kabus belakang, Proton Saga menawarkan keselamatan dan keselesaan semasa memandu, terutama pada waktu malam.
Proton Saga menawarkan ruang kargo yang luas dengan kapasiti 420 liter. Dengan dimensi 4331 mm (panjang), 1689 mm (lebar), dan 1491 mm (tinggi), serta jarak roda sepanjang 2465 mm, Proton Saga mempunyai ruang yang mencukupi untuk membawa penumpang serta barang-barang dengan selesa dan praktikal.
Proton Saga juga dilengkapi dengan sistem infotainment dengan skrin 7 inci yang menyokong sambungan Bluetooth untuk membolehkan pelayaran yang lebih mudah menggunakan telefon pintar anda.
Proton Saga ditawarkan dalam beberapa pilihan warna yang memberikan sentuhan yang unik ke atas kereta mampu milik ini. Berikut adalah beberapa warna yang tersedia:
Kereta Proton Saga lama adalah pilihan yang sangat berbaloi kerana ia mempunyai kos penyelenggaraan yang rendah, tahan lama, dan susut nilai yang tidak terlalu tinggi. Bagi mereka yang mahukan sesuatu yang praktikal, Proton Saga Lama merupakan alternatif yang berbaloi untuk dipertimbangkan.
Di Malaysia, Proton Saga ditawarkan dalam beberapa varian yang menarik untuk memenuhi bajet dan keperluan pengguna. Berikut adalah senarai varian Proton Saga baru dan Proton Saga lama yang popular di pasaran:
Proton Saga bukan sahaja menawarkan prestasi yang hebat, tetapi juga mengutamakan keselamatan anda. Dengan pelbagai ciri keselamatan yang terkini, anda boleh merasa yakin ketika memandu Proton Saga. Ini termasuk sistem brek anti-kunci (ABS) yang membolehkan kereta berhenti dengan lancar, kawalan keseimbangan elektronik (ESC) untuk mengekalkan kawalan pada jalan raya yang licin, dan beg udara berkualiti tinggi untuk melindungi pemandu dan penumpang. Dengan Proton Saga, keselamatan anda pasti akan dilindungi dalam situasi kecemasan.
Anda boleh membeli kereta Proton Saga lama di mana-mana pusat pengedar kereta terpakai di Malaysia. Atau anda juga boleh membeli Proton Saga lama yang telah diperiksa dengan teliti dan dibaik pulih secara profesional di CARSOME. Pastikan anda membuat penyelidikan yang teliti untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kereta yang anda mahukan sebelum membuat keputusan pembelian.
Harga Proton Saga lama di Malaysia bergantung kepada beberapa faktor seperti tahun pembuatan, keadaan kenderaan, serta mileage kereta. Ini adalah anggaran harga Proton Saga lama yang boleh didapati di CARSOME:
Anggaran harga kereta Proton Saga tahun 2021 yang boleh didapati di CARSOME adalah daripada RM35,000 hingga RM39,400.
Berikut adalah senarai harga Proton Saga baru 2022 mengikut varian:
Gunakan kalkulator pinjaman beli kereta kami untuk mengira kadar bayaran bulanan kereta Proton Saga second hand dan buat pilihan varian Proton Saga yang manakah yang sesuai dengan bajet anda.
Sebagai contoh, untuk kereta Proton Saga 1.3 Standard tahun 2021 yang berharga RM35,000, dengan bayaran pendahuluan sebanyak RM3,500 (10%) dan pinjaman selama 7 tahun pada kadar faedah 3.5%, bayaran ansuran bulanan yang diperlukan adalah RM466.88.
Anda boleh menghantarkan kereta Proton Saga anda untuk diservis atau dibaiki di pusat servis bertauliah Proton di seluruh Malaysia.
Jika waranti kereta Proton Saga lama anda telah tamat, anda boleh hantarkan kereta anda ke Pusat Servis CARSOME untuk diservis atau dibaiki pada harga serendah RM98 sahaja!
Cukai jalan kereta adalah berdasarkan kapasiti enjin dan juga jenis kenderaan. Kadar cukai jalan bagi Proton Saga 1.3 adalah seperti berikut:
Insurans kereta ditentukan berdasarkan jenis pemilikan, jenis perlindungan pilihan, Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD), lokasi, dan juga kapasiti enjin.
Contohnya, anggaran harga insurans bagi Proton Saga lama keluaran tahun 2016 dengan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) sebanyak 45% adalah seperti berikut:
Kesemua kereta CARSOME Certified terjamin kualitinya kerana telah melalui pemeriksaan ketat 175-titik serta dibaik pulih secara profesional. Selain itu, setiap Proton Saga lama juga mempunyai harga tetap tanpa bayaran tambahan, jaminan pulangan tunai 5 hari, dan juga waranti satu tahun.